Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang
wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus
Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan

guru yang

dihasratkan

selaras dengan

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini merupakan sebuah


program yang dilaksanakan pada awal semester. Ianya melibatkan semua pelajar
Program Ijazah

Sarjana

Muda Perguruan Dengan

Kepujian. Program ini

direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke
arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat yang akan kami jalankan di Tadika
Yayasan Terengganu (YT) , Besut, Terengganu ini diharapkan dapat membantu
membina jati diri serta sifat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat.
Persekitaran luar yang digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif,
psikomotor dan efektif yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap
yang positif yang perlu ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini.
Oleh itu, pembelajaran secara informal ini secara tidak langsung telah pun
merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas
dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, guru
pelatih sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para
pensyarah pula akan bertindak sebagai medium yang dapat membantu mana-mana
yang perlu.

2.0 OBJEKTIF
Pelajar dapat membangunkan insan guru seimbang, guru dan hubungan
dengan komuniti, guru dan akauntibiliti profesionalisma, aktiviti kemasyarakatan,
jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntibiliti
dan amanah, kreativiti dan inovatif.

3.0 LAPORAN REFLEKTIF AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Program bina insan guru kali ini bertemakan khidmat masyarakat. Dalam
porses menjayakan program BIG ini, terdapat 2 kali mesyuarat yang telah
kamiadakan. Mesyuarat pertama berkaitan pembahagian jawatankuasa dan
bidangtugas.Sebelum aktiviti bina insan guru di laksanakan, mesyuarat bagi
perlantikan jawatankuasa di adakan terlebih dahulu bagi memudahkan serta
melicinkan program. Perlantikan jawatankuasa ini di kendalikan oleh ketua unit kami
iaitu Norfatiha binti Samsudin. Puan NorAzah binti Abdul Aziz selaku mentor kami.
Manakala Nor Ain Binti Zulkifli pula merupakan pengurus projek. Kemudian,
Rebecca Mary A/P Sartho memegang jawatan sebagai timbalan pengurus projek.Siti
Khadijah Binti Deraman merupakan Setiausaha kami.Tharisshni A/P Thuraisamy
pula merupakan bendahari.Bagi jawatankuasa bersama pula, Mohd Adib Bin Ibrahim
merupakan jawatankuasa teknikal. Bagi jawatankuasa pengangkutan pula telah di
sandang oleh Najihah Bt Najmuddin dan Nur Iman Nazleen Bt Kamarulzaman. Saya
pula telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan sebagai jawatankuasa
persegaran.Aimi Bahriah Binti Basri dan Nureen Tasnim merupakan jawatankuasa
fotografi.Nur Syamira Binti Yusof merupakan jawatankuasa aktiviti.Dan terakhir
sekali jawatankuasa senamrobik diketuai oleh Farah Wahibbah Binti Hilaluddin
dibantu

oleh

NurulJusehaBintiJohari,

Pan

SwettLian,

Lim

Joo

Yee,

Nor

ShaidaBintiZulkiflee dan Lee Xue Jing.Perlantikan jawatankuasa tertinggi seperti


yang dinyatakan di atasmerupakan kata sepakat dan hasil undian sekelas.

PERBINCANGAN KERTAS KERJA DAN PEMBAHAGIAN TUGAS


Pada 3 Julai 2013 mesyuarat kali ke-2 telah diadakan. Mesyuarat kali
inimembincangkan isi kertas kerja dan pembahagian tugas berkaitan program BIG.
Antara isi yangterkandung di dalam kertas kerja seperti pemilihan lokasi khidmat
masyarakat bagiprogram BIG.Kami sebulat suara telah mempersetujui cadangan
pengurus projek kami untukmembuat program khidmat masyarakat di Tadika
Yayasan Terengganu (YT) , Besut, Terengganu.Pada awalnya kami mengalami
kesukaran memilih lokasi untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini kerana
masing-masing mempunyai idea sendiri. Akhir sekali kami memilih Tadika Yayasan
Terengganu sebagai lokasi kami kerana ianya dekat tambahan pula program kami
djalankan pada bulan ramadan. Tentu sekali sukar untuk kami jika lokasinya jauh.
Program ini diharap dapat membantu membina jati diri serta sifat
bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat.Persekitaran luar yang
digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor dan efektif
yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif yang perlu
ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini.Antarasebablain kami memilih tempat
ini kerana ingin mendapatkan pengalaman danmendekatkan diri dengan kanakkanak tadika yang masih baru dalam menerima pendidikan awal. Selaku guru
pelatih,kami perlu membiasakan diri dengan kanak-kanak ini. Program ini memberi
kami gambaran awal bagaimana cara yang sesuai untuk mengendalikan mereka,
memahami, dan menyesuaikan diri dengan mereka.
BINA INSAN GURU 11 Julai 2013
Pada 11 Julai 2013, seramai 18 orang guru pelatih yang terdiri daripada
pelajar-pelajar unit 2 PISMP Bahasa Inggeris (SJKC) telah melakukan khidmat
komuniti di Tadika Islam Yayasan Terengganu (YT), Besut, Terengganu. Berikutan
dengan tuntutan Kementerian Pendidikan yang mewajibkan program Bina Insan
Guru (BIG) dijalankan setiap semester, unit Bahasa Inggeris ini telah memilih Tadika
Yayasan YT ini sebagai sasaran khidmat komuniti kami. Sebelum mendapat
persetujuan daripada Pengarah Kampus Sultan Mizan, beberapa orang ahli
jawatankuasa program telah mengadakan perbincangan dengan Guru Besar Tadika
tersebut,

dan

hasilnya

memberangsangkan.

Beliau

sangat

mengalu-alukan

kedatangan kami malahan beliau turut berbesar hati menolong kami untuk
menyiapkan jadual perjalanan program kami di sana.
Kami bertolak ke sana pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki van IPG. Jarak
antara IPG Kampus Sultan Mizan yang terletak berdekatan denganTadika Islam YT
telah memudahkan perjalanan kami. Pada jam 8 pagi, setibanya kami di sana, kami
telah disambut dengan meriah oleh guru-guru tadika tersebut. Setelah mendengar
taklimat daripada Guru Besar, kami memulakan aktiviti khidmat masyarakat kami di
sana dengan aktiviti bersama para pelajar tadika seramai 139 orang yang berusia
enam tahun.
Kami memulakan aktiviti senamrobik kami dengan diketuai oleh Farah
Wahibbah Hilaluddin dan dibantu oleh rakan-rakan kelas yang lain. Apa yang
membuatkan kami berasa senorok ialah apabila para pelajar Tadika Islam YT itu
memberi kerjasama dan menyambut baik pergerakan aerobik yang kami tunjukkan.
Selama satu jam kami bersenamrobik dengan para pelajar tersebut, kami
menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan tadika itu. Aktiviti kami dipantau oleh
mentor kami iaitu Puan NorAzah bt Abd. Aziz. Beliau bertanggungjawab untuk
mengiringi kami ketika program khidmat komuniti ini berlangsung. Kami berbesar
hati kerana beliau sanggup meluangkan masa beliau dengan kami di situ.
Oleh kerana aktiviti khidmat komuniti ini dijalankan dalam bulan Ramadhan,
Guru Besar Tadika Islam YT mengarahkan kami untuk berehat seketika dan hanya
melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan berhampiran sahaja. Setelah tamat
waktu rehat para pelajar Tadika Islam YT pada pukul 10.30 pagi, seterusnya kami
menjalankan aktiviti kami seterusnya iaitu sesi bersama para pelajar di dalam kelas
masing-masing. Memandangkan jumlah para pelajar yang berumur enam tahun
tadika tersebut ramai, kami dibahagikan kepada lima kumpulan dan diberikan kelas
masing-masing.
Melihat keseronokan para pelajar di situ menerima kami, kami berasa sangat
gembira dan teruja untuk member sedikit ilmu kami kepada mereka. Di dalam kelas
masing-masing, kami menjalankan beberapa aktiviti yang mampu membuat kanakkanak yang berusia enam tahun terhibur dan juga bersama-sama dengan kami
untuk menjayakan program kami ini.

Kira-kira dalam pukul 12.30 tengah hari, kami mengadakan majlis penutupan
sempena untuk mengucapkan terima kasih kami kepada pihak pentadbiran Tadika
Islam Yayasan Terengganu ini. Dengan sedikit cenderahati kenang-kenangan dari
kami kepada mereka yang telah banyak member sokongan kepada kami. Kami
menamatkan program khidmat komuniti kami di situ.
Syukur kehadrat Illahi kerana program Bina Insan Guru (BIG) kami yang
kedua ini berjaya disudahkan setelah terdapat beberapa masalah yang kami perlu
hadapi. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Khidmat Komuniti kami ini.
Kami turut berbesar hati untuk mengadakan lain-lain aktiviti kami di Tadika Islam
Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu ini lagi. Terima kasih yang tidak terhingga
kami ucapkan.

4.0 ANALISIS SWOT


KEKUATAN

KELEMAHAN

-guru pembimbing amat prihatin akan -kerjasama


keselamatan kami

-pengurusan masa dan tarikh ( bulan

-bahan pengajaran dan alatan untuk Ramadhan)


aktiviti

-pengurusan protokol

-bertolak ansur
ANCAMAN

PELUANG

-tiada

-kepimpinan
-mengeratkan hubungan antara guru
pelatih
-memberi

pendedahan

pendidikan awal kanak-kanak


5.0 REFLEKSI KENDIRI

tentang

Alhamdulillah dengan kudrat dan kesediaan yang ada dalam diri saya dan
rakan-rakan sekelas, saya berjaya mengikuti program ini dengan jayanya seperti
yang dirancang. Saya juga amat-amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah
melindungi saya, semua jurulatih dan rakan yang terlibat dalam Program Bina Insan
Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan selamat
tanpa banyak masalah besar yang timbul dan berjaya mencapai objektif yang
disasarkan.
Dalam kesempatan ini, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali para pensyarah ataupun pihak
yang bertungkus lumus membantu kami melaksanakan aktiviti BIG kali ini.Terima
kasih atas segala dorongan, nasihat, teguran serta motivasi yang membina yang
mana niatnya adalah untuk mendidik kami semua untuk mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada
pensyarah bimbingan saya ataupun dikenali sbagai mentor saya iaitu Pn. NorAzah
Bt Abdul Aziz yang bagi saya sangat membantu saya dan unit saya dalam
memberikan tunjuk ajar serta motivasi yang sangat bermanfaat. Saya dengan
suarelanya akan memanfaatkan segala nasihat serta teguran yang telah diberikan
dalam usaha untuk membaiki diri saya untuk menjadi lebih baik.
Alhamdulillah,

akhirnya

kami

dapat

menjalankan

program

khidmat

masyarakat kali ke-2 ini dengan jayanya meskipun terdapat banyak cabaran yang
kami perlu tangani.Sebagai seorang bakal pendidik, kita perlu membiasakan diri
menangani masalah yang dihadapi supaya kelak kita menjadi seorang insan yang
berwibawa dan boleh menyelesaikan masalah sendiri.
Banyak manfaat yang saya dan rakan-rakan dapat melalui program
menyediakankhidmat masyarakat ini.Disamping dapat menyiapkan tugasan wajib
kami, kami mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana kami mendapat
pendedahan awal tentang pendidikan awal

kanak-kanak.Malah kami turut

melibatkan diri secara praktikal, bukan sekadar teori semata-mata.


Melalui pengalaman saya sepanjang program ini, saya mulai sedar akan
kepentingan memberi dan menyumbang tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan.

Impak yang paling ketara ialah saya sedar aktiviti kemasyarakatan bukan sekadar
bergotong royong membersihkan kawasan, membantu di rumah anak yatim dan
golongan emas malah membantu dalam mendidik pelajar juga merupakan aktiviti
kemasyarakatan. Saya juga sedar betapa pentingnya kehidupan ini untukdihargai
dan digunakan dengan sebaik mungkin tanpa melakukan aktiviti yang sia- sia yang
boleh menjejaskan kehidupan pada masa depan.
Seterusnya saya melihat timbulnya sifat-sifat kepimpinan dalam diri rakanrakan sekelas semasa menguruskan program ini.Masing-masing menjalankan tugas
dengan begitu dedikasi demi mencapai matlamat yang satu iaitu kami mahukan
yang terbaik untuk aktiviti kemasyarakatan ini.Selain itu, saya juga belajar
bagaimana untuk menghormati mereka yang lebih tinggi dari kita.Contoh di sini ialah
kami belajar tentang pengurusan protokol yang betul di dalam majlis selepas
melakukan sedikit kesilapan kecil di mana semasa majis penutup.Kesalahan kami
ialah kami tidak menitikberatkan hal protokol. Selepas diberi teguran dan nasihat
oleh mentor kami, barulah kami mula mengambil berat akan hal ini serta akan lebih
berhati-hati supaya tidak terus melakukan kesalahan yang sama lagi di masa depan.
Akhir sekali, saya amat berpuas hati dengan aktiviti ini kerana banyak perkara
yang saya dapat pelajari. Walaupun terdapat sedikit kesalahan, saya amat bersyukur
kerana mendapat teguran dari pensyarah. Teguran dan kesalahan yang dilakukan
amat penting dalam mempersiapkan diri menjadi seorang bakal guru kelak.

