Anda di halaman 1dari 27

PERJANJIAN BRITISH BELANDA 1824

enGenaLan

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.

Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan

Kedah berasa terancam dengan ancaman Siam. Sultan Abdullah mendapatkan bantuan tentera SHTI Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan. Nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light. Ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England King George III

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah. SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pinang Diambil British Secara Rasmi SHTI enggan membantu kerana mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light. Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai. Sultan Abdullah tewas. Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791

Sebab-sebab British Bertapak di Singapura: SHTI gagal memajukan Pulau Pinang Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura: Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819. Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman, (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura. Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British. SHTI dan Temenggung Abdul Rahman membuat Perjanjian 2 Ogos 1819

Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura. Alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi. Kesan pertikaian ialah: Hubungan Belanda-Inggeris tegang. British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British . Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London).

FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA PERJANJIAN

PERSAINGAN PERDAGANGAN DI TIMUR

DASAR PERSAHABATAN INGGERIS-BELANDA DI EROPAH

Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura MASALAH KEWANGAN BELANDA

KEMAJUAN SINGAPURA

Persaingan perdagangan di timur Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasar ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.

Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi pertahanan/keselamatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan

Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.

Kemajuan Singapura Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan.

Masalah kewangan Belanda Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British. Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British.

Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura. Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak Inggeris dan sebagai balasannya pihak Inggeris pula akan menyerahkan Bangkahulu kepada pihak Belanda. Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda). Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat di dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. Inggeris pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengarauh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

KESAN-KESAN PERJANJIAN

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh Perpecahan Empayar Johor Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur Pertelingkahan mengenai Borneo Pelanunan

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasan pengaruh. Belanda ingin menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan katakata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura. British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu

Perpecahan Empayar Johor


Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor. Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga.

Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi British terpaksa menelan hakikat ini dan terus memberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.

Pertelingkahan mengenai Borneo Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat sebarang pulau lain ke selatan Singapura tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

Pelanunan Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkahlangkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan.

1824- SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor. Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen 1826- ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS. Tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan Ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang 1832-ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Dari segi ekonomi Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan. Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi Tempat untuk melambakkan barangan penjajah pasaran Dari segi politik Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi Tiada semangat perpaduan kepentingan diri pembesar Kehilangan kuasa pemerintah tempatan dan kuasa ekonomi Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.

Wujud perubahan sistem pentadbiran

Keselamatan Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi. Pengawalan jalan laut. Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut loji ketenteraan.

Anda mungkin juga menyukai