Anda di halaman 1dari 2

PELAJARAN 21: ADAB TERHADAP IBU BAPA

1. Konsep

 Islam mendidik umatnya supaya berkasih sayang. Kasih sayang merupakan tonggak
kepada ketenangan hidup dalam keluarga.

 Ibu bapa ialah merupakan orang yang paling rapat dengan anak anak dan merekalah
yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil sehingga
dewasa.

2. Hukum berbakti kepada ibu bapa

Setiap anak wajib berbakti kepada ibu bapa.

Kita bukan sahaja dituntut berbakti kepada ibu bapa kandung yang beragama islam, tetapi
kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa yang berlainan agama, ibu bapa angkat, ibu bapa
tiri dan ibu bapa mertua.

3. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa

i. Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak


ii. Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
iii. Merendah diri dan menghormati mereka
iv. Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa

4. Adab terhadap ibu bapa

 Percakapan
i. Bercakap dengan hormat dan sopan santun
ii. Merendahkan suara dihadapan mereka
iii. Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
iv. Menunjukkan muka manis ketika berkomunikasi dengan mereka
v. Menggunakan Bahasa yang baik ketika bercakap dengan mereka
 Pergaulan
i. Tidak melunjurkan kaki kearah ibu bapa ketika duduk
ii. Mencium tangan ibu bapa sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
iii. Tidak mendahului mereka ketika menjamah makanan
iv. Memberi hormat semasa bertemu dengan mereka
v. Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
5. Cara berbakti kepada ibu bapa

(i) semasa hidup

 Memberi layanan yang baik kepada mereka


 Mendoakan kesejahteraan mereka
 Memberikan nafkah kepada mereka
 Selalu menziarahi mereka sekiranya tinggal berasingan
 Menjaga mereka semasa tua dan sakit

(ii) setelah meninggal dunia

 Mendoakan keampunan untuk mereka


 Membayar hutang mereka (sekiranya ada)
 Melaksanakan wasiat mereka
 Menghormati sahabat sahabat mereka

6. Kesan baik berbakti kepada ibu bapa

i. Ikatan kekeluargaan bertambah kukuh


ii. Mendapat keberkatan hidup
iii. Disayangi oleh keluarga
iv. Mendapat balasan syurga di akhirat
v. Mendapat ganjaran pahala

7. Akibat derhaka kepada ibu bapa

i. Segala amal ibadat dan kebajikan menjadi sia-sia


ii. Kehidupan tidak diberkati oleh Allah
iii. Runtuhan institusi kekeluargaan
iv. Mengancam keharmonian masyarakat

Anda mungkin juga menyukai