Anda di halaman 1dari 10

1.

0 TASAWWUR ISLAM

1.1 Islam sebagai addin


Islam sebagai Ad Din bermaksud Islam sebagai cara hidup . Cara hidup yang
diajar di dalam Islam adalah sangat lengkap dan istimewa. Banyak ayat Al Quran
yang menerangkannya, antaranya ayat-ayat yang berikut :

Al Baqarah: 143
Al Baqarah : 208
Al Hujurat : 13

Islam mengajar manusia :


1. Meyakini bahawa Tuhan Yang Maha Esa adalah pencipta seluruh alam
semesta.

2. Bahawa Allah SWT telah menetapkan manusia menjadi khalifah (pemimpin)


di planet bumi. Maka segala usaha manusia mengurus alam akan diberi
ganjaran oleh Allah SWT, selagi perbuatannya sesuai dengan petunjuk dan
didikan Nabi SAW.

3. Bahawa kehidupan selepas mati adalah yang kekal abadi. Hidup di dunia
hanyalah untuk membuat bekalan bagi menentukan corak kehidupan
akhirat. Maka manusia pun perlu mempersiapkan dirinya.

4. Sentiasa tahu diri dan mahu berterima kasih kepada Allah SWT atas segala
limpahan rahmat dan kurnianNya. Dengan rasa kesyukuran itulah jiwa
manusia menjadi tenang.

5. Ikhlas mematuhi peraturan dan undang-undang atau hukum yang datang


daripada Allah dan rasulNya dan juga daripada pihak yang berkuasa selagi
mana tidak berlawanan dengan perintah Allah SWT.

6. Mempunyai akhlak atau budi pekerti yang baik, seperti hormat menghormati
dan tolong menolong untuk melakukan kebajikan atau kebaikan bersama.

7. Agar berani menegakkan kebenaran, kebaikan, keadilan serta takut untuk


melakukan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum sama ada terhadap
hukum Allah dan rasul, terhadap negara atau pun sesama makhluk.

8. Berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di mana sahaja dan


untuk makhluk Allah SWT. Sama ada keadilan di dalam sesama muslim
atau bersama orang-orang bukan muslim.
Al Maidah :8

9. Agar bersikap sederhana dalam soal kehidupan di dunia dan jangan


melampaui batas atau terlalu bermewah.
Aali Imran: 31

10. Sikap bertanggungjawab sama ada sebagai ketua negara, pemimpin, ketua
keluarga(suami), isteri, ketua kelas dan lain-lain.

Hadis yang bermaksud :


Tiap seorang daripada kamu adalah pengawal dan tiap-tiap kamu adalah
bertanggungjawab terhadap kawalannya ….

11. Agar menjadi orang yang berilmu, bijak dan mengamalkan ilmu.
Firman Allah SWT : Al Mujadalah: 11

1.2 Keperluan Beragama

Terdapat beberapa golongan manusia yang mengatakan bahawa mereka tidak


perlu kepada agama. Dakwaan mereka ialah tanpa agama pun manusia boleh
hidup lebih baik daripada orang yang beragama. Dakwaan sebegini adalah salah
dan banyak hujjah yang boleh menolaknya.

Manusia perlu kepada agama Islam kerana :


1. Agama membawa kepada keselamatan . Agama mendorong manusia
menghindari kejahatan kerana setiap kejahatan diancam dengan balasan
buruk daripada Allah SWT. Oleh itu orang yang beragama tidak akan
melakukan perbuatan yang buruk seperti mengumpat, hasad dengki,
menipu, khianat, rasuah, berjudi, minum arak, zina dan lain-lain keburukan
kerana takut kepada balasan di akhirat. Dengan itu keselamatan pun akan
muncul dan terpelihara.
2. Agama membawa kesenangan kerana mendorong manusia melakukan
kebaikan kerana orang yang beriman dan melakukan amal kebaikan akan
dibalas dengan syurga. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan manusia secara
ikhlas akan membawa kesenangan yang abadi sama ada kepada
pelakunya mahupun orang di sekelilingnya.
Firman Allah SWT : Al Baqarah : 25
3. Agama memberi ketenangan jiwa dan jauh daripada sifat berputus asa.
Orang yang beragama mempunyai jiwa yang tenang kerana dia tahu arah
tujuan hidupnya. Dia tidak akan pernah putus asa dalam hidupnya kerana
yakin kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT; Al Fajr : 27-30.
4. Manusia tidak hidup selamanya di dunia, sampai ajalnya manusia pasti
akan mati. Agama Islam mengajar manusia untuk selamat selepas mati.
Al Baqarah :25

1.3 Matlamat Penciptaan Manusia:


1. Mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sesiapa yang berjaya mengabdikan
diri kepada Allah SWT maka itulah kejayaan yang sebenar. Mengabdikan
diri kepada Allah SWT hanya terhasil apabila :

i. Cinta kepada Allah : lahir apabila seseorang mengakui besarnya


anugerah dan nikmat Allah SWT kepadanya.
ii. Merendahkan diri kepada Allah SWT : seseorang mengakui
kekurangan dirinya dan tidak sempurna amalannya kepada Allah
SWT.
Maka orang yang selalu taat beribadah kepada Allah , menyibukkan
pendengaran, penglihatan, lisan dan hatinya dengan untuk mematuhi perintah
Allah kerana cinta dan merasa kerdil di sisi Allah SWT, maka dialah yang paling
berhak mendapat status hamba Allah. Sebaliknya jika manusia itu tidak mencintai
Allah SWT dan ada sifat sombong, maka dia bukanlah hamba Allah yang sejati
dan dia adalah orang yang sangat rugi.

Rasulullah SAW pernah berdoa : “ Ya Allah, hidupkan aku sebagai orang


miskin, matikanlah aku sebagai orang miskin dan kumpulkan aku di dalam
golongan orang-orang miskin pada hari kiamat.”

Orang miskin di sini bermaksud orang yang sentiasa merendah diri, tunduk
dan khusyuk kepada Allah SWT.

Seorang manusia yang nampak banyak melakukan kebaikan dan amal


soleh tetapi di dalam hatinya tiada rasa perhambaan kepada Allah SWT,
sebaliknya bersifat sombong, bangga diri dan tidak menisbahkan punca kebaikan
yang dilakukan adalah daripada pertolongan Allah SWT, maka orang ini tidak
diredhai Allah SWT.

Orang yang paling tinggi perhambaan kepada Allah SWT ialah orang yang
bersegera dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal soleh dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Orang ini juga tetap menundukkan diri,
meyakini hidupnya bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT serta sentiasa takut
kepada Allah tetapi dalam masa yang sama sentiasa berharap kepada pertolongan
dan rahmatNya.

2. Menjadi khalifah di bumi. Maksud khalifah ialah pengganti. Manusia


menggantikan golongan jin yang tinggal di bumi sebelum itu. Golongan jin
telah gagal menjalankan tugas mereka sebagai hamba Allah yang taat,
mereka telah merosakkan bumi dan menumpahkan darah, maka mereka
digantikan dengan manusia.

Manusia sebagai khalifah di bumi berperanan untuk mengurus dan


mentadbir bumi.

Allah SWT ciptakan semua yang ada di bumi adalah untuk kegunaan
manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ Dialah Allah yang telah menciptakan semua yang ada di bumi untuk
kegunaan kamu “
Al Baqarah : 26

Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Dan jika kamu semua menghitung nikmat Allah, maka pasti kamu semua
tidak dapat menghitungnya.”

Semua kemudahan yang disediakan Allah SWT adalah untuk manusia,


namun bukan bererti manusia boleh menggunakannya tanpa aturan.
Semua kemudahan itu jika tidak dijaga akan menyebabkan kerosakan
berlaku di atas muka bumi ini. Sebagai contohnya Allah SWT ciptakan
tumbuh-tumbuhan sebagai makanan untuk manusia, tetapi jika manusia
tidak dapat mengaturnya, maka bahan makanan itu tidak mencukupi
keperluan manusia. Maka berlakulah kekurangan makanan dan kebuluran.
Begitu juga dengan sungai, Allah ciptakan sungai sebagai sumber air,
sumber makanan dan jalan pengangkutan untuk manusia. Tetapi apabila
sungai tidak dijaga, sampah-sampah dibuang ke dalamnya, sungai cetek
kerana mendapan lumpur kerana perlombongan dan pembalakan, maka
sungai sudah tidak dapat berfungsi seperti tujuan penciptaannya. Ini
berpunca apabila manusia tidak mengurusnya dengan baik.

Bagi menjayakan tugas sebagai khalifah, manusia perlu:


1. Bertanggungjawab kepada diri sendiri, iaitu meningkatkan kualiti diri dari
segala aspek seperti keimanan, keilmuan, kesihatan , akhlak dan lain-
lain aspek . Manusia yang berkualiti sahaja yang dapat menjalankan
tugas mentadbir alam dengan baik.
2. Bertanggungjawab kepada sesama manusia. Manusia mempunyai
tanggungjawab terhadap orang di sekelilingnya seperti keluarga, rakan-
rakan, jiran tetangga , majikannya dan lain-lain. Bahkan dengan sesama
Islam, tanggungjawabnya tiada had sempadan.

3. Bertanggungjawab terhadap muka bumi. Muka bumi perlu dipelihara


daripada kerosakan dan perlu dimakmurkan. Allah SWT tidak menyukai
kerosakan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan apabila dia berpaling dari engkau dia berusaha untuk membuat
kerosakan di bumi serta merosakkan tanam-tanaman dan ternakan dan
Allah tidak menyukai kerosakan.”
Al Baqarah : 205

Bumi juga perlu dimakmurkan iaitu diuruskan agar terurus dengan baik
dan ciptaan Allah di muka bumi dapat dimanfaatkan oleh semua
makhluk Allah sama ada dari kalangan manusia , haiwan dan lain-lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud :”Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh
berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah
menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, karena itu mohonlah ampunan-
Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi
memperkenankan (do`a hamba-Nya)."

Surah Hud : 61

Memakmurkan bumi sebagai tugas manusia mestilah menurut aturan yang telah ditetapkan Allah
yang disebut dengan sunnatullah. Selain itu manusia juga wajib mematuhi perintah dan larangan
Allah yang telah diberikan dalam bentuk syariat-Nya yang telah dibawa para nabi dan rasul Allah.
Bila manusia melanggar sunnatullah yang berlaku di alam ini atau melanggar syariat yang telah
ditetapkan Allah maka mereka akan mengalami kehancuran dan kebinasaan .

1.4 Sumber Ajaran Islam :


1.4.1 Al Quranul karim
1.4.1.1 Mengenali Al Quran

- Kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW
dalam Bahasa Arab yang dipindahkan secara mutawatir dimulakan dengan
Surah Al Fatihah dan disudahi dengan Surah An Nas.
- Al Quran menjadi dasar agama, perlembagaan kaum Muslimin dan tiang
agama Islam.
- Ia menerangkan hukum-hukum dengan nas-nas ijmaliah (bentuk umum).
Contohnya Al Quran menyuruh solat dan zakat secara umum tanpa
menerangkan secara detail tentang syarat dan cara menunaikannya.
- Mengandungi 114 buah surah dan bilangan ayat-ayatnya melebihi 6,000
ayat.
- Apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu , baginda akan
perdengarkan kepada sahabat-sahabat untuk dihafaz atau kepada
jurutulisnya untuk ditulis. Antara sahabat yang menjadi jurutulis Al Quran
ialah Muawiyah bin Abi Sufian, Zaid bin Sabit dan lain-lain lagi.
- Tempoh penurunan Al Quran ialah selama lebihkurang 23 tahun,
sebahagian turun di Mekah selama 13 tahun dan sebahagiannya di
Madinah selama 10 tahun.
- Kebanyakan Surah-surah yang turun di Mekah adalah pendek-pendek yang
memperkatakan tentang akidah. Manakala Surah-surah yang diturunkan di
Madinah adalah panjang-panjang dan memperkatakan tentang syariat.
-
- Al Quran diturunkan mengikut keadaan keperluan ayat atau persoalan yang
menunggu jawapan daripada Allah SWT. Maka urutan penurunan ayat
tidaklah tersusun mengikut susunan seperti yang ada di dalam mushaf hari
ini.
- Susunan seperti di dalam mushaf itu iaitu dimulakan dengan Surah Al
Fatihah dan berakhir dengan Surah An Nas adalah menurut yang diajar oleh
malaikat Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW sebelum wafatnya. Nabi
Muhammad SAW mengarahkan penulis-penulis wahyu supaya meletakkan
ayat-ayat Al Quran dalam surah-surah tertentu sepertimana yang diajar oleh
malaikat Jibril a.s.
- Al Quran yang ada pada umat Islam hari ini adalah sebenarnya Al Quran
yang dipersetujui oleh para sahabat dan ulamak seluruhnya bahawa inilah
Al Quran yang diajar oleh malaikat Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW
dan sampai kepada kita tanpa diubah atau dipinda baik ayat-ayatnya
mahupun penyusunan surah-surahnya.
- Setelah Rasulullah SAW wafat, Khalifah Abu Bakar mengusahakan
pengumpulan semua catatan Al Quran dengan kerja yang berhati-hati oleh
sejumlah sahabat dan kemudian ditulis pada satu mashaf yang
kemudiannya dijaga oleh Saidina Umar.
- Pada zaman Khalifah Uthman , Al Quran telah dibuat salinan dalam
beberapa mashaf dan salinan mashaf itu telah dihantar ke negeri-negeri
Islam.
- Terjemahan Al Quran tidak boleh dinamakan sebagai Al Quran, ianya
adalah tafsir atau terjemahan sahaja.

1.4.1.2.Kemukjizatan Al Quran :
Al Quran adalah sebuah mukjizat (perkara luar biasa yang membuktikan
kerasulan Nabi SAW) kerana banyak hujjah antaranya ialah :
- Gaya bahasa dan aliran sasteranya yang terlalu tinggi
- Memaklumkan perkara yang akan berlaku
- Memaklumkan tentang kisah silam yang tidak diketahui orang
- Memaklumkan tentang perkara-perkara ghaib
- Mengandungi ilmu-ilmu yang sulit dan sukar dan hanya dikesan oleh ilmu
sains moden yang baru muncul seperti ilmu kesihatan, botani, astronomi,
kimia, oceanography,perlayaran dan lain-lain.

1.4.2 As Sunnah
Merupakan sumber ajaran Islam yang kedua selepas Al Quran.
As Sunnah menurut istilah ahli hadith ialah segala yang dipindahkan
daripada Nabi SAW baik yang merupakan perkataan, perbuatan ataupun
taqrir (mengiyakan perbuatan orang lain) , sebelum Nabi SAW dilantik
menjadi rasul mahupun sesudahnya.

Sesiapa yang patuh kepada ajaran Al Quran pasti menjadikan juga As


Sunnah sebagai pegangan hidupnya.
Firman Allah SWT :

“Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta
amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.”

Surah al-Hasyr ayat 7

Berdasarkan fakta sejarah, hadis sudah ditulis sejak zaman Nabi SAW. Walaupun kebanyakan
sahabat RA tidak tahu membaca dan menulis, segelintir daripada mereka mempunyai
kemahiran itu.

Meskipun tidak ramai, bilangan mereka sebagaimana yang direkodkan Dr Muhammad Mustafa
al-A’zami di dalam bukunya ‘Kuttab al-Nabi SAW’ ialah 64 orang.
Dalam kalangan mereka, ada yang dilantik sebagai penulis wahyu dan ada hanya menulis
hadis Nabi SAW.

Catatan hadis mereka dikenali sebagai sahifah. Oleh itu, boleh dinyatakan karya hadis sudah
bermula dengan penulisan sahifah oleh sebilangan sahabat antaranya Sahifah Ali bin Abi Talib
RA, Sahifah Abdullah bin Amru bin al-As RA, Sahifah Abu Musa al-Asy’ari RA, Sahifah
Samurah bin Jundub RA dan Sahifah Anas bin Malik RA.

Selain menggunakan sahifah, kebanyakan sahabat RA lain hanya mengingat apa yang mereka
saksikan atau terima daripada Nabi SAW dan menyampaikannya semula secara lisan.

Situasi sedemikian berlangsung lama sehingga generasi tabiin.

Pada zaman tabiin, bilangan sahabat RA yang masih hidup makin sedikit yang tinggal. Tokoh
perawi tabiin yang ada pula duduk di merata tempat di seluruh empayar Islam yang semakin
luas.

Bilangan mereka juga lama-kelamaan berkurangan dan ada terbunuh dalam sebahagian
peperangan yang berlaku. Selain itu, wujud ancaman fahaman bidaah seperti Syiah, Nawasib
dan Khawarij.

Faktor ini mendorong Khalifah Umawi yang ke-8, iaitu Umar bin Abd al-Aziz (wafat pada 101H)
untuk mengeluarkan arahan rasmi bagi mengumpul dan membukukan hadis secara besar-
besaran.

Maka, ulama yang ada waktu itu pun segera melaksanakan perintah berkenaan.

Tokoh pertama yang berjaya mengumpulkan dan menghantarkannya kepada khalifah ialah
Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri (wafat 124H).

Pada abad ke-2H (8M), proses pembukuan dan penyusunan hadis terus berkembang dalam
kalangan ulama.

Namun, metode penulisan mereka belum sistematik. Hadis belum disusun mengikut tema dan
bab fiqah secara terperinci. Himpunan hadis turut bercampur dengan kata-kata sahabat dan
tabiin serta fatwa mereka.

Kemudian pada separuh kedua abad ini, penyusunan secara sistematik mula muncul dalam
kalangan ulama. Antara karya abad ke-2H yang masih kekal hingga hari ini ialah kitab al-
Muwatta’ oleh Imam
Malik bin Anas.

Metode penulisan hadis kemudian mencapai zaman kemuncak kegemilangannya pada abad
ke-3H (9M). Pada abad ini, muncul pelbagai kitab hadis yang menjadi rujukan muktabar bagi
umat Islam sehingga masa kini.

Dalam menghasilkannya, ulama hadis menggunakan pelbagai metode penulisan seperti


berikut.

Pertama, metode penyusunan berdasarkan hadis sahih. Kategori ini dikenali sebagai as-sihah
seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ibn Khuzaimah dan Sahih Ibn Hibban. Namun,
Sahih Ibn Khuzaimah masih tidak ditemui lengkap sepenuhnya.
Kedua, metode penyusunan berdasarkan bab fiqah. Kategori ini dikenali sebagai as-sunan,
yang kebanyakan isi kandungannya ialah hadis Nabi SAW seperti Sunan Abi Dawud, Sunan
at-Tirmizi, Sunan an-Nasaie dan Sunan Ibn Majah. Juga sebagai al-musannafat yang isi
kandungannya bercampur antara hadis, kata-kata sahabat dan tabiin seperti Musannaf Abd ar-
Razzaq dan Musannaf Ibn Abi Syaibah.
Ketiga, metode penyusunan berdasarkan nama sahabat RA. Kategori ini dikenali sebagai al-
masanid, seperti Musnad at-Tayalisi dan Musnad Ahmad bin Hanbal.

Dikatakan, terdapat sekitar 100 musnad dan banyak daripadanya hilang. Contohnya, Musnad
Baqi bin Makhlad belum ditemukan. Begitu juga Musnad Ya’qub bin Syaibah yang dikatakan
musnad terbesar kerana dijangka jika siap sepenuhnya akan terdiri daripada 200 jilid dan
bahagian riwayat Ali RA saja sebanyak lima jilid.

Keempat, metode penyusunan berdasarkan huruf abjad bagi nama perawi. Kategori ini dikenali
sebagai al-ma’ajim seperti al-Mu’jam al-Kabir, al-Mu’jam al-Awsat dan al-Mu’jam al-Saghir,
ketiga-tiganya oleh at-Tabarani.
Kelima, metode penyusunan berdasarkan tema atau isu tertentu. Kategori ini dikenali sebagai
al-ajza’ seperti kitab al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak, Khalq Af’al al-‘Ibad oleh al-Bukhari, al-Kharaj
oleh Abu Yusuf dan al-Imamah oleh Abu Nu’aim.

Semua kategori karya ini disebut sebagai sumber asal hadis. Hanya kepada kelompok karya
ini sahaja yang boleh kita sandarkan sesuatu hadis kepada sumber asalnya.

Menyandarkan sesuatu hadis bukan kepada sumber asalnya, seperti kepada karya hadis lewat
abad ke-8H dan seterusnya adalah satu kesalahan ilmiah yang wajar dielakkan.

Ditulis Oleh: Dr Muhd Khafidz Soroni, Ketua Unit Hadis & Penyelidikan (INHAD), KUIS

1.5 Keistimewaan Islam


Islam mempunyai ciri-ciri istimewa yang tiada pada agama lain :
1.5.1 Rabbani
Sumber ajaran Islam adalah 100% daripada Allah SWT kerana itulah ia
dinamakan agama Rabbani. Segala konsep, hukum, nilai dan peraturan dalam
Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT yang disampaikan melalui Al Quran
dan As Sunnah. Sebaliknya manusia tidak boleh mengada-ngadakan sesuatu
yang tidak diajarkan di dalam dua sumber tadi dan mengatakan bahawa itu adalah
ajaran agama. Perkara ini dikutuk oleh Allah dan rasulNya.
Oleh kerana sumber agama Islam ialah Allah SWT, maka tiada sebarang
kecacatan atau kekurangan di dalam ajaran Islam. Jika ada orang yang
mengatakan ajaran Islam ada kelemahan, maka ini adalah kerana kejahilan dan
kecetekan pengetahuannya sendiri tentang ajaran Islam .

1.5.2 Syumul
Ajaran Islam syumul iaitu menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan
manusia seperti ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Tidak ada perkara yang
ditinggalkan oleh islam.
Firman Allah SWT : Maka bertanyalah kepada ahluz zikr jika kamu tidak tahu.
An Nahl :43

Dalam hukum-hukum yang ditetapkan, Islam sentiasa berlaku adil kepada semua
pihak, tidak pernah ada peraturan Islam yang memberi keuntungan kepada
seseorang atau kumpulan tetapi merugikan orang lain. Jika ada berlaku, maka ini
urusan yang tidak patuh Syariah.

1.5.3 Universal
Alamiyah bermaksud sesuai untuk seluruh manusia tidak mengira warna kulit,
bahasa, geografi dan sejarah.
Firman Allah SWT : Dan tidaklah kami mengutusmu (wahai Muhammad)
melainkan kepada manusia seluruhnya , sebagai pembawa berita gembira (kepad
orang beriman) dan pemberi maran (kepada orang-orang yang engkar), akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat iku.”
Surah Saba: 28

Menyeluruh juga bermaksud ajaran Islam membawa kebaikanuntuk semua


makhluk , bukan sahaja manusia malahan juga tumbuhan ,haiwan dan seluruh
alam. Sebagai contoh, Islam tidak membenarkan kemusnahan dilakukan
terhadap tumbuhan dan penganiayaan terhadap haiwan, sembelihan mesti
dilakuakn dengan cara yang tidak menyakitkan haiwan.

1.5.4 Praktikal
Ajaran Islam bersifat praktikal iaitu boleh diamalkan kerana sesuai dengan fitrah
manusia. Tiada suatu pun perintah di dalam ajaran Islam yang diwajibkan tetapi
tidak mampu dilakukan oleh manusia. Sebagai contoh dalam ibadat Solat, orang
yang tidak mampu berdiri, boleh duduk. Puasa pula tidak diwajibkan bagi orang
yang sakit, boleh digantikan pada waktu lain. Zakat hanya dikenakan atas harta
yang cukup syarat. Jika ada orang yang tidak menyempurnakan perintah Allah,
bukalah kerana dia tidak mampu, melainkan kerana kecuaian dan kemalasannya.

1.5.5 Wasatiyyah
Wasatiyyah bermaksud seimbang . Ajaran Islam sentiasa menyeimbangkan
antara dunia dan akhirat.
Dalam surat al-Qashash ayat 77, Allah mengingatkan: 
‫وبتغ فيما اتىك هللا الداراألخرة والتنس نص""يبك من ال""دنيا وأحس""ن كم""ا أحس""ن هللا إلي""ك وال تب""غ الفس""ادفى االرض إن هللا‬
‫اليحب المفسدين‬
Artinya; “ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari
(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah
berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.”

Anda mungkin juga menyukai