Anda di halaman 1dari 8

1103/2 SULIT

BAHASA
MELAYU
KERTAS 2
NOVEMBE
R
2022
1
2 JAM
2

SMK TAMAN INDERAWASIH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

2 JAM 30 MINIT

ARAHAN: 
1. Jangan Buka Kertas Peperiksaan Ini Sehingga Diberitahu, 
2. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan 
Bahagian C. 
3. Jawab semua soalan. 
4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang 
jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 

NAMA

TINGKATAN

1|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih


1103/2 SULIT
--------------KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK----------------
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 Markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata tugas
berimbuhan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Malaysia berpegang teguh pada norma diplomasi yang berteraskan keamanan dan kestabilan.
Strategi pelaksanaan dihuraikan secara lebih komprehensif melalui prinsip-prinsip Dasar Luar
Negeri yang bersifat sejagat seperti :
● Penyelesaian konflik melalui perundingan dan menolak pendekatan secara kekerasan serta
paksaan
● Mengamalkan pendekatan jalinan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara-
negara lain
● Mendukung prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni serta berpegang pada prinsip
menghormati
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Sentuhan Diplomasi Negara”
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5; hal:44
[ 8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan nyatakan jenis ayat yang bergaris, sama
ada Ayat Perintah, Ayat Penyata, Ayat Seruan atau Ayat Tanya. Anda perlu menyalin ayat
itu semula dan menyatakan jenisnya.

"Saya ditawarkan biasiswa untuk belajar di universiti."


"Wah, tahniah! Awak ni hebat sungguh.
"Awak pula bagaimana? Awak dah dapat keputusan?
“Saya tidak senasib dengan awak."
"Tentu ada peluang lain nanti. Janganlah sedih sangat." Setiap kali Aiman membaca mesej
perbualannya dengan Ganesh, perasaan kesal menyerbunya. Tiba-tiba, ayah dan ibu muncul.
Mereka dari dapur.
"Man, sudah isi borang untuk ke kolei yang Man cakap hari tu? soal ayah.
"Entahlah ayah. Tak jadilah Man hendak belajar di kolej itu. Belanjanya besar," katanya
dengan nada yang perlahan.

(Dipetik dan diubah suai daripada


“Terima Kasih, Ayah!”
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

[6 markah]

2|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih


1103/2 SULIT

SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Dalam petikan 1, terdapat sebelas belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Akhbar berbahasa Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1876 di Singapura adalah
Jawi Peranakan. Akhbar ini diterbitkan dalam empat halaman pada setiap hari Isnin dengan
jumlah cetakan sekitar 250 naskah. Bagi tahun pertama, penerbitan menggunakan cop litograf
tetapi setelah mesin cetak Melayu (Jawi) diperolehi dari England, akhbar ini dicetak dengan
gaya cetakan yang jelas tetapi mudah. Di antara tokoh penting dalam penerbitan akhbar ini
termasuklah Munsyi Muhammad Said Dada Muhyiddin yang asal dari Pulau Pinang. Beliau
dilahirkan dari keluarga peranakan Tamil di Pulau Pinang. Keadaan ini tidak sahaja
menunjukan peranan masyarakat Jawi Peranakan dalam pembangunan Pulau Pinang tetapi
juga dalam pembangunan dunia Melayu Nusantara
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Akhbar Berbahasa Melayu Pertama”
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5; hal:183

[11 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu
berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya.
Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun
masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka
saudagar itu pun masuk tidur.
[6 markah]

SOALAN 5: PERIBAHASA
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
dengan peribahasa tersebut.

Ibu : Suzi, jagalah diri baik-baik ketika kamu berada di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-
tua, iaitu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau
menguak.
Suz : Terima kasih, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya.
i
Ibu Di luar negara nanti ibu berharap Suzi belajar rajin-rajin sehingga berjaya
mendapat segulung ijazah, bak kata peribahasa alang-alang berdakwat,
biarlah hitam.
Suz : Saya tidak akan lupa nasihat ibu itu
i
Ibu : Satu lagi, jangan lupa pulang ke halaman bagai ikan pulang ke lubuk setelah
tamat pengajian di luar sana.
3|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih
1103/2 SULIT
[4 markah]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Rumah Melayu Melaka dibina melambangkan keperibadian orang Melayu. Masyarakat
terdahulu mendirikan rumah mengikut petua dan cara mereka tersendiri. Petua atau cara
tersebut turut disesuaikan dengan factor persekitaran , adat resam, kepercayaan dan agama
Islam. Sejarah awal tentang wujudnya rumah-rumah Melayu ini agak sukar dikesan, melainkan
penulisan tentang rupa bentuk istana pemerintahan Melaka yang tertulis di dalam Sejarah
Melayu.
Tangga batu yang indah menjadi daya penarik dan penghias rumah. Walau
bagaimanapun, bentuk dan tradisi tangga itu tidak dapat lagi memenuhi keperluan hidup
masyarakat kini. Sewajarnya warisan ini dipertahankan untuk tatapan generasi dan
kebanggaan generasi muda kerana melaluinya terpancar kekayaan norma dan cara hidup
masyarakat Melayu dalam konteks system sosial dan adat istihadat.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Menggamit Nastolgia Tangga Batu Rumah Melaka”
oleh Norazimah Md Ali, Dewan Budaya Bil. 1 /2020
Bahan 2
Rumah Adat Minangkabau, rumah Adat Bali, rumah Batak dan rumah Negeri Sembilan
merupakan warisan rumah adat yang masih bertahan pada masa ini. Walaupun dalam era
kemeriahan seni bina strata moden dan kontemporari, warisan adat tersebut haruslah
dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang.

Rumah Jambi merupakan warisan negara yang amat berharga. Oleh itu, usaha
membaik pulih dan memuliharanya perlu diambil perhatian oleh kerajaan. Kerajaan Negeri
Terengganu telah memasukkannya dalam kalendar pelancongan dan menjadi tempat yang
patut dikunjungi oleh para pelancong. Di samping itu, usaha untuk menjadikannya sebagai
bahan rujukan dan bangunan warisan tinggalan sejarah perlu ditingkatkan agar dapat
dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Legasi Sejarah dan Titipan Budaya Jambi”
oleh Samiron Rahmat, Dewan Budaya Bil. 9 /2020

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengikut petua. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan
memelihara Rumah Melayu Melaka dan rumah Jambi. [3 markah]

( iii) Rumah tradisional semakin kurang ditemui pada hari ini.


Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong keadaan tersebut? [3 markah]

( iv) Di tempat tinggal anda terdapat sebuah bangunan warisan yang usianya lebih daripada
100 tahun. Tapak itu akan dijual oleh pemilik tanah kepada pihak pemaju untuk dijadikan
kawasan perumahan. Anda berasa sangat tidak senang dengan tindakan pemilik itu.
4|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih
1103/2 SULIT
Sebagai rakyat yang cinta akan warisan, cadangkan langkah-langkah untuk menyelamatkan
bangunan warisan daripada dimusnahkan. [4 markah]

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Posmen : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
Aiman : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
Posmen : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau
umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
Aiman : Abang buang sahaja surat ini. Saya tidak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ni. Ayah saya ada banyak duit. Apa
yang saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga sahaja program
macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma
enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat
RM50.00 lagi...ha...ha...ha.
Posmen : Tak baik cakap macam itu, banyak kebaikannya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang
kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’
oleh Affix Zulkarnaen Adam, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 2
Syair Ramaja Bersukan
1 Dengarkanlah remaja pesanan bestari, 3 Badan berpeluh bersukan sentiasa,
Mari bersukan setiap hari, Berbau busuk tidak biasa,
Usah malas merajai diri, Orang memandang tidak selesa,
Tubuh mengembang penyakit mencari Penampilan diri rosak binasa.

2 Ramai ramaja leka di rumah, 4 Remaja kini tidak bersukan,


Bermain peranti mulut tak ramah, Kurang kesedaran juga didikan,
Aktif bersukan menyimpan hikmah, Keluarga menghalang pelajaran diutamakan,
Tidak berdaya badan pun lemah. Tiada motivasi galakan rakan.
Roslan Daud
Taman Melawati.
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyimpan hikmah. [2 markah]

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan punca-punca remaja kini tidak berminat dengan
aktiviti luar. [4 markah]

iii. Aktiviti luar seperti bersukan dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada remaja.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat aktiviti luar yang disertai oleh remaja?
[3 markah]
iv. Seorang rakan anda amat meminati bidang sukan. Dia telah menyertai pelbagai aktiviti
kokurikulum dan pertandingan sukan pada peringkat sekolah, daerah dan negeri. Dia juga
bercita cita menjadi seorang atlet sukan yang berjaya. Dengan itu, dia boleh menjadi salah
seoarang daripada jutawan sukan seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann

5|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih


1103/2 SULIT
David.
Sebagai rakan yang prihtin, berikan cadangan kepada rakan anda tentang cara-cara yang
boleh rakan anda lakukan untuk mencapai cita-citanya menjadi atlet sukan yang berjaya?
[4 markah]
SOALAN 8: NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kini, Raiha hanya mampu mengeluh resah di ruang kondominium mewahnya itu. Agak lama
dia terseret dalam menungannya. Dia memikirkan kepentingan para pesakit yang datang
dengan harapan yang tinggi menggunung di pusat rawatan itu. Tentang sikap Doktor Uwang
daripada seorang yang mesra telah berubah dingin kepadanya. Tentang layanan kasar Felicia
terhadap ibu tua Unong Siron tempoh hari. Kemudian, tentang beberapa aduan atau rungutan
yang diterima daripada ahli keluarga para pesakit Doktor Uwang. Ahli keluarga segelintir
pesakit yang terdiri daripada golongan masyarakat kelas menengah bawah itu. Aduan dan
rungutan yang kerap menusuk jiwanya, belakangan ini.
Dipetik daripada novel Pantai Kasih,
karya Azmah Nordin,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perkara-perkara yang difikirkan oleh Raiha. [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


a. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin
b. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab novel tersebut sesuai
dijadikan sebagai bahan bacaan murid. [6 markah]

BAHAGIAN C
[30 Markah]
SOALAN 9 RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian, buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan
Amalan menabung sangat penting dalam diri anak-anak. Ibu bapa tidak wajar
memanjakan anak-anak dengan wang ringgit sehingga mereka tidak mengendahkan amalan
menabung yang dapat dijadikan simpanan masa depan. Amalan menabung dalam kalangan
remaja pula dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. Mereka
dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluan
sehingga berlakunya pembaziran.
Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat
tatkala tangan mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat
mendidik golongan remaja untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap. Hal ini
dikatakan demikian kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada
masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang
6|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih
1103/2 SULIT
rosak atau hilang terutamanya bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama
yang jauh daripada keluarga.
Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit
simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja
dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Tambahan pula, kos belajar di
institusi pengajian tinggi agak mahal. Remaja yang mempunyai wang tabungan sudah tentu
mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas
mereka menamatkan pengajian kelak.
Amalan murni ini wajar diterapkan dalam diri anak-anak. Amalan menabung dapat
dipupuk dengan cara ibu bapa membelikan tabung untuk anak-anak menyimpan sebahagian
daripada wang mereka. Wang tabungan ini hendaklah disimpan dalam akaun simpanan
apabila sudah penuh. Disamping itu ibu bapa boleh juga menunjukkan teladan yang baik
dengan mengajar anak-anak membuat senarai semak perbelanjaan agar wang lebihan
boleh disimpan. Berbelanja secara berhemat perlu diajar agar anak-anak dapat membuat
rancangan masa depan dengan baik dan sempurna.
(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Budaya Menabung Masih Rendah’,
oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015)

Bahan 2 - Bahan Grafik

AMALAN MENABUNG
Peranan Ibu Bapa

Memberi pendedahan tentang Membuka akaun simpanan


amalan menabung untuk anak-anak

Menerangkan kepentingan
amalan menabung

----------------------------------------KERTAS SOALAN TAMAT------------------------------------------RS22


Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………… ……………………………
(RASHIDAH BINTI SIDEK) (PN. NORMALA BINTI IBRAHIM)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
7|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih
1103/2 SULIT
SMK TAMAN INDERAWASIH

8|Soalan Percubaan SPM 2022 SMK Taman Inderawasih

Anda mungkin juga menyukai