Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3

81750 MASAI
JOHOR

KERTAS KERJA
PENYERTAAN DALAM FESTIVAL SAINS DAN
TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT
DAERAH PASIR GUDANG
SK TAMAN RINTING 3
2017

DISEDIAKAN OLEH:
Aminah Syuhada Binti Abdul Latif
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SK TAMAN RINTING 3

1
Kertas Kerja :
Menyertai Festival Sains dan Teknologi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Pasir Gudang

1.0 Pendahuluan
Sains dan Teknologi adalah salah satu faktor kritikal dalam usaha menjadikan segara sebagai sebuah
negara perindustrian menjelang tahun 2020. Perkembangan ekonomi negara akan bergantung kepada
input – input Sains dan Teknologi. Dalam era ini, segenap lapisan masyarakat perlu sedar dan
mengikuti perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi. Penjanaan teknologi tempatan dan
penggunaan sumber – sumber tempatan menjadi satu keperluan bagi memastikan pertumbuhan
industri yang berterusan. Penyemaian minat dan kesedaran terhadap bidang Sains dan Teknologi
harus dipikul bersama oleh segenap lapisan masyarakat. Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan
kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Negeri Johor telah merancang aktiviti – aktiviti
berkaitan bidang ini untuk menarik minat dan menanam kesedaran terhadap generasi muda. Di
samping itu, aktiviti – aktiviti yang dirancang juga melibatkan agensi – agensi luar dan ahli masyarakat
yang lain agar wujud kesinambungan usaha – usaha menggalakkan Sains dan Teknologi ke tahap yang
boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat sebagai sebahagian dari kehidupan seharian dan
keperluan terhadap kewujudan sejagat, berkualiti dan maju. Kegiatan kokurikulum di sekolah dalam
kalangan murid-murid melibatkan kegiatan dalam kelab & persatuan, unit-unit beruniform dan sukan.
Keperluan untuk mengintegrasikan dan penggemblingan konsep dan idea dari ketiga-tiga aspek
kokurikulum ini amat diperlukan untuk memenuhi Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

2.0 Objektif
 Memberi pendedahan kepada murid tentang aspek-aspek pengurusan aktiviti kokurikulum yang
selamat, terancang dan sistematik.
 Membuka perspektif yang lebih luas terhadap kepentingan dan peranan bidang Sains dan Teknologi.
 Menarik minat masyarakat khasnya para pelajar terhadap bidang Sains dan Teknologi dan peluang-
peluang kerjaya dalam bidang ini.
 Menerapkan unsur – unsur agama dan nilai murni dalam penggunaan atau penciptaan bahan atau
peralatan berteknologi tinggi.
 Merangsang pelajar dan ahli masyarakat untuk bergerak seiring dengan perkembangan Sains dan
Teknologi agar mempunyai kesedaran untuk bersaing dalam era globalisasi.

2
 Memupuk pembentukan generasi baru yang berketerampilan, bersikap inovatif, kreatif dan dedikasi
yang berdaya saing serta mampu menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan agama,
bangsa dan negara.
 Melatih murid berkomunikasi dengan lebih baik walaupun dari budaya, bangsa dan latar belakang
yang berbeza.
 Meningkatkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid melalui beberapa cabaran dalam
pertandingan.
 Memupuk semangat kerjasama dan tolak ansur dalam kalangan murid yang bergiat dalam kegiatan
kokurikulum kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan.
3.0 Tema
Sains dan Teknologi

4.0 Tempat
SK Taman Bukit Tiram

5.0 Tarikh
18 Julai 2017 (Selasa)

6.0 Penyertaan Murid


Lampiran 1

7.0 Bayaran / yuran penyertaan


* Yuran Penyertaan sebanyak RM100 (secara cek) telah dibuat.

8.0 Jawatankuasa Penyertaan Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Pasir
Gudang

Pengerusi : En Azian bin Zainul Bidin

Guru Besar SK Taman Rinting 3

Naib Pengerusi : Pn Adibah binti Sulaiman

3
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras : Cik Aminah Syuhada binti Abdul Latif

Setiausaha : Encik Ahmad Hamidi bin Salleh

AJK : Cik Farhana Idayu binti Zameri

9.0 Perbelanjaan Penyertaan Festival Sains dan Teknologi


BIL PERKARA KUANTITI RM JUMLAH (RM)
1 Sarapan pagi murid 3 ORANG RM2.00 RM 6.00
2 Makan tengahari murid 3 ORANG RM 5.00 RM 15.00
3 Makan minum guru pengiring 2 ORANG RM 7.00 RM 14.00
4 Pengangkutan 2 BUAH KERETA RM 15.00 RM 30.00
5 Kostum ( wajib diadakan ) 1 RM 50.00 Rm 50.00
Jumlah - - RM 115.00

*Yuran Penyertaan sebanyak RM100 (secara cek) telah dibuat.


Jumlah Besar

10.0 Pendapatan/sumber kewangan


BIL PERKARA KUANTITI RM JUMLAH (RM)
1 Peruntukan kewangan sekolah
2

11.0 Penutup
Penyertaan ini secara tidak langsung akan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang kerana ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama murid-murid dan
warga pendidik dan masyarakat amnya.

12.0 Lampiran
13.1 Surat Pertandingan
13.2 Senarai Peserta
14.3 Borang Kebenaran Ibu Bapa

4
Disediakan Oleh.

.....................................................
(AMINAH SYUHADA BINTI ABDUL LATIF) Tarikh: 9 Mei 2017
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Taman Rinting 3

Disemak Oleh,

........................................................
(ADIBAH BINTI SULAIMAN)
GPK Ko Kurikulum
SK Taman Rinting 3

13.0 Pengesahan Guru Besar


Setelah meneliti kertas kerja yang dirangka ini saya meluluskan/tidak meluluskan program
yang dirancang ini.

....................................................
(AZIAN BIN ZAINUL ABIDIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3

Anda mungkin juga menyukai