Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI


Pada era globalisasi pada zaman atom ini, teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) memainkan peranan penting dalam menjadi saluran yang menyumbangkan

informasi-informasi terkini kepada masyarakat sedunia. Tanpa teknologi maklumat

seperti internet, pencarian maklumat akan menjadi sesuatu perkara yang sukar dan

memakan masa yang lama. Teknologi maklumat menjadi sumber utama masyarakat

kini bagi mendapatkan segala maklumat yang mereka perlukan. Selain itu, hubungan

silaturahim dapat dieratkan melalui aplikasi-aplikasi perhubungan di internet seperti

Facebook dan Skype terutamanya bagi mereka yang ingin berhubung dengan ahli

keluarga atau rakan yang menetap di luar negara.

Teknologi Maklumat & Komunikasi turut mendatangkan kesan buruk apabila

unsur-unsur negatif seperti keganasan, pornografi dan bahasa-bahasa kesat menjadi

semakin meluas di alam siber. Unsur-unsur ini boleh merosakkan pemikiran

sesetengah remaja yang merupakan golongan penggemar dunia siber. Secara tidak

langsungnya, keadaan ini akan menjejaskan masa depan negara kerana remaja

merupakan aset penting negara.

Pengguna ICT perlulah berfikiran rasional dan bijak mengambil tindakan semasa

menggunakan kemudahan ICT supaya tidak memudaratkan diri dan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai