Anda di halaman 1dari 5

GGGB 2242 BAHASA ISYARAT

TUGASAN:

DIALOG KUMPULAN 2

TAJUK:

RINTIS RASUAH

PENSYARAH:

DR SYAR MEEZE BIN MOHD RASHID

AHLI-AHLI KUMPULAN:

BIL. NAMA NOMBOR MATRIK

1. MOHD IKHWAN BIN SUHAIMI A176237

2. AZLIZAN BIN ALI OSMAN A175267

3. ABDUL HADI BIN ISMAIL A173474

4. MOHAMAD SYUKRI BIN ROSMADE A180214

5. NOR AMIRAH BINTI CHE AHMAD A175995

6. MOHD NORFAHMIE BIN RAMLI A175987


RINTIS RASUAH

(1) Watak terlibat; Guru Kelas, Guru Disiplin, Ketua Kelas, Murid Rajin, Murid Nakal x2
(2) Sinopsis;
Pada suatu hari di sebuah Kelas Amanah, sedang berlangsung sesi Pengajaran oleh Guru
Kelas yang bernama Cikgu Mimi. Cikgu Mimi mengajar mata pelajaran Matematik. Di dalam
kelas Cikgu Mimi, ada beberapa orang pelajar bernama Hadi, Fahmie, Azlizan dan Syukri.
Syukri adalah Ketua Kelas. Ketika ini, Cikgu Mimi sedang mengajar topik tambah dan tolak. Di
dalam kelas Amanah, ada seorang murid rajin yang bernama Hadi. Hadi sering menjawab kuiz
dan soalan yang diberikan oleh Cikgu Mimi. Hadi juga seorang yang rajin. Namun, Hadi sering
diganggu oleh murid nakal yang bernama Azlizan dan Fahmi. Ketua Kelas ternampak murid
nakal mengganggu Hadi dan memarahi mereka. Murid nakal tersebut pun berhenti mengganggu.
Hadi ucapkan terima kasih kepada Syukri.
Setelah beberapa masa sebelum balik, Cikgu Mimi pun memberikan kerja rumah untuk
dibuat oleh murid-murid. Namun, murid nakal ini sangat bising dan menyebabkan Guru Disiplin
untuk datang dan memarahi mereka kerana tidak menghormati semua orang yang sedang belajar.
Guru disiplin turut memberi amaran untuk siapkan kerja atau berdepan dengannya.
Esoknya, murid nakal sedang bingung kerana tidak membuat kerja rumah. Namun, murid
nakal ada idea jahat iaitu hendak menyuruh Hadi membuatkan kerja rumah mereka. Murid nakal
turut menawarkan duit dan makanan sebagai upah serta memberi ingatan untuk tidak beritahu
sesiapa. Hadi enggan dan menolak tawaran mereka. Murid nakal pun marah dan hendak
mengugut memukul Hadi. Namun, Ketua Kelas hentikan perkara itu dan segera memanggil Guru
Disiplin iaitu Cikgu Ikhwan. Cikgu Ikhwan memarahi murid nakal dan menyatakan bahawa
amalan rasuah sebegini tidak bagus dan harus dihentikan segera. Cikgu Ikhwan turut
menekankan kesan rasuah kepada diri yang boleh menyebabkan manusia rugi serta berdosa.
Cikgu Ikhwan turut menekankan nilai murni yang harus diamalkan sebagai manusia iaitu hormat
menghormati. Cikgu Ikhwan menyuruh murid nakal meminta maaf kepada Hadi dan janji untuk
insaf. Maka, mereka pun berbaik-baik dan sudi untuk belajar bersama Hadi.
(3) Skrip Drama

BABAK SATU
Cikgu Mimi; Assalamualaikum semua murid cikgu, apa khabar? Awak semua sihat?
Ketua Kelas dan rakan-rakan; waalaikumsalam Cikgu, sihat !
Hadi; saya pun sihat cikgu. Saya tak sabar nak belajar hari ini.
Azlizan; saya lapar cikgu. Saya belum makan.
Fahmi: saya pun lapar cikgu. Saya dan Azlizan berasa bosan dan penat. Bolehkah kami pergi
kantin untuk makan cikgu?
Cikgu Mimi; mana boleh.. Ini waktu kelas, awak berdua tidak boleh pergi ke kantin. Sepatutnya
awak berdua mesti makan sebelum kelas bermula supaya cergas.

BABAK DUA
Cikgu Mimi: hari ini, kita akan belajar tentang Matematik, Tambah dan Tolak. Semua mesti
belajar dengan baik okay.
Hadi; wah gembiranya. Saya suka Matematik
Azlizan: betul ke Hadi? 1000 tambah 1 berapa ? Kalau hebat sangat jawablah
Hadi; jawapannya 1000 tambah 1 adalah 1001.
Fahmi: hahahah salah Hadi, mana ada. Jawapannya 1 Juta hahaha
Ketua Kelas: sudahlah, jangan ganggu Hadi. Mari kita fokus untuk kelas pada hari ini. Barulah
kita dapat menjadi pandai.

BABAK TIGA
Cikgu Mimi: baiklah kelas, sebelum kita semua pulang ke rumah, cikgu akan berikan kerja
untuk dihantar esok. Tolong siapkan tugasan 20 soalan . Siapkan di dalam buku matematik. Esok
cikgu akan lihat. Sesiapa yang tak buat, cikgu akan beri hukuman dan hantar ke Guru Disiplin.
Fahmi: azlizan, balik ni kita main boleh tak?
Azlizan; kita nak main dimana? Di padang rumah ke?
Fahmi: ya. Kita boleh pergi beli aiskrim di kedai Pak Abu.
Azlizan; boleh sahaja
Ketua Kelas: boleh kah awak berdua fokus? Cikgu sedang bagi tugasan.nanti cikgu marah.
Azlizan; awak jangan sibuk. Kami ni hebat bermain bola
Fahmi; betul tu, kami tidak kisah tentang kerja rumah. Kami dah pandai.
Ketua Kelas; baik awak diam sebelum saya tulis nama awak.bagi kepada cikgu.
Hadi; kamu semua janganlah bergaduh, tak baik
Azlizan; awak pun sama, diamlah sebelum saya tumbuk.
Guru Disiplin; kenapa saya lihat kelas ini tidak fokus kepada Guru? Adakah awak semua
bergaduh? Awak semua nak kena hukum ?
Ketua kelas; maaf cikgu, mereka berdua bercakap cakap semasa cikgu sedang mengajar.saya
dah cakap tapi mereka tak dengar. .
Guru disiplin: Azlizan dan fahmie, baik awak diam dan fokus. Esok, saya nak awak berdua
siapkan tugasan yang diberi. Saya akan tengok. Jika tidak, saya denda !
Murid nakal: baik cikgu.
Cikgu Mimi: terima kasih cikgu Ikhwan. Fahmi dan Azlizan, jangan lah nakal. Cikgu mahu
awak berdua rajin dan pandai, kerana itu lah saya berikan tugasan ini. Jika tidak faham, tanyalah
cikgu.

BABAK EMPAT
Fahmi; alamak, kita belum siap kerja rumah.
Azlizan; habislah, kita akan didenda oleh Cikgu Ikhwan
Fahmi: jom kita paksa Hadi buatkan. Hadi kan rajin.
Azlizan: Hadi, tolong buatkan kerja rumah ini, kami akan beri hadiah
Fahmi: kami beri duit dan gula-gula
Hadi; maaf saya taknak buat kerja kamu berdua
Azlizan; apa? Berani awak ?
Fahmi; awak nak kena tumbuk `Hadi?
Ketua Kelas; saya panggil guru disiplin !
Ketua Kelas; cikgu, Fahmi dan Azlizan sedang bergaduh dengan Hadi !
Guru Disiplin: apa lagi dengan mereka ini. Baiklah, Cikgu datang. Jom kita ke kelas.
Guru Disiplin; kenapa dengan awak semua? Syukri kata awak semua bergaduh. Kenapa ?
Hadi; mereka kata mahu beri saya wang untuk siapkan kerja rumah. Jika tidak, mereka pukul
saya.
Guru Disiplin; berani mereka berdua membuat rasuah di sekolah saya. Awak patut malu dengan
diri awak. Rasuah itu sangat salah dan berdosa besar. Awak boleh dihukum dan saya boleh
telefon polis untuk bawa awak berdua untuk ditangkap. Awak nak?
Fahmi dan azlizan; taknak cikgu. Maafkan kami
Guru Disiplin; saya tidak mahu awak membuat rasuah sehinggalah awak besar. Cepat minta
maaf pada Hadi.
Fahmie dan Azlizan; Maafkan kami Hadi.
Hadi; Baiklah, saya maafkan kamu berdua.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai