Anda di halaman 1dari 3

Fadilat dan manfaat solat

Solat boleh dilakukan oleh semua orang.Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat
senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang
tenang.Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan
kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,darah tinggi,sakit
sendi,sakit tulang,sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.
Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.
Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.
Faedah
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua
kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan
dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot otot atas dan bawah bahagian belakang
terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah.
Faedah
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa
rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab

dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah
dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran
vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal',
'pitunitary', kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan
perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Posisi ketiga
Rukuk

Faedah
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.
Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan
kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan
asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan
mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima
Sujud

Faedah
Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit.
Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata,
telinga dan hidung) dan paru-paru.'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan

dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat


peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan
sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan
tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke
seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam
Duduk di antara dua sujud

Faedah
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini
membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot
pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah
badan mereka.Posisi tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini
membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh
Sujud kedua

Faedah
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi
keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna.
Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud.

Faedah
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin)
dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan
kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Anda mungkin juga menyukai