Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI : JUN 2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD / KURSUS DEB 4313 - EQUIPMENT MODIFICATION

1.0 - PERFORM PRE-INSTALLATION SITE CHECK


1.1 Contact customer for site acces
1.2 Obtain site information
1.3 Check the route for any obstructions to equipment delivery
1.4 Determine the need for lifting equipment
KOMPETENSI UNIT 1.5 Determine the need for facilities at drop points
1.6 Identify required pre installation preparation
1.7 Monitor site preparation
1.8 Issue site readiness documentation for installation
At the end of the course, students should be able to:-
1. Demonstrate the installation and troubleshooting of equipment
according to standard procedures. (C3, PLO3)
HASIL
2. Perfrom the installation and troubleshooting of equipment
PEMBELAJARAN according to standard procedures. (P4, PLO2)
3. Prepare pre-installation check requirement according to standard
operation procedures. (A4, PLO6)
PERATUS
PENTAKSIRAN TEST 1
KESELURUHAN
TARIKH MASA

MARKAH MARKAH PERATUS


NO KOD EDISI JUN /2019
PENUH DIPEROLEH DIPEROLEH
KOD JPK

MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: KEPUTUSAN PENILAIAN
KOMPETEN
BELUM KOMPETEN
…………………………………. ………………………………… (SILA TANDAKAN √ PADA RUANGAN YANG
HJH ZAMRUDAH BT ISMAIL HJ GHAZALI B YAACOB DISEDIAKAN)
PENYELARAS KURSUS KETUA PROGRAM
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 2 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

K1 PERFORM PRE-INSTALLATION SITE CHECK


K1 PEMERIKSAAN TAPAK PRA PEMASANGAN

Bagi memenuhi keperluan peralatan baru adalah sangat penting untuk mengkaji dengan teliti syarat-
syarat pra-pemasangan sebelum proses pemasangan. Persediaan pra-pemasangan membenarkan
pelanggan dan Service Technician untuk menyediakan tempat pemasangan untuk peralatan dan
memudahkan proses pemasangan peralatan tersebut.

Pre-installation site check adalah aktiviti yang bertujuan

a. untuk memastikan keberkesanan dan kelancaran aktiviti pemasangan yang akan dijalankan.
b. untuk memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi serta mengurangkan kos tambahan.

RAJAH 1 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA PROSES


PRE-INSTALLATION SITE CHECK

1. HUBUNGI PELANGGAN UNTUK


MENGAKSES TAPAK

2. MENDAPATKAN MAKLUMAT
TAPAK

3. PERIKSA LALUAN DARIPADA


SEBARANG HALANGAN UNTUK
PROSES PENGHANTARAN
PERALATAN
4. PERALATAN YANG DIPERLUKAN
PRE-INSTALLATION SITE CHECK SEMASA PROSES PENGHANTARAN

5. KEMUDAHAN YANG
DIPERLUKAN DI TEMPAT-TEMPAT
PENURUNAN
6. KENALPASTI KEPERLUAN
PERSEDIAAN PRA PEMASANGAN

7. MEMANTAU PERSEDIAAN
TAPAK

8. MENYEDIAKAN DOKUMENTASI
KESEDIAAN TAPAK UNTUK
PEMASANGAN
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 3 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

1.1 CONTACT CUSTOMER FOR SITE ACCESS


HUBUNGI PELANGGAN UNTUK MENGAKSES TAPAK

SITE PREPARATION
PERSEDIAAN TEMPAT

Garis panduan berikut membantu dalam persediaan tapak untuk penghantaran dan pemasangan
peralatan.

 Pemilihan tapak untuk pemasangan seuatu peralatan adalah pertimbangan pertama dalam
perancangan dan persediaan untuk pemasangan.

 Pembekal bertanggungjawab untuk menghubungi pelanggan untuk mengakses tapak sebelum


melaksanakan apa-apa pemasangan peralatan.

HUBUNGI PELANGGAN UNTUK MENGAKSES TAPAK

CARA PERHUBUNGAN MENGIKUT SOP

 Mendapatkan semua maklumat yang diperlukan berkenaan tapak seperti:


a. Peralatan yang diperlukan
b. Spesifikasi
c. Kelengkapan yang disediakan dan
d. Segala maklumat yang berkaitan

 Maklumat ini penting


a. untuk memastikan peralatan yang diberi adalah selaras dengan spesifikasi yang diminta
b. untuk penyediaan dokumentasi penting seperti senarai semak barangan, kertas cadangan,
perjanjian dan sebagainya.

KENALPASTI PERSON-IN-CHARGE MENGIKUT SOP

 Menubuhkan satu pasukan bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran aktiviti di tapak
pemasangan.

MELANTIK PASUKAN PENGAKSES TAPAK (SITE ACCESS APPOINTMENT) MENGIKUT SOP

 Pasukan pengakses tapak yang dilantik mestilah terdiri daripada jawatan utama seperti :
a. Jurutera Tapak
b. Pengurus Operasi
c. Juruteknik berkaitan
d. Charge-man

 Mereka yang dilantik akan:


a. menjalankan satu sesi lawatan tapak untuk menilai sendiri tapak projek pemasangan yang
akan dilaksanakan.
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 4 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

b. mengadakan satu mesyuarat selepas lawatan tapak bagi membincangkan sebarang


kekurangan dan kelebihan.

c. Merangka aktiviti pembetulan yang diperlukan seperti penyediaan laluan ke tapak,


penyediaan sambungan paip air, elektrik, gas dan sebagainya.

d. Merangka jadual penghantaran dan pemasangan, ‘test run’ dan aktiviti ‘commissioning’.

1.2 OBTAIN SITE INFORMATION


MENDAPATKAN MAKLUMAT TAPAK

 Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberikan maklumat mengenai tapak yang dapat
memenuhi syarat-syarat pra-pemasangan seperti:

A. SUITABLE LOCATION - SPACE REQUIREMENTS


KESESUAIAN LOKASI - KEPERLUAN RUANG

 Buat keputusan di mana peralatan tersebut akan ditempatkan dan pastikan terdapat ruang
kosong di sekeliling peralatan tersebut untuk membolehkan kerja-kerja menservis dan
kerja lain di kawasan itu dapat dilaksanakan.

 Biarkan sekurang-kurangnya 15 cm ruang kosong di belakang peralatan untuk peredaran


udara dan bagi menyediakan laluan untuk sambungan elektrik.

 Elakkan lubang-lubang udara di bahagian belakang peralatan daripada tersekat. Barang-


barang boleh jatuh ke belakang peralatan dan menghalang aliran udara, lalu menyebabkan
peralatan menjadi terlalu panas.

 Berat dan dimensi peralatan perlu diambil kira untuk memenuhi keperluan ruang
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 5 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

B. SOURCE OF POWER - ELECTRICAL REQUIREMENTS


SUMBER KUASA - KEPERLUAN ELEKTRIK

 Prestasi dan jangka hayat peralatan dipengaruhi oleh kualiti talian kuasa yang dibekalkan
kepada peralatan.

 Untuk memastikan prestasi peralatan yang optimum, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan
untuk menyediakan sumber kuasa yang berkualiti dan diterima untuk operasi peralatan.
Sebagai contoh,
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 6 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

C. SUITABLE OPERATING ENVIRONMENT - ENVIRONMENTAL REQUIREMENTS


PERSEKITARAN OPERASI YANG SESUAI - KEPERLUAN ALAM SEKITAR

 Untuk memastikan peralatan bekerja dengan prestasi tinggi secara berterusan, persekitaran
operasi perlu diberi perhatian.
 Jangan sekali-kali memasang peralatan dalam persekitaran yang mudah terbakar dan meletup.
 Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran operasi yang boleh
diterima seperti:

i. Suhu -

 Menyediakan sistem pengawalan suhu dan pengalihudaraan (ventilation) yang mampu


mengekalkan suhu bilik antara 17 dan 28 ° C.

 Apabila suhu bilik bertambah, kebolehpercayaan peralatan berkurangan. Semua komponen


elektronik menjana haba semasa beroperasi. Haba ini perlu dibebaskan ke udara sekitar untuk
memastikan komponen dapat terus beroperasi.

ii. Aliran udara -

 Pastikan terdapat aliran udara bilik yang baik di sekitar peralatan dan alat penyaman udara
mestilah mampu mengekalkan suhu tetap ( seperti spesifikasi suhu yang diberikan di atas) di
sekitar kawasan peralatan.

 Jangan letak peralatan di bawah saluran udara, berhampiran tingkap, atau berdekatan sumber
haba dan sumber penyejukan . Peurunan dan kenaikan suhu 1 ° C atau lebih dalam tempoh 10
minit boleh menjejaskan prestasi peralatan.

iii. Kelembapan -

 Kelembapan persekitaran operasi mestilah di antara 40 dan 70%, dan pastikan tiada
pemeluwapan (kondensasi) berlaku.

 Mengendalikan peralatan pada kelembapan yang rendah mungkin menyebabkan pengumpulan


dan pembebasan elektrik statik, yang boleh memendekkan hayat komponen elektronik.

 Mengendalikan peralatan itu pada kelembapan yang tinggi pula mungkin menyebabkan
pemeluwapan, pengoksidaan, dan litar pintas, dan juga akan menyekat penapis pada kipas
penyejukan(cooling fan)
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 7 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

 Segala maklumat lengkap berkenaan tapak diperlukan untuk memastikan segala perancangan
dan penjadualan aktiviti penghantaran dan pemasangan dapat dilaksanakan tanpa sebarang
masalah.

 Maklumat tapak yang diperlukan adalah:

a. Laluan utama: Jalanraya, jambatan dan lebuhraya.

- mereka yang bertanggungjawab perlu memastikan semua laluan ke tapak projek tidak
terganggu dengan kesesakan lalulintas, terputus hubungan dan sebagainya.
- jika terpaksa merentasi laluan sesak, maka jadual penghantaran haruslah diluar waktu
sesak tersebut.
- pemilihan laluan yang menghubung tapak projek adalah laluan yang paling cepat, selamat
dan mudah.

b. Kemudahan Utiliti : Telefon, Surat-menyurat, Air, Gas dan Elektrik

- mereka yang bertanggungjawab perlu memastikan semua kemudahan utiliti :

i. berada berhampiran dengan sumber bekalannya


ii. berkeadaan baik dan sempurna untuk digunakan
iii. senang diubahsuai mengikut keadaan dan kesesuaian

c. Keadaan Fizikal Bangunan

- keadaan bangunan (jika berkenaan) didalam keadaan selamat dengan binaan masih kukuh
dan kuat.
- ada menyediakan kemudahan pelantar terbuka (jika berada di tingkat tinggi) atau
- ada menyediakan Lift Muatan Besar jika peralatan adalah besar dan sukar diceraikan satu
per satu.
- ada menyediakan kemudahan tangga dan forklift jika peralatan adalah kecil dan boleh
diceraikan satu per satu.

d. Ujian Tanah

- menyediakan Laporan Ujian Tanah (jika berkenaan) untuk menguji keutuhan struktur tanah
dan menguji tahap keasidan tanah jika peralatan sensitif dengan haba, kelembapan dan
asid.

e. Uji Tahap Keselamatan Bangunan

- pastikan ada Layout Bangunan dan Sijil Menduduki Bangunan untuk menilai Tahap
keselamatan dan kelulusan menduduki bangunan.
-memudahkan kerja pengubahsuaian dijalankan tanpa mengganggu binaan.
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 8 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

f. Kemudahan Keselamatan

- kemudahan peralatan keselamatan disediakan, sering diperiksa secara berkala dan boleh
digunakan.
- menyediakan laluan kecemasan
- menyediakan alat penghawa dingin

g. Perundangan

- mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan oleh DOSH, TNB, JKR dan Majlis
Bandaran.
- semua aspek perundangan yang mementingkan keberkesanan dan keselamatan.

 Selain itu, kesemua maklumat berikut juga diperlukan untuk aktiviti / proses seterusnya seperti:

a. Certificate of Fitness
- pihak berkenaan akan menyediakan semua Sijil Kelayakan yang berkenaan sebagai bukti semua
aspek keselamatan dan kesihatan dipenuhi untuk menjamin keselamatan pengguna dan
Peralatan.

b. Lukisan Teknikal dan Spesifikasi peralatan

- menyediakan layout berkenaan jika berlaku perubahan dan penambahan untuk memudahkan
kerja penyemakan.
- peralatan yang dibekalkan mestilah mengikut spesifikasi yang disyorkan supaya tidak berlaku
sebarang masalah seperti overload dan sebagainya.

c. Jadual untuk Sub-kontraktor

- untuk merangka kerja-kerja pengubahsuaian dan pendawaian


- untuk merangka kerja penghantaran barang dan peralatan
- untuk merangka kerja pemasangan barang dan peralatan

d. Kegunaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

- merangka satu siri audit keselamatan


- merangka jadual keselamatan
- merangka jadual penyelenggaraan mesin dan sebagainya

e. Sisa Pembuangan

- mengenalpasti sisa pembuangan dan cara penghapusannya


- mengubahsuai peralatan mengikut keadaan semasa supaya tidak mencemarkan alam sekitar
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 9 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

f. Pengangkutan / Syarikat Forwarding

- memilih jenis pengangkutan dan laluan yang sesuai, murah dan selamat
- mengenalpasti syarikat forwarding yang bertanggungjawab menguruskan penghantaran
- menganggarkan kos yang berkaitan

1.3 CHECK THE ROUTE FOR ANY OBSTRUCTION TO EQUIPMENT


DELIVERY
PERIKSA LALUAN DARIPADA SEBARANG HALANGAN UNTUK PROSES
PENGHANTARAN PERALATAN

 Kotak berisi peralatan biasanya akan dihantar lebih dahulu sebelum kehadiran Juruteknik untuk
proses pemasangan. Sebuah tempat yang sesuai untuk menyimpan kotak peralatan perlu
disediakan.

 Periksa samaada kotak peralatan rosak pada masa penghantaran. Perhatikan kerosakan
sebelum membenarkan Juruteknik untuk membuka kotak peralatan tersebut.

 Beri penerangan terperinci atau ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kotak peralatan
tersebut.

 Laporkan sebarang kerosakan kepada kotak peralatan itu kepada syarikat pengangkutan.

D. ENTRANCE REQUIREMENTS
KEPERLUAN LALUAN MASUK

 Tentukan laluan akses untuk proses penghantaran bekalan.

 Pemeriksaan awal bangunan dapat menunjukkan samada akses mencukupi bagi proses
penghantaran.

 Periksa laluan penghantaran ke lokasi pemasangan untuk memastikan kecukupan ruang yang
diperlukan dan menghindari semua halangan.

 Sebuah lorong kecil (tidak boleh menampung trak penghantaran), bukaan pintu yang sempit,
ketinggian yang terhad atau akses yang terhad ke kawasan penghantaran boleh menyebabkan
ketidakselesaan semasa proses penghantaran dan menghalang proses pemasangan.
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 10 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

 Periksa sama ada kotak berserta peralatan muat untuk melalui pintu masuk.

 Periksa jika terdapat sebarang gangguan dari segi tinggi, lebar, dan panjang untuk laluan akses .

