Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

ETN 1024 : PEMASANGAN KELENGKAPAN PERALATAN UJIAN


KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM’S
CODE & NAME EE-021-2:2012 : INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET
UP & HANDLING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C02 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP &
COMPETENCY UNIT NO. HANDLING
AND TITLE

C1 MENGENALPASTI ALAT UKUR DAN ALAT UJI SERTA


CARA KENDALIAN
C2 MENYEDIAKAN AKTIVITI UNTUK PEMASANGAN DAN
NO. DAN PENYATAAN
KENDALIAN ALAT UKUR DAN ALAT UJI
AKTIVITI KERJA / WORK
C3 PEMASANGAN ALAT UKUR DAN ALAT UJI
ACTIVITIES NO. AND
C4 MELAKSANAKAN KERJA MEREKOD DAN MENANDA
STATEMENT
ALAT UKUR DAN ALAT UJI
C5 LAPORAN AKTIVITI PEMASANGAN DAN KENDALIAN
ALAT UKUR DAN ALAT UJI

ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C02/P(2/5) Muka: 1 Drpd: 9
COMPETENCY UNIT ID
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

2.0 PENGENALAN KEPADA PERALATAN TANGAN

Penggunaan alatan tangan yang sesuai untuk melakukan sesuatu kerja adalah
amat penting dalam mengaplikasikan kerja-kerja amali didalam teknologi elektronik,
ini kerana alatan tangan amat diperlukan ketika kerja-kerja membina,
menyelenggara serta membaikpulih litar.

2.1 Definisi Peralatan Tangan

Merupakan alat-alat tangan yang digunakan untuk melakukan kerja amali,


membuat litar, penyambungan litar dan yang berkaitan.

2.1.1 Peralatan Tangan

Berikut merupakan senarai peralatan yang digunakan untuk membuat litar,


menyelenggara dan membaikpulih :
i) Playar
ii) Pemateri (Soldering iron)
iii) Pemutar skru (Screwdriver)
iv) Penyedut timah (Sucker)
v) Tweezer
vi) Spanar/wrench
vii) Cutter

2.1.2 Kegunaan Peralatan Tangan

i) Playar (Pliers)
Terdapat beberapa jenis playar iaitu playar pepenjuru, playar gabung, playar
muncung tirus, playar penyambung gelinciran, playar pengapit ragum dan
pemotong sisi.

2
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Jenis-jenis playar dan kegunaan Gambar peralatan

 Playar pepenjuru (Diagonal pliers)


Kegunaan : Memotong dawai dan
kepingan logam yang nipis

 Playar muncung tirus (Long-nose pliers)


Kegunaan : Memotong dawai, mengapit
nat atau skru pada tempat yang sempit.

 Playar penyambungan gelinciran


Kegunaan : Membengkok/melengkungkan
dawai, mengapit bahan/nat/logam
yang tebal.

 Playar pengapit ragum (Vise – pliers)


Kegunaan : Memegang bendakerja secara
mengapit, mengimpal, mencanai atau
menggerudi.

 Playar gabung
Kegunaan : Digunakan dalam kerja-kerja
pendawaian elektrik iaitu bagi memegang,
memotong kabel atau dawai elektrik.

 Playar pemotong sisi (Side cutter)


Kegunaan : Digunakan untuk memotong
dawai kecil, penebat dawai dan lebihan
kaki komponen pada papan litar.

ii) Pemateri timah (Soldering Iron)

Digunakan untuk memanaskan/memateri timah supaya dapat mencabut,


mencantum atau menyambungkan kaki komponen pada papan PCB.

3
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Sambungan mestilah kukuh dan kuat bagi membolehkan arus mengalir dalam
litar tanpa sebarang gangguan.

Rajah 1 : Pemateri Timah (Soldering Iron)

Soldering stand digunakan untuk keselamatan pemateri dan memegang pemateri


semasa proses memateri.

Rajah 2 : Soldering Stand


iii) Pemutar skru (Screw driver)

Screwdriver digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru. Terdapat


pelbagai jenis screwdriver iaitu philips screwdriver, flat-blade
screwdriver ,instrument screwdriver dan right-angled screwdriver .

Jenis-jenis skru driver dan kegunaan Gambar peralatan

 Philips Screwdriver
Kegunaan : Digunakan untuk
memutarkan skru philips.

 Flat-blade screwdriver
Kegunaan : Memutar skru berkepala
‘bolt’ atau nat yang lurus.

4
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

 Instrument screwdriver
Kegunaan : Memutar skru-skru halus.
Contohnya skru-skru yang terdapat
pada jam-jam dan alatan saintifik.

 Right-angled screwdriver.
Kegunaan : Memutar skru yang
tidak tercapai oleh pemutar skru biasa.

iv) Penyedut Timah (Soldering sucker)

Penyedut timah digunakan untuk menyedut timah yang tidak digunakan lagi dan
membersihkan permukaan litar bercetak (PCB) kembali kepada keadaan asal.

Rajah 3 : Penyedut Timah

Timah adalah bahan yang digunakan untuk memateri/mencantumkan komponen


elektronik. Logam ini terdiri daripada campuran timah dan plumbum. Tahap
kepanasan untuk mencairkan timah biasanya pada 180°C-188°C.

Rajah 4 : Timah

5
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

v) Tweezer

Digunakan untuk mengambil atau memegang komponen halus dan komponen


yang sensitif seperti IC (Intergreted Circuit )

Rajah 5 : Tweezer

vi) Spanar/Wrench

Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan bolt dan nat. Digunakan juga


untuk mengetat dan melonggarkan kepala paip.Saiznya ditentukan oleh
panjang keseluruhannya.

Rajah 6 : Sepanar boleh laras

vii)Cutter- Digunakan untuk memotong wayar dan memotong kaki compenent.

Rajah 7: Cutter
2.2 Jenis Bahan

6
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Jenis bahan yang digunakan dalam peralatan elektronik adalah seperti :

i) Kabel
ii) Eyelet
iii) Penyambung (connector)
iv) Penebat (insulator)

2.2.1 Kegunaan Bahan

i) Kabel

Kabel ialah media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi
suatu pemasangan rekabentuk dari segi pemilihan, penyokongan dan pendawaian
sesuatu jenis kabel perlu diketahui dengan jelas. Setiap kabel mempunyai fungsi
tersendiri dan tidak boleh disalahgunakan.

Rajah 8 : Kabel
ii) Eyelet

Eyelet digunakan untuk membuat penyambungan arus dengan mengunci terminal


dengan menggunakan skru. Eyelet dibuat daripada bahan pengalir/konduktor dan
tidak mudah terhakis.

7
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Rajah 9 : Eyelet

iii) Penyambung (connector)

Penyambung digunakan untuk menghubungkan satu rangkaian elektronik ke


rangkaian elektronik yang lain.

Rajah 10 : Penyambung

iv) Penebat (insulator)

Penebat adalah bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik seperti getah, kertas,
plastik dan kayu. Kegunaan penebat kabel pula adalah untuk mengelak daripada
terkena renjatan dan berlaku litar pintas apabila tersentuh.

2.3 Analisa Kerosakan Komponen Bekalan Kuasa

Jika berlaku kerosakan pada unit bekalan kuasa maka analisa mestilah dilakukan
secara berperingkat-peringkat. Contohnya bermula dengan pengubah kemudian
diikuti dengan penerus dan seterusnya.
2.3.1 Pengatur transistor

8
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Pengatur transistor terbahagi kepada dua rekabentuk iaitu pengatur transistor siri
dan pengatur transistor selari. Dalam hal ini, kita hanya membincangkan pengatur
jenis transistor siri sahaja kerana pengatur transistor selari sangat jarang di
gunakan, ia juga kurang praktikal disebabkan pembaziran arus. Dalam pengatur
jenis transistor siri, beberapa rekabentuk litar dapat kita lihat.Ia bergantung kepada
keperluan dan fungsi masing-masing.Berikut beberapa rekabentuk pengatur
transistor siri :

i. Transistor siri mudah


ii. Transistor siri penstabil keluaran
iii. Transistor siri boleh ubah
iv. Transistor siri penghad arus

i. Transistor siri mudah

Rajah 11: litar transistor mudah

Dalam Rajah 11 transistor TR bertindak sebagai pengawal arus, bergantung


pada pincang yang diberikan oleh R. Dz pula sebagai pengawal voltan dititik
A ialah +16V dan di titik B ialah 12.7V (mengikut voltan zener ), kita tahu beza
voltan antara base(b) dan emitter(e) transistor jenis silikon ialah
0.7V.Mengikut konfigurasi rekabentuk litar transistor NPN, voltan di b lebih
besar dari e. Jadi keluaran adalah +12V. Voltan ini tetap stabil walaupun
masukan berubah-ubah. Ini di panggil penstabil masukan. Jika beban yang
dibekalkan menggunakan arus yang tinggi yang melebihi had pengatur, ini
akan memberi kesan kepada kestabilan voltan keluaran iaitu voltan keluaran

9
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

menjadi kurang dari rujukan dan tidak stabil. Olah itu satu rekabentuk
pengatur yang boleh menstabilkan keluaran diperlukan.

