Anda di halaman 1dari 14

Punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa


dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-
punca dan langkah mengatasinya.

............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian
ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga
alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan
disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya,
kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini


memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah
disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini.
Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus
merosot itu.

............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.


Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan
yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang
gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif
akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu
ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah
yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah
terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka
melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh
sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani
melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah
disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang
pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam
aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti
ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup


menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak
mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi
ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu
bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh


masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal
cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media
massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang
kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
Amalan Gaya hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


.
.
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara
contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa
mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu
tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak
tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh
itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan
yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai
lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan
pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga
masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun
makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi.
Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah
tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara
kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum
arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang
membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang
diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan
aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-
sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar
perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta
menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya
memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang
jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah
tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan
yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan
asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup
makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam
aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus
diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,
masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang
bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau
memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat
mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat
dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah
seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri
mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi
dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya
dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh
gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran
yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang
melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang
penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada
ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka
mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan
seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan
sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua
amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya
masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia
sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya
hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita
semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
semangat kejiranan
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak
akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan
semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat


terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya
semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan
pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga


di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal
keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan
pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat
kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang
terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis
yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga
mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah
mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya,
semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen


kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan
iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu
ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan
berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka.
Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk
semangat mulia ini.

.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.
Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara
penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam
sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang
baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat


perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan
konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk
daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh
itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa


kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan
semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua
harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah di


Negara Kita.

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah


mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai
salah satu daripada Warisan Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara
dan mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita.
.
.
……….Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring
dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa.
Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga
memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah
dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk
pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan
lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara
kita.
.
……….Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah
bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau
peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun,
kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis
masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping
itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang
akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan
bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan
bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat
dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan
Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja
St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah
negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa
berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu
pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan
monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
.
……….Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah
perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen
lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja
kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada
antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun
jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil
pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke
hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu.
Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu
pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki
Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah
perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman
Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan
negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya
kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu,
bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
.
……….Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong
dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu
faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan
alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya
dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai
untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah
menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England,
Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford,
dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada
bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai
pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di
samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat
monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan
alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis
bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak
langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
.
……….Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik.
Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan
monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air
Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak
dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan
Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan
masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor
dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya
kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad
ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di
persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse
dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik
Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah
persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah
dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
.
……….Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda
generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah
negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut
dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya
bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang
sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah.
Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai
bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah “tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas”. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang
merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan
tindakan undang-undang.
.
Tuesday, August 4, 2009

Penderaan Kanak-kanak

............Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap


pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah
keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap
pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah
tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih
sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar
pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa
sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-
pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-
pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

............Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak


ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi
tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah
dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa.
Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan
perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan
mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan
satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini
mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya.
Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

............Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana


masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan
yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap
anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah
semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat
menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia
mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah
kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan
fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah
pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

............Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah
tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan
gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya
pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa
pergaduhan.

............Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini
ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di
dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika
berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang
baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi
terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan
kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan
baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

............Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan


segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen
“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah
segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna.
Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan
adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya
kespenderaan anak-anak.

............Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas
seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja
yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh
menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi
akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

............Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan


bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan
mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi
menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah
tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan
kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan
kanak-kanak akan dapat diatasi.

............Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang


dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan
untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan
keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci
dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi
seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan
negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila
meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-
kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita
dapat di akhirat nanti.
Saturday, August 8, 2009

Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di


negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri
pelancongan tersebut.

............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban


tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja
pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut
menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.
Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber
ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh
“bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan
usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai
faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat


menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan
pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia
memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti
Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat
menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai
tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia
juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih
dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan
aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang
flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini
dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan


oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti
ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat
seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil
kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik
terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga
oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih.
Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti
berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut
berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut
disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau
yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau
Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi
bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para
pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan
melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas
sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan
pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut,
kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya
keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus
dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh
wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik
terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya
meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya
terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan
tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang
dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan
makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan
masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di
Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung
ke negara kita.

.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan


pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai
contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan
kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai
usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan
sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua
negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama,
kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai
pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional
Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut
memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”,
pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang
berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk


menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Justeru, peranan kerajaan dan
agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah
amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh
penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.
.
.

Anda mungkin juga menyukai