Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Pada asasnya, Program Jalinan Masyarakat merupakan salah satu daripada kursus yang wajib kepada
setiap pelajar yang menuntut di Universiti Malaya(UM). Secara dasarnya, program Jalinan Masyarakat
ini mengandungi beberapa modul pembelajaran yang memberikan setiap pelajar peluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang akan diselia oleh seorang penyelia.

Selain daripada itu, Jalinan Masyarakat juga merupakan satu platform yang terbaik bagi
setiap pelajar untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran insaniah, dan
komunikasi. Bukan itu sahaja, pelajar juga mampu meningkatkan daya pemikiran secara
kritikal apabila berhadapan dengan masalah dan berusaha untuk menyelesaikannya. Selain
itu, pelajar juga akan berasa lebih bertanggungjawab ke atas komuniti sekeliling mereka
sekaligus menjadikan menyemaikan sikap empati dan simpati dalam diri masing-masing.

Program Jalinan Masyarakat juga merupakan salah satu aktiviti yang menyediakan peluang kepada
pelajar untuk meningkatkan kerjasama antara rakan-rakan terutamanya apabila program tersebut
dijalankan dan sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk bersosial selain hanya menelaah
pelajaran.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Pembangunan bakat yang menyeluruh meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap.
2.2 Menunjukkan kepentingan jalinan masyarakat
2.3 Bekerja dalam pasukan dan bersama masyarakat
2.4 Menunjuk kemahiran komunikasi yang baik dengan masyarakat.

3.0 KOMUNITI SASARAN


3.1 Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 sehingga 12 tahun.
3.2 Remaja berusia dalam lingkungan 13 sehingga 17 tahun.

4.0 BILANGAN PESERTA


4.1 Seramai 25 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) telah menyertai projek Jalinan
Masyarakat ini.
4.2 Bilangan peserta daripada komuniti yang terlibat adalah dalam lingkungan 20 orang.

5.0 TEMPOH PERLAKSANAAN


5.1 17 April 2016 – 7 jam
5.2 6 Mei 2016 – 5 jam
5.3 14 Mei 2016 – 6 jam

6.0 PELAKSANAAN
Program Jalinan Masyarakat ini telah berjaya diadakan pada 17 April, 6 Mei dan 14 Mei yang
lepas dengan majoriti ahli yang terlibat terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda
Sains(Bioteknologi).
Setelah mendapat persetujuan majoriti ahli, program ini diadakan di tiga lokasi yang berbeza dan
pada tarikh yang berbeza. Pada 17 April 2016, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dipilih
sebagai tempat untuk melaksanakan program ini manakala pada 6 Mei 2016, Rumah Hope,
Petaling Jaya menjadi lokasi yang kedua dan yang terakhir adalah pada 14 Mei 2016 di Pertubuhan
anak yatim dan kebajikan Darul Izzah

Salah satu maklamat yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk melengkapkan bakal
mahasiswa dan mahasiswa dengan pelbagai kemahiran yang bakal berguna selepas bergelar
graduan dan memasuki alam pekerjaan. Objektif ini berjaya dicapai apabila kesemua ahli pasukan
bekerjasama menjayakan program Jalinan Masyarakat yang diadakan di ketiga-tiga lokasi yang
disebut di atas. Para ahli pasukan juga banyak berinteraksi bersama penghuni-penghuni rumah
amal dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Di Rumah Amal Limpahan Kasih dan Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah,
terdapat kira-kira 30 peserta dalam lingkungan umur 6 sehingga 14 tahun menyertai program ini
sekaligus menjayakannya. Setiap ahli kumpulan dibahagikan tugas secara rata sepanjang program
berlangsung terutamanya dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini di Rumah Amal Limpahan
Kasih. Salah satu daripada aktiviti tersebut adalah Radio Karat. Objektif aktiviti ini adalah untuk
memupuk kepekaan dan kesefahaman terhadap maklumat yang dterima serta memastikan
penyampaian maklumat yang betul. Kaedah perlaksanaanya adalah dengan menyuruh peserta-
peserta untuk berbaris dalam satu barisan dan seterusnya fasilator akan memberikan satu ayat
kepada peserta yang paling depan, dan peserta tersebut hendaklah bisikkan ayat tersebut kepada
peserta yang dibelakang dan berterusan sehingga kepada yang paling belakang. Peserta yang
paling belakang hendaklah menulis kembali ayat yang telah disampaikan oleh peserta yang berada
di hadapannya.
Walaupun aktiviti ini tampak mudah, namun ia dapat memberikan satu penekanan yang positif
kepada setiap peserta. Para peserta diterapkan dengan kemahiran untuk mengatasi pelbagai
halangan dalam komunikasi terhadap persekitaran yang diterima dengan menanganinya berhemah.
Selain itu, aktiviti ini secara tidak langsung meningkatkan ketelitian dalam penerimaan dan
penyampaian maklumat.

Bukan itu sahaja, aktiviti lain seperti Semut Gila juga telah diadakan. Objektif aktiviti ini
adalah untuk membina keyakinan diri untuk komunikasi dengan orang lain dan peka serta fokus
dalam melaksanakan aktiviti.

Selain daripada itu, aktiviti yang dipanggil Terbang Jauh juga telah dilaksanakan. Aktiviti ini
bertujuan untuk menerangkan pelbagai cara untuk peserta untuk mencapai cita-cita atau matlamat
masing-masing. Ini juga adalah untuk menggalakkan pemikiran kreatif peserta-peserta dalam
menghasilkan sesuatu model.
Seterusnya, bagi meningkatkan minat peserta terhadap pelajaran Sains, aktiviti yang dipanggil Fun
Science turut diadakan. Dalam aktiviti ini, peserta dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai
ciri-ciri air.

Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa aktiviti yang lain juga telah
dilaksanakan. Gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling rumah amal merupakan satu
daripada aktiviti tersebut. Sampah-sarap dan daun kering dikumpulkan dan dibuang bagi
mencantikkan sekeliling rumah tersebut serta supaya tampak lebih kemas dan bersih.

Pada 6 Mei 2016, program Jalinan masyarakat telah dijalankan di Rumah Hope, Petaling Jaya.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada masa tersebut. Setibanya di rumah kebajikan tersebut,
kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melaksanakan tugas yang
diberikan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk melakukan pembersihan dan pengemasan
tempat-tempat seperti pejabat, perpustakaan, dapur, ruang makan, bilik dan penginapan. Setelah
habis dengan kerja pembersihan dan pengemasan, ahli-ahli kumpulan meluangkan masa bersama-
sama dengan kanak-kanak melalui aktiviti riadah seperti futsal dan sebagainya.

7.0 MASALAH
7.1 Mendapatkan kerjasama daripada pihak luar

Kerjasama daripada pihak luar merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi sebelum
menjalankan program ini. Terdapat beberapa pusat kebajikan dan rumah amal yang telah
dihubungi oleh biro-biro tertentu, namun tidak ada maklum balas yang terima. Selain itu, tarikh
program yang telah ditetapkan juga bercanggah dengan masa pihak pusat kebajikan dan rumah
amal tersebut. Masalah ini diatasi dengan menggunakan komunikasi yang lebih efisien seperti
mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan pusat kebajikan/amal selain menghubungi
melalui telefon dan menghantar emel.

7.2 Tarikh aktiviti yang bertindih dengan jadual harian

Masalah yang dihadapi seterusnya ialah tarikh program yang bertindih dengan jadual harian pusat
kebajikan/amal. Sebagai contoh, pada hujung minggu merupakan waktu yang sesuai untuk
melaksanakan program namun, pihak pusat atau rumah kebajikan kebanyakannya sudah
mempunyai aktiviti yang tersendiri. Masalah ini dapat diatasi melalui toleransi dengan pihak
berkenaan untuk pindah tarikh yang bersesuaian.

8.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


Secara keseluruhan, program Jalinan Masyarakat ini telah berjalan dengan lancar dengan
kerjasama dan usaha setiap ahli pasukan dari segi penyediaan sehingga ke fasa perlaksanaan
.
Tidak kurang juga sokongan daripada Penyelia bagi program Bioteknologi iaitu Prof. Dr Ling Tau
Chuan yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Amnya,
program Jalinan Masyarakat ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran bakal
graduan selepas tamat pengajian serta melahirkan lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi yang
lebih peka kepada keperluan komuniti.
Bukan itu sahaja, melalui program Jalinan Masyarakat ini, pelajar dapat mengasah bakat dalam
bidang kepimpinan melalui pembahagian tugas sebagai pengarah program sehingga kepada biro-
biro kecil. Ini juga sedikit sebanyak meningkatkan motivasi diri dalam kalangan ahli pasukan
untuk lebih bersyukur di atas nikmat yang diberi-Nya kerana lebih ramai lagi yang kurang bernasib
baik.
Melalui setiap aktiviti yang telah dilaksanakan juga telah meninggalkan banyak impak yang positif
di dalam diri para peserta program dan sedikit sebanyak memotivasikan mereka untuk lebih
berjaya di masa hadapan walaupun dengan segala cabaran yang dihadapi. Ini merupakan salah satu
matlamat program Jalinan Masyarakat yang dilaksanakan iaitu meninggalkan kesan dan impak
yang positif dalam komuniti.

Anda mungkin juga menyukai