Anda di halaman 1dari 11

HUKUM DAN KAIFIYAT PENGURUSAN JENAZAH PERBINCANGAN ULAMA TENTANG HOKUM PENGURUSAN JENAZAH Para ulama sepakat menyatakan

bahawa hokum pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah ke atas umat muslimin. Apabila adanya jenazah di suatu kampong maka ahli kariah tersebut perlu menguruskan jenazah tersebut hingga selesai iaitu bermula dengan memandikanya sehingga menanamnya di dalam kubur. Ganjaran bagi orang yang menguruskan jenazah adalah sangat besar di sisi allah. Ini di jelaskan dalam hadis rasulullah SAW: Abu hurairah menuturkan bahawa rasulullah bersabda: barangsiapa yang ikut serta dalam penyelenggaraan jenazah hingga jenazah tersebut dishalatkan, maka dia akan mendapat satu qirath.

Barangsiapa yang ikut serta dalam penyelenggaraan jenazah hingga jenazah tersebut dikuburkan maka dia mendapat dua qirath. Ada sahabat yang bertanya : apakah yang dimaksudkan dengan dua qirath itu? Seperti dua gunung yang besar, jawab nabi. (mutafaqulilahi) Adapun jenazah tidak diuruskan atau dibiarkan berbau sehingga berapa lamanya di satu kariah kampong maka satu kariah kampong itu menanggung dosa akan perbuatannya itu. Maksud fardhu kifayah adalah apabila sebahagian orang islam

melaksanakannya, maka ia memadai. Oleh itu kariah kampong seharusnya mengambil perkara ini dengan serius. Apabila telah pasti seseorang itu meninggal dunia. Maka disunatkan

menyegerakan tiga perkara iaitu menguruskan jenazahnya, menyelesaikan hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Urusan jenazah disunatkan segera kerana dibimbangi keadaan jenazah itu berubah. Imam Ahmad menyatakan bahawa memuliakan jenazah

itu adalah dengan cara menyegerakan pengurusannya. Ini bertepatan dengan hadis yang berbunyi: Rasulullah SAW bersabda: aku lihat Talhah sedang berada di ambang maut. Apabila dia telah meninggal dunia nanti segerakanlah

pengurusannya. Sesungguhnya amat tidak wajar mayat orang mukmin tertahan di tengah keluarganya. (riwayat Abu Daud)

KAIFIYAT PENGURUSAN JENAZAH BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN Dalam pengurusan jenazah terdapat empat peringkat iaitu: 1. Memandikan jenazah 2. Mengkafankan jenazah 3. Mensolatkan jenazah 4. Mengebumikan jenazah Setiap peringkat mempunyai cara tersendiri yang akan dijelaskan sebentar lagi. Terdapat perbezaan di antara jenazah lelaki dan jenazah perempuan dari segi cara dan hal- hal yang berkaitan. Ini kerana dalam urusan pengurusan jenazah melibatkan tubuh badan jenazah itu sendiri. Soal aurat, orang yang terlibat dan adab perlu diambil kira dalam urusan pengurusan jenazah. MEMANDIKAN JENAZAH pada asasnya orang lelaki memandikan jenazah lelaki manakala orang perempuan memandikan jenazah perempuan. Namun terdapat pengecualian dalam hal ini antaranya suami boleh memandikan isterinya dan sebaliknya, anak lelaki memandikan emaknya dan sebaliknya. Berikut adalah orang boleh memandikan jenazah:

Jenazah lelaki: Kesemua lelaki Isteri Orang yang haram nikah

Jenazah perempuan Kesemua perempuan Suami Orang yang haram nikah

dengannya

dengannya.

syarat utama pemandi adalah orang yang amanah iaitu tidak menceritakan keburukan si mati yang dimandikan. Ibn majah meriwayatkan sebuah hadis daripada rasulullah SAW yang bermaksud: hendaklah orang mati itu dimandikan oleh orang yang amanah antara kamu. Peralatan memandikan jenazah: 1. Tempat mandi jenazah 2. Air mutlak secukupnya 3. Air daun bidara 4. Kapas 5. Putik kapas 6. Sabun 7. Air mawar 8. Minyak attar 9. Serbuk cendana 10. Kapus barus 11. Sarung tangan 12. Apron plastic 13. Bekas menjurus air

Cara memandikan jenazah: 1. Pastikan jenazah dalam keadaan menutup aurat 2. Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron 3. Letakkan mayat ditempat yang disediakan. Sebaiknya tempat yang tinggi. 4. Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. Siraman hendaklah bermula daripada kepala 5. Istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuk auratnya.

6. Angkat sedikit bahagian kepala sehingga para dadanya. 7. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit perutnya secara perlahan. 8. Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tetinggal. 9. Siram dan basuh dengan air sabun pada seluruh badan. 10. Bersihkan gigi, jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak, rambut, jari kaki, hidung dan telinga. 11. Basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga. 12. Bilas dengan air bersih seluruh anggota mayat sambil berniat:


Sengaja aku memandikan jenazah lelaki ini kerana allah taala


Sengaja aku memandikan jenazah perempuan ini kerana allah taala 13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih. 14. Siram sebelah kanan 3 kali 15. Siram sebelah kiri 3 kali. 16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang. 17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula 18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki. 19. Sediakan air kapur barus. 20. Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis. 21. Siram air ya g bercampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga hujung kaki.

22. Selepas itu wudhukkan mayat. 23. Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. 24. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya dengan kain. 25. Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan. 26. Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat. Hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. Mengkafankan jenazah Apa yang dimaksudkan dengan kafan adalah menutup atau membungkus jenazah dengan kain. Kain yang biasa digunakan adalah kain kapan. Sekurangkurangnya kain pembungkus adalah satu lapisan. Hukum mengkafankan jenazah

adalah fardhu kifayah. Sebaik-baik kain kafan adalah warna putih walaupun harus menggunakan warna lain. Ini dinyatakan dalam sabda nabi SAW: Maksudnya: pakailah pakaian yang putih kerana ia sebaik-baik pakaian dan kafankanlah dengannya untuk orang yang mati antara kamu. Terdapat perbezaan dari segi lapisan kain antara lelaki dan perempuan. Untuk lelaki memerlukan 3 lapisan kain kafan dan ini termasuk kain sarung atau jubah. Manakala untuk perempuan memerlukan 5 lapisan kain kafan dan ini termasuk dengan kain telekung. Peralatan kafan 1. Kain putih 2. Tali 5 utas. Ianya diambil dari kain kafan 3. Gunting 4. Kapas 5. Serbuk cendana 6. Kapus barus 7. Minyak attar 8. Air mawar

Cara mengkafankan jenazah 1. Angkat mayat dangan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan. 2. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagianbahagian berikut: a. Kemaluan b. Kedua-dua siku tangan c. Kedua-dua telinga d. Muka e. Kedua-dua kaki 3. Taburkan serbuk cendana di atas kapas yang berada di atas jenazah. 4. Kain kafan diselimutkan dari lapisan yang paling atas sampai paling bawah sekali. 5. Ikat dengan tali kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima. Lokasinya: a. Hujung kaki b. Lutut c. Pinggang *Pastikan bukan ikatan mati. 6. Biarkan bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara 7. Tali dibahagian dada dan hujung kepala diikat apabila selesai menjadi tatapan sanak saudara. 8. Renjis air mawar dan sapu minyak wangi. Namun untuk jenazah yang masih dalam keadaan berihram tidak dibolehkan memakai wangi-wangian.

Solat jenazah Solat jenazah adalah solat yang dikerjakan apabila ada seorang muslim atau muslimat yang mati. Solat jenazah terdiri daripada empat takbir dengan syarat dan rukun tertentu. Para ulama sependapat bahawa hokum menyembahyangkan jenazah adalah fardhu kifayah. Syarat sah solat jenazah 1. Menutup aurat 2. Suci 3. Menghadap kiblat Rukun solat jenazah Adapun rukun solat jenazah adalah seperti berikut: 1. Niat mengerjakan solat jenazah 2. Berdiri bagi orang yang sanggup 3. Takbir empat kali 4. Membaca al-fatihah 5. Membaca selawat 6. Mendoakan mayat 7. Memberi salam Persediaan solat jenazah: 1. Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat. 2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat. 3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya. 4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan. 5. Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada

rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan. Cara solat jenazah: 1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

) berserta dengan niat di dalam hati dan 2. Mengangkat takbir pertama ( diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

) kemudian membaca selawat ke atas junjungan 3. Mengangkat takbir kedua ( besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

) kemudian membaca doa seperti berikut. 4. Mengangkat takbir ketiga (

) kemudian membaca doa 5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir ( berikut.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Pengebumian jenazah Hokum menguburkan jenazah adalah fardhu kifayah ke atas orang islam. Pengebumian jenazah merupakan perkara yang terakhir dalam hal pengurusan jenazah. Dalam urusan ini ianya perlu disegerakan sebagaimana sabda rasulullah SAW dalam kitab umdatul ahkam yang bermaksud: Daripada abu hurairah ra daripada Nabi SAW sabdanya: bersegeralah membawa jenazah ke kubur. Jika mayat itu adalah orang soleh, maka itu adalah kebaikan kerana kalian mempercepatnya mendapatkannya. Jika keadaan itu tidaklah demikian. Maka itu adalah kejelekan yang kalian turunkan dari bahu kalian. (riwayat Bukhari) Terdapat beberapa waktu yang dilarang berlakunya proses pengebumian iaitu: 1. Tengah malam 2. Matahari di tengah langit sampai tergelincir 3. Matahari terbenam

Cara pengkebumian jenazah 1. Jenazah Muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya. 2. Disunat menguburkan jenazah di kawasan perkuburan. 3. Para syuhada hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain. 4. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru. 5. Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri sehingga mayat itu hilang dari pandangannya. 6. Boleh menguburkan 2 jenazah atau lebih dalam 1 lubang kubur kerana keadaan yang darurat atau terdesak. 7. Kubur hendaklah digali secara melintang kearah kiblat sama seperti kita meletakkan mayat ketika ia hendak di solatkan. 8. Cara meletakkan mayat itu di dalam kuburnya, hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh 3 orang yang menanti di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Setelah itu ditutup liang lahad itu dengan papan dan dikambuskan. 9. Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan baru nisannya di bahagian kepala dan kakinya lalu dijiruskan air di atas kubur itu dimulai dari kepala hingga ke kakinya. 10. Orang yang membaca talkin untuk mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya.

Anda mungkin juga menyukai