Anda di halaman 1dari 7

ETN 6033

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.

UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KERTAS PENERANGAN 1
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
ETN 6033
COURSE CODE
SEMESTER /
06 (ENAM)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
ETN6033 MAINTENANCE TECHNOLOGY 1
COURSE NAME
STANDARD
KANDUNGAN /
1 PREPARE PREVENTIVE NEEDS ANALYSIS
CONTENT
STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:


HASIL
PEMBELAJARAN
1. Manage and prepare preventive maintenance needs and schedule based on
KURSUS /
manufacturer service manual.
COURSE
2. Select condition base monitoring and machine breakdown.
OUTCOMES
3. Confirm orally Mean Time between Failure and Mean Time to Repair

NAMA PELAJAR /
………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME
NO. KAD
PENGENALAN /IC ……………………………………………………………………………………………………………………………
NO.
KELAS / CLASS ……………………………………………………………………………………………………………………………

NAMA ……………………………………………………………………………………………………………………………
PENSYARAH /
LECTURER’S NAME ……………………………………………………………………………………………………………………………

Unit Tek. Elektronik KVBP 1 /


ETN 6033

NAMA KURSUS ETN 6033 MAINTENANCE TECHNOLOGY 1

STANDARD
1 PREPARE PREVENTIVE NEEDS ANALYSIS
KANDUNGAN

PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE MAINTENANCE)

1.1 PENGENALAN

Penyelenggaraan pencegahan adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan mengikut satu tempoh
tertentu bagi memastikan setiap peralatan yang dibekalkan berada dalam kedaaan baik dan optimum.
Ianya merangkumi aspek fizikal dan maya di mana peralatan diselengarakan secara menyeluruh dan
hasilnya peralatan tersebut akan beroperasi dengan lebih baik dan mempunyai jangka hayat lebih lama
berbanding peralatan yang tiada aktiviti penyelenggaraan.

1.2 DEFINISI

Penyelenggaraan pencegahan merupakan penyelenggaraan bersifat mencegah dan dilakukan


mengikut sela masa yang telah ditetapkan mengikut jenis kerja. Tujuan untuk mengawal kemungkinan
berlakunya kegagalan dan kemerosotan prestasi sesuatu mesin dan peralatan. Penyelenggaraan ini
dilakukan mengikut jadual ataupun sela masa yang telah ditetapkan.

Penyelenggaraan pencegahan adalah penyelenggaraan yang dilakukan secara terjadual, umumnya


secara teratur, dimana sejumlah tugas penyelenggaraan seperti pemeriksaan, pembaikan, penggantian,
pembersihan, pelupusan dan penyesuaian dilaksanakan. Ianya juga merupakan kegiatan pembaikan
dan pencegahan yang dilakukan untuk mencegah timbulnya kerosakan mesin. Mesin akan mengalami
nilai penurunan apabila dipakai terus menerus. Oleh kerana itu, pemeriksaan diperlukan dan servis
secara rutin ataupun mengikut sela masa tetentu.

Rajah 1.1 Penyelenggaraan Pencegahan

Unit Tek. Elektronik KVBP 2 /


ETN 6033

1.3 CIRI-CIRI PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Berikut merupakan ciri-ciri dalam penyelenggaraan pencegahan iaitu:

a) Ia dilakukan secara rutin dan berulang dalam sela masa yang telah ditetapkan.
b) Ia melibatkan aktiviti penyenggaraan yang mudah sehingga kompleks.
c) Pada kebiasaannya ianya melibatkan komponen yang kompleks dan sensitif.
d) Ia juga melibatkan komponen yang sentiasa bergerak.
e) Ia memerlukan peralatan penyelenggaraan yang cukup dan lengkap.

1.4 JENIS-JENIS PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

a) Penyelenggaraan berkala/berjadual

Penyelenggaraan yang dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun mesin masih boleh
beroperasi dengan baik. Penyenggaraan ini mempunyai tempoh atau sela masa yang merujuk kepada
keperluan mesin.

b) Penyelenggaraan ramalan/jangkaan

Penyelenggaraan yang dilakukan mengikut ramalan yang dibuat oleh pakar mesin. Ianya dilakukan
merujuk kepada status mesin yang beroperasi pada keadaaan yang kurang baik.

c) Penyelenggaraan secara peluang

Penyelenggaraan yang dilakukan apabila mesin mempunyai masa untuk membuat penyenggaraan tanpa
mengganggu kualiti dan kuantiti pengeluaran.

d) Penyenggaraan rekabentuk semula

Penyelenggaraan yang dilakukan merujuk rekabentuk semula untuk mesin yang sedia ada.

1.5 KEPENTINGAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

1.5.1 Pada dasarnya kerja-kerja penyenggaraan dibuat atas dua (2) sebab, iaitu:

a.  Kerja-kerja tersebut telah dirancang awal dan perlu dilaksanakan pada tarikh, tempoh yang telah
ditetapkan.
b.  Apabila bahagian pengguna mesin membuat permintaan membaiki mesin yang diluar dari kerja-
kerja yang telah dicadangkan.

1.5.2 Untuk kerja-kerja penyenggaraan pencegahan, penyelia atau kakitangan tertentu mestilah
melaksanakan kerja-kerja tersebut mengikut jadual dan dilakukan secara tersusun. Walau
bagaimanapun untuk kerja-kerja yang dibuat melalui panggilan kecemasan atau arahan daripada
pihak atasan, maka perlaksanaan kerja-kerja tersebut agak sukar untuk mendapatkan hasil yang
optimum.

Unit Tek. Elektronik KVBP 3 /


ETN 6033

1.5.3 Hal ini berlaku kerana ia dibuat diluar dari yang dirancang dan diluar dari belanjawan yang
ditetapkan. Oleh itu, sekiranya pengurusan penyenggaraan menerima aduan kecemasan dari
bahagian pengguna mesin, langkah-langkah segera perlu dibuat, begitu juga dengan permintaan
dari pihak pengurusan atas.

1.6 KEBAIKAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

a) Kurang masa pengeluaran yang tidak produktif kerana kerosakkan dapat dikurangkan.
b) Kurang menggunakan tenaga pekerja dan kemudahan senggaraan disebabkan jarang berlaku
kerosakkan yang berulang-ulang.
c) Kos baik pulih yang rendah.
d) Mutu hasil kerja yang lebih tinggi kerana alatan sentiasa berada dalam keadaan baik..
e) Kurang pelaburan modal dalam membeli alat-alat ganti yang berlebihan.
f) Mengurangkan kos senggaraan (kos buruh& bahan) dalam jangka masa panjang.
g) Keselamatan kerja yang lebih terjamin.
h) Penggunaan peralatan yang lebih lama dari jangkaan had umurnya.
i) Kawalan kerja yang lebih sistematik dengan adanya jadual-jadual senggaraan.

Rajah 1.2 : Keadaan Mesin Sebelum dan Selepas diselenggara

1.8 KESAN JIKA TIDAK MEMBUAT PENYELENGGARAAN

a) Bertambah kerosakkan pada peralatan yang disebabkan oleh kekuatan (degradation) pada
peralatan tersebut yang semakin lama bertambah.
b) Mengurangkan produktiviti
c) Merendahkan kualiti dan mutu kerja
d) Tahap pengeluaran barangan tidak menentu
e) Susutan dari segi sistem keselamatan pada loji berkenaan
g) Menyebabkan kerugian besar

Unit Tek. Elektronik KVBP 4 /


ETN 6033

1.9 REKOD PENYELENGGARAAN

1.9.1 DEFINISI REKOD PENYELENGGARAAN

Setiap penyelenggaraan yang hendak dan akan dilakukan memerlukan satu rekod
penyelengaraan.
Rekod senggaraan amatlah diperlukan kerana seseorang yang ingin melakukan penyelengaraan akan
membuat pemerhatian ke atas apa yang telah dilakukan semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh
senggaraan tersebut dilakukan.

Dengan adanya rekod ini, mudahlah seseorang itu menganalisis tentang kekerapan peralatan
tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan juga langkah yang telah dilakukan
untuk membaikpulih kerosakan tersebut.

1.9.2 JENIS-JENIS REKOD PENYELENGGARAAN

1.9.2.1 JADUAL PENYELENGGARAAN

Jadual ini diperlukan untuk juruteknik mengetahui tarikh, waktu dan perkara yang peralatan atau
bahagian yang perlu diselenggara supaya sistem berlaku dengan lebih tersusun. Antara perkara penting
yang perlu ada dalam jadual penyelenggaraan adalah :

a) Tarikh
b) Nama Mesin ataupun Bahagian
c) Perkara yang perlu diselenggara
d) Nama Pegawai yang bertanggungjawab

Rajah 1.3 : Contoh Jadual Penyelenggaraan Pencegahan

Unit Tek. Elektronik KVBP 5 /


ETN 6033

1.9.2.2 REKOD PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Rekod ini digunakan untuk merekod segala kerja yang telah dilakukan oleh juruteknik setelah
sesebuah mesin ataupun peralatan diselenggara supaya dapat diperiksa oleh jurutera ataupun pegawai
lain. Rekod ini dapat memberi maklumat kepada semua mengenai keadaan mesin tersebut dan
bilangan proses selenggara telah dibuat. Antara perkara penting yang perlu ada dalam rekod
penyelenggaraan adalah :

a) Tarikh
b) Nama mesin
c) Jenis kerosakan
d) Nama alat ganti
e) Nama juruteknik
f) Tandatangan

Rajah 1.4 Rekod Penyelenggaraan Pencegahan

Unit Tek. Elektronik KVBP 6 /


ETN 6033

1.9.2.3 BORANG LAPORAN KEROSAKAN

Borang ini adalah bertujuan untuk juruteknik melaporkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu
mesin ataupun peralatan. Borang ini biasanya diperlukan untuk memberitahu kepada jurutera ataupun
pegawai lain bahawa mesin ini pernah berlaku kerosakan dan ditukarkan peralatan alat ganti. Antara
perkara penting yang perlu ada dalam jadual penyelenggaraan adalah :

a) Nama mesin
b) Jenis
c) No. Daftar
d) Lokasi
e) Tarikh
f) Jenis Kerosakan
g) Pertukaran Alat Ganti

Rajah 1.5 Borang Laporan Kerosakan

Unit Tek. Elektronik KVBP 7 /

Anda mungkin juga menyukai