 Jika pintu masuk tidak dapat menampung kotak, keluarkan peralatan dari kotak sebelum
dibawa ke dalam bilik. Jangan keluarkan peralatan daripada kotak pembungkusan melainkan
dengan kebenaran pegawai yang diberi kuasa. Pastikan semua kandungan dari kotak kekal
bersama peralatan.

 Pastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk menggerakkan peralatan di sekitar ruang yang
bersudut, ke dalam lif, atau melalui pintu.

1.4 THE NEED FOR LIFTING EQUIPMENT


PERALATAN YANG DIPERLUKAN SEMASA PROSES PENGHANTARAN

1.5 THE NEED FOR FACILITIES AT DROP POINTS


KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN DI TEMPAT-TEMPAT PENURUNAN

Adalah penting untuk mengetahui dimensi dan berat kotak berserta peralatan

untuk menentukan peralatan yang perlu digunakan untuk mengangkat barangan dan kemudahan
lain yang diperlukan di tempat-tempat penurunan semasa proses penghantaran, seperti:
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 11 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

1. Hand lifting truck

2. Hand pallet truck


COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 12 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

3. Fork lift truck - very heavy equipment

1.6 IDENTIFY REQUIRED PRE INSTALLATION PREPARATION


KENALPASTI KEPERLUAN PERSEDIAAN PRA PEMASANGAN

1.7 MONITOR SITE PREPARATION


MEMANTAU PERSEDIAAN TAPAK

SITE READINESS
KESEDIAAN TAPAK

Untuk hasil yang terbaik, dan untuk memastikan kesiapan pemasangan, pastikan persediaan
tapak / tempat pemasangan adalah lengkap dengan:

a. Mengenalpasti keperluan persediaan pra pemasangan seperti dibincangkan


di atas

b. Memantau persediaan tapak

c. Sediakan senarai semak kesediaan tapak

d. Jika penyediaan tapak itu selesai, pelanggan perlu menghubungi pejabat


penjual untuk mengaturkan tarikh pemasangan.

e. Pelanggan perlu menyediakan dokumentasi kesediaan tapak untuk


Pemasangan.
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 13 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

1.8 ISSUE SITE READINESS DOCUMENTATION FOR INSTALLATION


MENYEDIAKAN DOKUMENTASI KESEDIAAN TAPAK UNTUK
PEMASANGAN

SITE READINESS EVALUATION FACTORS CHECKLIST


SENARAI SEMAK FAKTOR PENILAIAN KESEDIAAN TAPAK

Tapak pemasangan harus dinilai sebagai sebahagian daripada proses perancangan lebih
dahulu daripada pelaksanaan pemasangan untuk memastikan hasil pemasangan yang
berjaya. Beberapa pertimbangan perlu diambilkira dalam perancangan pra-pemasangan
seperti yang digariskan di bawah:

 Tapak yang bersih atau kerja persediaan lengkap sebelum hari pemasangan.

 Menilai masa dan lokasi penghantaran peralatan.

 Mengesahkan terdapat ruang simpanan yang mencukupi untuk peralatan dan pastikan
tiada kesan buruk yang timbul ke atas pengguna lain.

 Menyelaraskan akses ke kemudahan itu beberapa jam lebih awal pada hari
pemasangan.

 Menilai bagaimana ruang akan diuruskan supaya sukarelawan boleh melakukan kerja
dengan berkesan dan cekap serta dapat mengurangkan pembaziran (contohnya,
melakukan kitar semula)

 Mengesahkan kaedah pengudaraan dan lain-lain komponen keselamatan pekerja


adalah mencukupi untuk persekitaran kerja yang selamat.
COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 14 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

CONTOH SENARAI SEMAK PRA PEMASANGAN


COURSE CODE DEB 4313 / NOTA KURSUS – K1
COURSE NAME
Muka : 15 Drp : 15
EQUIPMENT MODIFICATION

Anda mungkin juga menyukai