ii. Transistor siri penstabil keluaran

Rajah 12; litar siri penstabil keluaran

Rekabentuk litar ini adalah berasaskan litar transistor siri mudah seperti litar
rajah 12. Disini TR2 digunakan untuk mengawal voltan keluaran. Ia
dinamakan amplifier ralat (error amp) . R2 dan R3 sebagai pemincang voltan.
Katakan voltan keluaran kurang dari +12V disebabkan oleh beban yang lebih.
Voltan di R3 tetap. Tetapi voltan di R2 menjadi kurang dan arus yang
melaluinya juga kurang. Ini akan membuatkan arus pincang ke TR2 juga
menjadi kurang. Seterusnya voltan yang susut merintangi pemungut dan
pengeluar TR2 menaik.Ia membuat keluaran menaik semula dan menjadi
stabil. Ini dipanggil penstabil keluaran.

iii. Transistor siri bolehubah

10
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Rajah 13: transistor siri bolehubah

Setengah bekalan kuasa memerlukan pengatur yang bolehubah atau


dilaraskan voltan keluarannya. Ini boleh dibuat seperti dalam litar Rajah 13 .
Di sini TR2 digunakan sebagai pengubah voltan. Katakan Dz ialah 5.7V. Jika
Rv di laras kepada maksima (keatas ), TR2 berkerja dan seolah-olah pintas.
Voltan BE TR1 ialah 0.7V, secara kasar voltan keluaran menjadi +5V.
Manakala Rv di minimakan dan TR2 tidak berkerja, voltan pemungut TR2
menjadi tinggi menghampiri nilai voltan masukan. Katakan voltan pemungut
TR2 15.7V ( 16 –VR1 ), jadi voltan keluaran ialah 15V. R2 adalah penyuap
voltan agar voltan diod tidak jatuh keparas bawah dari voltan zener.

iv. Transistor siri penghad arus

Rajah 14: litar transistor siri pengehad arus

11
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

Rajah 14 menunjukkan gambarajah litar transistor siri penghad arus .Dengan


menambah TR3 dan Rs, kita bolah menghadkan arus maksima yang keluar
dari pengatur atau bekalan kuasa. Ia juga berfungsi sebagai pelindung arus
lampau. Rs sebagai pengesan arus, adalah rintangan bernilai rendah dan
berkuasa tinggi. Arus yang tinggi melalui Rs akan menyusutkan voltan
merintanginya. Voltan ini adalah sama dengan voltan b-e TR3. Apabila VRs
melebihi BE, transistor TR3 mula berkerja. Arus I b untuk TR1 akan tertarik ke
TR3 dan membuatkan TR1 berhenti berkerja. Arus yang tinggi tadi akan
terhad.Rs boleh di kira jika mahukan nilai arus tertentu.Contohnya jika arus
maksima ialah 2 A dan transistor yang digunakan ialah silicon,jadi :

Rs = Vbe /Imak = 0.7/2 = 0.35 

2.3.2 Pengurusan Peralatan Dan Alat Uji

 Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan dengan teratur mengikut


jenis dan di tempat yang selamat. ·

 Stok yang belum digunakan hendaklah diasingkan daripada stok yang telah
digunakan atau rosak.

 Barang-barang hendaklah dikeluarkan hanya atas permintaan dari guru-guru


atau kakitangan yang diberi kuasa sahaja. Pengeluaran barang-barang
hendaklah dicatatkan dalam buku stok pada hari dikeluarkan dan hendaklah
ditandatangani oleh penerima.

 Barang-barang yang telah dikeluarkan tetapi tidak digunkan hendaklah


dikembalikan ke stor dan dimasuk kira dengan stok yang belum digunakan.

 Catatan hendaklah dibuat di dalam buku stok.

 Sekiranya alatan tangan telah selesai digunakan ianya perlu diselenggara


untuk memanjangkan tempoh hayatnya..

 Alatan-alatan yang rosak juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan


kemalangan dan kecederaan kepada penggunaannya. · .

12
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

SOALAN / QUESTION:

Jawab semua soalan yang diberikan di bawah dengan jawapan yang betul.

1. Screwdriver mempunyai pelbagai jenis. Nyatakan jenis-jenis screwdriver


tersebut.
a) ___________________________________________
b) ___________________________________________
c) ___________________________________________
d) ___________________________________________

2. Apakah kegunaan pemotong sisi (side cutter)?


________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. Playar pengapit ragum adalah salah satu jenis playar. Nyatakan kegunaannya.
________________________________________________________________
________________________________________________________________

4. Nyatakan kegunaan penyedut timah (Soldering sucker)


________________________________________________________________
________________________________________________________________

13
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(2/6)
Drpd / of : 13

RUJUKAN / REFERENCE:

1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti
Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-
62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory,
Sixth Edition. Prentice Hall
4. Md. Nasir Abd Manan. 1992. “Teknologi Elektronik”. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
5. “Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik” (1996), Kementerian Pendidikan
Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dasar Padu (M) Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai