Anda di halaman 1dari 2

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah mula dilaksanakan pada

tahun 2010 dan telah ditambah baik bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan
semasa mengikut tanda aras antarabangsa. Penyemakan ini dilaksanakan bagi
memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah Malaysia adalah
setanding dengan standard antarabangsa.

KSPK telah digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan


kanak-kanak dan juga teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah
berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan
Nilai;Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan
Keterampilan Diri.

Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan


pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk
mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak. Oleh itu, adalah penting
bagi kurikulum untuk pendidikan awal kanak-kanak ini merangsang kemahiran dan
pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi membina pengetahuan baru. Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan ini memberi focus kepada penyuburan potensi
individu secara menyeluruh agar potensi kanak-kanak dapat dikembangkan secara
menyeluruh.

KSPK juga sebenarnya mencerminkan hasrat Negara kita yang ingin melihat
generasi kini menjadi insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan juga sahsiah. Maka, KSPK dilihat sebagai medium yang menjadi
panduan guru dalam mendukung hasrat Negara bagi menyediakan pendidikan
bertaraf antarabangsa kepada kanak-kanak. Kurikulum ini juga dihasilkan dengan
mengambil kira kehendak dan keperluan masyarakat kini serta akan dating yang
dilihat mencerminkan identity Negara Malaysia.

Elemen utama yang ditekankan di dalam KSPK (2017) adalah Kemahiran Berfikir
Aaras Ttinggi (KBAT) yang dinyatakan secara jelas untuk kegunaan guru-guru.

Selain itu, pendekatan KSPK juga menekankan kepada hasil pembelajaran iaitu (outcome-
based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang kanak-kanak perlu tahu, faham
dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna
aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai
oleh murid itu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu,
murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri seperti (i) kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi (ii) kemahiran berfikir, (iii) berakhlak mulia dan beretika, (iv) berkeyakinan
dan berdisiplin, (v) sihat dan cergas dan (vi) imaginatif, kreatif dan ekspresif. B

‘Belajar sambil bermain’ adalah konsep keseluruhan yang perlu diterapkan dalam
pendekatan pengajaran guru di prasekolah. Maksud ‘belajar sambil bermain’ adalah
pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan
yang mengarah pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-
kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri
2004; Putri Zabariah 2005).

Anda mungkin juga menyukai