Anda di halaman 1dari 2

CABARAN REMAJA MENGHADAPI ZAMAN MODENISASI

Kehidupan remaja penuh dengan cabaran yang perlu dihadapi pada zaman moden atau lebih
dikenali zaman modenisasi.Dengan zaman yg serba moden pada masa ini,kebanyakkan remaja
tidak mengambil berat tentang pelajaran dan masa depan mereka.Mereka lebih menyukai hiburan
seperti melepak,mendengar lagu yang tidak berfaedah dan melalaikan.Terdapat pelbagai cabaran
yang perlu dihadapi oleh semua remaja pada masa ini.

Salah satu cabaran remaja untuk menghadapi zaman modenisasi ialah remaja perlu ada
maklamat atau tujuan yang tertentu.Kesedaran ini boleh timbulkan melalui pelbagai kempen
kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem yang berfaedah dan
yang boleh menarik minat remaja untuk menghadapi zaman modenisasi ini.Setiap remaja yang
ada maklamat yang lebih besar selain dari diri sendiri pasti akan mampu untuk menghadapi
cabaran pada zaman modenisasi ini.Oleh itu,remaja zaman ini harus terlebih dahulu disedarkan
dengan cabaran yang perlu dihadapi pada zaman modenisasi ini.

Selain itu,pihak sekolah perlulah memberi perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana


remaja yang menghadapi masalah untuk menangani cabaran pada zaman modenisai ini
.Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan perlulah guru-guru
yang berpengalaman luas tentang bidang kaunseling.Guru kaunseling dapat menyedarkan remaja
untuk menghadapi cabaran yang bakal mereka alami pada zaman modenisasi ini.Oleh
itu,khidmat guru kaunseling oleh pihak sekolah menjadi satu senjata yang menyedarkan diri
remaja untuk cabaran yang bakal mereka alami.

Seterusnya,remaja yang sedang menghadapi cabaran zaman modenisasi ini mampu


menanganinya dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka.Semua ajaran agama di dunia
ini mengajar semua manusia untuk menghadapi cabaran yang bakal mereka alami dengan
perasaan yang tenang.Benteng agama menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa
remaja terutama yang bakal menghadapi cabaran besar yang bakal mereka hadapi dalam zaman
moden ini.Jelaslah bahawa semakin tebal kefahaman agama dalam diri remaja semakin
mudahlah untuk remaja menghadapi cabaran yang bakal mereka hadapi.

Disamping itu,ahli masyarakat juga perlu menegur remaja yang sedang menghadapi
cabaran yang bakal mereka hadapi.Contohnya,ahli masyarakat perlu menegur remaja yang
menghabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah seperti meroko,melepak di simpangsimpang dan lain-lain.Kalau kita lihat masyarakat zaman ini tidak mengendahkan remaja yang
bakal menghadapi cabaran besar dalam hidup.Kegagalan setiap ahli masyarakat untuk
melakukan tanggungjawab mereka untuk memberi nasihat kepada remaja kita telah
menyebabkan banyak remaja yang telah tersesat jalan lalu terbabit dalam fenomena sosial yang
menjejaskan imej rakyat negara ini juga.Jadi,masyarakat harus disedarkan tentang peranan
mereka untuk menegur remaja yang melakukan perkara yang melalaikan.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa remaja haruslah menghadapi cabaran untuk mengatasi


zaman modenisasi.Semua pihak juga perlulah bersama-sama berganding bahu untuk
menyedarkan diri remaja yang bakal menghadapi cabaran hidup. Remaja juga perlu
membiasakan diri dengan cabaran hidup dan lama kelamaan mereka akan menjadi alah bisa tegal
biasa.

Anda mungkin juga menyukai