Anda di halaman 1dari 8

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER IV: 2021/2022

TUGASAN I (INDIVIDU)

___________________________________________________________________________

PENSYARAH: DATO’ SITI SALMAH BINTI MAT JUSAK


NAMA SUBJEK:

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT AWAL KANAK-KANAK


KOD SUBJEK: ECH 6143

DISEDIKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

ABDUL MANNAN HAKIMI BIN BINUZAMAN I20204759

TAJUK TUGASAN:

PERANCANGAN KURIKULUM DAN AKTIVITI DI PUSAT PENDIDIKAN DAN


PENJAGAAN KANAK-KANAK
ISI KANDUNGAN

ISI TAJUK MUKA SURAT


1 PENGENALAN 1-2

2 PERANCANGAN KURIKULUM DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3

3 PERANCANGAN AKTIVITI DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4

4 KESIMPULAN 5

5 RUJUKAN 5
1.0 PENGENALAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran
yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi
kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal,
keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi
kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau
kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-


kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu,
kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan
suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak- kanak.
Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk
melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat
juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid
akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara.
Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu kanak-kanak pada usia
enam tahun yang pertama. Melalui asuhan dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak
ini dapat dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta kreativiti dan
pemikiran kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas ini, kanakkanak ini akan lebih
bersedia untuk menghadapi alam persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian
jangka panjang mendapati pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak memberi pulangan
yang positif kepada kerajaan dan masyarakat. Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996,
prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada tahun 2003
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Selepas lima tahun
pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan
mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan.
Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu, persediaan dan pengalaman
awal kanak-kanak memerlukan kurikulum yang universal, terancang mantap dan relevan
dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu dan negara. Selain
itu kurikulum prasekolah juga perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan
dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Melalui kurikulum
prasekolah yang telah dimurnikan diharapkan akan dapat membantu guru merealisasikan
hasrat falsafah pendidikan negara. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu
kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. Walau
bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan
situasi. Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanakkanak, prihatin
kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka
terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan
murid.

Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya


diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit, bahagian atau
unit ini dinamakan modul. Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul
Bertema. Modul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar
dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini.
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-
enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina
menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinsip Amalan


Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana murid
membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding, murid
diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Perbezaan individu dibenarkan,
murid belajar mengikut kadar sendiri, guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman
seharian murid.

KSPK memperuntukan waktu minimum yang perlu dipatuhi iaitu prasekolah


hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu,
sejumlah 20 jam satu minggu untuk kanakkanak yang berumur 5+ dan dijalankan sekurang-
kurangnya tiga jam setengah sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 17 ½ jam satu
minggu untuk kanak-kanak yang berumur 4+.
2.0 PERANCANGAN KURIKULUM DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
KERANGKA KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN TERMASUK
DI ANTARA KOMPONEN DALAM TUNJANG KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
i. Bahasa Melayu (BM)
ii. Bahasa Inggeris (BI)
iii. Bahasa Cina (BC)
iv. Bahasa Tamil (BT)
v. Pendidikan Moral (PM)
vi. Pendidikan Islam (PI)
vii. Keterampilan Diri (KD)
viii. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (FK)
ix. Kreativiti dan Estetika (KE)
x. Sains Awal (SA)
xi. Matematik Awal (MA)
xii. Kemanusiaan (KM)

PENDIDIKAN MORAL
Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak mulia dengan berteraskan tiga
domain iaitu:
1. Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau
salah.
2. Emosi Moral
Kesedaran perasaan moral melahirkan kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang
menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral dan niat
untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.
3. Perlakuan Moral
Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati
dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti.Ketiga-tiga domain tersebut
perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan
yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima dan
menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.
Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh:
1. Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.
2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.
3. Mengeratkan hubungan dengan anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan
PERANCANGAN AKTIVITI DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Perancangan aktiviti dijalankan menerusi 2 cara perancagan aktiviti di Pusat Pendidikan


Awal Kanak-Kanak iaitu perancangan jangka masa panjang dan pendek bagi aktiviti p&p
perlu dibuat berdasarkan keperluan kurikulum, perancangan jadual waktu berdasarkan
perkembangan murid dan pelaksanaannya adalah fleksibel. Perancagan aktivti perlu
mengambil kira aspek seperti kebolehan dan aras perkembangan kognitif murid.,memberi
peluang kepada murid untuk membuat pilihan semasa menjalankan aktiviti.
,memberi peluang dan masa yang mencukupi kepada murid untuk menjalankan aktiviti
penerokaan, menggunakan bahan maujud dalam p&p bagi membantu murid menguasai
konsep pengetahuan.serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu pelbagai dan seimbang
supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan bermakna seperti: aktiviti dalam dan luar;
aktiviti aktif dan pasif; aktiviti individu, kumpulan dan kelas; serta aktiviti berasaskan
inisiatif murid dan aktiviti yang dirancang oleh guru.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam proses p&p, tidak ada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik untuk
diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Guru perlu bijak
menggunakan pelbagai strategi p&p yang sesuai dengan tahap perkembangan, keperluan,
kebolehan, bakat dan minat murid supaya pembelajaran berkesan dan lebih bermakna.
1)PembelajaranBerpusatkanMurid
Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu
aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Di
bawah pembelajaran berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran kerana pembelajaran digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan
murid. Murid juga diberi kebebasan untuk memilih jenis aktiviti, bahan dan masa semasa
pembelajaran. Guru merupakan pemudahcara atau pembimbing yang memandu murid
menjalankan aktiviti pembelajaran.

Belajar Melalui Bermain


Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat,
mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam pendidikan
prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkahlaku semulajadi kanak-kanak.
Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan
pengalaman secara langsung dan semulajadi. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan
fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke
tahap yang maksimum
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Penagajaran dan pembelajaran berasaskan Inkuiri merupakan satu pendekatan di manamurid


membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melaluipenyiasatan dan penerokaan berasaskan
pengetahuan sediaada. Pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui pelbagaipendekatan seperti
pembelajaran berasaskan projek,penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah
danpembelajaran kolaboratif bagi melahirkan murid yang berilmudan berkemahiran berfikir
aras tinggi. Proses p&p Inkuiri berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid
yang berbeza-beza. Selain daripada kesepaduan antara disiplin ilmu,pendekatan ini juga
melibatkan kesepaduan antara beberapa kemahiran, kemahiran dan nilai, kesepaduan antara
tunjang,kesepaduan antara aktiviti serta pelbagai kaedah dan teknik. Pembelajaran melalui
pendekatan bersepadu dapat memenuhi keperluan murid melaksanakan aktiviti penerokaan,
penyiasatan,penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu..
Secara umumnya, Inkuiri mementingkan ‘mengapa’ dan‘bagaimana’ berbanding dengan
‘apa’ terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Selain daripada itu, Inkuiri dapat meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta menggalakkan pembelajaran
kendiri. Inkuiri juga dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan murid untuk
bertanya. Dalam masa yang sama murid akan membuat refleksi sepanjang proses
pembelajaran.

KESIMPULAN
Kesimpulannaya, perancangan kurikulum dan pengajaran di Pusat pendidikan dan penjagaan
kanak-kanak dilihat penting dalam memastikan aktiviti pengajran dan pembelajaran mengikut
kurikulum yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang lengkap dan
sangat berguna kepada guru-guru dalam melahirkan modal insan dan pelajar yang berkualiti dan
berpengetahuan luas di kalangan kanak-kanak di Pusat asuhan awal kanak-kanak seperti di
taska,tadika dan tabika.

RUJUKAN
1) https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2018/12/01-DSKP-KSPK-SEMAKAN-2017.pdf

2) https://arazaharah.weebly.com/uploads/1/0/3/0/103027916/01_manual_penggunaan_ippk.pdf

3)https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/55629864/
KURIKULUM_STANDARD_PRASEKOLAH_KEBANGSAAN_2017-libre.pdf?1516866811=&response-
content-

Anda mungkin juga menyukai