Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN PENJAJAHAN DI

TANAH MELAYU
  
Malaysia yang dikenali sekarang adalah sebuah Negara yang telah
mencapai kemerdekaannya pada 31hb. Ogos 1957. Pada waktu iu
ianya dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau
Federation Of Malaya menurut Perjanjian 1948 di antara Raja-Raja
Melayu degan kerajaan Inggeris. Sebelum perang setelah Inggeris
bertapak kuat di negeri-negeri Melayu ini dipanggil dengan nama
Semenanjung Tanah Melayu atau Malay Peninsular.

        Dari sudut sejarah dan geografi, Semenanjung Tanah Melayu


adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam
lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan
ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.

        Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah


Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka
datang dalam tahun 1509 dengan tujuan untuk menjalankan
perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-
kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi
kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-
banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah memerangi
Melaka.

       Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu itu


mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada mata
peniaga-peniaga dari barat itu, Maka Portugis mngambil kesempatan
dengan menggunakan krisis dalam negeri serta pengkhianatan dari
anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula
yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan, Portugis telah Berjaya
menakluki Melayu pada tahun 1511.
       Setelah Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka datang
pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang
rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan
Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di
Melaka dalam tahun 1641.

       Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan


sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi jugak di seluruh
kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya sebagai
Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya mengambil
Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian pertukaran wilayah
(seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka pulak)
pada tahun 1824.

       Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember


1941, semakin bersilih-ganti kuasa-kuasa asing menjajah
Semenanjung Tanah Melayu. Jepun mula memerintah Negara kita dari
15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pentadbiran Jepun di
Negara kita bercorak ketenteraan. Jepun menyerah kalah akibat
pengeboman Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki (9 Ogos 1945)
oleh Amerika Syarikat. Inggeris datang semula dalam bulan Ogos
1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun serta
menamatkan Peperangan Dunia Kedua.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1955-1970)

 Merupakan Perdana Menteri yang Pertama

 Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa


Malaysia di atas pencapai agungnya
memperjuangkan kemerdekaan tanah air
sehinggalah negara kita memperolehi kebebasan mutlak.
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1970-1976)

– Merupakan Perdana Menteri yang Kedua

– Digelar sebagai Bapa Pembagunan Malaysia kerana jasanya dalam mengatasi masalah
ketidak seimbangan ekonomi dan sosial serta membangunkan bidang tersebut di negara ini
terutamanya di dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru yang masih dilaksanakan sehingga
sekarang

– Merupakan Bapa kepada Perdana Menteri Keenam

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn (1976-1981)


–  Merupakan Perdana Menteri yang Ketiga

–  Dikenang sebagai Bapa Perpaduan Malaysia di atas usahanya untuk memupuk perpaduan
di antara semua kaum di negara ini.

– Merupakan bapa kepada mantan Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Dato’ Seri
Hishammuddin Tun Hussein.

4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003)


– Perdana Menteri yang Keempat lebih mesra dikenali sebagai Dr. M.

– Diberi gelaran sebagai Bapa Permodenan kerana Malaysia telah mengalami satu era
modenisasi yang pantas yang menjurus kepada kemajuan teknologi di bawah tampuk
pemerintahannya.

– Dinobatkan sebagai seorang pemimpin yang paling lama di Asia Tenggara dengan
menjadiPerdana Menteri selama 22 Tahun.

5. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2003-2009)


– Perdana Menteri yang Kelima lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah.

– Digelar sebagai Bapa Pembagunan Modal Insan Malaysia di atas usahanya membangunkan
modal insan sepanjang pemerintahannya.

6. Dato’ Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Razak (2009-


2018)
– Perdana Menteri yang Keenam ini digelar sebagai Bapa Transformasi Malaysia kerana
usahanya dalam meninggikan perkhidmatan awam, serta pengurusan ke arah membentuk
kerajaan lebih trasparen.

– Antara yang diperkenalkan termasuklah menggunakan sistem Key Performance


Indicator(KPI) bagi mengukur keupayaan serta kecekapan pegawai dan agensi .

7. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (2018-Kini)

– Dilantik menjadi Perdana Menteri Ketujuh pada 10 May 2018.

– Tun Dr.Mahathir mencatat sejarah sebagai individu yang menjadi Perdana Menteri
sebanyak 2 kali.

– Mencipta sejarah dunia apabila beliau dilantik sebagai individu yang tertua memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri di atas faktor beliau kini yang berusia 93 tahun. (2019)

Anda mungkin juga menyukai