Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Alhamdullilah. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya akhirnya
dapat menyiapkan laporan bagi aktiviti penglibatan masyarakat di Tabika KEMAS Aman Jaya 1.
Saya Mimi Afiqah Binti Kasim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Shuhida Bt
Mohd Sariffudin selaku penyelia bagi praktikum mengajar Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas
yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Terima kasih juga saya hadiahkan buat ibu bapa kanak-kanak tabika KEMAS, yang telah
memberikan sokongan pada aktiviti yang kami jalankan ini. Tidak lupa juga buat kedua ibu bapa
saya, yang telah banyak memberi dorongan kepada saya serta rakan seperjuangan yang banyak
membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya
dalam memberikan gambaran sebenar tentang situasi aktiviti penglibatan masyarakat yang
dijalankan di Kemas. Proses-proses seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal Pemaju
Masyarakat Kemas agar dapat memastikan tugas dan tanggungjawab yang diberi, dijalankan
dengan jayanya disamping sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengenalan

Aktiviti penglibatan masyarakat dalam kalangan pemaju masyarakat dapat ditakrifkan sebagai
usaha bersama-sama atau saling bantu membantu antara dua pihak atau beberapa pihak.
Penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah,2007).

Sebagai pemaju masyarakat kita hendaklah mengenali dengan lebih dekat ibu bapa
supaya segala aktiviti serta permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka di tabika dapat
ditangani secara tidak langsung dapat memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak tabika
dengan adanya sokongan dalam pendidikan dari pihak ibu bapa mereka. Hal ini kerana kanak-
kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperoleh melalui tindak balas dengan alam sekeliling
tempat mereka dilahirkan. (Rosmah dan Salma, 1985)

Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada
kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini
merumuskan bahawa sekiranya ibu bapa mahu anak-anak berjaya dalam bidang Pendidikan
mereka perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa
dalam Pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap
perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di
samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Di Malaysia Event et al.(1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibu bapa terdapat ruang
lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa juga ditentukan oleh pihak tabika. Ada pola
menunjukkan kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak dijangka
dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas tabika. Hanya 10% daripada ibu
bapa yang aktif di tabika sementara majoriti tidak terikat dalam aktiviti tabika. Diantara sebab yang
dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya
latihan ibu bapa mengenai peranan mereka sebagai pendidik kanak-kanak di tahap awal persekolahan.

Selain dari itu, Penglibatan komuniti dalam Pendidikan awal kanak-kanak pula menurut Rohani
Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang ada kaitan rapat dengan kanak-kanak. Antaranya
ibu bapa, saudara mara, semua ahli keluarga yang tinggal serumah dengan mereka, guru-guru, jiran, rakan
sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang yang
bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.
Objektif

1. Memberi peluang kepada pelatih pemaju masyarakat merancang, mengurus, mengelola dan
melaksanakan program yang berbentuk aktiviti kemasyarakatan di tabika setempat.
2. Membentuk semangat kerjasama dan memberi komitmen yang sepenuhnya antara pihak yang
terlibat sepanjang aktiviti dijalankan
3. Menerapkan nilai toleransi, bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap kehidupan
bermasyarakat.

Strategi perlaksanaan

Perancangan untuk melaksanakan projek ini telah dimulakan pada 7April 2019. Perancangan ini
dilakukan supaya projek dapat disiapkan dengan sempurna. Projek flannel board story ini dilakukan
seperti yang dicadangkan oleh pihak Pusat Latihan Kepala Batas bagi memenuhi keperluan praktikum
mengajar. Projek ini dilakukan supaya pelatih dapat bersama pihak ibubapa dan tabika dalam proses
menjayakan pembuatan flannel board serta watak-watak yang ada ada pada jalan cerita tersebut.

Setelah perbincangan diadakan diantara pelatih bersama pemaju masyarakat serta pembantu
pemaju masyarakat sukarela, kami bersetuju untuk mengadakan aktiviti penglibatan masyarakat tersebut
pada 13 April bertempat di Tabika Kemas aman jaya 1.Pihak yang terlibat dalam projek ini antaranya
ialah pemaju masyarakat, pembantu masyarakat sukarela, pengerusi tabika, ibu bapa serta pelatih.
Maklumat yang diperoleh bagi menjayakan aktiviti ini ialah dengan cara perbincangan, rujukan melalui
ICT serta buku. Pelatih telah memilih cara dokumentasi dan laporan untuk merekod hasil projek.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan dan kelulusan pengerusi
tabika taman aman jaya 1 serta sokongan dari pihak penyelia plk kepala batas banyak membantu kami
dalam merancang aktiviti ini. Selain itu, kerjasama daripada ibu bapa serta masyarakat setempat di taman
aman jaya 1telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupunpada
peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksa dihadapi seperti masa.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaras kan projek ini. Segala
aktiviti yang dirancang akan dikendalikan oleh pemaju masyarakat tabika Bersama-sama dengan pelatih.
Pelatih telah mengedarkan surat jemputan kepada pengerusi tabika dan jga tentative program kepada phak
ibu bapa kanak-kanak. Senarai aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut dinyatakan di dalam
tentative program supaya pihak ibu bapa sedia maklum tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari
tersebut. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat dengan teliti agar aktiviti ini dapat dilaksanakan
tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti
dirujukan dibawah:

PENDAPATAN AKTIVITI PENGLIBATAN MASYARAKAT FLANNEL BOARD


STORY

PENDAPATAN RM
Sumbangan pihak plk kepala batas Rm 100
Sumbangan tabika Rm 50
Sumbangan individu Rm 50
jumlah Rm200

PERLAKSANAAN PROGRAM

Pada 12 april 2019 pada jam 3 petang, program aktiviti penglibatan masyarakat bagi tabika
amanjaya 1 telah dijalankan. Seramai 10 orang ibu bapa telah hadir, termasuk pengerusi, pemaju
masyarakat serta pembantu pemaju masyarakat sukarelawan. Aktiviti ini dilakukan bertempat di tabika
aman jaya 1. Program dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh pengerusi majlis, seterusnya proses suai
kenal ibu bapa dengan para pelatih dan kemudiannya disambung dengan perlaksanaan agenda utama iaitu
proses pembuatan flennel board story.

Bagi perlaksanaan program flennel board story, para pelatih terlebih dahulu menjelaskan tujuan
utama pembuatan bahan tersebut. Pelatih kemudian menerangkan watak-watak yang akan dibuat oleh ibu
bapa pelajar dan cara pembuatannya. Waris kemudiannya akan dibahagikan kepada dua kumpulan
mewakili setiap satu cerita. kesemua ibu bapa berkerjasama dalam melaksanakan proses pembutan flennel
board story tersebut dengan baik. Setelah proses tersebut selesai, aktiviti gotong royong telah diadakan
bagi membersihkan kawasan yang digunakan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Aktiviti ini
berakhir kira-kira jam 5.30 petang dengan ucapan terima kasih dari pengerusi tabika aman jaya 1.
PENUTUP

Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa dan komuniti masyarakat setempat dalam Pendidikan awal
kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia dikalangan kanak-
kanak.peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran. Ia
selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak, hal ini kerana ibu bapa juga
adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan pendidik di
tabika.

Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tabika dengan menyumbang
tenaga, berkongsi bakat dalam program di tabika seperti yang dijalankan pelatih pada kali ini. Penglibatan
ibu bapa dapat meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu bapa dapat
meningkatkantahap proses pembelajaran di tabika dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan
sebagai pendidik.

Oleh yang demikan, kerjasama antara pemaju masyarakat tabika, ibu bapa dan masyarakat
setempat adalah penting dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka yang bakal
menerajui pentadbiran dunia kelak. Selain itu, kerjasama antara mereka juga adalah penting bagi
perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tabika. Permuafakatan antara pemaju masyarakat, ibu bapa dan
masyarakat dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan kea rah
melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

Lampiran surat

Gambar

Pengurusan ruang:

PENGENALAN

Pengurusan pusat Pendidikan awal kanak-kanak yang cekap akan membantu memaksimumkan
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perancangan yang rapi serta teliti perlu dibuat mengikut
kesesuaian dengan objektif dan tujuan yang ditetapkan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan
bersesuaian dengan kehendak semasa dan jangka masa yang Panjang. Ruang dalam bangunan tabika
meliputi bilik darjah, penyediaan makanan(dapur) dan bilik air(tandas). Manakala ruang bilik darjah
termasuklah saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran, jenis perabot, lantai dan warna dinding. Menurut Nani
Menon dan Rohani Abdullah (2004), persekitaran prasekolah yang kondusif, menarik, dan kemas dapat
membantu meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ruang tabika dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu ruang dalam bangunan dan ruang luar bangunan. Kementerian Pendidikan
(2003) telah memberi ketetapan bahawa ruang-ruang di tabika perlu selesa, mendapat pencahayaan yang
cukup serta peredaraan udara yang baik. Peralatan serta susun atur perlu memudahkan pergerakan kanak-
kanak. Ruang pembelajaran perlu diwujudkan sama ada di dalam dan juga di luar kelas. Aspek kebersihan
perlu dititik beratkan selain ceria, menarik dan sudah semestinya selamat. Ruang yang disusun hendaklah
boleh diubah atau mudah alih, sesuai mengikut situasi dan aktiviti yang ingin dijalankan.

OBJEKTIF

Pengurusan ruang ini dilakukan supaya :

1. Dapat memudahkan pergerakan kanak-kanak


2. Bagi mewujudkan persekitaran pembelajalaran yang selamat, menarik dan ceria.

PELAN LANTAI SEBELUM DAN SELEPAS

Sebelum
Selepas

Lampiran bergambar

Proses ubah suai

Rumusan

Penyediaan pelan lantai yang disusun dengan baik memerlukankreativiti yang tinggi. Kebiasaannya saiz
kelas tabika tidak terlalu luas menjadi masalah yang utama dalam menyusun atur perabot serta ruang-
ruang yang memenuhi kehendak kompenen -kompenen pembelajaran tabika. Pemaju masyarakat perlu
merancang peralatan serta perabot dengan baik bagi memberi keselesaan murid-murid mengikuti aktiviti
pembelajaran selain menitik beratkan aspek keselamatan. Dekorasi yang baik akan memudahkan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran pemaju masyarakat dan kanak-kanak.

Pelan lantai tabika yang baik perlu dilengkapi dengan pelbagai ruang-ruang pembelajaran dan
digunakan secara maksimumoleh pemaju masyarakat dan kanak-kanak. Ruang seperti kreativiti dan
estetika, ruang komunikasi bahasa, ruang kerohanian dan moral dan lain-lain. Kepelbagaian ruang dapat
memberi pilihan kepada murid-murid semasa menjalankan aktiviti bebas. Pelan lantai yang selesa
memudahkan untuk proses menyimpan alatan dengan kemas dan teratur. Aspek keselamatan tidak dilupa
pada setiap masasepanjang murid-murisd berada di kelas prasekolah semasa menjalankan aktiviti
pembelajaran. Keselamatan dari segi penggunaan alatan elektronik mahupun bukan elektronik dan juga
susun atur perabot.

Peralatan perabot juga perlulah bersesuaian dengan murid dari segi saiz tidak terlalu besar, bucu
yang tajam, tidak bercermin memudahkan penyimpanan alatan oleh kanak-kanka serta dalammenyusun
atur dalam kelas tabika.
Penulisan Jurnal 1

Minggu Praktikum : 1

Tarikh: 9/4/ 2019

Tajuk Jurnal: kanak-kanak tidak memberikan tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

1. Isu yang difokuskan:

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di Tabika Kemas Aman jaya 1, sungai petani,
kedah. Saya dapati sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran diadakan pada ahad isnin dan selasa.
Seorang pelajar iaitu Ammar tidak dapat memberikan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Ammar dilihat sering bangun dari tempat duduk dan berada di ruang lain berseorangan.
Ammar juga sukar untuk mematuhi arahan yang diberikan dan sering mengganggu rakan lain di dalam
kelas yang mengakibatkan pergaduhan.

2. Analisa isu yang difokuskan (Punca dan kesan Isu)

Punca Ammar tidak dapat memberikan tumpuan di dalam kelas didapati adalah kerana Ammar
menghidapi masalah ADHD ringan. Antara ciri masalah pembelajaran ADHD yang dapat dilihat pada diri
Ammar antaranya ialah tidak berupaya mematuhi arahan, mudah hilang perhatian,meninggalkan
kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ, sentiasa bergerak ke sana kemari, tidak sabar
menunggu giliran dan sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Kesan
terhadap isu adalah kanak-kanak hilang tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran yang menyebabkan
Ammar tidak dapat menguasai pelajaran yang disampaikan dengan sempurna dan menjejaskan minatnya.

Kajian Lampau

Menurut Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar (2016) menyatakan bahawa masalah
tingkah laku disruptif murid ADHD dapat dikurangkan melalui Teknik integrated play group (ipg). Guru
boleh menvariasi Teknik ipg ini melalui pelbagai bentuk seperti permainan, aktiviti nyanyian,
persembahan pentas dan sebagainya.

Kajian oleh Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016) menyatakan penggunaan Teknik peneguhan berjaya
mengurangkan masalah tingkah laku hiperaktif . Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan Teknik
peneguhan merupakan satu bentuk intervensi yang sesuai dan berkesan.Masalah tingkahlaku hiperaktif ini
boleh dikurangkan sekaligus diatasi sekiranya Teknik peneguhan yang dijalankan ini diteruskan untuk
tempoh yang lebih lama dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa dan guru yang lain.
Norziana rasit, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar (2016) menyatakan pendekatan
pembelajaran berkumpulan ((pembelajaran kooperatif) bagi mengubah tingkah laku negetif seorang
murid autism dengan ADHD. Kaedah ini diaplikasi dalam proses pembelajaran dengan memberi
ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian supaya dapat meningkatkan
motivasi dan kemahiran social murid untuk melibatkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Hasil kajian ini masalah tingkah laku cepat marah dan suka bergerak sesuka hati semasa sesi
pembelajaran yang ditunjukkan oleh subjek kajian dapat dikurangkan dengan penggunaan kaedah
pembelajaran berkumpulan. Impak daripada perubahan positif ini , sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan seperti yang dirancang serta objektif pembelajaran juga tercapai.

Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenalpasti, saya
cadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya adalah:

i) Menggunakan Teknik pembelajaran kooperatif dan ganjaran bagi tingkah laku positif seperti
yang dinyatakan dalam kajian oleh Norziana rasit, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd
Mokhtar Tahar.
ii) Menggunakan Teknik dan pendekatan yang lebih menarik perhatian kanak-kanak tersebut
seperti bersoal jawab, demonstrasi dan teknik belajar melalui bermain.
iii) Memberitahu masalah ADHD yang dihidapi Ammar kepada kedua ibu bapanya dan
menukarkannya ke sekolah pendidikan khas agar keperluan pendidikan dan
perkembangannya dapat dipantau oleh mereka yang lebih berkemahiran.

Tempoh masa penyelesaian

2 minggu

Tindakan susulan

Saya akan mengambil tindakan menggunakan teknik pembelajaran kooperatif dan ganjaran bagi tingkah
laku positif seperti yang dinyatakan dalam kajian oleh Norziana rasit, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan
Mohd Mokhtar Tahar. Selain itu saya juga akan menerapkan kaedah belajar melalui bermain .

Tarikh tindakan susulan

10/4/2018
Keberkesanan langkah yang dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah dikenalpasti
telah memberikan impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan daya tumpuan ammar
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ammar juga didapati sudah kurang meninggalkan tempat
duduknya.

Kesimpulan/ refleksi( kesan tindakan) dan halangan jika ada

Saya berpuas hati dengan perubahan tingkah laku postif yang ditunjukkan oleh Ammar setelah
penggunaan kaedah berkumpulan, ganjaran dan bermain melalui belajar. Pendekatan yang digunakan ini
sekaligus membuktikan ianya mampu menarik minat kanak-kanak yang menghidapi ADHD untuk
belajar.

Rujukan:
Penulisan Jurnal 2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh: 10/4/ 2019

Tajuk Jurnal: Masalah kekurangan ruang dalam bilik darjah tabika

3. Isu yang difokuskan:

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di Tabika Kemas Aman jaya 1, sungai petani,
kedah. Saya dapati sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran diadakan pada minggu pertama
kesemua pelajar kelihatan tidak selesa sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kanak-
kanak juga sukar bergerak dan tidak dapat memberikan tumpuan dengan baik disebabkan oleh masalah
kekurangan ruang tersebut. Kanak-kanak terpaksa duduk berhimpit dan menyelit untuk ke hadapan bagi
menjawab soalan PM. PM juga sukar untuk mengendalikan kelas di bahagian belakang untuk
memberikan tunjuk ajar dan pantauan ketika latihan dilaksanakan. Kekurangan ruang ini juga
mengakibatkan pergaduhan dalam kalangan kanak-kanak.

4. Analisa isu yang difokuskan (Punca dan kesan Isu)

Punca kekurangan ruang ini didapti adalah kerana bilangan pelajar yang agak ramai iaitu sebanyak 26
orang murid dan susun atur saiz perabot yang tidak bersesuaian dengn ruang. Kesan terhadap isu adalah
tumpuan dan fokus pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah terganggu. Keadaan
yang sempit, susah untuk bergerak dan suhu yang panas menyukarkan serta menyumbang kepada
keadaan yang tidak selesa dalam kalangan para pelajar. Hal ini menyebabkan kanak-kanak hilang
tumpuan dan sekaligus tidak dapat menguasai pelajaranyang disampaikan oleh PM. Tumpuan pelajar
terhadap pembelajaran akan lebih baik sekiranya persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan yang
baik dan menyelesakan.

Kajian Lampau

Menurut Che Nidzam Che Ahmad et.al (2014) menyatakan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah
merupakan elemen penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan
memberansangkan. Analisis dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa ruang pembelajaran,
perabot, pengaliran udara dan pencahayaandalam bilik darjah mempunyai tahap kesesuaian yang
sederhana. Keselesaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga pada tahap sederhana.
Analisis lanjutan menunjukkan terdapat pengaruh persekitaran fizikal dalam bilik darjah terhadap tahap
keselesaanpengajaran dan pembelajaran. Justeru, persekitaran fizikal bilik darjah perlu diberi
perhatianyang sewajar dan dirancang dengan teliti kerana persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dapat
mempengaruhi suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku pelajar.

Kajian oleh Muriza bt Mustafa (2006) menyatakan aspek reka bentuk persekitaran bilik darjah
memainkan peranan penting antaranya yang perlu diberikan perhatian adalah dari sudut aspek kemasan,
perabot, peralatan dan teknologi dalam bilik darjah. Hasil analisi kajian beliau juga terdapat perhubungan
yang signifikan anatara kelayakan akademik guru dengan kesedaran guru terhadap saiz bilik darjah.
Selain itu, keperluan reka bentuk bilik darjah juga perlu ditingkatkan untuk menjamin pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan

Norzalikha Buyong dan Suyiyani Mohamed(2018) dalam kajiannya yang bertajuk Ciri-Ciri Yadika
Berkualiti menyatakan tadika yang berkualiti dipercayai dapat melahirkan generasi yang cemerlang
seiring dengan hasrat Negara yang ingin melahirkan modal insan yang mapan. Hasil dapatan kajian beliau
menunjukkan ciri-ciri tabika yang berkualiti telah dikenal pasti melalui aspek guru, pengajaran dan
persekitaran fizikal tabika. Justeru, setiap guru tabika perlu mengambil inisiatif untuk memastikan
perkhidmatan tabika yang diberikan berkualiti dan dapat melahirkan murid yang cemerlang dan terbilang.

Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenalpasti, saya
cadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya adalah:

i) Melakukan ubah suai susunan perabot di tabika.


ii) Mengubah suai susunan ruang bagi pusat-pusat pembelajaran di tabika
iii) Menghias ruang tabika agar Nampak lebih menarik.

Tempoh masa penyelesaian

2 minggu

Tindakan susulan

Saya akan mengambil tindakan untuk menggubah suai susunan perabot seperti meja agar dapat
memudahkan pergerakan murid selain memberikan keselesaan kepada murid. Susunan perabot ini juga
memboleh kanak-kanak mendapat pencahayaan dan pengaliran udara yang lebih baik. selain itu, saya
juga mengambil tindakan untuk mengubah susun atur pusat-pusat pembelajaran di tabika tersebut agar
lebih mudah diakses oleh kanak-kanak. Saya juga turut menghias ruang dalam dan luar tabika agar
nampak lebih menarik bagi kanak-kanak.

Tarikh tindakan susulan

12/4/2018

Keberkesanan langkah yang dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah dikenalpasti
telah memberikan impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan daya tumpuan serta minat
kanak-kanak terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak juga didapati selesa dan mudah
bergerak ketika di dalam kelas.

Kesimpulan/ refleksi( kesan tindakan) dan halangan jika ada

Saya berpuas hati dengan perubahan tingkah laku postif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak setelah ubah
suai ini dijalankan. Ubah suai yang dilakukan ini sekaligus membuktikan ianya mampu menarik minat
dan memberikan keselesaan pada kanak-kanak untuk belajar dan PM untuk mengajar.

Rujukan:

Bahan Bantu Mengajar

Bahan Rujukan

TABIKA KEMAS TAMAN AMAN JAYA 1


153 Jln Anggerik 3/5,

Bandar Aman Jaya,

08000 Sungai Petani, Kedah.

Ruj Kami:TBKTAJ1/02/2019

Tarikh : 09 April 2019

Kepada,

Pengerusi, AJK dan waris Tabika KEMAS Taman Aman Jaya 1

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM IBUBAPA DAN MASYARAKAT –AKTIVITI PENGHASILANBAHAN


BANTU MENGAJAR FLANNEL BOARD STORY

Merujuk kepada perkara di atas saya dengan segala hormatnya ingin menjemput tuan ke majlis suai kenal
bersama ibu bapa dengan pelatih Pusat Latihan Kemas Kepala Batas pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 12 April 2019

Masa: 3.00 petang

Tempat: Tabika KEMAS Aman Jaya 1.

2. Agenda aktiviti adalah seperti berikut:

 Suai kenal bersama ibubapa dengan pelatih Pusat Latihan Kemas Kepala Batas
 Aktiviti “flannel board stories” bersama ibubapa dan pelatih.
 Gotong-royong.

3. Segala kerjasama daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Yang Benar,

………………………………..

(MIMI AFIQAH BINTI KASIM)

Anda mungkin juga menyukai