Anda di halaman 1dari 4

Tajuk esei : senaraikan punca-punca gejala social dalam kalangan remaja serta

bincangankan kesannya terhadap keharmonian kehidupan manusia.

Dasar langit terbuka, sama ada kita sedar atau tidak, lantaran terlalu di hidangkan
dengan arus pemodenan negara yang semakin gah di persada dunia yang berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah, dengan negara-negara membangun yang lain. Kemajuan negara tercinta
yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan ini, turut mengiatkan lagi isu keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja yang banyak diperkatakan di media cetak dan media
elektronik. Sehubungan itu, masa depan negara akan mudah terjejas kerana generasi pelapis
yang ada sekarang sudah hilang jatidiri, identiti dan samangat patriotik untuk membangunkan
negara.

sesuai

dengan

ungkapan

pemuda

harapan

bangsa,pemudi

tiang

negara.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara


ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam
diri individu, masyarakat dan negara. Mari kita kaji sehingga keakar umbi, apakah punca
gejala sosial dalam kalangan remaja dan kesannya terhadap kehormonian manusia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , Edisi Keempat, remaja diertikan
sebagai seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, dan sudah cukup umur untuk
berkahwin. Dari segi perspektif Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah
cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Seperti yang kita sedia maklum bahawa di fasa
ini berlaku perubahan zaman, dari golongan zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.
Berbicarakan persoalan punca gejala sosial ini, semangat ingin atau semangat inkuiri yang
tinggi cenderung memandu remaja untuk mencuba sesuatu yang baru. Perasaan ini timbul
apabila seseorang remaja mencapai tahap yang diistilahkan darah muda Sikap ingin tahu
memang wujud dalam diri remaja, dan Setiap perkara yang terlarang itulah yang ingin
diterokai oleh mereka. Mari kita ambil contoh perkara terlarang yang dimaksudkan, lumba
haram, mencuri, merokok, dan buli merupakan antara perkata senonim yang dikaitkan dengan
isu remaja dewasa ini. Jelaslah, semangat ingin tahu yang tinggi dalam diri remaja boleh
menjadi faktor atau punca kepada isu sosial yang semakin meruncing sabab hari.

Selain itu, kelemahan didikan agama dan moral diri remaja turut menjadi punca gejala
sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama
dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan tuhan di atas
perbuatan mereka. remaja kini lebih suka terikut-ikut dengan pemikiran barat dan
mengagung-agungkan budaya barat. Hal ini terlihat jelas, apabila budaya asing semakin
mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan remaja seperti cara pemakaian, makanan
mahupun cara pemikiran. Mereka beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara
hidup moden yang seiring dan sesuai dengan dunia yang kini semakin canggih dan moden.
Kendatipun begitu, tidak semua budaya dan pemikiran barat itu salah. Selagi mana tidak
bertentangan dengan nilai-nilai agama dan moral. Sebaliknya, mereka menganggap bahawa
cara hidup berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna pakai pada
zaman moden ini. Tertitik tolak daripada hal tersebut, keadaan ini sedikit sebanyak membawa
kepada permasalahan sosial yang timbul pada hari ini. Kesimpulanya di sini, kelemahan
didikan agama dan moral dalam diri remaja masa kini membawa kepada mudahnya minda
dan pemikiran anak muda kita di jajah yang seterusnya membawa kepada permasalahan yang
umpama pemikul batu gergaji.
Seterunya, ibu bapa turut menjadi faktor perdana apabila membincangkan isu yang
melibatkan remaja. Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat
dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja. Namun begitu,
sikap tidak mengambil berat oleh ibu bapa terhadap anak mereka boleh menjadi punca
kepada permasalah ini. Keruntuhan institusi kekeluargaan telah dikenal pasti sebagai punca
utama meningkatnya statistik gejala keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada hari ini.
Ibu bapa pada zaman sekarang boleh dikatakan kebanyakankannya sentiasa sibuk dengan
urusan perkerjaan masing-masing. Bebas tampah pengawasan memburukan lagi keadaan, hal
ini demikian kerana, remaja yang bebas tampah pengawasan ibubapa akan lebih mudah untuk
melakukan gejala social yang turut membawa kesan buruk kepada diri, keluarga dan negara
itu sendiri. Sebagai contoh, Pergaulan bebas anak-anak remaja misalnya terjadi apabila
kurangnya pengawasan yang diberikan keatas remaja. Tampilannya, keluarga yang bahagia
merupakan keluarga idaman setiap insan di dunia, oleh itu setiap ibubapa haruslah berusaha
untuk menghadiahkan anak-anak mereka dengan kehadiran keluarga bahagian yang boleh
mengelakan masalah gejala sosial daripada berleluasa.

Di samping itu, mari kita lihat pula kesan gejala sosial ini terhadap kehormian
manusia. Kesan terhadap individu, dapat dikaitan dengan keruntuhan akhlak dengan terjebak
dalam kancah jenayah, remaja yang terlibat dalam kancah jenayah ini secara tidak lansung
akan mundur dalam pelajaran, kerana kita tahu masanya hanya dihabiskan dengan fokus
kepada jenayah yang dilakukan tampah mengiraukan lagi pembelajaran mereka yang
seterusnya keadaan ini membawa kepada masa depan menjadi gelap dan hidup dalam
keadaan terumbang-ambing. Selain itu, dari aspek kekeluargaan pula, kesan gajala sosial
dapat dilihat apabila hilang kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga, keluarga tidak
harmoni yang diikuti dengan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri, hal ini dapat dibuktikan
melalui laporan keratan akhbar yang bertajuk Abang maut ditetak adik gaduh rebut harta
pusaka. Keadaan ini bukan sahaja mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan itu sendiri
malah masalah yang lebih besar dan membingkan juga mampu dan tidak mustahil daripada
berlaku, seperti kehancuran sesebuah negara ekoran asas kepada negara iaitu individu,
masyarakat hancur disebabkan gelombang kejahilan dengan melebar luasnya gejala sosial
yang umpama kudis buta dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jelaslah bahawa,
kesan gejala sosial ini amatlah serius sehinggakan boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Selanjut, kesan terhadap masyarakat, Keadaan lain yang dapat dilihat kesan daripada
gejala sosial ini seperti, masyarakat berasa takut untuk berada di luar rumah, hal ini di
sebabkan hilangnya perpaduan dalam kalangan masyarakat, lahirnya masyarakat tidak
berdaya maju dan masyarakat ada mudah hancur. Dapat dilihat petapa buruknya kesan gejala
sosial ini, percaya atau tidak terpulanglah kepada individu untuk memutuskanya.
Sebagai kesimpulanya, jelaslah bahawa gejala sosial ini berpunca daripada pelbagai
faktor, seperti keluarga, diri sendiri, kelemahan agama dan moral menjadi faktor pendorong
masalah ini saban hari semakin kronik, tidak kurang juga kesan yang dapat dilihat lahir kesan
daripada gejala sosial yang semakin mengusarkan kita yang seakan-akan tiada jalan
penyelesai untuk memberhentikan penyakit kronik ini. Diharapkan agar penyakit umpama
kudis buta ini dapat ditangani dengan segera agar anak cucu kita dapat merasa erti hidup
aman dan damai di masa hadapan. Di samping itu, di harapkan juga agar pihak berwajib turut
sama-sama membantu dalam mengurangkan masalah sosial dengan memikirkan langkahlangkah yang bernas dalam usaha menbasmi dan mengurangkan gejala sosial yang berlaku
dalam negara tercinta ini suatu hari ini. Diharapkan juga agar usaha umpama memikul batu
gergaji ini dapat di realisasikan dengan jayanya di masa akan dating.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai