Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pengenalan

Kedatangan British ke India seperti biasa kerana berminat dengan hasil bumi tanah

yang dijajahnya. Strategi British yang menjajah sesebuah negara semasa negara itu sedang

mengalami kemerosotan merupakan strategi yang paling berkesan untuk digunakan.

Penanaman teh merupakan antara tanaman komersial yang penting di Indian. Teh telah

diusahakan oleh orang China sejak tahun 350 selepas masihi lagi 1. Masyarakat China

menggunakan teh bagi tujuan kesihatan dan kenikmatan. Hal ini banyak diceritakan dalam

mitos Buddha di China2.

Antara tanaman komersial yang penting adalah teh. Harga untuk teh adalah sangat

tinggi kerana teh merupakan minuman bagi golongan elitis sahaja. Golongan rakyat marhaen

tidak mampu untuk membayar harga untuk teh kerana harganya yang terlalu mahal.

Disebabkan harga teh yang mahal ini membuatkan British berusaha untuk menjadikan teh

sebagai antara komoditi utama mereka. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh British untuk

menanam teh ini seperti mewujudkan Taman Botani dan menggunakan ‘Wardian Case’ yang

merupakan sejenis bekas kaca yang membawa anak benih atau anak pokok yang berfungsi

untuk melindungi teh tersebut daripada rosak terkena tiupan angin laut.

Kegilaan British untuk memperkenalkan tanaman komersial semakin membuak

sehingga British menghantar Robert Fortune sebagai ‘tea spy’ ke China. Selain daripada teh,

kapas juga antara tanaman komersial yang diperkenalkan oleh British di India.

1
Charles Henry Fielder, On the Rise, Progress, and Future Prospects of The Tea Cultivation in British India.
(New York: Oxford University Press, 1968), 29.
2
Sarah Rose, For All The Tea Ini China (Great Britain : Arrow Books, 2009), 95.

1
2.0 Alasan-Alasan yang Menyebabkan British Berusaha Mengembangkan Aktiviti
Pertanian Komersil di India pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20

2.1 Kemasukan Para Pelabur

Sektor pertanian komersial di India boleh dikatakan memasuki satu fasa baru dengan

kehadiran pelabur-pelabur luar terutamanya pelabur Eropah. Hal ini kerana, pelabur dari

Eropah lebih tertumpu pada komoditi pengeluaran besar-besaran atau menjalankan aktiviti

penanaman secara besar-besaran iaitu ditanam dalam bentuk ladang. Menurut Gadgil, sistem

perladangan adalah satu kegiatan baru di India yang dibawa dan diperkenalkan oleh orang

Eropah yang bertujuan untuk mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan. 3 Ekoran

daripada Revolusi Pertanian di Eropah dan diikuti dengan pengenalan ekonomi kapitalis di

seluruh negara jajahan British termasuklah India, pihak British telah mengambil beberapa

usaha untuk memajukan ekonomi dengan mewujudkan Botanical Garden. Antara tujuan

penubuhan taman botani ini adalah untuk penyelidikan bagi menentukan kawasan yang sesuai

untuk penanaman pokok seperti teh dan getah, dan bertanggungjawab menjalankan

penyelidikan secara saintifik serta mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam

secara komersial di India. Botanical Garden telah dibina di seluruh India seperti di Calcutta

dan Munsai. Pada tahun 1816, Calcutta Botanic Garden dihiasi dengan tasik, pokok-pokok,

perladangan dan taska.4

Pada abad ke-19, India telah menjadi negara pengeksport utama bagi kapas mentah,

beras, candu, gandum, jut merah dan teh kesan daripada penubuhan beberapa cawangan

Botanical Garden di India. India dikatakan telah menghasilkan 60 peratus daripada

keseluruhan tanaman eksport India. Antara hasil penyelidikan yang telah dijalankan

termasuklah penanaman teh dan getah diusahakan secara komersial di India. Pada awal abad
3
D.R Gadgil, The Industrial Evolution of India in Recent Times 1860-1939 ( New York: Oxford University
Press, 1971), 49.
4
Mark Harrison, The Calcutta Botanic Garden and The Wider World, 1817-1846 (Delhi: Pearson Education
India, 2010), 236

2
ke-20 juga memperlihatkan pembukaan kawasan ladang-ladang teh dan getah di kaki banjaran

Himalaya terutamanya Assam.5 Antara syarikat utama yang mengusahakan perladangan teh

adalah Syarikat Teh Assam. Ladang yang dibuka ini kemudiannya dijadikan asas kepada

perkembangan perusahaan teh di India. Pada tahun 1853, keluasan tanah bagi kawasan

penanaman teh adalah seluas 2425 ekar dan bernilai £366 700. Keluasan dan nilai teh

menunjukkan peningkatan pada tahun 1929 apabila kawasan ekar bagi penanaman teh

dianggarkan seluas 790 000 ekar dengan nilai sebanyak £4 330 000.6

2.2 Sumber Pendapatan

Antara lain yang menjadi alasan pihak British berusaha untuk mengembangkan aktiviti

pertanian komersial di India kerana ekonomi komersial mampu memberi pendapatan yang

lumayan kepada pihak British. Perkara ini dapat dilihat pada pertengahan abad ke-19 hingga

abad ke-20 di mana India telah menjadi negara pengeluar teh yang utama. Teh merupakan

tanaman yang begitu popular di India berbanding dengan tanaman lain seperti sutera, jut dan

lain-lain lagi dan mampu memberi pulangan yang lumayan ekoran daripada permintaan yang

tinggi dari negara-negara Eropah. Sebagai contohnya, Britain menjadi pengimport utama teh

India. Lebih 50 peratus hasil telah dieksport ke Britain. Britain dan beberapa negara Eropah

lain juga mempercayai bahawa teh adalah suatu minuman yang harus dihidangkan dengan

makanan lain yang tertentu untuk tujuan upacara domestik. Penggunaan teh telah cepat

diterima pakai di seluruh Eropah di mana ia dianggap dapat mengubati segala-galanya

daripada gout untuk orang yang telah berusia atau tua.7

Hal ini kerana, mereka mendapati penyakit gout jarang dihidapi oleh masyarakat di

China kerana Cina minum teh. Teh juga dikaitkan dengan trend dan fesyen. Minum teh mula

5
Lucile H. Brockway, Science and Colonial Expansion: the Role of the British Royal Botanic Gardens,
American Ethnologist, Vol. 6, No. 3, Interdisciplinary Anthropology (Aug., 1979), 455
6
B.R Tomlinson, The Economy of Modern India 1860-1970 (New York: Cambridge University Press, 1996),
53.
7
D.c Watts, Dictionary of Plant Lore (London: Academic Press, 2007), 172.

3
termasuk dalam adat sesuatu upacara rasmi yang memerlukan beberapa tuntutan seperti cara

berpakaian bersama peralatan lain seperti cawan, sudu, dan teko teh. Pada era 1930-an, India

telah menjadi pengeluar teh hitam (black tea) kedua terpenting.8 Namun begitu, hasilnya telah

dimonopoli oleh pihak British. Hasil daripada pengeluaran teh ini menjadi sumber utama

pembangunan ekonomi dan sumber pendapatan British untuk meluaskan imperialisme.

Industri teh ini telah ditubuhkan sebagai syarikat saham bersama tetapi memiliki ladang yang

berbeza. Salah satu corak kawalan yang penting adalah agensi yang menguruskan industri ini,

iaitu beberapa agen pengawalan British yang menguruskan sebilangan besar ladang teh di

India. Sesebuah agensi pengurusan biasanya melakukan perkongsian, kadang kala sebuah

syarikat saham milik bersama mengawal beberapa industri yang berbeza.

Mereka mungkin terlibat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang berbeza terutamanya

dalam tiga industri utama di timur India iaitu industri teh, jut dan arang batu. Pada tahun

1920-an dan 1930-an, syarikat teh di India telah didaftarkan sebagai Syarikat Sterling London

atau Syarikat Rupee di India.9 Di Timur India kebanyakan syarikat teh dikawal oleh beberapa

agen pengurusan dan tempat pendaftaran syarikat. Hal ini menyebabkan tidak ada apa-apa

perbezaan signifikan dalam fungsi pengurusan syarikat mereka. Mereka menguasai 75 peratus

daripada pengeluaran teh di India dan juga menguasai kedua-dua Rupee dan Syarikat Sterling.

Mereka telah menggunakan sistem kawalan iaitu mengimport teh dengan jumlah yang terhad.

Hal ini telah membolehkan mereka menaikkan harga yang tinggi kerana permintaan tinggi

melebihi pengeluaran. Sistem ini telah menyebabkan British mendapat keuntungan yang besar

dan berlipat kali ganda.10

Sekitar tahun 1930, pasaran United Kingdom kekal bertahan sebagai pasaran eksport

dunia. Hal ini adalah kerana pasaran domestik di India yang menunjukkan peningkatan

8
Kim Wilson, Tea With Jane Austen (United States of America: Jones Books, 2004), 12.
9
Edmund Leach dan S.N Mukherjee, Elites in South Asia (London: Cambridges Uniersity Press, 1970), 235.
10
Ibid., 236.

4
dramatik. Pasaran ini telah berkembang dari hanya 15 juta pound kepada £50 000 000 dalam

dekad tahun 1920-an, sekali gus menunjukkan peningkatan yang agresif dalam

pengeksportan. Hal ini juga telah melibatkan pengiklanan menjadi semakin agresif. Ahli-ahli

ekonomi telah melaporkan bahawa, pada tahun 1931, Jawatankuasa Indian Ses telah

membelanjakan 50 000 pound sterling setiap tahun dalam pengiklanan di Amerika yang

memberikan kejayaan yang besar kepada British.11 Setiap pendapatan hasil daripada

pengeksportan teh akan digunakan untuk menampung kos atau membayar upah pekerja-

pekerja ladang dan pakar-pakar dari luar.

Hal ini membolehkan British meluaskan kuasanya kerana mempunyai dana yang

mencukupi untuk menjalankan imperialisme di India.12 Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa

adat minum teh dan khasiat teh itu sendiri mempunyai kesan sejarah yang amat penting dan

penggunaan yang begitu meluas di Britain dan di tempat lain di utara Eropah dalam abad ke-

18. Hal ini telah meningkatkan lagi permintaan terhadap teh, sekali gus membantu untuk

mendorong imperialisme British di India, perhambaan perladangan di Hindia Barat, dan

menyebabkan pertumbuhan ekonomi di Eropah dan Amerika Utara sekali gus menyumbang

kepada pendapatan pihak British.13

2.3 Sumber Bahan Mentah

Bahan mentah merupakan antara alasan yang menyebabkan British mengembangkan

aktiviti tanaman komersial di India pada sekitar abad ke 19 dan 20. Jut merupakan antara

bahan mentah yang apabila diproses akan menghasilkan barangan eksport penting untuk

British. Revolusi Industri di Eropah telah merancakkan lagi aktiviti penanaman komersial di

11
Samuel Baildon, The Tea Industry in India: A Review of Finance and Labour, and Guide for Capitalists and
Assistans (New York: Cambridges Univesity Press , 2012), 125.
12
Ibid., 130
13
Bimal J.B Deb dan Keya Sangupta, Globalization on North East India (India: Concept Publishing Company
2008), 295.

5
India ini.14 Revolusi Industri di Eropah membolehkan pemasaran dan pengeluaran barang-

barangan dilakukan secara besar-besaran. Keadaan ini telah mengakibatkan pihak pemodal

dan kapitalis Eropah ini terpaksa untuk mendapatkan bahan mentah bagi membolehkan

mereka terus mengeluarkan barangan.

Selain daripada faktor bahan mentah, Eropah dalam konteks India adalah British yang

sedang mengalami era perindustrian juga telah menjadikan India sebagai pusat untuk

memasarkan barangan mereka. Populasi India yang tinggi telah menjadikan India sebagai

sebuah pasaran yang luas untuk memasarkan barangan yang dikeluarkan daripada kilang

mereka. Keadaan ini telah memberi keuntungan kepada British dan pemodal Eropah kerana

mereka telah mendapatkan bahan mentah dengan harga yang murah dan menjual kembali

produk yang siap dengan harga yang tinggi.

Antara barangan yang menjadi sumber bahan mentah utama adalah Jut. Barangan

berasaskan Jut telah menyumbang kepada 21% daripada jumlah eksport British di India 15. Jut

yang diproses ini akan menghasilkan benang dan kain dan akan menjadi bahan mentah untuk

membuat kain guni, tali, beg dan barangan yang memerlukan benang dan kain sebagai asas

pembuatannya16.

2.4 Sumber Perdagangan

British memperdagangkan tanaman komersial seperti kapas, tebu, tembakau, nila,

gandum, kopi dan lada hitam di Madras untuk tujuan perdagangan. Antara tanaman komersial

yang giat diperdagangkan oleh British ialah teh. Ladang-ladang teh yang dibuka terutamanya

di Assam dimana Assam merupakan satu tempat di India yang memulakan perusahaan teh di

India. Ladang-ladang ini kemudiannya menjadi asas kepada perkembangan industri teh. Pada
14
Lucile H. Brockway, Science and Colonial Expansion: the Role of the British Royal Botanic Gardens,
American Ethnologist, Vol. 6, No. 3, Interdisciplinary Anthropology (Aug., 1979), 457.
15
Deepak Nayyar, India’s Exports and export policies in the 1960’s. (2007), 35
16
Md. Firoze Shah Iskandar dan Biswa Nath Banerjee, Jute Cultivation in India and Bangladesh: A
Comparative Study (New Delhi: Mittal Publications, 1990), 10.

6
tahun 1853, teh telah ditanam di kawasan yang luasnya berjumlah 2425 ekar dan bernilai

£366 700m dan meningkat demi tahun. Antara syarikat yang penting dalam perusahaan

penanaman teh ialah Syarikat Teh Assam yang ditubuhkan pada tahun 1840 yang dimiliki

sepenuhnya oleh pemodal Eropah dan pada tahun 1900 India telah menjadi negara pengeluar

teh utama dunia menggantikan China.

Seterusnya, antara tanaman komersial yang diperdagangkan di India ialah Jut. Jut

merupakan tanaman utama di barat Bengal dan Bangladesh iaitu terdapat 68 kilang jut di

India, 62 unit adalah terletak di Barat Bengal. Manakala industri jut di Bangladesh meliputi

77 kilang jut dengan 25, 979 tenun dipasang setiap tahun yang mampu mengeluarkan

sebanyak 550, 000 tan produk jut secara purata.17 Petani di Bengal India telah menikmati

pulangan yang lumayan selepas British memonopoli tanaman jut ini dipasaran. Pada tahun

1960 India merupakan negara pengeluar dan pengeksport terbesar jut di dunia. Ianya

menyumbang sebanyak 45 peratus daripada anggaran jumlah pendapatan pertukaran asing

negara India dan bahan berasaskan Jut merupakan eksport paling penting.18

Industri jut telah menarik pengeluaran industri jut dunia dan hampir 3/4 daripada

eksport dunia. Jut yang diproses dapat menghasilkan benang dan kain serta menjadi bahan

mentah untuk membuat kain guni, tali, beg dan sebagainya. Seterusnya, pada tahun 1855,

seorang pengusaha British iaitu George Acland telah mendirikan kilang jut di Serampore. 19

Dalam industri jut pemodal dan pengusaha Eropah telah mendominasi industri ini dengan

cukup ketara sekali. Disebabkan oleh kualiti jut yang berbeza-beza maka jut mentah yang

mempunyai kualiti yang tinggi dieksport ke luar negeri. Manakala, jut yang mempunyai

kualiti yang rendah digunakan sebagai bahan untuk membuat guni sebagai bekas untuk

menyimpan beras. Selain itu, pengeluaran jut juga adalah sebagai keperluan eksport
17
Neil Charlesworth, British Rule and the Indian Economy 1800-1914 (London: Macmillan, 1982), 24
18
Ibid., 25
19
Md. Firoze Shah Iskandar dan Biswa Nath Banerjee, Jute Cultivation in India and Bangladesh: A
Comparative Study (New Delhi: Mittal Publications, 1990), 12

7
terutamanya untuk dieksport ke Amerika Syarikat, Australia dan Mesir. 20 Sebagai bukti pada

tahun 1914, lebih daripada separuh kilang-kilang jut di India dieksport ke Amerika Syarikat

dan Eropah.

Menjelang pertengahan abad ke-19, terdapat lebih daripada satu ekar tanah di Madras

yang ditanam dengan kapas menghasilkan £55 juta kapas mentah kerana India mempunyai

kawasan yang luas untuk penanaman kapas berbanding negara lain di dunia. Tanaman kapas

tumbuh di sebahagian besar negara India, tetapi kapas hitam hanya hanya tumbuh di India

Selatan- Gujarat, Punjabi dan Haryana.21 Selain itu juga, ia didorong oleh kenaikan harga

kapas mentah yang begitu tinggi antara tahun 1861 hingga 1865 dan menyebabkan petani

memberi tumpuan serius kepada tanaman kapas. Kehadiran pemodal dari barat secara lansung

telah membawa kepada penggunaan teknologi yang lebih moden terutamanya jentera yang

digerakkan oleh kuasa wap.22

Pada tahun 1854, kilang kapas pertama yang menggunakan teknologi tersebut telah

didirikan di Bombay oleh C.N Davar iaitu seorang pengusaha berbangsa Parsi dan industri

kapas terus berkembang terutamanya pada tahun 1870-an apabila harga kapas mentah adalah

rendah berbanding industri lain. Orang Parsi telah mendominasi perusahaan kapas dan

menjelang tahun 1920-an Ahmadabad telah mengambil dominasi kapas daripada Bombay.23

Di bahagian utara India, Kanpur merupakan pusat penting sementara Madras dan Madurai

menjadi pusat industri tekstil di bahagian selatan India. Antara Firma yang melaburkan modal

dari Barat ialah seperti firma Greaves, Cotton dan Co. Seawal 1948-1950, kapas telah

menyumbang lebih daripada 11 peratus daripada perdagangan kapas dunia. Sehingga tahun

1960, kapas adalah sumber pendapatan yang penting bagi negara India. Hal ini kerana dalam

20
Ibid., 13
21
Peter Harnetty, Cotton Exsports and Indian Agriculture, 1861-1870, The Economic History Review, Vol.24,
No.3 (Aug., 1971), 415.
22
Neil Charlesworth, British Rule and the Indian Economy 1800-1914 (London: Macmillan, 1982), 25
23
Ibid., 26

8
tempoh tahun 1950-1960, mereka menyumbang antara 10-13 peratus daripada jumlah

perolehan eksport setiap tahun.

Selain itu, tanaman komersial yang diperdagangkan ialah kopi. Pada 1850-an kopi

telah membawa keuntungan yang begitu besar kepada para pemodal sehingga menyebabkan

banyak ladang-ladang baru dibuka di India. Walaubagaimanapun, penanaman kopi di India

mula merosot pada tahun 1870-an apabila Brazil membuat pengeluaran yang berlebihan

hingga mengakibatkan harganya jatuh di pasaran dunia. Seperti yang terjadi pada tahun 1886

dimana pengeluaran kopi di India berjumlah £ 34 juta sementara pada tahun 1910 ianya

merosot kepada £12.5 juta sahaja.24

Perusahaan Nila atau dipanggil Indigo merupakan salah satu tanaman komersial yang

diperdagangkan di India oleh pihak British. Sejak pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun

1740 Indigo atau Nila mula menjadi tanaman penting kesan daripada perkembangan yang

pesat dalam industri tekstil di England. Permintaan yang tinggi terhadap nila terjadi apabila

tentera England yang menentang pasukan tentera Perancis yang memakai pakaian seragam

tentera yang berwarna biru. Bengal merupakan kawasan utama penanaman nila dan pada

tahun 1829, hampir 1.3 juta ekar tanah telah ditanam dengan tanaman ini. Peladang Begal

secara rasminya telah memasarkan kesemua hasil tanaman nila mereka ke pasaran Eropah

kecil dan bersaing dengan pembekal indigo Eropah yang lain. Walaubagaimanapun, tanaman

nila telah mula mengalami kemerosotan menjelang tahun 1860-an apabila pewarna tiruan

dicipta sehingga menyaingi penggunaan nila.25

Candu merupakan tanaman komersial yang dikuasai oleh kerajaan British. Patna dan

Ghazipur muncul sebagai pusat memproses candu yang penting di mana candu akan

24
Ibid., 27
25
Ibid., 28

9
dibersihkan terlebih dahulu kemudian ditimbang, dikeringkan dan dibungkus.26 Candu yang

telah dikeringkan akan dimuatkan ke dalam kotak-kotak kayu yang akan diisi dengan 40

bebola candu sekotak. Candu yang dihasilkan terdiri daripada dua kategori yang pertama ialah

privision opium iaitu candu yang diproses bagi tujuan khas iaitu untuk dieksport. Candu ini

pula dapat dibahagikan kepada dua kelas utama iaitu Candu Patna dan Candu Benares.

Candu Patna merupakan Candu yang dihasilkan dari kilang Patna dan Candu Benares

merupakan candu yang dihasilkan dari kilang Ghazipur. Diantara kedua-dua candu tersebut

candu Patna merupakan candu yang lebih mahal. Jenis yang kedua ialah Excise Opium iaitu

yang merupakan candu mentah yang dihasilkan untuk kegunaan domestik dan turut dihasilkan

di kedua-dua buah kilang iaitu di Ghazipur dan Patna. Canducandy yang telah siap diproses

akan dihantar ke Calcutta serta sekitar Malwa. Candu juga turut digunakan dalam bidang

perubatan.27

Tebu juga antara tanaman komersial yang menjadi sumber perdagangan gula di Bengal

dan perdagangan gula dilihat merosot antara tahun 1740 dan 1770. Kewujudan pasaran baru

telah menyebabkan berlaku peningkatan penanaman tebu dalam tempoh yang berbeza-beza.

Perdagangan gula Bengal sebahagian besarnya berorientasikan keperluan pasaran Eropah.

Pengambilan gula telah meningkat dan menyebabkan terdapat peningkatan mendadak

permintaan gula di England memberi kesan kepada pasaran Eropah. Pada 15 Mac 1792

pemilik saham Indian Timur meminta Kerajaan Bengal untuk membekalkan kuantiti gula

yang banyak kepada Great Britain.28

Sejak tahun 1804 eksport gula ke Perancis terhenti dan menurun beransur-ansur akibat

serangan anai-anai. Namun pada tahun 1813 pasaran gula mula kembali stabil. Sebahagian

26
Irwan Suhanda, India: Bangkitnya Raksasa Baru Asia: Calon Utama Dunia Di Era Globalisasi (Jakarta: PT
Kompas Media Nusantara, 2007), 10.
27
Judith E. Walsh, A Brief History Of India (New York: An Imprint Of Infobase Publishing, 2006), 143.
28
Ibid., 145.

10
Pelabur-pelabur tanaman Indigo bertukar kepada gula. Pada tahun 1824 pegeluaran gula

Bengal telah meningkat sebanyak 100 peratus. Namun kemelesetan ekonomi telah

menyebabkan jumlah perdagangan gula Bengal menurun antara tahun 1830 hingga 1834.

Perdagangan kembali pulih selepas tahun 1835 hingga 1836 sebahagiannya secara

berperingkat.

2.5 Revolusi perindustrian

Pada umumnya revolusi industri ialah proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah

kepada satu ekonomi yang kompleks. Perubahan ini melibatkan proses transformasi satu

sistem ekonomi yang masih bergantung pada kegiatan secara tradisi, khususnya pada sektor

pertanian. Ekonomi seperti ini biasanya dicirikan oleh kadar produktiviti dan tahap

pertumbuhan ekonomi yang rendah dan lembap. Setelah ekonomi tersebut mengalami

transformasi, proses pertumbuhannya menjadi lebih cergas dan tahap produktiviti menjadi

lebih tinggi daripada sebelumnya.29 Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun

ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan

pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain.

Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata

dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan

satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau

kebangkitan negara-kota.30

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan barang-barang dapat

dikeluarkan secara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-besaran memerlukan pasaran

yang besar supaya barang-barang tersebut dapat dijual. Akibatnya, mereka telah datang ke

Asia selatan dan mereka mendapati kawasan ini mempunyai potensi yang tinggi bagi
29
Robert Travers, Deology And Empire In Eighteenth-Century India: The British In Bengal (New York:
Cambridge University Press, 2007), 174.
30
Ibid., 175.

11
memasarkan barang keluaran mereka. Dengan itu, mereka pun bertindak untuk menjajah

negara tersebut. Contohnya, British telah buat banyak pembaharuan dalam perindustrian di

India iaitu dengan mendirikan sebanyak 50 buah kilang oleh pemodal-pemodal British yang

telah diselenggara oleh orang Parsi.31

Keadaan ini menunjukkan kesan positif daripada penjajahan British di India. Selain itu

juga, sistem telegraf, tali air, dan perbankan juga turut didirikan. Antara kemudahan yang

telah diperkenalkan oleh Pihak British ialah sistem tali air iaitu dibina bagi tujuan tanaman

komersial. Usaha pertanian di India telah diperluaskan dengan penggunaan sistem tali air.

Penanaman bahan makanan tidak lagi berharap sepenuh-penuhnya kepada hujan, dengan ini

kawasan yang dulunya pernah diistiharkan sebagai kawasan kebuluran juga dapat

mengeluarkan makanan yang mencukupi untuk penduduk-pendudukdi India.

2.6 Permintaan daripada Eropah

Antara alasan-alasan lain yang menyebabkan British berusaha mengembangkan

aktiviti pertanian komersial di India pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah permintaan

daripada Eropah. Permintaan daripada Eropah ini merupakan titik tolak yang membawa

kepada penglibatan British di India. Sejak abad ke-18 lagi, British telah menguasai Bengal

manakala Perancis menguasai bahagian Chandernagar. Kuasa-kuasa Eropah amat aktif

membina dan mendapatkan tapak untuk mendirikan pusat jaringannya di Wilayah Lautan

Hindia. Mereka juga menguasai beberapa pusat Bandar pelabuhan yang penting. 32

Asas utama yang menjadi kepentingan dan matlamat Eropah ialah untuk mendapatkan

bekalan yang berkekalan, iaitu barang-barang seperti rempah ratus dan barangan komoditi

yang utama dan penting untuk diperdagangkan. Permintaan-permintaan ini adalah untuk

31
Ibid., 177-178.
32
B.R Tomlinson, The Economy of Modern India 1860-1970 (New York: Cambridge University Press, 1996),
60

12
memastikan perindustrian negara Eropah sentiasa cukup dengan bekalan. Mana-mana negara

yang merupakan perindustrian utama merasakan perlunya untuk mereka mempunyai sebuah

pasaran yang sentiasa cukup bahan bekalan barangan keperluan.33

Antara tanaman yang mendapat permintaan tinggi daripada Eropah ialah teh. Untuk

beberapa dekad, India merupakan negara yang paling penting dalam menghasilkan dan

mengeksport teh di dunia. Menurut Micheal dan John Firn, di bawah pemerintahan British,

India telah berkembang menjadi pengeluar terbesar dan pengeksport teh di dunia dan Britain

menjadi pasaran utama bagi India. Malahan menjelang tahun 1900, India telah menggantikan

negara China sebagai pengeluar teh utama di dunia. Kesuburan tanah merupakan faktor utama

mengapa tanaman teh berkembang di India. Malah, India berjaya mengambil alih kedudukan

negara China yang sangat terkenal dengan tanaman teh. Hal ini demikian telah menyebabkan

pasaran Eropah tertumpu kepada India.34

Gambar 1: Daun teh yang belum dikeringkan yang menjadi tanaman penting di India.
Sumber: https://grosirtehhijaumalang.wordpress.com/2014/12/08/tanaman-teh-dan-asalnya/

33
Ibid., 61.
34
Charles Henry Fielder, On the Rise, Progress, and Future Prospects of The Tea Cultivation in British India.
(New York: Oxford University Press, 1968), 32.

13
Selain teh, antara tanaman di India yang mendapat permintaan tinggi daripada Eropah

ialah jut. Jut merupakan salah satu tanaman komersial yang diusahakan di India. Jut ini akan

diproses untuk menghasilkan benang dan menjadi bahan mentah untuk membuat kain guni,

tali, beg dan sebagainya. Hal ini demikian sangat penting bagi negara Eropah kerana mereka

memerlukan bekalan jut bagi memenuhi permintaan pasaran. Pada tahun 1960, India

merupakan negara pengeluar dan pengeksport terbesar jut di dunia. Ia menyumbang 45

peratus daripada anggaran pengeluaran industri jut dunia dan hampir tiga perempat daripada

eksport dunia.35

Di samping itu, India juga mengeluarkan kapas. India mempunyai kawasan yang luas

untuk penanaman kapas berbanding negara lain di dunia. Hal ini demikian dapat dibuktikan

iaitu antara negara-negara yang kurang membangun. India adalah negara yang pertama

mengeksport kapas pada skala yang besar. Teh India, kopi dan jut tidak lama kemudian

mendapat kepentingan dunia dan bersama-sama ini kapas mentah (kasar), bijirin, kulit-kulit

binatang, logam juga dikeluarkan.36 Seawal tahun 1948-1950, kapas di India telah

menyumbang lebih daripada 11 peratus daripada pedagangan kapas dunia. Sehingga tahun

1960, kapas adalah sumber terpenting bagi negara India. Hal ini kerana dalam tempoh tahun

1950-1960, mereka meyumbang antara 10-13 peratus daripada jumpah perolehan eksport

setiap tahun.

Permintaan kain kapas dari India amatlah tinggi dari Eropah. Jenis kain ini diperlukan

untuk tujuan yang tertentu dan selain itu adalah disebabkan hasil dan mutu kain yang baik dan

tenunan yang cantik dan berwarna emas. Selain itu, kain kapas India memiliki corak yang

berwarna-warni, pelbagai dan banyak pilihan. Oleh itu, jenis kain ini telah mendapat

permintaan yang tinggi jika dibandingkan dengan kain China atau dari Asia Tenggara. Dalam

35
Edmund Leach dan S.N Mukherjee, Elites in South Asia (London: Cambridges Uniersity Press, 1970), 241.
36
C.H. Philips, Sejarah India (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966), 83.

14
rekod Belanda dan England ada menyatakan bahawa kain-kain dari India mendapat

permintaan sangat tinggi.

Gambar 2: kapas mentah yang belum diproses.


Sumber: http://blog.ub.ac.id/dewiaprilina/2012/10/18/makalah-teknologi-kayu-bambu-
dan-serat/
Berikut pula merupakan statistik yang menunjukkan eksport kapas dari India:

Tahun Kuantiti (£b) Tahun Kuantiti (£b)


1861/2 392,700,000 1866/7 423,568,892
1862/3 473,678,421 1867/8 614,056,049
1863/4 550,126,402 1868/9 697,630,796
1864/5 525,052,876 1869/10 554,834,522
1865/6 893,150,424 1870/1 577,600,764
Sumber: Statistical Abstract Relating to British India, from I863-I872, Parl.
Papers, i873, LXIX (C. 870), 28, for the years i862/3-i870/I. The figure
for i861 /2 is taken from India, Dept. of Revenue and Agriculture, Note on
Indian Cotton (Simla, i888), p. 9. (Year ending 30 April to i865/6; 3 I March
thereafter.)37

Usaha British bagi menguasai ekonomi di India telah wujud sejak abad ke-18 lagi

apabila telah meluaskan pengaruh mereka dalam bidang ekonomi dengan keuntungan tekstil
37
Peter Harnetty, Cotton Exports and Indian Agriculture, 1861-1870 (Wiley: Economic History society, 1971),
414.

15
dari Bengal pada tahun 1960 hingga tahun 1740 malah British turut memperkenalkan sistem

percukaian tanah baru oleh Lord Cornwallis yang dikenali sebagai sistem Zamindar. Pihak

British mengambil pendekatan tersebut bagi memenuhi keinginan British untuk

memaksimumkan eksploitasi ekonomi di India dan sekaligus mendapat keuntungan yang

banyak hasil daripada permintaan negara Eropah seperti daripada pelabuhan di Calcutta,

Bombay dan Madras. India dapat berbuat demikian kerana ia mengeluarkan eksport-eksport

yang banyak.38

Kehadiran Barat telah memberi pengaruh yang cukup besar dalam perkembangan

sistem ekonomi bersifat komersial di Asia Selatan. Ekonomi komersial di India mampu

berkembang bukan sahaja kerana kemampuannya mengeluarkan bahan-bahan mentah tetapi

juga kerana dibantu oleh pihak British. Perubahan ekonomi yang meningkat di India

menyebabkan munculnya golongan pemodal dalam kalangan bukan sahaja daripada golongan

orang India, tetapi juga golongan pemodal Eropah. Pemodal-pemodal Eropah meletakkan

pelaburan dalam perusahaan seperti kilang-kilang kapas yang sangat penting dalam industri

tekstil pada abad ke-19 dan abad ke-20.39 Nilai perdagangan luar India meninggi iaitu pada

tahun 1855 harganya £23 juta, pada 1900 meningkat menjadi £53 juta dan sepuluh tahun

kemudian berjumlah £137 juta. Ini bermakna tambahan sebanyak enam kali ganda dalam

masa setengah abad sahaja.40 Hampir 1/6 dari jumlah perdagangan India adalah dengan

negeri-negeri yang berkedudukan luar dari Empayar British dan pada tahun 1910, jumlah ini

bertambah menjadi setengah.41

2.7 Pengkhususan tanaman

38
C.H. Philips, Sejarah India (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966), 85.
39
David Gilmartin, Scientific Empire and Imperial Science: Colonialism and Irrigation Technology in the Indus
Basin, The Journal of Asian Studies, Vol. 53, No. 4 (Nov., 1994), 1143.
40
Robert Travers, Deology And Empire In Eighteenth-Century India: The British In Bengal. (New York:
Cambridge University Press, 2007), 83
41
Ibid.,84.

16
Sebelum menjadikan India sebagai sebuah negara yang mampu menjadi pengeluar

kepada permintaan negara-negara Eropah, British telah memastikan keadaan tanah di India

terlebih dahulu. Kesuburan tanah di India telah menarik minat Brirish untuk menjadikan India

sebuah pusat tanaman komersial. India dilihat sangat berpotensi untuk pengkhususan tanaman

kerana kesuburan yang dimiliki oleh India. British turut menjalankan pengkhususan jenis

tanaman atau corak pengkomersialan mengikut kawasan di India bagi mengelompokan hasil

pertanian.42

Antara bukti yang menunjukkan bahawa India mempunyai kawasan tanah yang subur

ialah British telah mewujudkan Botanical Garden. Tujuan penubuhan Botanical Garden

adalah untuk penyelidikan secara saintifik serta mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang

sesuai ditanam secara komersial di India. Pada abad ke-19, India telah menjadi negara

pengeksport utama bagi kapas mentah, beras, candu, gandum, jut dan teh kesan daripada

penubuhan beberapa cawangan Botanical Garden di India.43

Bagi penanaman teh, ladang teh diuruskan secara langsung oleh British dengan

menggunakan tenaga buruh yang dipaksa. Manakala bagi tanaman lain, petani menanam

tanaman tersebut berdasarkan kepada arahan penjajah. Misalnya, petani di Timur Bengal

diminta menanam indigo, petani di Deccan menanam kapas, petani di U.P menanam petani di

Wilayah Tengah pula diarah menanam candu. Dari tahun 1820 hingga 1920-an,

pengkomersilan hasil pertanian ini telah mengubah corak luar Bandar di India. 44

Usaha yang dilakukan oleh British ini telah berjaya mengembangkan dan

meningkatkan aktiviti pertanian pada tahun 1881 hingga 1931 iaitu telah mempunyai

42
Samuel Baildon, The Tea Industry in India: A Review of Finance and Labour, and Guide for Capitalists and
Assistans (New York: Cambridges Univesity Press , 2012), 130.
43
Mark Harrison, The Calcutta Botanic Garden and The Wider World, 1817-1846 (Delhi: Pearson Education
India, 2010), 238.

44
Ibid., 238

17
peningkatan sebanyak 28 peratus. Perkembangan jalan keretapi dan bersama-sama itu juga

menandakan Calcutta, pusat besar yang berhampiran sebagai sebuah Bandar perusahaan

terbesar sekali di India.45 Menurut banci pada tahun 1941, dinyatakan bahawa dari 75 orang

bergantung kepada pertanian di Rantau Bengal, kurang daripada 20 orang mempunyai 5 ekar

atau lebih banyak tanah, manakala yang lain mempunyai kurang daripada 5 ekar. Satu

keluarga yang mempunyai lima atau enama ahli sekurang-kurangnya memerlukan 5 ekar

tanah pertanian. British melihat India sebagai sebuah tapak yang sesuai untuk pengkhususan

tanaman.

3.0 Kesimpulan

Imperialis British telah berusaha mengembangkan tanaman komersial di India pada

sekitar abad ke-19 dan 20. Terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh British untuk

memperkenalkan tanaman komersial ini. Selain itu juga, tanaman komersial ini juga amat

penting untuk sektor perindustrian British yang memerlukan bahan mentah untuk

membolehkan kilang-kilang mereka mengeluarkan barangan mereka.


45
Neil Charlesworth, British Rule and the Indian Economy 1800-1914 (London: Macmillan, 1982), 32.

18
Pengenalan tanaman komersial telah diperkenalkan oleh British bukan sahaja di India,

tetapi juga hampir ke seluruh tanah jajahan British di seluruh dunia termasuk Tanah Melayu.

Sesungguhnya pengenalan aktiviti tanaman komersial ini tetap mempunyai muslihat yang

tersendiri oleh kuasa imperialis Barat ini. Pengenalan tanaman komersial ini sudah tentu

menguntungkan pihak Barat sahaja dan telah menjadikan tanah jajahan sebagai mangsa

mereka.

BIBLIOGRAFI

B.R Tomlinson. The Economy of Modern India 1860-1970. New York: Cambridge University
Press, 1996.

Bimal J.B Deb dan Keya Sangupta. Globalization on North East India. India: Concept
Publishing Company, 2008.

C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.

Charles Henry Fielder. On the Rise, Progress, and Future Prospects of The Tea Cultivation in
British India. New York: Oxford University Press, 1968.

19
D.c Watts. Dictionary of Plant Lore. London: Academic Press, 2007.

D.R Gadgil. The Industrial Evolution of India in Recent Times 1860-1939. New York: Oxford
University Press, 1971.

David Gilmartin, Scientific Empire and Imperial Science: Colonialism and Irrigation
Technology in the Indus Basin, The Journal of Asian Studies, Vol. 53, No. 4 (Nov.,
1994).
Edmund Leach dan S.N Mukherjee. Elites in South Asia. London: Cambridges Uniersity
Press, 1970.

Irwan Suhanda. India: Bangkitnya Raksasa Baru Asia: Calon Utama Dunia Di Era
Globalisasi. Jakarta: PT Kompas Media Nusantara, 2007.

Judith E. Walsh. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase Publishing,
2006.

Kim Wilson. Tea With Jane Austen. United States of America: Jones Books, 2004.

Lucile H. Brockway, Science and Colonial Expansion: the Role of the British Royal Botanic
Gardens, American Ethnologist, Vol. 6, No. 3, Interdisciplinary Anthropology (Aug.,
1979).

Mark Harrison. The Calcutta Botanic Garden and The Wider World, 1817-1846. Delhi:
Pearson Education India, 2010.

Md. Firoze Shah Iskandar dan Biswa Nath Banerjee. Jute Cultivation in India and
Bangladesh: A Comparative Study. New Delhi: Mittal Publications, 1990.

Neil Charlesworth. British Rule and the Indian Economy 1800-1914. London: Macmillan,
1982.

Peter Harnetty, Cotton Exsports and Indian Agriculture, 1861-1870, The Economic History
Review, Vol.24, No.3 (Aug., 1971).

Robert Travers. Deology And Empire In Eighteenth-Century India: The British In Bengal.
New York: Cambridge University Press, 2007.

Samuel Baildon. The Tea Industry in India: A Review of Finance and Labour, and Guide for
Capitalists and Assistans. New York: Cambridges Univesity Press, 2012.

Sarah Rose. For All The Tea Ini China. Great Britain: Arrow Books, 2009.

20

Anda mungkin juga menyukai