Anda di halaman 1dari 1

MURID CEMERLANG PT3 TAHUN 2015

Sharon Liew Tan Jun Jie Heydrick Liu


Penolong Ketua Editor 10 A 10 A

Selamat pagi saudara Heydrick Liu dan saudara Tan Jun Jie. Tahniah dan syabas kerana telah
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PT3 2015. Apakah perasaan saudara apabila
diumumkan sebagai pelajar terbaik dalam PT3 2015?

Terima kasih. Sebenarnya, saya tidak menjangkakan bahawa saya boleh mendapat
keputusan 10A dalam PT3. Saya berasa sangat gembira kerana tidak mensia-siakan
pengorbanan ibu bapa dan guru-guru yang banyak menyokong dan mendorong saya dalam
bidang akademik.

Terima kasih. Apabila saya mendapat keputusan saya yang cemerlang ini, saya berasa sangat bangga
kerana usaha saya selama ini telah membuahkan hasil. Saya juga berasa gembira kerana tidak
menghampakan harapan ibu bapa dan para guru saya.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudara ini?

Saya sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun. Biasanya, saya akan membeli buku rujukan supaya
mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik. Saya juga menghadiri kelas tuisyen agar
memperoleh informasi tambahan.

Saya pula tidak menghadiri sebarang kelas tuisyen. Oleh itu, saya perlu lebih
berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kadang kala, saya
akan bermain permainan komputer untuk menghilangkan stres.

Bagaimanakah pula dengan penglibatan saudara dalam aktiviti kokurikulum?

Saya telah menyertai Kelab Leo, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kelab Badminton sejak
Tingkatan 1 . Kini, saya memegang jawatan sebagai bendahari bagi PBSM dan penolong
setiausaha bagi Kelab Leo.

Saya pula menyertai Kelab Leo, St.John Ambulance dan Kelab Badminton. Saya banyak belajar
perkara seperti semangat kepimpinan dan teknik berkomunikasi selepas menyertai kelab-kelab
tersebut.

Apakah nasihat saudara kepada murid-murid yang bakal menduduki PT3 pada tahun ini?

Semua murid haruslah memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika guru mengajar.
Selain itu, mereka haruslah menyeimbangkan aktiviti kokurikulum dengan kurikulum.

Selain itu, semua murid haruslah membuat jadual kerja supaya semua tugasan dapat
diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditentukan. Persediaan awal juga perlu
dibuat agar tidak akan kelam-kabut apabila peperiksaan tiba.

Terima kasih saudara Tan Jun Jie dan saudara Heydrick Liu kerana sudi diwawancara pada pagi ini.

Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai