Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN ALUAN

YANG BERUSAHA ……………………………

( HAL EHWAL PELAJAR)

SEMPENA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA

ANAK-ANAK YATIM YAYASAN DARUL HIKMAH

1|P a g e
 Terima kasih Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1


Malaysia.

Yang Berusaha, ………………………………………………….

Yang Dihormati, ………………………………………………….

Yang Bahagia En. Anuar Bin Zakaria @ Aziz, Pengarah Kolej


Poly Tech MARA Ipoh, Pn. Haslina Bt Hisham, Timbalan
Pengarah Akademik Kolej Poly Tech MARA Ipoh, barisan para
pensyarah, wakil-wakil media, seterusnya tuan-tuan dan puan-
puan yang dihormati sekalian dan para pelajar yang dikasihi
selaku urusetia untuk program hari ini.

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan


setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana

2|P a g e
dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Program Khidmat
Masyarakat Bersama Anak-Anak Yatim Yayasan Darul
Hikmah ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Saya
mewakili (vip) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak Rumah Anak-Anak Yatim Yayasan Darul Hikmah kerana
turut sama menjayakan program seperti ini.

2. Pada petang ini, kita amat berbesar hati kerana atas kesudian
pihak Rumah Anak Yatim Yayasan Darul Hikmah dalam
memberi laluan kepada pihak KPTM Ipoh untuk mengadakan
program khidmat masyarakat di sini sepanjang hari. Saya
juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
tahniah kepada pihak KPTM Ipoh dan juga pihak Rumah
Anak Yatim Yayasan Darul Hikmah atas jalinan kerjasama
dalam menganjurkan program ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya kasihi sekalian,

3|P a g e
3. Saya telah dimaklumkan, ini adalah merupakan kali
pertama KPTM Ipoh berganding bahu dengan pihak Rumah
Anak Yatim Yayasan Darul Hikmah bagi menjayakan program
khidmat masyarakat seperti ini.

Saya melihat ia adalah satu titik permulaan yang amat baik


bagi semua pihak untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih
erat dalam mendekatkan golongan pelajar dengan aktiviti
kemasyarakatan.

4. Program ini adalah titik permulaan yang baik untuk


mendedahkan pelajar dengan dunia kesukarelawanan.
Lazimnya, dalam program khidmat masyarakat, aktiviti yang
dilakukan adalah membersihkan kawasan surau, bergotong-
royong membersihkan kawasan rumah anak yatim,
mengadakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak yatim disini dan
sebagainya. 

5. Saya percaya ramai di kalangan kita di sini mungkin


pernah terfikir apakah kelebihan menceburi diri dalam bidang
multimedia. Program ini adalah bukti, bidang multimedia yang

4|P a g e
ditawarkan di Kolej Poly Tech MARA Ipoh juga adalah sama
penting dengan kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat
institusi pengajian tinggi (IPT) pada hari ini. Saya berharap
pelajar Kolej Poly Tech MARA Ipoh akan terus menceburkan
diri mereka dalam aktiviti khidmat masyarakat seperti ini.

6. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-


tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program
ini. Tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan program
sebegini tidak akan boleh dilaksanakan dengan jayanya. 

7. Akhir kalam, saya berharap agar Program Khidmat


Masyarakat Rumah Anak Yatim Yayasan Darul Hikmah yang
dianjurkan pada kali ini dapat mencapai matlamatnya dan
semoga segala urusan serta program ini diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP


PROGRAM KHIDMAT BERSAMA RUMAH ANAK-ANAK YATIM
YAYASAN DARUL HIKMAH

5|P a g e
7.30 pagi Berkumpul di Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh
Bertolak ke Asrama Anak-Anak Yatim Di
8.00 pagi
Gopeng
Dijangka sampai ke Asrama Anak-Anak Yatim
8.45 pagi
Di Gopeng
9.00 pagi Talimat
9.30 pagi Sarapan
10.00 pagi Sukaneka
Makan Tengah hari
1.00 tengah hari
Solat zohor
2.00 petang Aktiviti gotong-royong
4.30 petang Solat Asar Dan Minum Petang
5.00 petang Memberi Sumbangan
5.30 petang Bersurai dan pulang ke KPTM

6|P a g e

Anda mungkin juga menyukai