Anda di halaman 1dari 4

MESIN PEMOTONG RUMPUT MEKANIKAL

Anis Eddyfazwan bin Abd Salim


1
, Mohamad Norhasif bin Mohamed
2
, Mohd Ihsan bin Matserudin
3
,
Salman bin Habba
4
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1. Email: aniseddyfazwan@gmail.com
2. Email: aa100505@siswa.uthm.edu.my
3. Email: ihsanmatserudin@ymail.com
4. Email: salman.habba@gmail.com
______________________________________________________________________________

Abstrak Terdapat pelbagai jenis mesin pemotong rumput yang terdapat dalam pasaran pada masa kini yang kebanyakannya
menggunakan bahan bakar sebagai sumber kuasa. Namun akibat penggunaan bahan bakar atau pun sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui ianya boleh memberikan beberapa kesan buruk, antaranya pencemaran alam sekitar dan juga pemanasan
global. Selain itu, mesin pemotong rumput yang terdapat di pasaran juga sukar untuk diselenggara oleh pengguna. Sehubungan
dengan itu, proses membaikpulih atau penyelenggaraan memerlukan kos yang tinggi. Hasil daripada masalah tersebut, satu
senarai skop dan objektif telah ditentukan bagi menyelesaikan masalah yang dikenal pasti. Dengan menggunakan mesin
pemotong rumput mekanikal ini, kesan-kesan negatif dan permasalahan tersebut dapat diatasi. Mesin pemotong rumput
mekanikal ini adalah salah satu mesin alternatif yang boleh digunakan untuk mengelakkan penggunaan bahan bakar atau sumber
tenaga lain. Selain itu, mesin ini juga lebih mudah untuk diselenggara. Proses pembuatan mesin ini melibatkan kerja kimpalan,
fabrikasi dan pemesinan. Manakala rekaan mesin ini pula telah direka menggunakan perisian komputer seperti Solidworks dan
juga AutoCAD. Mesin ini berfungsi menggunakan sistem transmisi gear bagi mengurangkan daya yang diperlukan untuk
menggerakkan mata pemotong atau mesin tersebut. Disebabkan jumlah mata gear pemacu lebih banyak daripada jumlah mata
gear dipacu, maka nisbah gear sistem transmisi mesin ini lebih besar daripada satu. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa
sekiranya pengguna mengenakan daya yang tinggi maka daya pemotong mesin tersebut juga akan turut meningkat. Melalui
pemahaman dalam sistem nisbah gear, daya yang sedikit diperlukan untuk menggerakkan mata pemotong pada kadar yang lebih
laju. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pencemaran dan pembaziran sumber tenaga serta
menjadi satu amalan yang sihat kepada pengguna.

Kata Kunci :- Menggunakan sistem gear, Tidak memerlukan bahan bakar.

________________________________________________________________________________________________________


I. Pendahuluan

Dunia kini berada pada zaman kecanggihan
teknologi, oleh itu banyak produk-produk baru yang
dihasilkan daripada adaptasi produk terdahulu.
Kebiasaannya ia direka dengan lebih moden dan fungsi
yang lebih mesra pengguna. Peranan ini banyak dimainkan
oleh para jurutera dalam mencipta produk-produk canggih
yang mampu menaikkan taraf hidup manusia serta
mencetus inivosi seiring dengan pembanguna globalisasi.
Mesin pemotong rumput mekanikal ini adalah
mesin yang digunakan untuk memotong rumput pada suatu
kawasan yang rata. Mesin ini akan memotong rumput
mengikut ketinggian yang kita perlukan dan tidak
memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Mesin pemotong
rumput ini berfungsi melalui sistem gear yang terdapat
pada bahagian dalam tayar dan hujung aci pemotong.
Apabila pengguna mengenakan daya pada handel dan
seterusnya akan menggerakkan tayar mesin, mata
pemotong akan turut berpusing. Dengan menggunakan
sistem yang lebih kurang sama dengan sistem gunting iaitu
sistem tuas, satu daya memotong akan terhasil melalui
perselisihan diantara mata pisau tetap dan mata pemisau
berpusing. Mata yang terlalu tajam tidak diperlukan dalam
kaedah ini kerana dengan daya yang dikenakan sudah
mampu untuk memotong rumput. Dengan ini, rumput dapat
dipotong dengan hanya memerlukan daya tolakan dari
pengguna.

I.I Matlamat Kajian

Matlamat utama dalam kajian ini adalah untuk menaikkan
Malaysia seiring dengan negara maju lain dari segi
teknologi pembinaan yang canggih dan melihat samada
teknologi Mesin Turapan Bata Saling Mengunci Pintar
yang ingin diperkenalkan ini dapat mencapai objektif
kajian ataupun tidak.

I.II Objektif

Objektif utama penciptaan produk ini adalah untuk
menghasilkan mesin pemotong rumput yang tidak
menggunakan bahan bakar atau pun sumber tenaga yang
tidak boleh diperbaharui serta lebih mesra alam dan mesra
pengguna.


I.III Skop Kajian

Kajian ini dijalankan adalah menggunaka mesin rumput
yang sedia ada dipasaran. Dengan perubahan yang
dilakukan, berikut merupakan antara beberapa skop utama
projek ini:

Skop utama projek adalah untuk mengkaji sistem
atau sumber lain yang boleh digunakan untuk
menghasilkkan mesin pemotong rumput.
Kajian dilakukan terhadap Mesin Pemotong
Rumput yang menggunakan bahan bakar untuk
kawasan-kawasan kecil dan rata(kawasan
perumahan).
Pengubahsuaian sistem memotong dilakukan
terhadap sistem mesin pemotong rumput sedia
ada dipasaran.

I.V Penyataan Masalah

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, mesin pemotong
rumput yang terdapat dipasaran adalah mesin yang
menggunakan bahan bakar atau sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui untuk berfungsi. Oleh itu, setiap kali
penggunaan mesin memerlukan penambahan bahan bakar
yang baru dan secara tidak langsung meningkatkan kos.
Tambahan pula, ianya boleh menghasilkan pencemaran
terhadap alam sekitar dan penggunaan kos yang lebih tinggi
berbanding mesin rumput mekanikal.
Sehubungan itu, diharapkan dengan terhasilnya
idea daripada projek ini ianya sedikit sebanyak dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti masalah
pencemaran dan kos yang tinggi.


II. Kajian Literatur

Idea untuk menghasilkan produk/projekMesin
Rumput Mekanikal ini adalah berdasarkan pemerhatian
kebanyakan mesin pemotong rumput mengggunakan
system yang di hidupkan menggunakan bahar bakar yang
banyak menggunakan kos dan memberi pencemaran udara
kepada alam sekitar. Konsep daya pemotongan rumput
masih dikekalkan akan tetapi kaedah pemotongan
menggunakan pusingan bahan bakar digantikan dengan
pacuan nisbah gear.
Fokus produk ini hanya kepada kawasan kecil
dan kawasan rata(kawasan perumahan) yang bertujuan
untuk menjimatkan kos, dan mengurangkan pencemaran
udara hasil daripada pembakaran bahan bakar tersebut.




Rajah II Mesin Pemotong Rumput MekanikaL


III. Metadologi

III. I Pengenalan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik, metadologi
adalah aspek yang perlu diberi perhatian. Metodologi
kajian ialah satu proses dalam sesuatu projek yang
mengandungi prosedur, definisi dan penjelasan tentang
perkara-perkara yang dilakukan untuk mengumpul,
menyimpan, menganalisis maklumat yang diperolehi. Ia
juga boleh ditakrifkan sebagai prosedur yang sistematik
dan teratur untuk mencapai tujuan projek. Metodologi
tidak menggambarkan kaedah tertentu namun bab ini
menentukan beberapa proses yang perlu diikut. Proses ini
juga merupakan rangka kerja-kerja yang akan dilakukan.
Aspek yang dibincangkan didalam bab ini adalah:

Mengkaji sistem atau sumber lain yang boleh
digunakan untuk menghasilkkan mesin pemotong
rumput.
Kajian dilakukan terhadap Mesin Pemotong
Rumput yang menggunakan bahan bakar untuk
kawasan-kawasan kecil dan rata(kawasan
perumahan.
Pengubahsuaian sistem memotong dilakukan
terhadap sistem mesin pemotong rumput sedia
ada dipasaran.


III.II Proses yang Terlibat

III.II.I Perisian Projek

Perisian Solid Work 2013 digunakan untuk
melukis dan mengilustrasi Mesin Pemotong Rumput
Mekanikal. Perisian ini memudahkan tugas kerana ianya
jelas memaparkan komponen-komponen yang terdapat
pada produk kami.
Proses kami memilih bahan dan bentuk juga
mudah kerana reka bentuk perisian ini adalah tiga dimensi
(3D). Perisian ini juga mudah bagi proses pengubahsuaian
sebelum produk akhir ditetapkan.




Rajah III.II.I Lukisan 3D Solid Work 2013

III.II.II Fabrikasi Projek


Dalam melaksanakan projek ini, terdapat beberapa proses
fabrikasi yang telah dijalankan. Proses fabrikasi adalah satu
proses utama dalam projek ini dimana ianya merangkumi
hampir 85% daripada projek ini.
Antara beberapa proses fabrikasi yang terlibat
adalah seperti memotong, mengimpal, menyambung
(skru,nat), menggegas, membentuk (mesin rolling) dan
yang berkaitan dengan projek. Berikut merupakan antara
mesin atau peralatan yang digunakan:

1. Mesin Pemotong Besi
2. Mesin Canai
3. Mesin Gerudi Tangan
4. Mesin Gerudi Meja
5. Mesin Kimpalan
6. Pita Pengukur
7. Sesiku L
8. Angkup Vernier
9. Kikir Besi
10. Tukul
11. Mesin Pelentur Besi
12. Set Sepana



IV. Keputusan dan Analisis Kajian


IV.I Keputusan

Projek ini berjaya menghasilkan sebuah mesin pemotong
rumput mekanikal hasil daripada rekaan ahli kumpulan
projek ini sendiri. Dengan menggunakan beberapa jenis
bahan logam dan mata pemotong sedia ada yang terdapat di
dalam pasaran mesin ini mampu berfungsi dengan baik
menepati ciri-ciri yang diperlukan.
Selain itu, kos penghasilan produk juga dapat
diminimakan dimana kos keseluruhan yang diperlukan
untuk menjayakan projek ini tidak melebihi RM600.00.
Setelah beberapa ujian juga, produk ini menampakkan
jangka hayat yang baik serta kekuatan yang mampu untuk
bertahan bagi jangka masa penggunaan yang panjang.

IV.II Analisis Kajian

Projek ini menggunakan konsep sistem gear untuk
memastikan ianya berfungsi. Sistem gear yang terletak
pada roda hadapan projek hanyalah menggunakan gear
mudah anulus dan pinan. Projek ini telah diuji untuk
mencari kelajuan putaran bilah pemotong. Mesin ini telah
ditolak dikawasan padang rumput yang rata pada jarak 10m
untuk masa selama 5 saat. Bilangan gigi gear pemacu ialah
60 manakala bilangan gigi gear didorong adalah 12.
Diameter gear pemandu adalah 156mm.


Pengiraan Kelajuan
Akhir,V



Pengiraan Halaju Sudut,
_1



Pengiraan nisbah gear,
:





Kirakan halaju sudut
memotong bilah, _2:




Jadual IV.II.1 Pengiraan halaju mata pemotong

Hasil daripada pengiraan yang telah dilakukan,
kelajuan yang terhasil telah membuktikan bahawa daya
memotong yang tidak digandakan menggunakan sistem
gear adalah mampu untuk memotong rumput.




V. Kesimpulan dan Cadangan

Projek ini dengan jayanya telah disiapkan sejajar dengan
objektif yang ditetapkan. Namun begitu terdapat beberapa
halangan dan masalah sewaktu proses menyiapkan projek
ini. Mesin Pemotong Rumput Mekanikal yang dihasilkan
ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada
pengguna. Selain itu, projek ini berkonsepkan mesra alam
dengan mengurangkan pencemaran dan bahan bakar.
Dengan itu kos pengguna dapat dikurangkan dengan
mendadak kerana kebanyakan mesin pemotong rumput di
pasaran menggunakan bahan bakar ataupun sumber
elektrik.
Mesin pemotong rumput ini banyak memberi
kebaikan dan manfaat dalam penjagaan alam sekitar serta
sebagai peralatan kerja yang mempunyai ciri-ciri kesihatan
kepada pengguna. Oleh itu kajian secara lebih terperinci,
kreatif, inovasi dan spesifik harus diteruskan supaya
matlamat yang ingin dicapai dalam projek ini akan menjadi
realiti.
Semoga projek ini dapat dijadikan panduan untuk
mencipta sesuatu yang baru dalam industri mesin pemotong
rumput di negara kita. Penekanan harus diberikan kepada
ciptaan sistem gear yang lebih baik dan lebik sistematik
serta mampu menaikkan nilai jangka hayat dan nilai
estatika mesin.


RUJUKAN

a) Buku

Faydor L. Litvin, Alfonso Fuentes(2004). Gear
Geometry and Applied Theory. 2
nd
Edition.
Cambridge University: Cambridge University Press.

Khairulnizam Ngadimon, Mohd. Zamani Ngali, Musli
Nizam Yahya (2010).Mekanik Mesin.Cetakan
Kedua (Modul Pembelajaran).Penerbit UTHM.

b) Laman Web

http://learn.ecomowers.com/wp-
content/uploads/2009/06/page-246.jpg

http://www.renovateyourworld.com/HowTo_Library/
Adjusting_Reel_Mowers-Lawn_and_Garden_Tools-
F2126.html

Anda mungkin juga menyukai