Anda di halaman 1dari 16

PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

KISAH PETANI SILAM


PENANAMAN PADI

Buah padi yang telah matang dan hampir masak.

Padi merupakan tanaman asal penduduk di Malaysia yang rata-ratanya


menanam padi sebagai sumber makanan mereka sendiri. Apabila sumber
ekonomi beralih kepada getah dan kelapa sawit, penanaman padi semakin
kurang diusahakan. Hai ini demikian kerana kerja-kerja bersawah perlu
dilakukan secara berkelompok – untuk pengurusan sumber air dan sebagainya.
Namun begitu, negara kita Malaysia juga sememangnya mempunyai teknik
penanaman padi yang tersendiri.

Walaupun sawah-sawah di Malaysia tidak seperti di negara-negara penanam


padi yang lain – dengan sawah di lerengan bukit (seperti di Indonesia, Filipina,
Thailand, Vietnam, China, Nepal dan sebagainya), kita mempunyai teknik
penanaman padi yang cukup baik. Keadaan di Malaysia yang mempunyai
keluasan tanah rata yang cukup menyebabkan tiada sawah diusahakan di
lereng-lerengan bukit. Sehingga kini, apabila teknik penanaman moden mula
dilakukan, bilangan sawah semakin berkurangan dan teknik penanaman
tradisional juga semakin dilupakan.

Peralatan tradisional penanaman padi di Malaysia adalah untuk penanaman


kecil-kecilan atau untuk kegunaan sendiri. Di mana peralatan ini kebiasaannya
sesuai untuk mengusahakan sawah-sawah kecil. Jadi sekiranya sebuah
MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

keluarga mempunyai sawah yang besar ia perlu diusahakan beramai-ramai (ahli


keluarga atau mengupah orang lain).

Peralatan-peralatan yang digunakan juga adalah berbeza mengikut peringkat-


peringkat penanaman padi sehingga padi sedia untuk digunakan untuk dimasak
dan dipanggil sebagai beras. Aktiviti menanam padi juga dilakukan secara
bermusim – iaitu musim menanam dan musim menuai. Jadi para petani
mempunyai aktiviti yang terancang dan berbeza-beza mengikut musim-musim
tanaman ini.

Tenggala alat untuk membajak sawah.

Tenaga kerbau amat penting untuk proses penyediaan sawah.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Peralatan-Peralatan Tradisional Tanaman Padi


A. Alat-alat Untuk Tanaman Padi

 Tenggala Perlis dan Tenggala China


 Kuku Kambing
 Cangkul
 Tajak
 Sisir Besi
 Sisir Panjang (Sisir Kapar)
 Palong
 Tenggiling
 Terendak

Pencakar/Pencakar Bara

Di tapak semaian anak padi ditanam dengan rapat.

Walaupun kerja-kerja bersawah kedengaran seperti satu proses yang mudah,


namun keseluruhan kerja tersebut mempunyai teknik-teknik tersendiri yang perlu
diperhatikan dengan lebih terperinci. Sebagai contoh dalam menyediakan tapak
semaian, tanah perlu dipastikan betul-betul lembut dan bebas daripada benda-
benda lain yang membolehkan akar anak benih padi melekat (apabila proses
mengalih perlu dilakukan nanti). Jadi tapak semaian disediakan dengan alatan
yang dipanggil “pembadai” iaitu batang pisang yang dibuang kulitnya dan ditarik
dengan penyisir kecil. Tanah yang lembut ini memudahkan proses mencabut
anak benih padi kemudiannya nanti. Paras air juga tidak terlalu tinggi ( 5 – 10
cm) kerana air yang terlalu dalam boleh menyebabkan anak benih padi mati.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Bakul mengkuang yang digunakan untuk proses menabur benih di tapak semaian.

Benih juga tidak terus ditabur, sebaliknya disediakan dengan cermat. Biji benih
terpilih akan diisikan di dalam karung dan direndam selama 3 hari 3 malam. Biji
benih yang telah direndam ini kemudiannya dipindahkan kedalam “bakul lau”
untuk mengalirkan air yang berlebihan. Biji benih tersebut kemudiannya ditutup
dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam lagi untuk membolehkan
proses bercambah. Setelah bercambah, barulah ia sedia untuk ditabur ke dalam
tapak semaian yang telah disediakan dan dibiarkan untuk terus tumbuh (menjadi
anak padi) selama 30 hingga 44 hari.

Sisir Kapar untuk proses menyisir tanah.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Penyediaan Tanah Sawah


Sementara menunggu anak-anak padi ini sedia untuk dialihkan, pesawah akan terus
menyediakan tapak-tapak sawah untuk kerja-kerja mengalih nanti. Antara persiapan tersebut
adalah kerja-kerja (1) Menggala (membajak) dan (2) Menyisir (sisir). Kerja-kerja penyediaan
tanah ini adalah untuk membolehkan pokok padi tumbuh dengan cepat dan subur.
Peralatan untuk membajak dikenali sebagai tenggala diperbuat daripada kayu yang mudah
dibentuk seperti kayu halban. Tenaga kerbau digunakan untuk kerja-kerja membajak ini (iaitu
proses membalikkan tanah sawah). Proses yang sama juga boleh dilakukan dengan
menggunakan tenaga lembu (2 ekor lembu digunakan berbanding dengan 1 ekor kerbau).
Proses menyisir pula dilakukan beberapa hari selepas tanah sawah dibajak. Ketulan-ketulan
tanah yang dibiarkan terendam di dalam air sawah dibiarkan menjadi lembut untuk
memudahkan proses menyisir. Proses ini adalah untuk memecah dan melembutkan lagi tanah
selain membuang sisa-sisa rumput rampai yang terdapat pada tanah tersebut (yang boleh
menjadi rumpai/pesaing di dalam sawah nanti). Antara jenis-jenis sisir yang biasa digunakan
adalah;

i) Sisir Kayu – sisir kayu diperbuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas manakala
giginya adalah diperbuat daripada batang pokok pinang atau nibong yang diraut halus.
ii) Penyisir Besi – mempunyai bentuk yang sama dengan penyisir kayu hanya diperbuat
daripada besi, manakala tangkainya/pemegangnya masih lagi diperbuat daripada kayu.
iii) Penyisir Kapar – iaitu sisir berbentuk – T yang diperbuat daripada kayu dengan mata yang
juga diperbuat daripada batang pinang atau nibong.

Tenggiling Belimbing - untuk menghaluskan lagi tanah.

Kerja-kerja akhir penyediaan tanah dipanggil menggiling tanah menggunakan alat yang
dipanggil “tenggiling”. Terdapat dua jenis tenggiling yang biasa digunakan iaitu “Tenggiling
Belangkas” dan “Tenggiling Belimbing”. Kaedah penggunaannya adalah sama seperti
membajak iaitu menggunakan kerbau. Proses ini bertujuan bagi melembutkan lagi tanah untuk
memudahkan kerja-kerja mengalih anak padi dilakukan.

Setelah melalui kesemua proses di atas barulah air akan ditakungkan semula ke dalam petak
sawah dan sedia untuk proses berikutnya iaitu penanaman anak padi – proses mengalih.
MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Memindah Anak Padi

Anak-anak padi dikumpul menjadi "unti".

Pengandar semai untuk mengalih anak padi.

Proses memindahkan anak padi dilakukan dengan mencabut anak padi dari
tapak semaian (penyediaan tapak semaian yang baik memastikan akar padi
dapat ditarik dengan sempurna – seterusnya membantu pertumbuhan yang lebih
baik selepas dialih). Anak-anak padi ini akan dikumpulkan dan dijadikan “cap”
atau “unti” (ikatan/ketul). Kerja-kerja ini dilakukan oleh golongan wanita. Kaum
lelaki pula akan mengangkut anak-anak padi tersebut ke petak-petak sawah
untuk ditanam menggunakan kayu pengandar/salang. Adakalanya palung
(sampan kecil) juga digunakan untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan anak
padi. Di dalam petak sawah “unti” ini akan diaturkan untuk memudahkan kerja-
kerja mengalih.
MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Menanam Padi

Proses mengalih membolehkan padi tumbuh dengan lebih subur/sihat.

Kuku kambing peralatan penting semasa mengalih padi.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Seterusnya adalah kerja-kerja menanam yang juga akan dilakukan oleh kaum
wanita secara bergotong-royong beramai-ramai. Anak padi yang dialihkan dari
tapak semaian tadi akan ditanam menggunakan peralatan yang dikenali sebagai
“kuku kambing”. Kuku kambing diperbuat daripada hulu kayu dengan hujungnya
daripada besi yang mempunyai cabang untuk memegang anak padi. Hujung
alatan ini akan digunakan untuk membenamkan anak padi kedalam tanah
semasa proses menanam.

Penjagaan

Walaupun anak-anak padi telah selesai dialih, terdapat beberapa kerja yang
akan terus dilakukan iaitu menyulam (menggantikan anak-anak padi yang mati).
Kerja-kerja lain adalah seperti membaja dan merumput. Penjagaan pokok padi
juga adalah termasuk mengawasi paras air, mengawal perosak seperti tikus,
burung, serangga dan adakalanya binatang ternakan sendiri. Musuh-musuh ini
mungkin berbeza mengikut peringkat tumbesaran padi. Selain serangan
serangga dan haiwan, pokok padi juga boleh diserang oleh penyakit padi.
Apabila padi hampir masak, “orang-orang” atau “selayut” akan disediakan di
serata sawah untuk menakutkan burung-burung dari memakan padi.

B. Alat-alat Untuk Menuai/Selepas Menuai

 Tong Pukul Padi, Tangga dan Layar


 Ketam (Renggam)
 Sabit (Berbagai Jenis)
 Pengangin Padi/Tikar Mengkuang
 Guni/Tali/Jarum

Tuai dan cara memotong.


MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Pisau pengiau.

Pisau pemotong.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Menuai Padi
Menuai padi juga dipanggil musim menuai. Kebiasaannya musim menuai ini akan jatuh pada
musim kemarau. Proses menuai ini adakalanya juga dipanggil sebagai mengiau akan
dilakukan menggunakan peralatan-peralatan tertentu bagi memastikan biji-biji padi tidak
terlerai dari tangkainya semasa proses memotong biasanya dilakukan secara bergotong-
royong.
i) Mengetam – proses mengetam dilakukan dengan menggunakan alat yang diperbuat
daripada kayu dengan mata pemotong yang dikenali sebagai “renggam” juga adakalanya
dipanggil sebagai “tuai”.
ii) Mengiau padi – sama juga dengan proses mengetam tetapi menggunakan “pisau pengiau”.
Teknik ini digunakan pada pokok padi yang rebah.
iii) Mengerat/memotong padi – kaedah ini menggunakan pisau mengerat sebelum batang
pokok padi dikumpulkan untuk dijadikan “kedap”.

Menghirik (Mengirik)
Menghirik merupakan proses
meleraikan buah padi dari
tangkainya setelah ianya selesai
diketam atau dipotong. Terdapat
beberapa cara yang biasa
dilakukan untuk proses ini
antaranya;
i) Menggunakan Kerbau
Ini dilakukan sekiranya petani
mempunyai sawah yang luas dan
banyak. Tikar mengkuang akan
dihamparkan dan gemai-gemai
(gemal) padi diletakkan di
atasnya. Kerbau digunakan
dengan berjalan di atas gemai-
gemai tersebut berulang-ulang
sehinggalah buah padi terlerai.
Kerja yang dilakukan secara
bergotong-royong ini biasanya
dilakukan pada sebelah malam
Kayu dong sehingga dinihari.
ii) Menggunakan Kayu (Dong)
Melalui kaedah ini pula, sejenis kayu melengkung digunakan untuk memukul
gemai (gemal) padi yang diletakkan di atas tikar mengkuang sehingga buah-
buah padi terlerai dari tangkainya. Kaedah ini juga mungkin dilakukan secara
beramai-ramai. Selain menggunakan kayu, mengirik juga adakalanya dilakukan
menggunakan kaki untuk meleraikan buah padi dari tangkainya.
MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

iii) Memukul (Membanting) Padi

Membanting merupakan satu lagi proses yang biasa dilakukan untuk meleraikan
buah padi dari tangkainya. Peralatan membanting ini terdiri daripada tong yang
dilitupi dengan layar juga dikenali sebagai “turus layar” untuk mengelakkan padi
daripada keluar daripada tong yang digunakan untuk mengumpul padi. Batang-
batang padi diikat sebelum dibanting ke dalam tong tersebut. Buah padi yang
terkumpul kemudiannya dipindahkan ke dalam guni (karung).

Menghuroi (Mengangin)

Proses menguroi/mengangin.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Nyiru
jarang.

Menghuroi atau mengangin padi bertujuan untuk mengasingkan buah padi yang
hampa (kosong) dengan padi yang berisi. Proses ini dilakukan menggunakan
nyiru jarang dengan bantuan angin yang akan membawa buah padi yang kosong
lebih jauh berbanding padi-padi yang berisi. Bagi memastikan terdapat angin
yang cukup, proses ini perlu dilakukan di tanah yang lapang. Adakalanya padi
akan ditampi menggunakan nyiru biasa untuk memastikan hampa padi betul-
betul diasingkan.

Selepas buah-buah padi diasingkan barulah ia akan dijemur untuk


mengurangkan lembapan pada buah padi untuk membolehkan ianya disimpan
dengan lebih lama. Semasa proses jemuran ini padi akan diletakkan di atas tikar
mengkuang dan diratakan menggunakan “cakar bara”.

C. Alat Proses Padi

 Lesong Tangan/Halu
 Lesong Kaki/Hindik
 Nyiru Penampi Padi/Penampi Beras
MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

 Pengisar Beras
D. Alat Penyimpanan Padi/Beras

 Kepok/Jelapang Padi
 Berbagai jenis Gebok
 Berbagai jenis Tempayan

Lesung tangan.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Lesung kisar.

Mesin tampi padi.


MARI MENGENALI KAUM MELAYU
PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

Menyimpan Padi

Buah-buah padi yang telah betul-betul kering akan disimpan ke dalam bekas
padi (jelapang), manakala gemai padi pula akan disimpan di dalam kepuk
(kerubung). Dari segi istilah nama ini mungkin sedikit berbeza mengikut daerah.
Di bahagian pantai barat (Selatan Tanah Air) kepuk adalah bekas padi yang
diletakkan di bawah rumah.

Penghasilan Beras

Proses akhir dalam penghasilan beras adalah proses menanggalkan kulit pada
buah padi melalui beberapa proses. Proses menumbuk padi menggunakan
lesung kaki mahupun lesung tangan merupakan teknik biasa yang digunakan
oleh masyarakat Melayu dan diikuti dengan proses menampi untuk
mengasingkan kulit padi dari isinya.

Bagi pengusaha sawah yang lebih besar seperti di Kedah penggunaan lesung
kisar dan mesin penampi padi mungkin digunakan lewat penanaman padi dalam
usaha meningkatkan pengeluaran penghasilan padi. Proses ini juga adakalanya
dilakukan dengan bergotong-royong.

E. Alat Pengangkutan Padi

Pengangkutan darat:

 Basikal
 Beca
 Kereta Tolak
 Bakul Junjung
 Anok
 Kandar
 Kereta Lembu

Pengangkutan Air:

 Sampan/Perahu kecil

Jadi setelah padi bertukar menjadi beras (apabila kulitnya diasingkan), ia akan
disukat pula menggunakan alat-alat penyukat (dalam proses pengagihan atau
untuk tujuan jualan). Proses penyukat dilakukan dengan sukatan seperti di
bawah.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PENANAMAN PADI TRADISIONAL KAUM MELAYU

F. Alat Penyimpanan/Sukat Padi dan Beras

 Pikul
 Kilo
 Kati
 Gantang
 Cupak
 Leng
 Kopi
 Kepoi
Begitulah antara sedikit sebanyak lagi perkara menarik mengenai peralatan yang
digunakan dalam proses penghasilan padi/beras dengan kaedah tradisi masa
dahulu. Walaupun ia nampak mudah, namun ternyata banyak perkara terselit
disebaliknya yang tidak kita ketahui. Oleh kerana saiz sawah yang diusahakan
kebanyakannya bersaiz kecil, usaha untuk menggunakan jentera-jentera moden
juga adalah agak terhad (kerana penggunaan jentera hanya efisyen bagi
penghasilan berskala besar).

Namun di sini dapat kita lihat usaha gigih orang-orang dahulu dalam
menghasilkan beras untuk keperluan keluarga bukanlah satu kerja yang mudah,
malah melibatkan perancangan yang teliti. Walaupun kita tidak lagi bekerja di
sawah padi (bendang) namun dari sini dapat dilihat, tiada perkara dapat
dilakukan dengan mudah. Jadi usahakanlah apapun bidang yang kita ceburi
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasil yang lebih baik.

Muzium Padi, Kedah.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU

Anda mungkin juga menyukai