Anda di halaman 1dari 10

RABU 24.8.

22
BENGKEL MENJAWAB SOALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM (1223/1 DAN 1223/2)

PANDUAN MENULIS JAWAPAN KERTAS 1

- Tulisan jelas dan kemas (PENANDAAN ONLINE)


- Mulakan dengan menulis kepala jawapan.
- Jawapan dalam bentuk poin(simbol@ nombor) kecuali bagi soalan KBAT.
- Selangkan 3-4 baris antara jawapan.
- Buat sekurang- kurangnya 2 jawapan tambahan.
- Soalan baru pada muka surat yang baru.
Contoh:

(ii) Senaraikan tiga sumbangan Imam as-Syafie dalam sejarah Islam.(3 markah)
Jawapan:
Tiga sumbangan Imam as-Syafie dalam sejarah Islam.
- Menghasilkan karya al- Musnad.
- Menghasilkan karya al- Umm.
- Menghasilkan karya ar-Risalah.
- Mengasaskan mazhab Syafie berdasarkan rujukan seperti qias.
- Menghasilkan murid yang terkenal seperti Imam Ahmad bin Hanbal

PETUA MENJAWAB KERTAS 1

- Baca berulang kali setiap soalan sekurang- kurangnya 3 kali.


- Tindakan kehendak soalan menggunakan highlighter atau pen berbeza warna.
- Jawab soalan mengikut turutan supaya tiada soalan yang akan tertinggal. Latih murid untuk jawab
soalan 1 dulu baru soalan lain.
- Tuliskan nombor dan tinggalkan ruangan kosong jika soalan tidak dapat dijawab.

SPM 2021
1) Bidang Al-Quran dan hadis
– ayat kefahaman(S1a)
– hadis kefahaman
Tajwid
2) BIDANG AKIDAH
3) BIDANG FEKAH
4) BIDANG SIRAH DAN TAMADUN
5) BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH

JENIS ITEM
Subjektif Respon Terhad
a) Respon terhad cenderung mengehadkan bentuk dan respon calon.
b) Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respon dalam satu frasa atau 1 perenggan

Cth:
Apakah maksud haji?
Nyatakan 2 maksud iddah
Nyatakan 2 nama diwan dalam yang ditubuhkan semasa pemerintahan khulafa’ Ar-Rasyidin
2. SOALAN PERBEZAAN
- jawapan mesti ada beza
- perbezaan tersebut mestilah dalam nilai atau perkara yang sama
- hendaklah di buat table untuk memudahkan pemeriksa
- contoh soalan: nyatakan 2 perbezaan antara korban dan sembelihan

perkara korban Sembelihan


masa 10-13 zulhijjah Bila- bila masa
Umur Cukup umur Tiada syarat
hukum Sunat muakkad Wajib

Soalan hukum

 Hukum mesti betul


 Hukum betul alasan betul 2m
 Hukum betul alasan salah 1m
 Hukum salah alasan betul(0m)
Jawapan hukum mesti terdiri daripada:

- SAH/TIDAK SAH
- BATAL/ TIDAK BATAL
- HALAL/HARAM/HARUS
- WAJIB/SUNAT/MAKRUH

Contoh soalan
Nyatakan hukum dan alasan
a) Seorang pelajar telah menjual telefon bimbit yang dicuri kepada rakannya(2m)
Hukum: Tidak boleh
Alasan: Menjual telefon bimbit yang dicuri

Jawapan diterima
Hukum: Tidak sah/Haram
Alasan: Menjual barang bukan miliknya
SOALAN HUKUM
Pelajar mesti kuasai(Bidang Fiqh)
1. Rukun
2. Syarat sah
3. Perkara makruh/ batal
4. Perkara sunat

Senaraikan empat rukun haji(4 markah)

Empat rukun haji ialah:


- Niat
- Wukuf
NENEK WANI TAK SUKA CUBIT TELINGA
- Tawaf
- Sai
- Bercukur atau bergunting
- Tertib

Senaraikan empat rukun umrah (4 markah)

Empat rukun umrah ialah:


- Niat
- Tawaf NENEK TENGKU SUKA CUBIT TELINGA
- Sai
- Bercukur atau bergunting
- Tertib

Item respon terbuka

- Bersifat polikotomus( murid boleh goreng/fikir) dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan
daripada secara bertulis.
- Memberi kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan.
- Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasi idea,
membina hujah yang logik, membentangkan penilaian sebuah pemikiran.
- Darjah kebebasan tertakluk kepada keperluan tugasan, rangsangan (stimulus) yang diberi.
- Pelajar boleh dan mampu mempamerkan pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.

Contoh subjektif respons terbuka:


1. Terangkan dua langkah yang boleh diambil untuk menangani ajaran sesat.
2. Jelaskan dua alasan keutamaan memilih calon isteri yang beragama.
3. Terangkan dua kepentingan kemudahan awam kepada individu.
Soalan KBKK
Terangkan dua cara jauhi ajaran sesat (4m)
Du acara menjauhi ajaran sesat ialah:

- Berdoa memohon petunjuk(1m) agar berada di jalan yang benar(1m)


- Memastikan amalan yang dilakukan benar(1m) mengikut panduan Al-Quran dan as-Sunnah(1m)
- Mempelajari akidah yang sebenar (1m)berdasarkan Al-Quran dan Sunnah(1m)
Cara menghuraikan isi jawapan

 Guna KASUT(kerana, agar, seperti supaya. Untuk)


Contoh: terangkan dua kesan rasuah terhadap negara.(4 m)

- Melumpuhkan ekonomi negara(1m) kerana kos pengurusan kos meningkat (1m)


- Meningkatkan kes jenayah dalam negara(1m) kerana sifat mementingkan diri sendiri(1m)

*TIPS UNTUK PELAJAR


a) Soalan umum dan KBKK
b) AYAT KUNCI
1. Sebab/ punva/faktor yang mendorong
- Iman yang lemah/ tidak kuat iman
- Kurang didikan agama/ kurang penghayatan agama
- Kurang kasih sayang ibu bapa
- Masyarakat tidak prihatin
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh keduniaan/ kebendaan
- Terpengaruh dengan hawa nafsu
- Terpengaruh dengan media massa
- Tidak melaksanakan perintah Allah SWT
- Tidak menghayati Al-Quran
- Tidak mendengar nasihat alim ulama’
- Makan makanan haram/rasuah/judi

2. Kesan/implikasi/akibat(diri/keluarga/negara/agama)
Diri/individu
- Dimurkai Allah/diazab di akhirat
- Dihukum qisas/hudud semasa di dunia
- Dipulau/tidak dipedulikan oleh orang lain/hidup terasing
- Sukar mendapat pertolongan/ bantuan
- Maruah diri tercemar
- Jiwa tidak tenteram
- Iman semakin berkurang

Keluarga
- Keluarga akan porak peranda
- Keluarga akan dipulaukan masyarakat
- Keluarga dimurkai/dilaknat Allah
- Keluarga sentiasa susah/miskin
- Maruah keluarga tercemar/hina

Negara/masyarakat
- Negara akan mundur/negara menjadi lemah
- Ekonomi negara semakin mundur/miskin
- Berlaku perpecahan kaum
- Banyak berlaku pergaduhan permusuhan
- Pembangunan terbantut
- Negara akan dijajah oleh kuasa asing
- Dilaknat/ mendapat bala dari Allah.
3. Cara mengatasi/ membendung/ membasmi/ mengatasi/ mengelak/ menghalang /menghindar
- Menguatkuasakan/ mengetatkan undang- undang
- Mengenakan hukuman berat/hudud/qisas
- Mengadakan kempen/seminar
- Membaca dan mengahayati Al-Quran
- Melaksanakan semua perintah Allah
- Menjauhi segala larangan Allah
- Masyarakat prihatin/memberi teguran/melapor
- Mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan
- Mematuhi arahan pemimpin negara
- Menegakkan keadilan Allah
Menutup/ menghapuskan tempat maksiat

c) Soalan berbentuk aplikasi/ cara , maka jawapan berbentuk AMALAN(perlakuan/ perbuatan)


1. Jawapan mestilah menyebut perbuatan/perlakuan
- Melaksanakan ibadat wajib
- Membaca dan menghayati al-Quran
- Berzikir, berdoa
- Menghadiri majlis ilmu keagamaan/ akademik

2. Soalan bagi sikap atau sifat(tokoh)


- Bertawakal setelah berusaha
- Redha dengan ketentuan Allah
- Sabar dengan ujian Allah
- Qanaah berpada dengan apa yang ada
- Amanah
- Ikhlas melakukan sesuatu
- Rajin berusaha/tidak putus asa

UJI MINDA
APAKAH ADA PERBEZAAN?
Contoh soalan
a) Jelaskan dua sebab Islam melarang Wanita mendedahkan aurat mereka kepada lelaki bukan
mahram(4m)
b) Jelaskan dua sebab Islam mewajibkan Wanita menutup aurat mereka kepada lelaki bukan
mahram(4m)

Dua sebab Islam melarang Wanita mendedahkan aurat:


1- Mengelak daripada perkara fitnah Tidak
2- Supaya tidak menimbulkan fitnah. menjawab
3- Supaya dapat menjaga kehormatan diri soalan
4- Untuk menjaga kehormatan wanita daripada dicabuli lelaki
5- Untuk melindungi kesucian diri seorang wanita daripada silihat golongan ajnabi
6- Wanita tersebut dapat menjaga kehormatan
7- Islam menjaga keselamatan wanita
8- Supaya tidak menghairahkan lelaki dan tidak mengakibatkan salahlaku seksual.

JAWAPAN YANG BETUL:

Dua sebab Islam melarang Wanita mendedahkan aurat:(JAWAPAN JUGA MESTI DALAM BENTUK
NEGATIF)
1- Mudah terlibat dengan gejala sosial/maksiat/LGBT/pergaulan bebas
2- Menyebabkan berlakunya perlakuan sumbang/ sumbang mahram
3- Mengundang fitnah
4- Mencemarkan maruah diri sendiri/keluarga/masyarakat
5- Mudah terjerumus dengan jenayah/dirogol/dibunuh/diculik
6- Mencemarkan imej islam
7- Berlakunya kes anak luar nikah
8- Menaikkan nafsu syahwat lelaki
9- Berdosa sekiranya menunjukkan aurat kepada lelaki yang bukan mahram
10- Mampu menyebabkan nafsu lelaki tercabar dan bertindak seperti merogol

PERBEZAAN POSITIF(+) DA NEGATIF(-)


Sebab Islam larang(-) Sebab Islam wajib(+)
Mudah terlibat dengan gejala maksiat Mengelak daripada perkara maksiat
Menyebabkan berlakunya perlakuan sumbang Mengelak berlaku perlakuan sumbang
Mengundang Supaya tidak menimbulkan fitnah
Mencemarkan imej islam Meningkatkan martabat Islam
Mencemarkan maruah diri sendiri Dapat menjaga kehormatan diri

KATA TUGAS KBKK


a) Nyatakan = fakta ringkas(1 isi/1m)
b) Senaraikan= fakta ringkas(1 isi/1m)
c) Jelaskan= ayat lengkap(1 isi/1@2 m)(4/5 patah perkataan)
d) Terangkan=isi(1m)- KASUT/KABUS- huraian(1m)
e) Huraikan= Isi(1m)- KASUT-huraian(1m)

SOALAN KBAT
SPM 2021 5 SOALAN KBAT -20 Markah
Ciri- ciri soalan KBAT

- ADA STIMULUS/ RANGSANGAN MINDA


 Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar,
- TIADA STIMULUS

Soalan dapat difahami


Cth: Huraikan iktibar daripada sejarah kemerosotan kerajaan Bani Umaiyah
Huraikan akibat yang akan berlaku sekiranya manusia tiada mengambil iktibar daripada ayat di atas?

- TIADA BILANGAN JAWAPAN


 Bilangan soalan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan hal ini kerana pelajar hanya perlu
mengemukakan satu isi sahaja untuk soalan KBAT.
- PERUNTUKAN MARKAH 4 MARKAH
 Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut:
1- Isi: 1 markah
2- Isi+ huraian(K.A.S.ut) : kerana/agar/ seperti @ supaya/untuk): 2 markah
3- Isi+huraian+ Huraian lanjut (K.F.C: Kesan/faktor@sebab/contoh: 3 markah
4- Isi+ huraian+ Huraian lanjut+ Kesimpulan(olahan jawapan tepat/
menarik/tersusun/relevan/kreatif):4 markah
KESILAPAN PELAJAR DALAM MENJAWAB SOALAN KBAT

- Menyangka bahawa peruntukan 4 markah memerlukan 4 isi jawapan.


- Menyalin semula stimulus dengan harapan mendapat markah.
- Menggunakan kata hubung yang menunjukkan PENGULANGAN atau TAMBAHAN
jawapan(isi@huraian) seperti DAN, JUGA, SERTA, TAMBAHAN PULA, SELAIN ITU.
- Menulis jawapan secra bentuk point dan bukannya secara perenggan.
- Menulis jawapan yang tidak selari dengan kehendak soalan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT(4L)


1. Baca soalan secara keseluruhan dengan teliti.
2. Highlight @gariskan @ kurungkan kehendak soalan.
3. Kehendak soalan boleh difahami melalui clue yang diberi. Contohnya “bagaimana”, “kenapa”,
apakah kemungkinan yang berlaku” “apa pendapat”
4. Tulis jawapan menggunakan ayat lengkap di ruangan jawapan dengan jelas supaya mudah dibaca
dan dinilai oleh pemeriksa.
p/s: - jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
-Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk point hanya layak mendapat 1 markah.
5. Berikut ialah contoh kehendak soalan kbat yang paling popular.

KEHENDAK SOALAN ISI JAWAPAN


BAGAIMANA Jawapan mesti menerangkan tentang CARA
KENAPAKAH Jawapan mesti menerangkan tentang PUNCA/
FAKTOR/SEBAB

BERI HUJAH/PENDAPAT Jawapan memerlukan BUKTI dengan sokongan


CONTOH

KEMUNGKINAN BERLAKU Jawapan mesti menyatakan KESAN/AKIBAT

Contoh soalan KBAT:

Firman Allah SWT:


“ Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu(yang
bertelingkah) itu. Bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat”
Berdasarkan maksud firman Allah SWT di atas, ramalkan apa yang aka berlaku jika perkara di atas
diamalkan dalam masyarakat.
*KEHENDAK SOALAN: APA YANG AKAN BERLAKU, MAKA JAWAPAN MESTI MENYATAKAN
KESAN.
Menulis kesimpulan
1. kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian.
2. Kesimpulan tidak boleh diambil dari ISI JAWAPAN(mengulang isi)
3. kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang penegasan atau cadangan anda terhadap isu/soalan .
- Pelajar boelh menyatakan keismpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya: “Kita
hendaklah….)
- Sekiranya tiada KASUT dalam kesimpulan, tiada masalah.
4. Tulis jawapan menggunakan ayat lengkap di ruangan jawapan dengan jelas supaya mudah dibaca
dan dinilai oleh pemeriksa.
p/s: - jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu ayat perenggan atau karangan pendek.
- Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk point hanya laya mendapat 1 markah
Contoh:
Bincangkan peranan anggota masyarakat untuk mencegah perbuatan rasuah.
Segera melaporkan perbuatan rasuah kepada pihak berkuasa. (isi)
Hal ini kerana perbuatan rasuah akan merosakkan negara.(huraian)
Kesannya, aktiviti rasuah dapat dibendung daripada berleluasa.(Huraian lengkap)
Kesimpulannya, kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberikan rasuah agar hidup menjadi tenang.
(kesimpulannya)

ITEM BERSTRUKTUR

- Mengandungi satu siri soalan yang berkaitan antara satu sama lain berdasarkan 1
rangsangan tertentu.
- Mengandungi beberapa item pendek yang didasarkan kepada sesuatu tajuk atau
kemahiran yang telah ditetapkan.
- Respons pelajar adalah terpandu dan terhad.
- Soalan berstruktur membantu calon mengeluarakan jawpaan secra berperingkat dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang dianggap kompleks.
Cth soalan: Nifak ialah berpura- pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya kufur kepada Allah SWT:
i) Nyatakan 2 ciri munafik
ii) Jelaskan dua faktor berlakunya perbuatan tersebut.
iii) Terangkan dua akibat perbuatan tersebut terhadap masyarakat.

 Contoh lain, sekiranya ayat Al-Quran, Surah Al-Mukminun ayat 1-11 , namun dalam soalan hanya
berdasarkan ayat 1-5, maka jawapan hendaklah berdasarkan ayat 1-5 sahaja.

KEFAHAMAN AYAT /HADIS


1. Erti/ maksud ayat/hadis mesti dibaca, kadang- kadang jawapan@ soalan diambil dari maksud /erti
ayat(kalimah)/hadis.
2. Mesti kuasai intipati ayat/hadis.
3. Soalan berdasarkan ayat, jawapan hendaklah berdasarkan ayat/hadis.
4. Soalan pengajaran perlu ada huraian.

SOALAN PENGAJARAN AYAT ATAU HADIS


1. Mesti dalam bentuk AYAT PENGAJARAN iaitu menggunakan teknih PIH(pendahuluan, isi,
huraian)
P=Pendahuluan (kita hendaklah)+ I=Isi( fokus kepada kefahaman ayat @ hadis)+ H=Huraian(Guna
KASUT)
- Contoh :
Ayat di atas menjelaskan larangan perbuatan rasuah.
Terangkan pengajaran ayat di atas(2 m)
- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada
2. Sekiranya diminta 2 pengajaran, huraian kepada isi pengajaran kedua-duanya TIDAK BOLEH
SAMA(boleh menyebabkan dari 4 markah kepada 3 markah)
3. Boleh gunakan 7 contoh huraian berikut(selepas isi pengajaran):
- Kerana mentaati perintah Allah SWT.
- Agar hidup dipandang mulia/disukai masyarakat.
- Supaya bahagia di dunia dan di akhirat.
- Untuk mendapat keredaanNya.
- Agar hidup diberkati Allah SWT.
- Supaya mendapat ganjaran pahala.
- Supaya hidup menjadi tenang/jiwa tidak kacau.

ANALISIS SPM 2021

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5


AL- AL-JABBAR MUAMALAT ABBASIAH KHAUF DAN
MUKMINUN RAJA’
Ciri ayat 1-4 Maksud Maksud 2 khalifah Maksud

Sebab jaga Kefahaman Jenis akad Fakor gemilang Cara khauf


kehormatan
Pengajaran Kbat beza Kbat Kbat
DOSA ASWJ HUDUD HASAN AL MAZMUMAH
Set 1

BESAR BANNA
2 dosa besar Maksud Maksud Riwayat hidup Maksud

2 surah Aliran Jenis Sumbangan Hikmah


bertentangan kesalahan
Pengajaran kepentingan kbat iktibar kbat
HUKUM RA
-cara bacaan
ra’

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5


RASUAH ALMUNTAQIM WASIAT UMAIYAH BERSIKAP
BENAR
Maksud Maksud Maksud Pusat Tuntutan
pemerintahan
Cara ambil Kefahaman Rukun 2 khalifah Kelebihan
Kesan Kbat Beza dengan Sumbangan Kbat
faraid Umar
Set 2

Pengajaran Kbat
PEMIMPIN AJARAN SEMBELIHAN SALEHUDDIN ISTIQAMAH
SESAT
Ciri Maksud Maksud Riwayat hidup Maksud
kbat Contoh Syarat sah Sumbangan Cara memiliki

HUKUM Kesan kpd kbat pengajaran Hikmah kpd


WAKAF masyarakat individu

KERTAS 2 PENDIDIKAN ISLAM(UTQH)


Masa 10 minit

- 1 soalan tilawah(50m)
- 2 soalan hafazan(30 m)
- 1 soalan bacaan hadis(20 m)
SOAL JAWAB
Cara menjawab soalan iktibar

- Dalam bidang sirah, sama ada iktibar daripada kegemilangan atau keunggulan tokoh
: sekiranya umum, boleh guna ayat seperti ayat pengajara..kita mestilah
: sekiranya berfokus(cth: iktibar yang boleh diambil dari semangat pengorbanan Hassan
Al-Banna) maka jawapan mesti juga berfokus seperti: tidak berputus asa dalam berjuang
dll.

Persediaan pelajar untuk menanda online

- Teknik menjawab 1 ms 1 soalan( cth ms1: 1a(I, ii, iii), ms 2(1b(I, ii, iii)
- Kemaskan tulisan

Pemantauan UTQH dari sudut operasi sahaja

Anda mungkin juga menyukai