Anda di halaman 1dari 1

KETUA EDITOR

Dengan kalam Bismillahhirahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK Tasek Damai, iaitu, majalah Damai 2012 edisi ke-8. Ucapan setinggi-tinggi penghormatan dan terima kasih kepada Pasukan Sidang Redaksi majalah Damai 2012 atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu atau penat bagi menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK Tasek Damai. Majalah DAMAI ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat mereka yang sememangnya terpendam lama. Di majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK Tasek Damai yang tercinta. Penghasilan Majalah Damai 2012 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK Tasek Damai bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh para pelajar SMK Tasek Damai turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di SMK Tasek Damai pada tahun yang cukup bermakna ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sidang redaksi yang banyak membimbing pasukan kami dalam menyiapkan Majalah Damai kebanggaan warga SMKTD terutamanya Cikgu. merangkap . . Beliau juga telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat terutamanya kepada saya yang telah diberikan kepercayaan untuk meneraju pasukan Sidang Redaksi majalah DAMAI 2012. Tak lupa juga penghargaan untuk para pengkarya yang sudi mewarnai majalah DAMAI 2012 dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Mengakhiri wadah saya pada kali ini, saya mewakili pasukan Sidang Redaksi majalah DAMAI 2012 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam pembikinan majalah ini. Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMK Tasek Damai dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.

Amirun Ikmal Bin Kusaini, Ketua Editor Majalah Damai 2012

Anda mungkin juga menyukai