Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 2
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL
PROGRAM’S CODE & INSTALLATION AND MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2 : 2012 - C03-SINGLE PHASE ELECTRICAL WIRING
COMPETENCY UNIT MAINTENANCE
NO. AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE


REQUIREMENT
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL, EQUIPMENT
NO. DAN PENYATAAN AND MATERIAL
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO.
3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION
AND STATEMENT 4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE
5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY
6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE
ACTIVITIES

Muka / Page : 1
NO. KOD / NO. CODE EE-320-2:2012-C03/P(2/6)
Drpd/of : 18

TAJUK : MENGENALPASTI BAHAN, PERALATAN DAN ALAT PENDAWAIAN


SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai jenis


penyelenggaraan dan kerosakan pepasangan elektrik satu fasa serta
kaedah mengesan dan membaikinya mengikut prosedur pengujian dan
pengesahan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

PENERANGAN :

2.0 PERALATAN DAN ALAT PENDAWAIAN SATU FASA

Peralatan asas perlu dimiliki oleh seorang Juruelektrik untuk kerja pendawaian.
Keyakinan pengguna terhadap Juruelektrik ketika membuat kerja pendawaian juga bergantung
kepada alat kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya. Berikut adalah peralatan dan
keterangan ringkas mengenai penggunaanya.

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil,
sederhana dan besar. Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan, perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.

Pemutar Skru

 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang


alatan dan membengkok wayar dan juga untuk
memegang nat kecil serta washer. Playar tambahan
daripada jenis pemotong sisi dan muncung panjang
juga diperlukan. Pelbagai jenis playar mestilah
mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.
Playar gabung

 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan. Manakala pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
wayar pengalir.
Playar Pemotong Sisi

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil. Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

 RCCB TESTER digunakan untuk mengesan


kepekaan elcb, rccb diuji sebelum sebelum bekalan
dimasukkan bagi memastikan litar selamat untuk
diberikan bekalan.

RCCB Tester

 Alat uji ini digunakan untuk menguji peralatan


eletronik seperti diod dan kapasitor.

Multimeter Digital
 Pita digunakan untuk mengukur penempatan aksesori
dengan tepat. Terdapat pelbagai saiz pita pengukur.
Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter. Pita
ini juga digunakan untuk membuat anggaran panjang
Pita Pengukur kabel bagi sesuatu pendawaian.

 Alat uji ini digunakan untuk menguji keterusan


sesebuah litar bagi memastikan litar selamat untuk
diberikan bekalan.

Multimeter Analog

 Alat ini digunakan untuk menguji arus dan voltan


sesuatu pepasangan samaada ia berkesan atau
tidak.

Clamp Meter
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil, memotong, membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel
(Wire Stripper)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.1 JENIS KABEL ELEKTRIK UNTUK PENDAWAIAN FASA TUNGGAL

 PVC kabel – Poly Vinyl Chloride.


 PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC).
 MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
 PICDSTA –Paper Insulated Cover Double Sheat Tar Armoured.
 XLPE – Cross Line Poly Ethylene.
 Kord dan Kabel Boleh Lentur

2.1.1 PVC kabel – Poly Vinyl Chloride ( PVC Kabel-kabel penebat pvk atau
getah bersalut pvk / getah )

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestic dan kabel


perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan termasuk pada semua jenis
pendawaian alat-alat elektrik dan alat-alat kawalan. Kabel PVC ini mempunyai
ketahanan terhadap minyak, kebanyakan jenis asid dan alkali serta tidak
menggalakkan kebakaran.

Penebat atau penyalut jenis PVC ini boleh digunakan ke tahap suhu sekeliling
65C dan terdapat juga jenis yang istimewa dimana boleh digunakan pada suhu
130C untuk masa yang singkat.

Walaubagaimanapun terdapat juga keburukan kabel jenis ini iaitu pada suhu
dibawah 0C, penebat pvc ini akan menjadi retak dan pecah apabila
dibengkokkan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.1.2 PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC)


(Kabel penebat pvk berperisai (pvc/swa/pvc) – armoured cable)

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel


perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan. Mempunyai perisai sebagai
perlindungan mekanikal.

Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan boleh tahan panas sehingga
85°C. Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau tembaga.

Terdapat dalam beberapa teras iaitu :-

 2 teras.
 3 teras.
 4 teras.
 Pelbagai teras ( multicore cable).

Kegunaannya :-

 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan


rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
 Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
 Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.

Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :-


 Merah untuk Fasa Merah.
 Kuning untuk Fasa Kuning.
 Biru untuk Fasa Biru.
 Hitam untuk Neutral.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.1.3 MICC – Mineral Insulated Copper Covered ( Kabel MICC (Mineral


Insulated Copper Covered) – Kabel berkelongsong tembaga bertebat
bahan galian )

Pengenalan kabel :-
 Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat lebur 1038 °C.
 Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur pada 2800 °C.
 Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik ( electrolytic copper) takat lebur 1083
°C
 British Standard bagi kabel ini ialah BS 6207.
 Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu :-
 LIGHT DUTY L 500V – digunakan untuk kuasa rendah.
 HEAVY DUTY H 750V – digunakan untuk kuasa tinggi.
 Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras.
 Kabel ini digunakan untuk pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau tempat
mudah terbakar seperti rumah dandang (boiler house) untuk sistem pencegah
kebakaran dan lain-lain.
 Penamatan kabel ini menguna kabel gland.

Ciri-ciri dan keistimewaan kabel ini :-


 Tahan api-ketahanan telah diuji dalam ujian IEC 331 dan diiktiraf sebagai “FIRE
RESISTANT”
 Kalis cecair dan gas- sarung logam luar yang bersambungan tanpa pateri
menjadi kabel yang tidak dapat ditembusi oleh sebarang cecair dan gas.
 Garispusat kecil dan kemampuan tinggi (hight capacity).
 Mudah dilentur (flexibility).
 Tahan kakisan.
 Kos pemasangan yang kompetitif.
 Kalis letupan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

 Operasi pada suhu tinggi.


 Ketahanan atau rintangan.
 Sistem pembumian.
 Sistem nuklear (nuklear radiators).
 Ketahanan operasinya tanpa penyelenggaraan.

2.1.4 PICDSTA –Paper Insulated Cover Double Sheat Tar Armoured


(Kabel PILCDSTA (Paper Insulated Lead Covered Double Steel Tape
Armoured) Kabel berpenebat kertas)

i) Pengalir
 Pengalir terdiri daripada aluminium dan tembaga
 Pengenalan pengalir :-
 0 – Neutral
 1 – Merah
 2 – Kuning
 3 – Biru
 Rupa bentuk pengalir :-
 kurang dari 16mm berbentuk lembaran bulat.
 lebih dari 16mm berbentuk lembaran “shaper”.

ii) Penebatan
 Penebatan kertas yang diperbuat daripada kayu pulo (pine atau
spruce) dan berbentuk seperti tape.
 Tebalnya di antara 0.06mm hingga 0.15mm.
 Kertas mempunyai 8% kelembapan dalam atmosfera biasa.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

iii) Isian
 “Impergrant Filler”
 Impergrant diperbuat daripada tapisan “Viscous berserta Refinde
Rosin (Gum Pasfree)”, dan di antara fungsi-fungsi impergrant ialah :-
 Memperbaiki ketegangan elektrik.
 Pelincir bagi memudahkan pergerakan tape apabila kabel
tersebut ditambah.
 Mempertingkatkan pengaliran haba.
 Terdapat tiga jenis isian iaitu :-
 Mass Impregnated .
 Mass Impregnated Non Draining (MND).
 Pre Impregnated.

iv) Jut
 Diletakkan di antara penebat kertas dan ia juga membentuk kabel
menjadi bulat.

v) Penebat talian kertas (Belt Paper)


 Berfungsi sebagai penebat tambahan di antara pengalir dan bumi
 Tebal talian kertas ialah :-
 1.4mm - di antara pengalir
 1.2mm – di antara pengalir dan sarung plumbum

vi) Sarung Plumbum (Lead sheath)


 Untuk mengelakkan dari air memasuki ke pengalir dan digunakan
ke bumi (earth continuty ) .
 Tebalnya ialah 1.2mm ke 1.6mm

vii) Bedding
 Tebalnya 1.5mm dalam dua bahagian berada di antara Lead Sheath
dan Tape.
 Fungsinya ialah untuk menahan hentakan.
 Jenis bedding :-
 Pita kertas beserta “Bitumin” (atau pita PVC)
 Bahan “Fibros Bitumin”
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

i) Double Steel Tape Armoured


 Berfungsi sebagai pelindung mekanikal dan tahan dari benda- benda
tajam
 Terdiri dari dua jenis iaitu :-
 SWA – Single wire armoured.
 DWA – Double wire armoured.

i) “Serving”
 Diperbuat dari bahan-bahan Fibros-Bitumin dan tebalnya 2mm.
 Digunakan untuk menyaluti bahagian luar kabel.
 Juga diperbuat daripada “Jute Yam”, “Hessian Tape”, “Neutral
Cotton” atau “Synthetic Fiber Tape”.
 Lapisan serbuk putih digunakan untuk mengelakkan dari melekat.

2.1.5 XLPE – Cross Line Poly Ethylene

Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene. Penebatnya dibuat dari bahan plastik
yang diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat
plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir
aluminium dan tembaga.

Sebab menggantikan penebat plastik ialah :-


 Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die” mengeliling
pengalir agar tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastik.
 Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya .
 Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain
 Tidak mudah menyerap air.
 Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
 Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

 “Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini


tidak mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba
geseran ataupun tarikan.
 Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.

Kegunaanya :-
 Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
 Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.
 Kawasan paya atau tanah berat

Panduan penerangan
 XLPE Power Cable – Federal Power & Telecoms Sdn Bhd.
 BS 6622 : 1985.
 IEC 502.

Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga.

Kelebihan Kabel XLPE :-


 Mudah dibentuk apabila panas
 Lebih ringan
 Tidak menyerap air
 Kehilangan daya dielektrik rendah
 Harganya lebih murah
 Tidak mudah bertukar bentuk oleh geseran dsb.
 Tidak mudah cair jika terkena pelarut
 Suhu operasinya tinggi
 Kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi
 Sehingga 69kV

Kelemahan Kabel XLPE


 Keras berbanding dengan paper dan PVC, oleh itu susah untuk
dibengkokkan
 Bentuknya bulat, tidak sectorial, oleh itu saiz kabel menjadi lebih besar
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.1.6 Kord dan Kabel Boleh Lentur

Mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan halus bertujuan mudah dilentur.
Kord boleh lentur (flexible cord) : luas keratan rentas kurang dari 4.0mm 2. Kabel
boleh lentur (flexible cable) : luas keratan rentas lebih dari 4.0mm 2.

Kegunaan kord boleh lentur :-


 Siling ros dan pemegang lampu anting-anting.
 Plug atau palam dan alat mudah alih.

2.2 JENIS PERALATAN DAN AKSESORI


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.3 INSTRUMEN PENGUJIAN ELEKTRIK

BORANG PENGUJIAN PEMASANGAN 1 FASA

Sukatan Suis Utama : .............................amp


Sukatan Fius Tatah : ………………….. amp
Sukatan RCB : ………………….. amp
Arus Kendalian : ………………….. amp

Ujian-ujian Mengikut Peraturan-Peraturan


Suruhanjaya Tenaga / IEC
Bil.
Lampu
Bil Butir-butir Radas
& Rintangan Rintangan Kekutuban Keterusan
Soket Penebatan Penebatan Suis / Bumi
Alir Ke Bumi Antara Soket Diperiksa
Keluar (MΩ) Pengalir Betul
(MΩ)

Seluruh Pepasangan

Keupayaan arus terus sebanyak 500V / 1000V telah digunakan untuk menentukan „ Rintangan Penebatan „ yang dicatat
diatas.

………………………… …………………………
(Tandatangan Pelatih) ( Tarikh )

………………………….. …………………………
(Tandatangan Pemeriksa) ( Tarikh )
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.4 KEPERLUAN KALIBRASI UNTUK PERALATAN PENGUJIAN


ELEKTRIK

Kalibarasi (Penentukuran)adalah proses membandingkan dan membetulkan keluaran


sesuatu instrumen dengan nilai piawai. Kalibarasi (Penentukuran)juga suatu proses
pembandingan antara nilai keluaran peralatan yang hendak diuji dengan peralatan yang
telah diketahui ketepatannya menggunakan nilai masukan yang sama dibekalkan
kepada kedua-dua peralatan tersebut. Prosedur ini dilakukan untuk julat masukan yang
mencakupi semua julat ukuran yang boleh diukur oleh peralatan terbabit.

2.4.1 Kepentingan kalibrasi


Antara kepentingan kalibrasi adalah :-
i. Menjamin mutu, dalam pengertian setiap produk memerlukan bukti bahwa hasil
ukur telah mampu telusur (traceable) pada standard kebangsaan mahu pun
antarabangsa.
ii. Tidak terdapat cacat/kesalahan hasil pengukuran.
iii. Menjamin Kepentingan Keselamatan Manusia.
iv. Menjamin Keadaan alat pengukuran tetap terjaga sesuai spesifikasinya.

2.4.2 Proses kalibrasi


Semasa proses penentukuran, peralatan akan diuji dengan mengulangi proses
perbandingan untuk semua julat yang boleh diukurnya. Apa yang paling penting ialah
sekiranya berlaku kerosakan kepada sesebuah peralatan yang sedang digunakan untuk
kerja-kerja pengukuran, peralatan piawai ini sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai
peralatan pengganti. Peralatan yang dikhaskan untuk kerja penentukuran perlu
diasingkan daripada peralatan yang lain. Penentuan frekuensi penentukuran bergantung
kepada beberapa faktor.

Jika peralatan diperlukan untuk mengukur kuantiti tertentu yang mempunyai ketepatan
±2%, maka pengurangan pelaksanaan tertentu boleh dibenarkan sekiranya ketepatan
ketika pengulangan tetukur ialah ±1%. Apa yang penting ialah bentuk pengurangan
pelaksanaan mestilah dapat dinyatakan dengan jelas. Pengulangan penentukuran boleh
dilakukan sebelum ketepatan peralatan menjadi semakin kurang dibahagikan dengan
had penggunaannya. Tindakan yang sesuai hendaklah dikenalpasti bagi memastikan
langkah-langkah yang perlu diambil apabila terdapat peralatan yang terkeluar dari
daripada spesifikasi yang sebenar.

Contohnya jika masukan yang sama diberikan dan didapati keluaranya berbeza
daripada tentukuran peralatan, tindakan yang perlu diambil bergantung kepada jumlah
perbezaan dan jenis peralatan yang tertelibat. Dalam kebanyakan kes, perbezaan yang
sedikit boleh diperbetulkan dengan membuat sedikit pengubahsuaian pada peralatan.
Frekuensi tentukuran dan juga proses penetukuran yang dijalankan perlu dikaji dari
masa kesemasa agar kualitinya dapat dipertingkatkan. Perkara yang utama yamg perlu
diperiksa rapi semasa pengulangan penentukuran ini ialah samaada jarak masa
penentukuran tersebut masih bersesuaian. Catatan sejarah penentukuran sesebuah
peralatan akan menjadi rujukan utama apabila pengulangan penentukuran dibuat.
Sejarah ini membolehkan seseorang mengetahui jika peralatan tersebut terkeluar dari
tentukuran sebenar dalam jangkamasa yang begitu cepat, sama ada disebabkan oleh
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

faktor usia peralatan ataupun perubahan operasi persekitaran. Keadaan atau cara
pengguanaan peralatan juga mungkin berubah mengikut keadaan. Setiap syarikat
adalah perlu memilih satu bahagian atau badan tentukur yang berkemampuan untuk
menentukur peralatan berdasarkan stadard/piawai nasional dan antarabangsa.
Kegagalan berbuat demikian, membolehkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti dan
tidak mengikut standard. Ia berfungsi menyenaraikan sejumlah besar peralatan yang
hendak dilakukan penentukuran, merangkumi sebuah syarikat yang besar.

2.4.3 Jenis-Jenis Ralat


Ralat ditakrifkan sebagai perbezaan antara bacaan yang diberikan oleh
instrumen/meter dibandingkan dengan nilai sebenar parameter yang diukur. Ralat
terjadi akibat daripada beberapasebab dan boleh dikategorikan kepada 3 iaitu ralat
pengguna (ralat kasar), ralat sistematik danralat rawak.

2.4.3.1 Ralat Kasar/Pengguna


Ralat kasar biasanya disebabkan oleh manusia/pengguna sendiri kerana kesilapan
memilih instrumen yang tidak sesuai, salah mengambil bacaan, salah mengendalikan
instrumen, terlupa set zero, kesan beban dilupakan dll. Ralat ini boleh dikurangkan dan
dihapuskan dengan memberi perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan
instrumen pengukuran, semasa membuat pengukuran dan kiraan. Berjaga-jaga dengan
had keupayaan instrumen, ambil bacaan sekurang-kurangnya 3 kali untuk mengelakkan
ralat kasar, membaca manual instrumen, baca penunjuk dengan tepat, tiada zero offset
dan ralat parallax.2.

2.4.3.2 Ralat Sistematik


Ralat sistematik akan berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan dan
menggunakan instrumen yang sama. Ralat sistematik boleh disebabkan oleh 2 punca
utama iaitu :
a. ralat instrumen
b. ralat sekitaran.

2.4.3.3 Ralat instrument


Ralat instrument terjadi akibat ketidak sempurnaan instrumen itu sendiri seperti kesan
dari geseran penunjuk, komponen tidak linear, ralat tentukuran alat-alat rosak. Ralat
boleh ditentukan dengan membandingkan bacaan yang diberikan dengan nilai piawai
dan boleh tentukan samada ralat adalah tetap atau berkadaran. Ralat instrumen boleh
dikurangkan dengan melakukan penentukuran alat, dapatkan faktor pembetulan
daripada ralat yang didapati, lakukan lebih dari satu cara pengukuran. Seelok-eloknya
selalu lakukan pemeriksaan alatan untuk memastikan bacaan adalah tepat seperti yang
dikehendaki.

2.4.3.4 Ralat Sekitaran


Ralat sekitaran adalah akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti suhu,
kelembapan, medan magnet, elektrik/elektrostatik. Untuk mengelakkan berlakunya ralat
jenis ini lakukan eksperimen/tempatkan instrumen pada suhu/kelembapan sekitaran
yang dibenarkan, hindarkan dari kesan medan magnet dll. Seeloknya gunakan
instrumen yang tahan terhadap perubahan keadaan sekitaran/tahan lasak.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2.4.3.5 Ralat Rawak


Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan
dalam pengukuran. Ralat rawak boleh dikenalpasti jika bacaan berubah dengan tidak
menentu, walaupun pengukuran dilakukan berulangkali. Ralat jenis ini tidak diketahui
puncanya dan selalunya kurang diambil kira melainkan pengukuran memerlukan
kejituan yang tinggi. Analisis secara statistik terhadap data yang diperolehi boleh
dilakukan untuk melihat ketepatan pengukuran, dengan mendapatkan min dan sisihan
piawainya.

2.4.4 Kerja-kerja selepas pengukuran:


Kerja-kerja selepas pengukuran:
Proses pengukuran tidak lengkap sepenuhnya jika hanya data pengukuran diambil.
Data mesti dianalisis, secara matematik/statistik dan keputusan mesti dilaporkan
dengan lengkap dan tepat.

Aspek yang penting semasa pengukuran


Semasa mengendalikan proses pengukuran perlu:

1. Kualiti: pastikan alatan yang dipilih adalah yang terbaik, kedudukan pengambilan data
sesuai, bilangan pengukuran yang diambil mencukupi dan adakah hasil yang diambil
boleh dipercayai.

2. Utamakan keselamatan: kesan kejutan elektrik, kesan beban berlebihan, had alatan,
baca manual alatan.

3. Pensampelan: lihat perubahan parameter semasa pengukuran, nilai mana yang perlu
dipilih bila parameter sentiasa berubah, ambil bilangan sampel yang mencukupi dan
pastikan perwakilan sampel boleh diterima dan diakui.

Aspek yang penting sebelum pengukuran


Sebelum melakukan proses pengukuran harus dikenalpasti:

1. Tatacara/kaedah pengukuran: Kenalpasti apa parameter yang hendak diukur,


bagaimana caraterbaik, berapa banyak pengukuran perlu dibuat dan bagaimana
untuk merekodkan hasilpengukuran.

2. Ciri/sifat parameter: harus tahu parameter yang diukur ac atau dc, frekuensi dll.

3. Kualiti: masa dan kos diperuntukkan, keupayaan alatan, pengetahuan pengukuran,


hasil/keputusan pengukuran yang sesuai.

4. Instrument: pilih alat yang sesuai samada meter analog/digital/osc/counter dll, perlu
pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
EE-320-2:2011-C03/P(2/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

SOALAN :

1. Mengapakah peralatan penting dalam kerja - kerja pendawaian eletrik


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
____________________________________________________

2. Bagaimanakah menjaga peralatan supaya ia tidak mudah rosak


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
____________________________________________________

3. Berikan 2 keburukan jika pengguna menggunakan peralatan yang sudah rosak


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
____________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-


Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd
Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical
Installations Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.
5. Giesecke, F.E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai