Anda di halaman 1dari 17

PERLAKSANAAN INOVASI/PENAMBAHBAIKAN APLIKASI BILIK KULIAH

DIGITAL

JABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH


SUNGAI LANG
45100 SUNGAI AIR TAWAR
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 603-3280 6200
Faks: 603-3280 6400
Website: http://www.psis.edu.my

PENSYARAH:

Presenter 1 : DR ABU ZARRIN BIN SELAMAT (740503105669)


Presenter 2 : MOHD RUSDAN BIN HASAN (790707105287)

Presenter 3 : TENGKU RADZIATAN MARDZIIAH BT

TENGKU A. RAZAK (870525065456)

Presenter 4 : NAHRAWI BIN KASSIM (781009105533)

1
ABSTRAK
Inovasi ini dihasilkan dengan menggabungjalinkan penggunaan beberapa perkakasan ICT
iaitu LCD Projector, Screen Beam Mini2, Komputer riba dan telefon bimbit dalam urusan PnP. Di
samping itu, penggunaan beberapa aplikasi seperti Cam Scanner, Padlet, Google Doc, Pict Art
dan Xodo juga digunakan sepanjang proses PnP berlangsung. Inovasi ini dihasilkan adalah
bertujuan untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran (PnP) lebih interaktif, bersifat
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) dan menyeronokkan. Penggunaan kaedah BKD adalah
sebagai satu alat PnP yang memberi impak dan manfaat yang besar kepada proses PnP kerana
ianya dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu kursus yang kurang digemari oleh
pelajar seperti Kursus Pengajian Malaysia.

Kata Kunci : Bilik Kuliah digital, Pengajaran dan pembelajara, Pengajian Malaysia

2
1.0 LATAR BELAKANG

Pengajian Malaysia merupakan subjek yang berbentuk teori yang memerlukan


pelajar memproses fakta yang telah dipelajari sejak tingkatan satu. Oleh itu, menurut
Ghazali et. al (2010) menyatakan bahawa penguasaan bahan berbentuk teori memerlukan
penguasaan ilmu kemahiran mengajar dan pedagogi supaya penyampaiannya selari
dengan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Tambahan lagi, pengajar juga perlu mahir
dalam mengelola bahan pengajaran supaya mampu menarik minat belajar dan mengikut
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut (Zaliza & Zaitul, 2014). Hal ini berbeza
dengan minat pelajar TVET yang berasaskan pendidikan teknikal yang memberi focus
kepada menghasilkan modal insan yang berkemahiran dalam berbagai aspek, seperti
kemahiran teknikal dan vokasional, kemahiran kebolehkerjaan (employability skills),
boleh berkomunikasi dengan berkesan, boleh bekerjasama dalam satu pasukan, boleh
membuat keputusan bila diperlukan dan sebagainya (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2011). Oleh itu, teknik pengajaran yang berbeza perlu diaplikasikan dalam kaedah
pengajaran dan Pembelajaran terhadap pelajar teknikal supaya dapat disesuaikan dengan
penerimaan pelajar.
Keperluan untuk membangun dan memperkasakan bakat kepemimpinan dalam
kalangan pensyarah dan pentadbir yang berupaya melakukan transformasi IPT negara
seperti yang dihasratkan dalam PPPM (PT). Faktor penyumbang ke arah memperkasakan
bakat kepimpinan tersebut memerlukan usaha yang berterusan kerana pengajar merupakan
faktor penyumbang kepada peningkatan motivasi belajar pelajar melalui teknik
penyampaian yang berstrategi (Zaliza & Zaitul, 2014). Terutamanya pendidik yang
mengajar dalam bidang teknikal yang memerlukan tumpuan pengajaran yang lebih serius
kerana menurut Falina & Aniza (2017), terdapat hubungan dalam pengajaran terhadap
pelajar vokasional. Meskipun, terdapat faktor lain yang mempengaruhi minat pelajar
terhadap sesuatu subjek seperti faktor sikap, faktor persekitaran, dan faktor iklim. Faktor
utama dalam menyumbang kepada minat belajar dikalangan pelajar TVET ialah peranan
pengajar, iklim dan sikap (Ahmad Rizal et al, 2005, Erma & Leong, 2014).
Walaubagaimanapun, menurut Yahya & Norliza (2010) Faktor persekitaran merupakan
faktor tertinggi mendorong minat pelajar dan alat bantuan mengajar dalah elemen tertinggi

3
yang mampu mendorong minat pelajar. Selain itu, peranan pengajar tidak cukup untuk
menjadi pendorong kepada prestasi pelajar kerana peranan pihak pengurusan Institutsi
pendidikan tersebut perlu diambil perhatian (Wan Ahmad et.al, 2013). Jesteru, tiada
kajian yang spesifik berkaitan dengan subjek berbentuk fakta yang diajar kepada pelajar
teknikal kerana gaya pengajaran pengajar terhadap golongan ini mempunyai pelbagai
cabaran dan strategi.

Dalam lonjakan ke-9 dalam PPPM (PT) 2015-2025 untuk meningkatkan


pembelajaran dalam talian yang membuka peluang kepada pelajar mendapatkan sumber
pembelajaran yang pelbagai tanpa batasan tempat, waktu dan sebagaimya. Sehubungan
itu, transformasi pembelajaran menggunakan pelbagai aplikasi teknologi maklumat dilihat
mampu memberi input pembelajaran yang bermakna dan sepanjang hayat kepada diri
pelajar universiti. Selain daripada mampu meningkatkan prestasi, penggunaan teknologi
maklumat dalam pembelajaran di universiti dapat mengubah tingkah laku serta
meningkatkan kemahiran professional. Pelajar berupaya melakukan tugasan dengan
efektif, interaksi pembelajaran yang positif, kolaborasi dalam kalangan pelajar serta
menjana pemikiran aras tinggi

Menyedari hakikat arus teknologi yang semakin berkembang, Politeknik Malaysia


diwakili oleh Jabatan Pengajian Am yang menawarkan Kursus Pengajian Malaysia perlu
menerapkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalm kursus ini bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaanya tajuk-tajuk
ini diajar dalam bentuk teori dan menggunakan Power point sahaja. Sehubungan dengan
itu aplikasi Bilik Kuliah digital ini dapat memberi pendedahan kepada pensyarah mencuba
sesuatu yang baru yang dapat menarik minat pelajar untuk lebih memahami subjek
Pengajian Malaysia menggunakan teknologi yang terdapat di dalam perisian android atau
ios dan sebagainya secara percuma. Selain itu, penggunaan perisian padlet dan
camscanner dapat menghimpunkan segala ruang kretiviti pelajar supaya dapat dilihat oleh
pelajar secara online.

Teknik pembelajaran secara digital ini memerlukan penguasaan yang tinggi tetapi
perlaksanaan Bilik Kuliah Digital ini dapat memberi ruang untuk pensyarah belajar
4
menarik perhatian pelajar sesuai dengan zaman mereka. Tambahan pula, aplikasi yang digunakan
merangkumi komputer riba dan telefon tanpa sebarang kos.

2.0 KETERANGAN

Aplikasi Bilik Kuliah Digital ini merupakan satu aplikasi penggunaan beberapa perkakasan ICT
iaitu LCD Projector, Screen Beam Mini2, Komputer riba dan telefon bimbit dalam urusan PnP.
Di samping itu, penggunaan beberapa aplikasi seperti Cam Scanner, Padlet, Google Doc, Pict
Art dan Xodo juga digunakan sepanjang proses BKD berlangsung. Penggunaan tersebut
terbahagi kepada dua kaedah alat peranti :

i. Penggunaan melalui komputer

Penggunaan melalui computer menggunakan padlet, snipping tools, google form dan google
doc

ii. Penggunaan melalui telefon pintar

Penggunaan melalui telefon pintar menggunakan xodo, camscanner, photoshop pro, padlet
dan picart

5
3.0 OBJEKTIF

i. Menarik minat pelajar utk mempelajari kursus Pengajian Malaysia

ii. Menyuburkan semangat bekejasama dalam menyiapkan projek secara kolektif

iii. Suasan PnP menjadi ceria dan menyeronokkan

iv. Sebagai Bahan bantu mengajar yang bersifat ICT yg membantu pensyarah dalam PnP

4.0 KELEBIHAN

i. Cepat

a. Pembelajaran lebih teradun dengan tugasan kepada pelajar diberikan lebih awal dan dan
dikongsi bersama dalam kelas
b. Pencapaian maklumat lebih telus melalui pemantauan oleh pengajar secara langsung
c. Penggunaan masa yang lebih berkesan dan menjimatkan masa dalam carian informasi
serta lebih interaktif

ii. Seronok
a. Aktiviti sumbang-saran melalui peranti masing-masing dengan seliaan pensyarah
b. Segala idea semasa P&P boleh diakeses kembali selepas sesi P&P
c. Suasana pembelajaran yang interaktif yang boleh menggabungkan teks, audio dan visual
d. pengguna juga boleh berkolaborasi antara satu sama lain dan berkongsi hasil kerja masing-
masing

iii. Informatif

a. Pelbagai maklumat boleh dicapai dan dikongsi dengan cepat.


b. Satu dinding digital yang membolehkan pelajar mencatat nota semasa mengumpul
maklumat dan membenarkan orang lain dalam kumpulan menggunakan maklumat
tersebut.
c. Maklumat setiap kumpulan pelajar boleh dilihat secara serentak
d. Menyampaikan informasi dengan lebih berkesan

6
iv. Menarik

a. Aktiviti P&P dikawal secara terancang oleh fasilitator dan pelajar dapat mengikuti secara
tekun kerana melibatkan teks, audio dan visual.
b. Alat perkongsian dan juga penciptaan yang disediakan mampu membantu pelajar dan juga
pengajar untuk mencapai matlamat pembelajaran dan pengajaran yang berkesan samaada
dalam kelas atau diluar kelas.
c. Mempersembahkan sesuatu maklumat dengan lebih menarik,
d. Peluang sama rata untuk semua pelajar dalam kumpulan yang sama menyumbang idea dan
maklum balas.
e. Aplikasi yang boleh menjejak status perkembangan suatu tugasan bagi setiap kumpulan
pelajar
f. Guru dan pelajar. Penyumbang boleh mengemukakan pendapat sementara guru pula boleh
memberikan maklum balas

5.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Politeknik Sultan Idris Shah melibatkan pelajar semester 1
yang mengambil subjek DUB 1012 Pengajian Malaysia. Pengkaji menggunakan persampelan
rawak mudah bagi memilih pelajar semester satu yang mengambil kursus ini untuk dijadikan
responden kajian. Kumpulan ini terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 27 orang pelajar
perempuan. Daripada 50 orang pelajar 19 orang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, 10
orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 7 orang dari Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti, 5 orang Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan 9 orang dari Jabatan
Perdagangan

7
6.0 DAPATAN KAJIAN

JANTINA

Lelaki
46%
54% Perempuan

Rajah 1: Jantina Responden


Dalam kajian yang dijalankan, terdapat empat item yang memberikan maklumat berkaitan latar
belakang responden. Daripada hasil kajian yang merangkumi 50 orang responden, bilangan
responden perempuan seramai 27 orang adalah melebihi bilangan responden lelaki yang hanya
seramai 23 orang.

TAHAP UMUR

10%4%
18-19
20-21
22-23
86%

8
Rajah 2 : Tahap Umur Responden
Daripada 50 responden tersebut paling ramai adalah daripada tahap umur antara 18 hingga 19
tahun dengan jumlah 43 orang dan mewakili 86 % manakala lingkungan umur 20-21 mempunyai
bilangan responden yang rendah dengan jumlah 5 orang dengan peratusan 10% dan pelajar yang
berada dalam lingkungan umur 22-23 tahun hanyalah 2 orang dengan peratusan 4 %.

JABATAN

JKA
18%
JKE
38%
10% JPH

14% JTMK
20% JP

Rajah 3: Jabatan Responden

Berdasarkan item ketiga, 19 orang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam mewakili 38%, 10
orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mempunyai peratusan 20%, 7 orang dari
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti yang mewakili 14%, 5 orang Jabatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi yang mempunyai peratusan 10% manakala 9 orang dari Jabatan Perdagangan
yang mewakili 18%.

9
PERNAH MENGGUNAKAN PADLET?

36% Ya
Tidak
64%

Rajah 4: Pengalaman Menggunakan Aplikasi Padlet


Berdasarkan item keempat iaitu “Adakah anda pernah menggunakan aplikasi Padlet sebelum ni”,
36% menyatakan mereka pernah menggunakan aplikasi ini manakala 64% menyatakan tidak
pernah menggunakan aplikasi Padlet sebelum ini.

Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian II: Bentuk Aplikasi Padlet

Jadual 1: Dapatan Bentuk Aplikasi Padlet Mesra Pengguna

MESRA PENGGUNA
60

50
50
40

30
28 27 25
20 23 25 22
10

0
SANGAT TIDAK
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU
MP1 23 27
MP2 25 25
MP3 28 22
MP4 50

10
Berdasarkan dapatan kajian dengan merujuk jadual 1, semua responden bersetuju aplikasi ini
senang diakses mengikut tajuk. Di samping itu, majoriti. responden bersetuju aplikasi Padlet ini
membolehkan mereka mula menggunakan kandungannya dengan mudah manakala 22 orang
responden menyatakan sangat setuju bahawa sistem sangat mudah dikendali.

Jadual 2: Dapatan Bentuk Aplikasi Padlet Dari Segi Rekabentuk

REKABENTUK
60

50
48 50
40 44
30

20

10
26
0
SANGAT TIDAK
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU
R1 2 48
R2 6 44
R3 50

R1 R2 R3

Berdasarkan jadual 2, 96 % menyatakan sangat setuju bahawa saiz tulisan yang digunakan
membuatkan aplikasi ini kelihatan menarik.manakala 88% menyatakan sangat setuju bahawa latar
belakang yang digunakan adalah menarik. Secara keseluruhannya, kesemua responden sangat
bersetuju bahawa grafik dan warna yang digunakan membuatkan aplikasi ini kelihatan menarik.

11
Jadual 3 : Dapatan Bentuk penggunaan BKD Dari Segi Interaktiviti

INTERAKTIVITI
50
45
40 45
35
30 35
25 29 30
20
15 20 20
10 14
5 1 1 5
0
TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU
IN1 1 29 20
IN2 1 14 35
IN3 20 30
IN4 5 45

IN1 IN2 IN3 IN4

Berdasarkan jadual 3, 20 orang responden menyatakan sangat setuju bahawa setiap tajuk yang di
klik di dalam aplikasi ini berfungsi dengan baik.dan 29 orang responden hanya menyatakan setuju
dengan pernyataan tersebut. Hanya seorang responden menyatakan ketidakpastian terhadap
pernyataan tersebut. Manakala 90% menyatakan sangat setuju bahawa bahasa yang digunakan di
dalam aplikasi BKD ini mudah difahami. Di samping itu, 60 % menyatakan elemen-elemen di
dalam aplikasi BKD ini sangat interaktif.

12
Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian III: Penilaian Aplikasi BKD terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran DUB 1012 Pengajian Malaysia.

Jadual 4 : Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi BKD Untuk Kursus DUB 1012
Pengajian Malaysia

KESEDIAAN PELAJAR
45
40
35 40
38
30 35
33
25
20
15
17
10 15
12
5 10
0
SANGAT TIDAK
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU
KP1 38 12
KP2 40 10
KP3 17 33
KP4 15 35

KP1 KP2 KP3 KP4

Berdasarkan jadual 4, 38 orang responden menyatakan setuju bersedia menggunakan aplikasi


BKD untuk tujuan pembelajaran manakala 12 orang sangat bersedia menggunakan aplikasi ini.
Sebanyak 70% responden bersedia untuk mengubah cara pembelajaran Pengajian Malaysia
daripada kaedah tradisional kepada kaedah menggunakan aplikasi BKD. Manakala 66 %
responden bersedia mempelajari cara menggunakan aplikasi BKD dalam mempelajari subjek
Pengajian Malaysia.

13
Jadual 5 : Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi BKD Untuk Kursus DUB
1012 Pengajian Malaysia

PENERIMAAN PELAJAR
50
45
46 45
40 43
35
30
25 30

20 25 25

15 20

10
5
7 4 5
0
SANGAT TIDAK
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU
PP1 7 43
PP2 4 46
PP3 25 25
PP4 20 30
PP5 5 45

PP1 PP2 PP3 PP4 PP5

Berdasarkan jadual 5, 86% menyatakan sangat bersetuju menyatakan proses pembelajaran kursus
DUB 1012 Pengajian Malaysia menjadi mudah dengan adanya aplikasi BKD. Manakala 92%
sanagt bersetuju bahawa penggunaan aplikasi BKD dapat memotivasikan diri mereka dalam
mempelajari kursus DUB 1012 Pengajian Malaysia. Di samping itu, 50% responden bersetuju
pembelajaran berbantukan aplikasi BKD membantu mereka memahami dan mengingati isi
pengajaran yang disampaikan pensyarah. Secara keseluruhannya, majoriti responden menyatakan
pembelajaran melalui aplikasi BKD sangat menyeronokkan.

14
7.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ini, secara keseluruhannya responden dilihat bersetuju aplikasi sangat mesra
pengguna dan paparan yang sangat menarik serta aplikasi BKD ini senang di akses mengikut
tajuk.Bagi aspek interaktiviti, responden juga dilihat mempunyai kecenderungan yang tinggi
menyatakan bahawa menyatakan elemen-elemen di dalam aplikasi BKD ini sangat interaktif.
Melalui penggunaan pelbagai bahan multimedia seperti persembahan grafik, penerapan audio,
penggunaan visualisasi abstrak, penerapan pembelajaran elektronik dan sebagainya telah
mendorong pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan meningkatkan pemikiran aras tinggi.
Proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar telah melibatkan pelajar secara aktif,
menggalakkan eksplorasi kendiri, perkongsian maklumat dan pengetahuan, dan seterusnya
menjana kreativiti pelajar melalui perkaitan pembelajaran baru dengan pengalaman sedia ada.

Selain itu, bagi konstruk rekabentuk, kesemua responden sangat bersetuju bahawa grafik
dan warna yang digunakan membuatkan aplikasi ini kelihatan menarik. Grafik dan warna adalah
elemen utama yang membantu pelajar minat mempelajari kursus ini. Elemen ini mampu menjadi
medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang
pelabgai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada satu masa yang sama.
Di samping itu juga, penggunaan aplikasi ini mampu menarik perhatian serta mudah untuk
difahami berbanding penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang statik
dan bisu.

Di samping itu, majoriti responden bersedia untuk mengubah cara pembelajaran Pengajian
Malaysia daripada kaedah tradisional kepada kaedah menggunakan aplikasi BKD Ini adalah
kerana pembelajaran abad ke 21 memerlukan perubahan cara proses pengajaran pensyarah dan
pembelajaran pelajar supaya proses PDP lebih efektif dan menarik. Selain itu, majoriti pelajar
bermotivasi menggunakan aplikasi BKD dalam mempelajari Kursus DUB 1012 Pengajian
Malaysia dan mereka menyatakan proses pembelajaran menjadi lebih seronok. Beberapa
cadangan untuk kajian lanjutan supaya kajian yang akan dibuat lebih mendalam lagi.Ini
termasuklah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar Politeknik Malaysia sahaja tetapi

15
boleh melibatkan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memandangkan kursus ini
juga ditawarkan kepada pelajar yang menuntut di IPTS. Kajian selanjutnya boleh dibuat dengan
menggunakan responden dalam kalangan pensyarah yang mengajar kursus ini di Politeknik
seluruh Malaysia.

16
8.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Zaki bin Amiruddin(2014) Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com,Prosiding Seminar


Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), Universiti Malaysia Kelantan.

In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.

Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan,


FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 – 126. ISBN 978-602-8025-27-
0.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publication.

Nik Mohd Rahimi, Mohd Isa & Asnuurien Najma, Pembentukan Modal Insan Melalui Kursus

Pengajian Umum Di Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Politeknik. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah @Razali & Mohamad Faizal Ahmat(2016)

Pengajian Malaysia Siri Politeknik, Selangor:Oxford Fajar.

Nur Syazwani binti Abdul Talib, Kaedah Pembelajaran Sejarah Dengan Mengambil Kira Minat

Dan Peningkatan Prestasi. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti
Malaysia Kelantan.

17

Anda mungkin juga menyukai