Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN : Cara-cara Mengeratkan Hubungan Keluargaan

“Rumahku syurgaku”. Inilah kata-kata azimat yang menjadi impian setiap ahli
keluarga yang kamil di dunia tanpa sempadan ini. Sering kali kepincangan rumah
tangga menjadi punca impian ini tidak dapat dicapai dan sekadar menjadi angan-
angan di kotak fikiran. Kesibukan ibu bapa berkerja menyebabkan mereka berasa
tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Cara pertama yang dianggap signifikan ialah ibu bapa perlu mengimbangkan
antara kerjaya dan kehidupan seharian mereka. Hal ini amat diperlukan supaya
anak-anak mendapat didikan yang baik dan sempurna dari segi fizikal dan mental.
Dengan ini, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dapat dieratkan lagi. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu memantapkan
diri mereka dengan ilmu keibubapaan dan ilmu agama. Mengapakah dikatakan
begitu? Hal ini demikian kerana ibu bapa dapat menyemai akhlak yang baik dan
mantap dalam diri anak-anak. Sebagai hasilnya, mereka akan selalu menghormati
ibu bapa. Lakukan aktiviti bersama-sama dengan penuh ikhlas agar hubungan yang
agak rengang sebelum ini dapat dieratkan.
Cara atau kaedah yang ditelusuri seterusnya ialah sesebuah keluarga itu
seharusnya melakukan aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan
semua ahli keluarga. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bukit
sama didaki, lurah sama dituruni. Inilah amalan nilai murni yang dapat dipupuk
ketika melakukan aktiviti seperti bersukan, gotong-royong dan melancong.

Secara holistiknya, setiap ahli keluarga mesti bersatu dalam mengeratkan


ikatan kekeluargaan yang telah terjalin. Benarlah kata peribahasa, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Usaha diperlukan untuk
mewujudkan anak-anak yang terbaik. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa
hubungan kekeluargaan dapat diutuhkan lagi sekiranya ibu bapa berjaya
mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka.

Anda mungkin juga menyukai