Anda di halaman 1dari 6

[Pick the date]

[TYPE THE DOCUMENT TITLE]

Pengenalan Padi

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latindan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit.

Ciri botani

Keperluan asas

Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. Oleh itu, tanahtanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0),

[Pick the date]

[TYPE THE DOCUMENT TITLE]

nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%) Kawasan tanaman Bukti padi di Semenanjung Malaysia didapati di Gua Cha dan Gua Harimau dari Zaman Neolithic antara 6,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Bagaimanapun ia belum dapat ditentukan samaada padi tersebut ditanam, spesies liar atau diimport.

Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung

Umur padi Umur padi dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya. Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.

Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak Peringkat yang ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah
2

[Pick the date]

[TYPE THE DOCUMENT TITLE]

hingga padi itu masak Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.

Menjemur padi

Umur padi 25 hari Bilangan hari selepas tabur biji benih Peringkat pertumbuhan 16 hari 35 hari 50 hari Mula beranak Beranak aktif Pembentukan tangkai

[Pick the date]

[TYPE THE DOCUMENT TITLE] Pengisian susu Tuai

70 hari 110 hari

Memungut hasil Padi mesti dituai seelok padi masak. Kelewatan menuai boleh menyebabkan kekurangan hasil kerana pokok-pokok padi akan rebah, biji-biji padi lerai dan juga kerosakan oleh musuh-musuh dan penyakit-penyakit. Biasanya padi elok dituai dalam masa 35 hari selepas 50% dari pokok-pokok mengeluarkan tangkai-tangkai padi.

PADI HUMA

PADI HUMA atau PADI BUKIT merupakan sejenis padi yang ditanam dikawasan tanah mineral dikawasan lereng bukit sebelum PADI SAWAH lagi. Padi huma di tanam kebanyakan di kawasan pendalaman oleh masyarakat Orang Asli dan juga di Sarawak serta Sabah oleh pribumi tempatan sebagai satu tanaman yang agak penting. Keluasan tanaman padi huma di Malaysia tidak dapat dipastikan kerana tidak direkod daripada seluas 673,745 hektar kawasan tanaman padi pada tahun 2010 dengan hasil padi sebanyak 2,548,309 metrik tan. Dianggarkan keluasan tanaman padi huma sekitar 700 - 1,350 hektar setahun terutama di Sarawak (520 ha) dan Sabah (140 ha). Di Semenanjung Malaysia tanaman padi huma hanya terdapat di Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan sedikit di Johor. Artikel ini saya menulis mengenai padi huma untuk bacaan semua.

Tanaman padi jenis 'Bukit Gantian' ini ditanam selama hampir 5-6 bulan untuk mendapatkan hasilnya. Benih Padi Huma ini perlu di masukkan kedalam lubang yang di tugal menggunakan sebatang kayu ditajamkan sedalam 2-4 cm dalam . Masukkan sekitar 3-6 biji setiap lubang penanaman dan kambus dengan tanah untuk elakan dimakan burung atau serangga lain. Benih perlu dicampur dengan racun semut dan
4

[Pick the date]

[TYPE THE DOCUMENT TITLE]

racun kulat. Waktu menanam disesuaikan dengan musim hujan. Bagi kurangkan pertumbuhan rumput perlu gunakan racun pra cambah atau tanah di bersihkan dengan rumpai dengan membakar rumput atau gunakan cangkul/ tajak. Pembajaan menggunakan baja asas seperti baja bantuan RISDA. Kadang-kadang dapat juga beli baja padi dari Syarikat Kerjasama Padi Sawah Ring seperti baja Urea, Amophos dan beberapa jenis racun serangga.

Bila padi mula bunting pasangkan 'orang-orang' iaitu kayu berpalang yang dipakaikan dengan Baju Lama dan Topi serta di gantung tin susu yang diikat batu didalamnya. Tiang orang-orang ini akan dikat dengan tali bersambungan antara satu sama lain sehingga sampai di pondok di tengah kebun. Oleh kerana kawasan kebun berada ditengah-tengah kawasan kebun getah maka apabila padi nak masak banyak burung yang datang untuk makan terutama burung PIPIT UBAN dan PIPIT HITAM. Kelompok burung ini datang berkumpulan dan makan padi perlu dihalau dengan menarik tali tadi maka bunyi tin serta gerakan orang-orang mengejutkan burung dan terbang. Petani di pondok akan melaung sekuat hati menghalau burung tersebut. Tetapi kerja ini berterusan kerana kelompok burung pipit tetap akan datang lagi di lokasi lain dan perlu dihalau berkali-kali setiap hari.

Padi yang telah cukup masak akan dituai dengan memotong tangkai padi menggunakan sejenis pisau khas yang dibuat sendiri dipanggil sebagai 'ani-ani'. Besi lembut dipanaskan dan diketuk sehingga nipis dan dibengkokkan sebelum dipasang pada papan. Alat ini digenggam dengan tangan kanan dan tangkai padi dipotong dengan menarik tangkainya dan akan putus. Tangkai padi ini di ikat dengan tali (guna tali dari pelepah pisang) dan digantung didalam pondok untuk pengeringan. Kaedah lain memotong rumpun padi huma dengan sabit dan terus dibanting dalam alat khas untuk terus meleraikan biji padi dengan tangkai. Padi huma ini perlu dijemur sebelum di tumbuk dalam lesung kayu besar dengan alu kayu. Kulit padi yang pecah dan terpisah perlu di tampi untuk membuang kult dengan beras.

Beras padi huma memang agak sedap dimasak menggunakan kadar air yang sedikit. Rasanya berbeza dengan nasi dari padi sawah. Walau pun rasa dan aromanya agak berbeza tetapi terjamin bekalan beras untuk selama 3 tahun dengan menanam beras
5

[Pick the date]

[TYPE THE DOCUMENT TITLE]

dari padi huma. Hasil padi huma memang rendah sekitar 1.0 - 1.2 mt/ha dan jangkamasa menanamnya juga lama. Tanaman padi huma juga mudah diserang musuh terutama burung, babi hutan (menyondol dan menumbangkan rumpun padi), Belalang, Pianggang, Kesing, Tikus, Benah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai