Anda di halaman 1dari 2

Najihah Binti Najmuddin,

3 PISMP TESL (SJKC),


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
22200 Kg. Raja,
Besut, Terengganu.
_________________________________________________________________________
Encik Kamarudin bin Hashim,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
22200 Kg. Raja,
Besut, Terengganu. 11 Mei 2014

Melalui dan salinan:
Puan Norazah binti Abdul Aziz,
Mentor 3 PISMP TESL (SJKC)
Jabatan Bahasa Bahasa
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
22200 Kg. Raja,
Besut, Terengganu.

Tuan / Puan,

Per : SURAT TUNJUK SEBAB GAGAL HADIR KE KULIAH
Merujuk kepada Borang Rumusan Kehadiran Bulanan iaitu bulan Februari 2014.
Di sini saya ingin mengemukakan sebab-sebab mengapa saya tidak dapat menghadirkan
diri ke sesi kuliah selama dua jam sepanjang bulan itu.

2. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kesulitan yang pihak puan terima
disebabkan ketidakhadiran saya ke sesi kuliah pada bulan Februari ini. Buat pengetahuan
pihak tuan, saya tidak menghadiri dua jam sesi kuliah yang dikelola oleh Encik Wan Hasni
bin Wan Ahmad bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106) pada 9 Februari 2014 jam 11.15
pagi hingga 12.15 pagi.

3. Sesungguhnya saya menyedari bahawa tidak menghadirkan diri ke sesi kuliah tanpa
sebab adalah satu kesalahan yang boleh dibawa ke mahkamah berkenaan dengan Akta
174. Saya juga menyedari bahawa subjek Hubungan Etnik (WAJ3106) penting untuk
kehidupan saya sebagai rakyat jati Malaysia di mana setiap pelajar IPT juga mengambil
subjek ini sekali sepanjang pengajian.

4. Alasan yang saya akan kemukakan adalah kerana kesihatan saya yang agak terjejas
pada minggu itu. Pada bulan Februari di minggu tersebut, saya mendapat sijil sakit selama
dua hari daripada Klinik Kg. Raja yang bertarikh 10 hingga 11 Februari 2014 (dikepilkan
bersama surat ini). Walaubagaimana pun, dua jam yang saya tidak dapat menghadirkan diri
ke sesi kuliah tanpa sebab berlaku sehari sebelum saya mendapatkan sijil cuti sakit
daripada klinik berkenaan. Atas kesilapan sendiri kerana sakit, saya tidak menghubungi
pensyarah berkenaan. Ini menyebabkan kehadiran saya di dalam Borang Rumusan
Kehadiran Bulanan adalah ponteng tanpa sebab.

5. Saya menyedari kesalahan saya kerana bersikap sambil lewa dan kurang
berkomunikasi dengan pihak tertentu untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Saya
berjanji untuk meningkatkan prestasi sahsiah saya dan akan cuba berubah, menepati masa
dan tidak menjadi seperti pahat dengan penukul. Saya akan mencontohi pihak yang
sentiasa tepati masa dan tidak bersikap sambil lewa. Sesungguhnya saya manusia yang
masih dalam proses pembelajaran dan akan cuba mempertingkatkan diri dari masa ke
masa.

6. Sekali lagi saya memohon maaf di atas perlakuan saya sendiri yang telah
memburukkan masa depan saya sebagai seorang bakal guru. Saya juga sedar bahawa
saya boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan. Oleh disebabkan saya telah
menghantar surat ini, maka saya amat berharap pihak tuan dapat membenarkan saya
menduduki peperiksaan akhir. Ini kerana, peperiksaan akhir merupakan matlamat utama
bagi setiap pelajar. Adalah begitu mengecewakan saya sekiranya pihak tuan mengambil
keputusan untuk menghalang saya daripada menduduki peperiksaan akhir. Dengan ini,
saya berjanji akan menghadiri sesi kuliah/ tutorial sepenuhnya pada masa hadapan
melainkan ada urusan mustahak atau komitmen lain yang perlu dipenuhi. Semoga
permohonan saya ini dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(NAJIHAH BINTI NAJMUDDIN)
Pelajar 3 Pismp Tesl (Sjkc),
Ipg Kampus Sultan Mizan.

Anda mungkin juga menyukai