Anda di halaman 1dari 7

Topik 3 : Struktur, kekuatan dan fungsi keluarga

Fungsi Ahli Keluarga


    Tanggungjawab ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya
untuk memastikan keluarganya bahagia dan juga menjaga imej serta maruah keluarga. Bagi
membentuk sebuah keluarga bahagia,setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan
masing-masing.Bapa,ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-
masing dengan jujur dan ikhlas.Apabila semua ahli dalam keluarga dapat memahami tugas dan
tanggungjawab masing-masing,sudah tentu ini akan memudahkan pentadbiran sebuah keluarga.

 PERANAN BAPA:
1. Menjadi pemimpin dan ketua keluarga
2. Memberi nafkah kepada keluarga
3. Menyediakan tempat perlindungan.
4. Menyediakan makanan dan pakaian yang mencukupi.
5. Memberi perlindungan kepada anggota keluarga.
6. Menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak.
7. Memberi kasih sayang kepada anggota keluarga.
8. Menjadi "role model" yang baik kepada anak-anak.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 1


 PERANAN IBU:
1. Membantu bapa mengurus dan memimpin keluarga.
2. Menguruskan makan dan minum untuk anggota keluarga.
3. Menyediakan keperluan untuk anggota keluarga.
4. Memberi kasih sayang kepada anak-anak
5. Mendidik dan mengasuh anak-anak.
6. Membantu bapa dalam membuat sesuatu keputusan.
7. Merancang perbelanjaan keluarga.
8. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih.
9. Menjadi "role model" yang baik kepada anak-anak.

 PERANAN ANAK :
1. Sentiasa menghormati ibu dan bapa.
2. Sentiasa menolong ibu dan bapa.
3. Sentiasa menyayangi kedua ibu dan bapa.
4. Menjaga nama baik keluarga.
5. Mendengar nasihat dari ibu dan bapa.
6. Berusaha membahagiakan kedua ibu bapa.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 2


Tanggungjawab Keluarga Kepada Anak-anak

1. Sebagai teladan kepada anak-anak

- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa
perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang
baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri
dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila
anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani
sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki
hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa
anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan
sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan
menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka
anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta
melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah
tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh
mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan

- Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga
mereka.
- Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus
praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah
masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 3


melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang
dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut,
perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah
rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3. Memberikan perhatian dan kasih sayang

- Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan
usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos
sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap
dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat
menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan
perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah
mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah
yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju
kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama
dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak
swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap
bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil
merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau
berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di
samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang
berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah
keluarga akan dapat diwujudkan.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 4


4. Memberikan didikan agama dan moral

- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan
agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan
generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat
memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan
agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri.
Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai
disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-
nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati
orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama
dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu
bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak

- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka
yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah
negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk
akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak
akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa
kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan
meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 5


Langkah Membina Keluarga Bahagia

Ibu bapa merupakan pihak yang paling utama memainkan peranan dalam
pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana ibu bapa boleh merancang dan
membuat tindakan untuk membolehkan keluarga mereka hidup bahagia. Contohnya, ibu
bapa perlu menyediakan kemudahan am dan memberikan kasih sayang yang secukupnya
kepada anak-anak. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak adab-adab dalam keluarga dan
menasihati anak-anak dalam hal-hal yang berkaitan dengan tingkah laku. Ibu bapa juga mesti
menjadi contoh kepada anak-anak dalam segala hal yang berlaku di rumah.

Selain itu, ibu bapa juga mesti memberikan pendidikan kepada anak-anak. Adalah
menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan
menyekolahkan mereka. Pendidikan yang diperolehi anak-anak akan menjadikan mereka
insan yang berguna kepada keluarga dan seterusnya dapat membentuk keluarga yang
bahagia. Anak-anak yang mendapat pendidikan yang secukupnya tidak akan mudah
terpengaruh dengan gejala sosial yang kerap melanda remaja masa kini. Oleh itu, apabila anak-
anak sudah berjaya, mereka pasti dapat menyara diri dan membentuk sebuah keluarga bahagia
setelah mereka berkahwin.

Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam pembentukan keluarga bahagia.


Hal ini kerana, anak-anak merupakan ahli yang penting dalam sesebuah institusi keluarga. Anak-
anak mesti menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain. Mereka juga mesti taat
kepada suruhan ibu bapa. Selain itu, anak-anak juga mesti mengamalkan kebersihan dalam
keluarga dan menjauhi diri daripada perbuatan negatif seperti merokok.

Di samping itu, anak-anak juga mesti mengamalkan nilai-nilai murni dalam


keluarga. Anak-anak mesti bersikap jujur dan tidak mencuri barang berharga dalam rumah.
Perbuatan mencuri patut dijauhi kerana perbuatan ini akan membawa kepada pergaduhan dalam
keluarga. Anak-anak juga melakukan perintah Tuhan iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada
semua orang. Anak-anak juga mestilah berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana jiran
tetangga dapat membantu sewaktu dalam kesusahan.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 6


Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia.
Hal ini kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi menjalankan program-program ke
arah pembentukan keluarga bahagia. Pihak kerajaan juga boleh menjalankan Kempen
Keluarga Bahagia melalui stesen televisyen dan radio yang dimilikinya. Kursus dan Seminar
Keluarga Bahagia juga perlu diadakan di setiap daerah, Usaha ke arah pembentukan
keluarga bahagia ini mesti dibuat berterusan supaya ia dapat mendatangkan kesan positif yang
berpanjangan.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 7

Anda mungkin juga menyukai