Kedua tapak tangan harus bercantum dan hujung jari perlu menyentuh
dagu.
Kunci ini mempunyai 2 fungsi utama.
Memperhalusi:
- Menaikkan frekuensi rohani ke tahap optimum. Semakin tinggi frekuensi,
keadaan tenaga seseorang akan menjadi semakin halus, stabil dan kukuh. Apabila
seseorang bertembung dengan masalah kehidupan atau manusia lain yang
berfrekuensi rendah, frekuensi mereka juga akan tertarik dan menurun untuk
menyeimbang keadaan frekuensi sekeliling. Apabila sentiasa berhadapan dengan
suasana yang sama, lama-kelamaan frekuensi tenaga seseorang menjadi semakin
rendah dan kasar. Semakin rendah dan kasar frekuensi seseorang, akan
menyebabkan keadaan semakin serabut, kehidupan bermasalah dan mampu
membawa kerosakan pada jasad.
Take Over:
- Membuat proses ‘pengambilalihan’ bagi seluruh badan diri yang masih liar dan
diluar kawalan agar sentiasa berada dibawah penguasaan dan pengawalan rohani
sendiri.
KUNCI 99 ASMAUL HUSNA
99 Asmaul Husna:
- Menghidupkan seluruh maqam 99 Asmaul Husna.
99 Speed:
- Mempercepatkan proses kerohanian dengan mempertingkatkan kitaran
dan putaran tenaga rohani.
99 Padat:
- Memadatkan dan memfokuskan tenaga rohani agar lebih padu, jitu dan
tidak berpecah.
99 Kedalam:
- Melalui proses ‘kedalam’ atau proses eksplorasi di alam rohani bagi
mendapatkan sumber tenaga rohani yang lebih kuat dan stabil.
KUNCI KEMBALI
Kedua tapak tangan harus bercantum dan kedudukan tangan tegak diatas
ubun-ubun kepala.
Kunci Mim ini mempunyai dua kedudukan iaitu Mim Awal (kepala) dan
Mim Akhir (pusat perut). Kunci ini mempunyai 3 fungsi utama.
MIM AWAL
- ‘Alam Mim Awal’ terletak dibahagian kepala.
- Menstabilkan alam fikiran.
- Membersih dan menguatkan minda
MIM AKHIR
- ‘Alam Mim Akhir’ terletak dibahagian pusat perut.
- Menstabilkan alam kemahuan.
- Membersihkan nafsu atau kemahuan yang berlebihan.
- Membersihkan perut dari kotoran yang masuk melalui makanan dan
minuman.
MIM MEMBUKA
- Fungsi lain bagi kunci ini adalah untuk membuka maqam pada seluruh
badan zahir dan batin yang terdiri dari 365 titik maqam. Maqam yang
mampu dibuka adalah mengikut tahap tenaga ‘Aku’ yang dicapai.
KUNCI HAA
- Membina pagar atau dinding diluar badan diri kita untuk melindungi
dari serangan-serangan luar.
KUNCI BAJU BESI (BAJU PERISAI)
- Membina baju besi menyeliputi seluruh badan diri agar serangan dari
luar tidak dapat menembusi dan mencederakan badan diri kita.
KUNCI KURSANI
- Kunci ini memberi arahan agar semua badan diri yang tidak bekerja
atau pasif untuk menjadi aktif dan bertindak mengikut tugas dan fungsi
masing-masing.
KUNCI DIRI BAKAT
- Mengikis dosa yang menghimpit badan diri hasil dari perbuatan kita
mahupun kesalahan yang diwarisi melalui dosa keturunan (hukum
karma, sumpahan).