Anda di halaman 1dari 6

Langkah-langkah bagi membentuk keluarga bahagia

Hubungan antara ibu bapa dengan anak ibarat isi dan kuku. Sebuah keluarga yang bahagia
dapat terhindar daripada masalah sosial. Oleh itu, keluarga bahagia berkaitan dengan
kesejahteraan masyarakat dan negara.
Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut mengeluarkan masa lapang untuk beriadah
bersama keluarga kita atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja dapat
mencergaskan fikiran kita dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan ahli keluarga.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak
sibuk bekerja. Ibu bapa harus timbul perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai. Oleh demikian, anakanak sewajarnya dilayani dengan baik agar mereka tidak berasa kekosongan dan berkongsi
pemasalahan dengan ibu bapa.
Langkah yang membentuk keluarga bahagia juga boleh mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kediaman sekeliling rumah. Dengan bergotong-royong, ahli keluarga dapat
memupuk sikap tolong-menolong dan bekerjasama. Kerja akan menjadi lebih mudah dan
cepat diberaskan. Letih, penat, kepuasan bekerja dapat dirasai bersama-sama.
Di samping itu, ibu bapa wajar melayani anak sebagai seorang teman baik. Hal ini demikian
kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak suka akan sesuatu yang baru dan perasaan ingin
mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak rasional dalam
menangani masalah anak-anak. Ibu bapa juga dapat mendidik anak-anak memuliakan
setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni.
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa dan anak-anak dapat memikul tanggungjawab bersamasama untuk melahirkan keluarga bahagia.

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Pendahuluan:
Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada
insan lain yang memerlukan.
Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku - rumah merupakan tempat terperciknya sinar
kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri
kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang
yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan
moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu
bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang
sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.
Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masingmasing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati antara
mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka
suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.
Persoalannya..

Isi
1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu
bapa perlu menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan
teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan
isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain.

Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan
meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak
rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran,
maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan
perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan
anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain.
Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di
rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada
kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih
malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi
sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang
tua mereka.

2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan


-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi
memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan
kebahagiaan keluarga mereka.
-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus
praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama
daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu
untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel
yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu
tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk
melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa


-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk
dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini
disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap
dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang

amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang
dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah
mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk
adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan
peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti
bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala
pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu
pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra
dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti
dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli
keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di
antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak,
tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan
.
4. Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,
pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di
kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab
serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak
ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan
keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan
nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan
menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata
peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama
dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa
setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni
akan dapat dilahirkan.

5.Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak


- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya
mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya
yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli
keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat
pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng
arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi

6.setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.


-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya
antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap
seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai
orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan
damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,mereka
haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh
masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah
bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang
lemah dalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap
bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya
merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan
datang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita
haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"dan "ke gunung
sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping
membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu
yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan
sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama
mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.
Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang
penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah

masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang


akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama

Anda mungkin juga menyukai