Anda di halaman 1dari 23

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 2
KOD DAN NAMA PROGRAM
EE-320-2:2012
/
SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

KOD DAN NAMA UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C05 SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
COMPETENCY UNIT NO. MAINTENANCE
AND NAME

1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE


REQUIREMENT SPECIFICATIONS AND MANUALS.
2. PREPARE SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
NO. DAN PERNYATAAN
MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS.
AKTIVITI KERJA / WORK
3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES INSPECTION.
ACTIVITIES NO. AND
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE
STATEMENT

Muka Surat / Page : 1 Drp /


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
of : 23

TAJUK : MENYEDIAKAN PERALATAN DAN BAHAN UNTUK PENYELENGGARAAN


PERALATAN SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai peralatan dan bahan
Untuk menjalankan penyelenggaraan peralatan satu fasa.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

PENERANGAN :

Kerja-kerja penyelengaraan pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas


disamping perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul dan
sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.

2.1 PERALATAN DAN BAHAN PENDAWAIAN:

i) Pemutar skru

ii) Playar gabung

iii) Playar muncung tirus

iv) Penjerut Kabel (Wire Stripper)

v) Playar pemotong sisi

vi) Pisau kecil

vii) Pita pengukur

viii) RCCB Tester

ix) Meter pelbagai(Multimeter)

x) Clamp meter

xi) Pena ujian(Test pen)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Berikut adalah peralatan dan alat uji serta keterangan ringkas mengenai penggunaanya.
Kegunaan peralatan mengikut kategori kumpulan dan teknik penggunaan yang betul.

i) Peralatan Tangan

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil,
sederhana dan besar. Selain daripada saiz dan

Pemutar Skru panjang yang berlainan, perlu juga memilih hujung


skru philip dan flat.
 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan
dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer. Playar tambahan daripada
jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga
Playar gabung
diperlukan. Pelbagai jenis playar mestilah
mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil, memotong, membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel
(Wire Stripper)
 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung
wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan. Manakala pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
Playar Pemotong Sisi wayar pengalir.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil. Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

 Pita digunakan untuk mengukur penempatan


aksesori dengan tepat. Terdapat pelbagai saiz pita
pengukur. Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter.
Pita ini juga digunakan untuk membuat anggaran
panjang kabel bagi sesuatu pendawaian.
Pita Pengukur

ii) Alat Uji

 RCCB TESTER digunakan untuk mengesan


kepekaan elcb, rccb diuji sebelum sebelum
bekalan dimasukkan bagi memastikan litar
selamat untuk diberikan bekalan.

RCCB TESTER

 Alat uji ini digunakan untuk menguji


peralatan eletronik seperti diod dan
kapasitor.

MULTIMETER DIGITAL
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

 Alat uji ini digunakan untuk menguji


keterusan sesebuah litar bagi memastikan
litar selamat untuk diberikan bekalan.

MULTIMETER ANALOG

 Alat ini digunakan untuk menguji arus dan


voltan sesuatu pepasangan samaada ia
berkesan atau tidak.

CLAMP METER

 Kegunaannya adalah untuk mengesan


kebocoran arus elektrik atau kabel hidup.
Selain itu juga boleh digunakan untuk kerja
ringan seperti mengetat skru kecil. Pena
ujian ini sesuai dan selamat digunakan
Pena Ujian (Test Pen)
untuk mengesan voltan 50v-500v.

2.2 JENIS KABEL SATU FASA

Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.

Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar
teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.

i) Wayar kuprum berenamel

ii) Wayar teras tunggal

iii) Wayar teras kembar

iv) Wayar teras tiga

Wayar kuprum berenamel

i) Untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.

ii) Wayar ini disalut dengan lapisan enamel.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Wayar lembar tunggal

i) Digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
komponen elektronik.

Wayar terus tunggal

i) Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:

a) Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik
seperti di radio dan pembesar suara.

b) Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.

Wayar teras kembar

i) Terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.

ii) Digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

Wayar tiga teras

i) Terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:

a) Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak
menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.

b) Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas
elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan
pembakar roti.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

2.4 ALAT PENGUJIAN ELEKTRIK

Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-

1.1. Jenis analog.


1.2. Jenis digital.

Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan berskala.
manakala jangka jenis digital mempunyai paparan berdigit.

Rajah 1 : Jangka Jenis Analog dan Jenis Digital

Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik

Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik yang selalu
digunakan dalam adalah:-

Jangka Ohm (Ohmeter)

Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga
digunakan untuk menguji keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen elektrik.

Rajah 2 : Jangka Ohm


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jangka Ampiar (Ammeter)

Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar
elektrik.

Rajah 3 : Jangka Ampiar

Jangka Voltan (Voltmeter)

Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya-gerak-elektrik


sesuatu litar elektrik.

Rajah 4 : Jangka Voltan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jangka Watt (Wattmeter)

Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik

Rajah 5 : Jangka Watt

Jangka Watt-jam (Watt-hour meter)

Jangka Watt-jam digunakan untuk mengukur nilai tenaga yang dihasilkan dalam litar
elektrik.

Rajah 6: Jangka Watt-jam


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jangka Ligat (Tachometer)

Jangka Ligat digunakanuntuk mengukur nilai kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

Rajah 7 : Jangka Ligat

Jangka Lux (Lux meter)

Jangka Lux digunakan untuk mengukur nilai pencahayaan sesuatu sumber cahaya.

Rajah 8 : Jangka Lux


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jangka Frekuensi (Frequency Meter)

Jangka Frekuensi digunakan untuk mengukur frekuensi sesuatu bekalan elektrik.

Rajah 9 : Jangka Frekuensi

Jangka Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk mengukur factor kuasa sesuatu litar elektrik.

Rajah 10 : Jangka Faktor Kuasa

Jangka Galvano (Galvanometer)

Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik didalam
sesuatu litar.

Rajah 11 : Jangka Galvano


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)

Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan elektrik.

Rajah 12 : Jangka Turutan Fasa

Penguji Pembumian Megger (Earth Megger Tester)

Penguji Pembumian Megger digunakan untuk menentukan nilai galangan bumi.

Rajah 13 : Jangka Pembumian Megger


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebatan sesuatu


pengalir elektrik.

Rajah 14 : Jangka Penebatan Megger

Jangka Pelbagai (Multimeter / AVO meter)

Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik.
rintangan dan keterusan litar elektrik.

Rajah 15 : Jangka Pelbagai


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jangka RCL (RCL meter)

Jangka RCL digunakan untuk mengukur nilai rintangan (R), kapasitar (C) dan inductor (L).

Rajah 16 : Jangka RCL

Jangka Clip On (Clip-On Meter)/Clamp Meter

Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur nilai arus sesuatu talian elektrik.

Rajah 17 : Jangka Clip-on


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Penguji ‘Cable Locator ‘ (Cable Locator Tester)

Penguji Cable Locator digunakan untuk menentukan kedudukan kabel yang tersembunyi
atau mengesan kerosakan kabel yang tersembunyi.

Rajah 18 : Jangka ‘Cable Locator’

Penguji RCD (Residual Current Device Tester)

Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus litar arus baki (PLAB)

Rajah 19 : Jangka RCD


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

OPERASI MANUAL PENGGUNAAN ALAT PENGUJIAN SERTA CARA PELARASAN


Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jangka adalah seperti
berikut:-

Baca dan fahami simbol-simbol jangka.

Sebelum menggunakan jangka elektrik, pastikan cara penggunaan jangka ini bersesuaian
dengan binaan dan cara penggunaannya. Ini boleh diketahui dengan membaca simbol-
simbol yang terdapat pada permukaan sesuatu jangka elektrik.

Simbol prinsip gerakerja jangka.

Rajah 20 : Simbol prinsip gerakerja jangka

Simbol kedudukan penggunaan jangka

Simbol ini menentukan kedudukan jangka ketika penggunaannya.

Rajah 21 : Simbol Kedudukan penggunaan jangka


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Simbol nilai maksima voltan ujian.

Simbol ini menunjukkan nilai maksima voltan ujian yang telah dilakukan pada sesuatu
jangka. Ini adalah untuk menentukan tahap ketahanan gelong dan komponen-
komponen binaan jangka.

Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian
maksima 500V maksima 1000V maksima 2000V maksima 3000V maksima
5000V

Rajah 22 : Simbol Nilai maksima voltan ujian

Simbol jenis bekalan.

Simbol ini menentukan jenis bekalan yang boleh digunakan pada jangka.

Rajah 23 : Simbol jenis bekalan

Simbol pengkelasan dan ketepatan

Simbol ini menentukan kelas dan pengaruh (dalam peratus %) yang dibenarkan pada
sesuatu jangka. Simbol ini ditunjukkan dalam nilaian angka samada 0.1, 0.2, 0.5, 1.0,
1.5, 2.5 dan 5.0. Jangka yang mempunyai nilaian angka yang rendah mempunyai
ketepatan yang lebih baik berbanding dengan jangka yang mempunyai angka yang
lebih tinggi.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Jadual 1 : Pengkelasan dan ketepatan jangka

Jenis Kelas ‘Error’ dan ‘Error’ dan pengaroh


pengaroh dibenarkan (%)
dibenarkan berpandukan kepada
(± %)
Alat jenis ketepatan tinggi 0.1 0.1 Nilai skala penoh
(precision type) 0.2 0.2

0.5 0.5 Jumlah bacaan


maksima
Alat industry 1.0 1.0 Panjang skala / lebar
1.5 1.5 rekod
2.5 2.5

5.0 5.0 Nilai sebenar

Kaedah sambungan jangka dalam litar

Setiap jangka perlu disambungkan dengan cara yang betul dan sesuai didalam sesuatu
litar elektrik samada secara sesiri, selari atau siri selari. Umpamanya Jangka Ampiar
perlulah disambungkan secara siri dengan bekalan atau beban; Jangka Voltan
disambungkan secara selari dengan bekalan atau beban dan jangka Watt disambungkan
secara siri-selari dengan bekalan.

Rajah 24 : Kaedah sambungan jangka


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Memahami penggunaan pirauan (shunt) dan pengganda (multiplier)


Bagi menyukat arus yang rendah, Jangka Ampiar boleh disambungkan terus kedalam litar
secara siri dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat arus yang tinggi, satu
pirauan perlu disambungkan secara selari dengan jangka.

Rajah 25 : Penyambungan pirauan dalam litar jangka

Bagi menyukat voltan yang rendah, Jangka Voltan boleh disambungkan terus kedalam litar
secara selari dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat voltan yang tinggi, satu
pengganda perlu disambungkan secara siri dengan jangka.

Rajah 26 : Penyambungan pengganda dalam litar jangka


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Pemilihan bidang jangka.

Pemilihan bidang jangka yang sesuai adalah sangat penting kerana bacaan jangka yang
tepat bergantung kepada bidang bacaan ini. Pilihlah bidang jangka yang tinggi dahulu,
kemudian dikurangkan kepada bidang yang lebih rendah supaya bersesuaian dengan
kuantiti yang hendak diukur. Ini dapat mengelakkan jangka daripada kerosakan akibat
menerima arus yang besar.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu rendah berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya tinggi, umpamanya 15 A disukat pada bidang 1 mA, kuantiti sebenar
tidak dapat disukat dengan tepat. Selalunya dalam keadaan begini, penunjuk jangka akan
terpesong jauh kehujung skala jangka dimana bahagian ini tidak mempunyai skala
bacaan. Keadaan ini boleh juga merosakkan komponen-komponen binaan jangka.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu tinggi berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya rendah, umpamanya 1 mA disukat pada bidang 15 A, penunjuk jangka
tidak akan terpesong daripada kedudukan zero. Dengan ini nilaian bacaan yang disukat
tidak dapat direkodkan.

Arus besar dengan bidang jangka rendah Arus kecil dengan bidang jangka tinggi

Rajah 27 : Kedudukan jarum penunjuk jangka pada pemilihan bidang pengukuran yang salah

Sebaik-baiknya setiap sukatan yang dibuat hendaklah ada pemesongan penunjuk jangka
sehingga kebahagian tengah skala jangka.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Larasan penunjuk jangka kepada zero.

Setiap jangka mempunyai pelaras zero. Skru pelaras ini digunakan untuk melaraskan
penunjuk jangka kepada kedudukan ‘zero’ sebelum sesuatu kuantiti disukat. Pelarasan ini
mestilah dilakukan setiap kali sebelum sukatan bacaan dilakukan.

Rajah 28 : Pelarasan penunjuk jangka kepada zero

Cara mengambil bacaan jangka

Bacaan jangka hendaklah diambil dari kedudukan tepat dihadapan skala jangka. Ini
adalah kerana senggatan skala dibuat sebegitu kecil supaya bacaan yang tepat dapat
diperolehi.

Sekiranya bacaan jangka direkodkan dari bahagian tepi, nilaian yang salah mungkin
direkodkan. Kesilapan bacaan cara ini dinamakan ‘parallex error’.
Jika penunjuk jangka menunjukkan bacaan diantara dua bahagian senggatan, bacaan
secara agakkan (estimate) dengan mata hendaklah dibuat. Mendapatkan bacaan secara
agakkan ini dinamakan ‘interpolation’.

Rajah 29 : Kedudukan penunjuk jangka untuk ‘interpolation’


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

Penjagaan Dan Penyenggaraan Jangka Elektrik

Setiap jangka elektrik mempunyai ketepatan yang tersendiri. Untuk menjaga ketepatannya,
ia mestilah dijauhkan daripada faktor-faktor yang boleh mempengaruhi ketepatannya.
Diantara langkah-langkah penjagaan dan penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah:-

1. Jangan gunakan jangka pada keadaan yang melebihi daripada kadaran yang
dibenarkan. Umpamanya Jangka Voltan 240 V digunakan untuk pengukuran 500 V; atau
Jangka Ampiar 1.0 A digunakan untuk pengukuran arus 5.0 A. Ini boleh menyebabkan
kerosakan pada komponen binaannya.

2. Jangan jatuhkan jangka kerana ia boleh menyebabkan gegaran.

3. Jangka hendaklah disimpan ditempat yang bersih dan kering, atau didalam bekas
penyimpanannya.

4. Jangka yang disimpan didalam bekas kulit atau plastic hendaklah disimpan berasingan
dengan jangka-jangka lain. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan medan magnet
dan medan elektrik jangka-jangka yang lain.

5. Jangka hendaklah disimpan jauh daripada alatubah, pengaruh dan alat-alat yang
menghasilkan medan magnet yang kuat.

6. Jangan gunakan sebarang bahan pelincinpada bahagian-bahagian yang bergerak atau


berputar. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pengumpulan habuk-habuk dan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
EE-320-2:2012-C05/P(2/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 23

SOALAN :

1. Namakan lima (5) alat pengujian pepasangan elektrik satu fasa.

2. Mengapakan proses pelarasan zero perlu dilakukan sebelum proses pengukuran atau
pengujian dilakukan pada pepasangan elektrik satu fasa.

3. Berikan lima (5) langkah penjagaan yang perlu dilakukan pada alatan menguji bagi mempastikan
ketepatan pengukurannya.

4. Mengapakan pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan pada sesuatu pepasangan elektrik
satu fasa.

5. Namakan jenis-jenis pengujian yang perlu dijalankan pada pepasangan elektrik fasa tunggal
mengikut kehendak Peraturan IEE.
.

RUJUKAN:

1. ABD. SAMAD HANIF (2000), Pemasangan dan Penyenggaraan ELEKTRIK Edisi Kedua,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN 983-62-4063-2

Anda mungkin juga menyukai