6.0 LAPORAN CERAMAH PROGRAM BINA INSAN GURU 2013


Pada tanggal 24 Julai 2013, seramai 192 orang pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013 telah menyempurnakan aktiviti Bina
Insan Guru(BIG) bahagian dua iaitu menguruskan ceramah. Ceramah ini diadakan
di Dewan Kuliah Al-Khindi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan pada
pukul 2.15 petang. Program ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain
pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti,
guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat
kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah,
kreativiti dan inovatif.

Majlis bermula selepas ketibaan tetamu VIP iaitu , Encik Zulkiflee Bin
Rahman sebagai penceramah telah disambut mesra oleh Encik Mohamad Bin Latif
selaku pensyarah penasihat unit kokurikulum. Majlis diteruskan dengan bacaan doa
yang diketuai oleh Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat dari unit Pendidikan Jasmani.
Ceramah yang diadakan ini bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang.
Ceramah ini mendedahkan tentang cara cara untuk menjadi seorang guru yang
seimbang dan cemerlang di bidang perguruan. Perubahan perubahan yang perlu
dilakukan oleh bakal guru untuk mendidik anak bangsa dititikberatkan dalam
ceramah ini.

Ceramah ini juga turut menyelitkan beberapa nasihat dan panduan kepada
bakal guru untuk melakukan perubahan dalam bidang perguruan. Setiap guru perlu
mengadakan anjakan paradigma dalam diri mereka. Guru perlu berani dalam
melakukan perubahan terhadap kerjaya mereka. Hal ini kerana mereka yang
menentukan masa hadapan anak didik didik mereka. Guru perlu berani bertindak
untuk memastikan anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang.
Kesimpulannya, ceramah ini memberi motivasi kepada guru guru pelatih
agar bersedia untuk melakukan perubahan dalam menghasilkan insan yang mampu
membawa kepada kemajuan negara. Insan yang cemerlang akan terhasil jika guru
yang mendidik adalah guru yang cemerlang dan mempunyai budi pekerti yang
mulia.
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis penutupan untuk
mengucapkan terima kasih kami kepada penceramah kita pada hari tersebut dan
tidak terlupa juga pensyarah penasihat

dengan memberi cenderahati kenang-

kenangan dari kami.


Syukur kehadrat Illahi kerana program Bina Insan Guru (BIG) kami yang
kedua ini berjaya disudahkan setelah terdapat beberapa masalah yang kami perlu
hadapi. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Khidmat Komuniti kami ini.

7.0 ANALISIS SWOT


KEKUATAN
-ahli

KELEMAHAN

jawatankuasa

pelaksana

cekap -gaya penyampaian isi ceramah tidak

dalam melaksanakan aktiviti

begitu menarik

-kelengkapan alat yang baik

-pemilihan masa yang tidak tepat

-persembahan slide yang menarik serta -perancangan tempat


ringkas
-penyampaian maklumat oleh AJK amat
memuaskan
PELUANG

ANCAMAN

-dapat menambah ilmu pengetahuan

-tiada

-dapat

menilai

diri

sendiri

meningkatkan tahap motivasi


-membina keyakinan diri

8.0 LAMPIRAN
AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

serta

KUMPULAN UNTUK AKTIVITI DI DALAM KELAS


1) Rebecca Mary A/P Sartho
Nur Iman Nazleen Binti Kamarulzaman

Najihah Binti Najmuddin


2) Lee Xue Jing
Farah Wahibbah Binti Hilaluddin
Nurul Juseha Binti Johari
3) Tharisshni A/P Thuraisamy
Nur Ain Binti Zulkifli
Nor Shaida Binti Zulkiflee
Nor Aqila Asyikin Bt Zulkifli
4) Pan Swett Lian
Siti Khadijah Binti Deraman
Norfatiha Bt Samsudin
Mohd Adib Bin Mohd Ibrahim
5) Lim Joo Yee
Nur Syamira Binti Yusof
Aimi Bahriah Binti Basri

CERAMAH BIG

Anda mungkin juga menyukai