Anda di halaman 1dari 8

EMK & PAK 21

Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:

1. Bahasa
a) penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua
mata pelajaran.
b) semasa Pdp bagi setiap mata pelajaran, aspek sebut, struktur ayat, tatabahasa,
istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan

2. Kelestarian Alam Sekitar


a) kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu
dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.
b) pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam
membentuk etika murid untuk menghargai alam

3. Nilai Murni
a) nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid akan
kepentingan dan mengamalkannya
b) nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian

4. 4. Sains dan Teknologi


a) menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan
literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid
b) penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang
kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan
c) pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara
iaitu :
i. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan
dengan sains dan teknologi)
ii. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif
tertentu)
iii. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
iv. Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP

5. Patriotisme
a) semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti
kokurikulum dan khidmat masyarakat
b) semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat
cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia
EMK & PAK 21
6. Kreativiti dan Inovasi
a) kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul,
mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli
melalui ilham atau gabungan idea yang ada
b) inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki
dan mempraktikkan idea
c) kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan
pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21
d) elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP

7. Keusahawanan
a) penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid
b) ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu
memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran

8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi


a) penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi
dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari
b) pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah
menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan
kualiti pembelajaran
c) TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan
sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
kandungan mata pelajaran

9. Kelestarian Global
a) elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya dikur
leastari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan
harian dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari,
Kewarganegaraan Global dan Perpaduan
b) elemen kelestarian global penting dalam menyediakan murid bagi
menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global
c) elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran
yang berkaitan
EMK & PAK 21
10. Kewangan
a) Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi
masa hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak,
mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran
menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab
b) elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdP secara langsung
ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk
seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti
pengiraaan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan
pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan
kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi
menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat
diaplikasikan secara berkesan dan bermakna

https://www.cikguhailmi.com/2017/09/apa-itu-elemen-merentas-kurikulum-
emk.html

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia
dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping
membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses
pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang
diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam
PAK21. Adakah elemen-elemen ini memberi kesan positif kepada murid-murid?

1. Komunikasi
Secara umumnya, komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat
daripada individu kepada individu yang lain. Dalam konteks pendidikan, komunikasi
merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan
murid untuk berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang
dikatakan sebagai komunikasi berpusatkan murid. Namun begitu, jika guru tidak
memainkan peranannya dengan baik, komunikasi yang berkesan tidak akan terhasil
semasa proses pembelajaran berlangsung.

Sebagai contoh, guru ingin mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan
murid-muridnya melalui pembentangan mengenai tajuk yang diberi dan meminta
murid-murid untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing sebelum
memulakan pembentangan di hadapan kelas. Pada masa yang sama, guru juga perlu
memainkan peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya. Guru hendaklah
memantau cara penyampaian murid-muridnya supaya pembentangan tersebut menjadi
EMK & PAK 21
pembentangan yang berkesan serta dapat memberikan maklumat yang berkualiti
kepada murid lain.

Bagi pembangunan diri murid itu sendiri, guru boleh memberi komen yang
membina dari segi penggunaan bahasa badan, nada suara, tulisan, cara bertanya
kepada rakan-rakan lain, cara menjawab soalan yang diaju, cara memberi maklum
balas jika rakan bertanya soalan yang tidak dijangka dan sebagainya.

Oleh yang demikian, murid-murid dapat membina keyakinan diri semasa


berinteraksi bersama rakan-rakan lain kerana mereka mampu mendengar dan
memberi maklum balas, mampu untuk memberi penerangan yang jelas dan ringkas,
memahami kaedah-kaedah untuk menyampaikan maklumat dan juga mereka akan
berasa lebih terbuka jika diminta untuk mengulas sebarang topik.

2. Kolaboratif
Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau
berkumpulan. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud
antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia
melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Bagi
elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya.

Terdapat murid yang tidak suka membuat tugasan secara berkumpulan


disebabkan beberapa faktor. Sesetengah murid tidak selesa membuat perbincangan
bersama rakan-rakan kerana ideanya seringkali dipandang sepi oleh ahli kumpulannya,
di samping hubungan antara ahli kumpulan yang tidak begitu mesra antara satu sama
lain.

Oleh itu, guru perlu menarik perhatian mereka supaya tugasan berkumpulan
kelihatan lebih seronok pada pandangan mereka. Ada sesetengah murid pula seronok
jika diberi tugasan berkumpulan kerana mereka tidak perlu mengerah otak untuk
memikirkan idea-idea yang bernas, sebaliknya dibiarkan rakan-rakan sahaja
menyelesaikan tugasan yang diberi.

Dalam hal ini, guru bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah


sebegini kerana jika elemen ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, ia dapat
membantu murid-murid dalam meningkatkan pencapaian mereka dari masa ke masa.

Sekiranya wujud suasana kelas yang kolaboratif, maka, ia akan membawa


kepada metakognitif, iaitu kesedaran murid-murid tentang perkara yang diketahui dan
tidak diketahui semasa proses pembelajarannya. Melalui kolaborasi, guru boleh
menerapkan beberapa nilai positif dalam diri murid itu sendiri, seperti
bertanggungjawab terhadap tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang,
bersikap terbuka untuk menerima idea dan pandangan rakan-rakan lain serta
mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. Jadi, guru adalah insan
yang paling sesuai untuk melakukan sesuatu perkara dalam memancing emosi dan
perhatian murid-muridnya.
EMK & PAK 21
3. Pemikiran Kritis
Ada sesetengah pihak seringkali keliru dengan istilah pemikiran kritis dan
kreatif. Ia merupakan dua istilah yang berbeza. Secara amnya, pemikiran kritis
merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai sesuatu
perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya. Dari sudut pendidikan, pemikiran
kritis berlaku apabila murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai
idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea
tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar.

Pemikiran kritis boleh terhasil dengan berkesan melalui beberapa cara, seperti
penggunaan sumber yang meluas. Sumber yang meluas merujuk kepada maklumat
yang diperoleh oleh murid-murid. Oleh itu, guru perlu memantau sama ada maklumat
yang dicari oleh murid bersesuaian dengan topik pembelajaran ataupun tidak. Guru
juga perlu memastikan muridnya mahir untuk mencari maklumat yang berkaitan dan
menilai sama ada maklumat yang diperoleh itu cukup atau tidak untuk melaksanakan
tugasan yang diberi.

Kemudian, pemikiran kritis yang berkesan boleh terhasil sekiranya guru tidak
mengehadkan idea dan pendapat murid-muridnya. Di dalam kelas abad ke-21, guru
seharusnya menggalakkan murid untuk memberi pandangan tentang sesuatu topik
yang sedang dibincang. Pandangan yang tidak tersasar daripada topik perbincangan
harus diterima oleh guru supaya murid-murid berasa selesa dan seronok untuk
mengutarakan idea-idea mereka. Dari situ, guru boleh menilai tahap pemikiran
muridnya terhadap sesuatu perkara. Adakah mereka melihat sesuatu perkara daripada
sudut yang berbeza? Jika ya, ini bermakna murid tersebut telah berfikir secara kritis.

Seterusnya, guru juga boleh menerapkan elemen perbahasan semasa proses


pengajaran dan pembelajaran (PDP) berlangsung. Bagi memulakan sesi PDP, guru
perlu meminta murid untuk memberikan idea atau pandangan mengenai tajuk
pembelajaran pada hari tersebut. Idea yang diberi tidak perlu dibincangkan, tetapi,
guru perlu bertanya kepada murid mengapa idea tersebut yang diberi. Guru juga perlu
memberi galakan kepada murid-murid lain untuk membahas idea tersebut supaya
mereka dapat menjana pelbagai pandangan dan pengetahuan.

Oleh yang demikian, elemen pemikiran kritis berjaya diterapkan dalam diri
murid-murid melalui sesi PDP yang dilaksanakan oleh guru. Ia berlaku hanya dengan
penerapan beberapa perkara penting, seperti memiliki maklumat yang sesuai
berdasarkan tajuk, mempunyai sikap ingin tahu dan bersedia untuk meneroka sesuatu
topik melalui pembacaan, soal jawab bersama guru dan rakan serta melaksanakan
aktiviti hands-on bagi mendapatkan sesuatu maklumat, di samping mampu membuat
sesuatu keputusan berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh dan berupaya
untuk mempertahankan keputusan tersebut dengan menggunakan bukti-bukti yang
berasas.

Murid yang berfikiran kritis adalah murid yang berfikiran terbuka, di mana,
mereka mudah untuk menerima pandangan atau idea yang dikemukakan oleh rakan-
rakan lain serta tidak merendah-rendahkan idea yang diterima. Dengan ini, guru-guru
perlu mengenali setiap muridnya supaya elemen ini lebih mudah diterapkan semasa
PDP berlangsung.
EMK & PAK 21
4. Kreativiti
Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan
penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Elemen ini juga
merupakan salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam diri murid. Hal ini
demikian kerana kreativiti bersifat meluas yang melibatkan sesuatu projek dan juga
pemikiran murid itu sendiri. Mereka perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan
sesuatu ciptaan yang baru dan berguna.

Dalam kelas abad ke-21, guru boleh meminta muridnya untuk menghasilkan
sesuatu produk yang unik, iaitu produk yang lain daripada produk sedia ada. Perkara
ini amat bersesuaian dengan ciri-ciri kelas abad ke-21, iaitu pembelajaran berpusatkan
murid. Walau bagaimanapun, murid-murid masih memerlukan bimbingan daripada
seorang guru. Guru perlu menilai sama ada produk yang dihasilkan oleh murid adalah
sebuah produk yang baru atau sedia ada, di samping meneliti keunikan dan keaslian
produk itu sendiri. Komen-komen yang praktikal perlu diberi supaya murid dapat
membuat penambahbaikan terhadap produk ciptaannya.

Selain itu, guru perlu meminta murid untuk memberi penerangan tentang
produk yang dihasilkan. Dari situ, guru boleh menilai sama ada murid tesebut mampu
memberi hujah-hujah yang kukuh atau tidak dalam mempertahankan keistimewaan
produk ciptaannya. Di sini guru boleh menerapkan unsur pemikiran kritis dengan
meminta murid-murid lain untuk turut memberi pandangan dan idea bagi tujuan
penambahbaikan terhadap produk tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid dapat
menjana pelbagai idea daripada rakan-rakan mereka sendiri.

Guru hanya perlu membimbing muridnya untuk berfikir mengenai sesuatu


perkara daripada pelbagai sudut. Dengan itu, hasil sesi PDP yang dilaksanakan oleh
guru akan menghasilkan murid-murid yang berani mengambil risiko, seperti berani
untuk mengemukakan idea tanpa merasa bimbang terhadap kritikan yang bakal
diterima, di samping berupaya untuk berpandangan jauh tentang sesuatu perkara.

5. Nilai Murni dan Etika


Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan
menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau
perwatakan seseorang. Dalam dunia pendidikan, elemen ini amat penting untuk
diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia dapat membentuk jati diri yang tinggi.
Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid ketika mereka berada di
sekolah. Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai yang positif
dalam diri murid-murid semasa sesi PDP berlangsung.

Ketika sesi PDP, guru boleh meminta murid untuk menyatakan nilai murni
yang bersesuaian dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Kemudian, guru perlu
menilai sama ada murid tersebut memahami nilai murni yang dinyatakan ataupun
tidak. Jika mereka memahami nilai murni tersebut, guru perlu melihat pula dari segi
kelakuannya. Adakah mereka tahu cara-cara untuk menerapkan nilai-nilai murni itu
dalam tingkah laku mereka? Di sini, guru memainkan peranan yang amat penting
dalam mendidik murid-murid untuk sentiasa berkelakuan sopan.
EMK & PAK 21
Terdapat sesetengah murid yang suka untuk merendah-rendahkan rakan-rakan
yang mengamalkan nilai-nilai murni. Namun begitu, jika guru berupaya untuk
mengubah persepsi mereka terhadap nilai murni, maka, terhasillah seorang murid
yang beretika dan berkelakuan baik. Guru perlu meminta mereka untuk memberi
pandangan tentang nilai-nilai murni dan etika yang harus diterapkan dalam diri
mereka, dari segi kesan amalan nilai tersebut terhadap diri, masyarakat, agama dan
juga negara.

Guru juga boleh memberi penghargaan kepada murid yang sentiasa


mengamalkan nilai-nilai yang dipelajari semasa sesi PDP. Perkara ini boleh menjadi
satu galakan kepada murid-murid lain untuk bersama-sama mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, guru perlu kreatif dan kritis dalam
mendidik murid-murid untuk menjadikan mereka seorang insan yang berguna dan
berkualiti setelah tamat alam persekolahan kelak.

Kelas abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi
impak-impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini,
murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa
akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan
menyelesaikan masalah berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia
untuk menghadapi peperiksaan, di mana peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-
unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Ia tidak menjadi masalah bagi murid itu sendiri kerana pemikiran mereka sentiasa
dicabar semasa sesi PDP di dalam kelas. Kelas abad ke-21 juga membantu murid
untuk bersedia ke alam pekerjaan. Majikan kini amat mementingkan beberapa aspek,
seperti kemahiran komunikasi, mampu menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis
dan kreatif bagi membolehkan individu yang ditemuduga diterima bekerja di syarikat
mereka. Impak-impak ini dilihat dapat memberi kesan positif terhadap diri murid itu
sendiri, sekolah dan juga negara, seiring dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan
di Malaysia sebagai pendidikan yang bertaraf dunia.

Anda mungkin juga menyukai