Anda di halaman 1dari 6

MUKADIMAH

Rambut merupakan mahkota setiap insan. Naluri


setiap manusia berkeinginan untuk memiliki
fesyen rambut tertentu seiring dengan peredaran
zaman. Namun, sebagai umat Islam kita perlu
cakna tentang beberapa larangan dalam memiliki
potongan rambut tertentu agar tidak bertentangan
dengan syariat Islam.

MAKSUD QAZA’
Secara umumnya, definisi qaza’ ialah:

َ ‫َحلْ ُق ب َ ْع ِض َّالرأ ِس د‬
‫ُون ب َ ْعض‬
Maksudnya: “Mencukur sebahagian rambut
tanpa sebahagian yang lain”.

(Lihat: Al-Misbah al-Munir, 502)

Manakala Imam al-Nawawi pula mendefiniskan


qaza’ seperti berikut:

َّ ‫ُ ُْيلَ ُق ب َ ْع ُض َرأْ ِس‬


‫الص ِ ِ يب َويُ ْ َتب ُكُ ب َ ْعض‬
Maksudnya: “Mencukur sebahagian rambut
seorang anak dan meninggalkan sebahagian
yang lain”.

(Lihat: Minhaj Syarh Muslim, 14/101)

Berdasarkan definisi di atas dapat difahami


bahawa qaza’ ialah perbuatan seseorang yang
memotong atau mencukur sebahagian rambut
dan meninggalkan sebahagian rambut yang lain
bagi tujuan mengikuti fesyen potongan rambut
tertentu.
‫‪Antara contoh potongan rambut termasuklah‬‬
‫‪fesyen yang berbentuk:‬‬

‫‪• Skin fade‬‬


‫‪• Taper fade‬‬
‫‪• Flat top‬‬
‫‪• Pompadour‬‬
‫‪• 4am fade‬‬
‫‪• Upper cut‬‬
‫‪• Under cut‬‬
‫‪• Crew cut‬‬
‫‪• Mid fade dan lain-lain‬‬

‫’‪Terdapat hadis yang melarang perbuatan qaza‬‬


‫‪seperti yang diriwayatkan oleh Ubaidullah bin‬‬
‫‪Hafs RA:‬‬

‫اّلل صىل هللا عليه وسمل يَْنْ َى َع ِن الْقَ َز ِع‪ .‬قَا َل ُع َب ْيدُ َّ ِ‬
‫اّلل‬ ‫َ َِس ْع ُت َر ُسو َل َّ ِ‬
‫الص ِ َّب َو َت َرب ُكَ هَا ُهنَا‬ ‫اّلل قَا َل ا َذا َحلَ َق َّ‬ ‫قُلْ ُت َو َما الْقَ َز ُع فَأَشَ َار لَنَا ُع َب ْيدُ َّ ِ‬
‫ِ‬
‫اّلل ا َل َنَ ِص َيتِ ِه َو َجا ِن َ ْب َرأْ ِس ِه‪.‬‬
‫شَ َع َرة َوهَا ُهنَا َوهَا ُهنَا‪ .‬فَأَشَ َار لَنَا ُع َب ْيدُ َّ ِ‬
‫ِ‬
‫الص ِ ِ يب‪ .‬قَا َل‬‫َّ‬ ‫َ‬
‫ل‬ ‫ا‬‫َ‬ ‫ق‬ ‫ا‬‫ذ‬‫َ‬ ‫َ‬ ‫ك‬ ‫ه‬
‫َ‬ ‫ي‬ ‫اّلل فَالْ َج ِاري َ ُة َوالْ ُغ َال ُم قَا َل َل أَد ِْر‬
‫ِقي َل ِل ُع َب ْي ِد َّ ِ‬
‫اّلل َوعَ َاو ْدتُ ُه فَقَا َل أَ َّما الْ ُق َّص ُة َوالْقَفَا لِلْ ُغ َال ِم فَ َال بَأْ َس ِبِ ِ َما َولَ ِك َّن‬
‫ُع َب ْيدُ َّ ِ‬
‫الْقَ َز َع أَ ْن يُ ْ َتب ُكَ ِبنَ ِاص َيتِ ِه شَ َعر‪َ ،‬ولَي َْس ِف َرأْ ِس ِه غَ ْ ُي ُه‪َ ،‬وكَ َذ ِ َل شَ ق َرأْ ِس ِه‬
‫َه َذا َو َه َذا‬
‫)‪(Riwayat al-Bukhari‬‬
Maksudnya: “Aku mendengar Rasulullah SAW
melarang qaza’. Ubaidullah berkata, aku berkata,
“Apakah qaza’ itu?” Ubaidullah mengisyaratkan
kepada kami dan berkata, “Apabila seorang anak
dicukur dan ditinggalkan rambutnya di sini dan di
sini serta di sini”. Ubaidullah mengisyaratkan
pada kami kepada ubun-ubun dan kedua sisi
kepalanya. Ubaidullah ditanya, “anak perempuan
dan anak lelaki?”. Dia berkata “Saya tidak tahu”.
Dia mengatakan, “seorang anak”. Ubaidullah
berkata aku pun kembali bertanya, maka dia
berkata rambut pelipis dan bahagian tengkuk bagi
anak lelaki tidak mengapa. Qaza’ adalah
meninggalkan rambut di bahagian ubun-ubun
sementara tidak ada rambut di kepalanya.
Demikian pula membelah rambut kepalanya
begini dan begini”.

Selain itu, terdapat larangan melakukan qaza’


dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar
R.Anhuma:

‫ قَا َل قُلْ ُت ِلنَا ِفع َو َما‬. ‫اّلل صىل هللا عليه وسمل نَ َى َع ِن الْ َق َز ِع‬ ِ َّ ‫أَ َّن َر ُسو َل‬
َّ ‫الْقَ َز ُع قَا َل ُ ُْيلَ ُق ب َ ْع ُض َرأْ ِس‬
‫الص ِ ِ يب َويُ ْ َتب ُكُ ب َ ْعض‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW
telah melarang melakukan qaza’. Aku bertanya
kepada Nafi’, apakah itu qaza’? Nafi’ menjawab
mencukur sebahagian rambut anak kecil dan
membiarkan sebahagian yang lain”.

(Riwayat Muslim)
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas jelas
menunjukkan tentang larangan perbuatan qaza’
dalam Islam iaitu memotong atau mencukur
sebahagian rambut dan meninggalkan
sebahagian yang lain.

Imam al-Nawawi menyatakan dalam


penulisannya:

‫يكره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء اكن متفرقا أو من موضع واحد‬
‫حلديث (الصحيحني) ابلْنى عنه‬
Maksudnya: “Makruh (perbuatan) Qaza’ iaitu
mencukur sebahagian kepala sama ada di tempat
yang berbeza atau di tempat yang sama
berdasarkan hadis (Bukhari dan Muslim) yang
disebut larangannya.”

(Lihat: Raudhah al-Talibin, 3/234)


PENUTUP

Kesimpulannya, para ulama telah bersepakat


bahawa qaza’ adalah perbuatan yang MAKRUH
sekiranya dilakukan pada tempat yang berbeza
atau di tempat yang sama. Walau bagaimanapun,
qaza’ diHARUSkan untuk tujuan PERUBATAN
(berbekam atau seumpamanya) dan hukum ini
terpakai ke atas lelaki dan perempuan. Umat
Islam juga perlu mengetahui bahawa menghindari
melakukan qaza’ adalah lebih baik dari
melakukannya.

Jabatan Perdana Menteri


Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

Tel. No. : 03-8870 9000


Fax No. : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Email : ukk[at]muftiwp[dot]gov[dot]my

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

t.me/pmwprasmi

@pejabatmuftiwp

Anda mungkin juga menyukai