Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program Gotong Royong Banteras Wabak Denggi

(Taman Cempaka Sari, Taman Bakti, Taman Jasa dan Taman Seri Ijok)
Anjuran Ahli Majlis MDKS Zon Ijok
Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kuala Selangor dan Pusat
Khidmat Dun Ijok
1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta memohon
peruntukan pihak-pihak yang berkenaan agar dapat menyalurkan sumbangan kewangan
dan menaja peralatan/kelengkapan , jamuan mahupun tenaga dalam program yang akan
dianjurkan.

2.0 PENDAHULUAN

2.1 Program Gotong Royong Banteras Wabak Denggi merupakan program aktiviti satu hari
yang dapat dilaksanakan di antara pemimpin, jawatankuasa persatuan penduduk dan
juga masyarakat setempat. Tujuan program ini dilaksanakan adalah suatu kegiatan yang
dilakukan secara bersama-sama dan bersifat sukarela agar kegiatan yang dikerjakan
dapat berjalan dengan lancar, mudah, ringan dan menjimatkan. Sikap gotong royong itu
seharusnya dimiliki oleh semua elemen atau lapisan masyarakat tidak mengira pangkat
dan darjat.

2.2 Program ini bertujuan bagi mewujudkan kesedaran tentang pembasmian pembiakan
nyamuk aedes di tempat kediaman dalam mengurangkan kadar jangkitan wabak denggi
khususnya di Selangor.

2.3 Mengharapkan kesedaran positif masyarakat era moden khususnya generasi muda kini
dalam kegiatan bergotong royong yang mula terkikis. Kesan gotong royong kepada
masyarakat seluruhnya cukup bermakna, baik untuk pembangunan material masyarakat
mahupun pembangunan insan. Bak kata perpatah “ bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat”. Hasilnya, kerja yang berat tersan ringan apabila dilakukan
bersama-sama.

2.4 Ianya sudah pasti akan menjadi harapan kepada Jawatankuasa Persatuan Penduduk
selain ianya menjadi satu kesedaran setiap elemen atau lapisan masyarakat dalam
menerapkan perilaku gotong royong maka hubungan persaudaraan atau silaturrahim
akan semakin erat dan kuat. Oleh itu sebagai satu galakkan dalam menjayakan program
ini Jawatankuasa Persatuan Penduduk mengambil satu pendekatan bagi menjayakan
program tersebut.

2.5 Memberikan peluang dan pendedahan langsung kepada warga penduduk untuk
mendapat input kesihatan dan penjagaan secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF

3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang diantara Pusat Khidmat
Parlimen Kuala Selangor, Pusat Khidmat DUN IJOK, Ahli Majlis dan Jawatankuasa
Persatuan Penduduk dan Penduduk Taman.

1
3.2 Memberi kesedaran kepada penduduk akan kepentingan hidup bermasyarakat dalam
membentuk sahsiah diri yang cemerlang.

3.3 Melahirkan masyarakat yang prihatin dikalangan penduduk akan kepentingan menjaga
dan menceriakan kawasan taman perumahan sebagai sebagai salah satu tanggungjawab
bersama.

3.0 TARIKH, TEMPOH, TEMPAT PERLAKSANAAN DAN PENYERTAAN

3.2 Tarikh : 21hb April 2019 (Ahad)

3.3 Tempoh : 7.30 pagi – 3.00 petang.

3.4 Tempat : Balai Komuniti, Taman Cempaka Sari, Batu 8, Ijok

3.5 Penyertaan : 500 orang ibu/bapa, remaja/kanak-kanak dan masyarakat sekitar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.2 Adalah menjadi harapan kumpulan sasaran ini terdiri daripada ahli keluarga dan anak-
anak yang menetap di Taman Cempaka Sari, Taman Bakti, Taman Jasa dan Taman Seri
Ijok, Batu 8, Ijok.

5.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM

5.2 Penasihat : Pn Rosni binti Ibrahim


5.3 Pengerusi : En Mohd Helmi bin Mokhtar
5.4 Penyelaras Program : En Mohd Mohd Azhar bin Zainol
5.5 Setiausaha : En Mohd Musrizal bin Mohammad
5.6 Pen. Setiausaha : En Ismayudin Bin Sahit
5.7 Bendahari : En Shahril Bin Ilias
5.8 AJK Alatan & Siaraya : En Ab Malik Bin Ibrahim
En Zolkapli Bin Ahmad
En Mohd Baharin Bin Hj Rahmat
En Ahmad Zahid Bin Hassan
5.9 Ajk Sambutan & : Tn Hj Azman Bin Nokman
Cenderahati En Rodzaidi Bin Kamaruddin
Pn Masliah Binti Mohamed Samsi
Pn Hjh Jaskiah J. Joharie
5.10 Ajk Jamuan : Pn Nor Azizah Binti Ishak@Saad
Pn Baizura Binti Sazali
En Ikhwan Nasril Bin Yeob Samad
En Zulhisham Bin Kamaruddin
5.11 Ajk Kebajikan & : Pn Azean Binti Shahak
Keselamatan En Kaspol Bin Sulaiman
En Mohmad Azli Bin Lahuri

2
6.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan

Bil. Perkara Amaun (RM)


1 Kutipan Penduduk - 500 org x RM1.00 500.00
2. Sumbangan 5,000.00
JUMLAH 5,500.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Amaun (RM)


1 Jamuan Pagi - 500 org X RM3.00 1,500.00
2. Jamuan Tengah Hari – 500 org x RM6.00 3,000.00
3. Sewa P.A sistem
RM150.00 x 1 unit 150.00
4. Sewa 2 buah Khemah, 80 Kerusi & 12 Meja panjang 400.00
5. Dokumentasi dan Publisiti 450.00
JUMLAH 5,500.00

7.0 TENTATIF

Tarikh Masa Perkara


30/09/2018 7.30 pg Pendaftaran
8.00 pg Senaman Pagi
8.30 pg Minum pagi
9.00 pg Bacaan Doa
Ucapan Penyelaras Program
Ucapan Pengerusi Taman
Ucapan VVIP & Perasmian
9.30 pg Gotong Royong bermula
- Menebang pokok pokok tua
- Menyapu kawasan longkang
- Mengutip sampah sampah terbiar
- Mengemas luar dan dalam balai komuniti

12.30 ptg Jamuan Makan dan Solat Zohor


1.30 ptg Sambungan Gotong Royong
3.00 ptg Bersurai

8.0 PENUTUP

8.2 Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar serta menghasilkan
impak yang positif khususnya penduduk Taman Koperasi Bena. Semoga program ini dapat
memupuk semangat setiakawan, bertanggungjawab dan menjadikan amalan gotong royong
satu budaya berterusan serta menghindarkan sikap pentingkan diri sendiri.

Disediakan oleh : Disemak & Diluluskan oleh :

3
..................................................... .............................................
(................................................. ) (............................................)
Penyelaras Program Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai