Anda di halaman 1dari 21

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM JOHOR BAHRU,

JOHOR MALAYSIA.

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SHPE2352-01 MAKMAL PENGATURCARAAN LOGIK KAWALAN (PLC)

TUGASAN : PROJEK LAMPU ISYARAT

DI SEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO MATRIK

AHMAD AZFAR BIN ABU BAKAR A20HP0009

MOHAMMAD ROHAIZAD BIN MOHD A20HP0082


YUSOF

NAMA PENSYARAH :

PM DR KHAIRNORDIN

TARIKH HANTAR: 10/7/2022

JUMLAH MARKAH
1.0 Pengenalan

Programmable Logic Controllers (PLC) adalah komputer elektronik yang mudah


digunakan (user friendly) yang memiliki fungsi kendali untuk berbagai tipe dan tingkat kesulitan
yang beraneka ragam. Definisi Programmable Logic Controller menurut Capiel(1982) adalah
sistem elektronik yang beroperasi secara digital dan didisain untuk pemakaian di lingkungan
industri, dimana sistem ini menggunakan memori yang dapat di program untuk penyimpanan
secara internal instruksi-instruksi yangmengimplementasikan fungsi-fungsi spesifik seperti logika,
urutan, perwaktuan, pencacahan dan operasi aritmatik untuk mengontrol mesin atau proses melalui
modul-modul I/O digital maupun analog.

Berdasarkan namanya konsep PLC adalah sebagai berikut:


1. Programmable, menunjukkan kemampuan dalam hal memori untuk menyimpan
program yang telah dibuat yang dengan mudah diubah-ubah fungsi atau kegunaannya.
2. Logic, menunjukkan kemampuan dalam memproses input secara aritmatik dan
logik(ALU) yakni melakukan operasi membandingkan, menjumlahkan, mengalikan,
membagi, mengurangi, negasi, ANND, OR dan lain sebagainya.
3. Controller, menunjukkan kemampuan dalam mengontrol dan mengatur proses
sehingga menghasilkan output yang diinginkan.

PLC ini dirancang untuk menggantikan suatu rangkaian relay sekuensial dalam suatu
sistem kontrol. Selain dapat diprogram, alat ini juga dapat dikendalikan dan dioperasikan oleh
orang yang tidak memiliki pengetahuan di bidang pengoperasian komputer secara khusus. PLC ini
memiliki bahasa pemrograman yang mudah dipahami dan dapat dioperasikan bila program yang
telah dibuat dengan menggunakan software yang sesuai dengan jenis PLC yang digunakan sudah
dimasukkan. Alat ini bekerja berdasarkan input-input yang ada dan tergantung dari keadaan pada
suatu waktu tertentu yang kemudian akan mengON atau mengOFFkan output-output.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

3 buah simpang A, B dan C yang terdiri daripada lampu isyarat merah, kuning dan
hijau. Apabila tiada kereta yang lalu pada ketiga-tiga simpang itu, kesemua lampu
isyarat kuning dan hijau akan menyala selama 3 saat sahaja dan kemudian lampu isyarat
merah pada ketiga-tiga simpang akan menyala sehingga ada kereta yang lalu pada salah
satu simpang tersebut. Sekiranya ada kereta yang melalui simpang A, lampu isyarat
hijau akan menyala selama 12 saat dan dalam masa yang sama lampu isyarat merah
pada simpang B dan C juga turut menyala bagi memberi laluan pada kereta di simpang
A untuk lalu. Setelah 12 saat berlalu, lampu isyarat hijau pada simpang A akan berkedip
sebanyak 3 kali dalam tempoh masa 9 saat sebelum lampu isyarat kuning menyala
selama 2 saat. Lampu isyarat merah pada ketiga-tiga simpang A, B dan C akan menyala
selama 3 saat sebelum lampu isyarat hijau pada simpang B menyala. Langkah ini
bertujuan untuk memastikan lalu lintas di simpang A, B dan C sentiasa dalam keadaan
selamat.
3.0 OBJEKTIF
Matlamat tugasan ini adalah untuk:
i. Merekabentuk sistem litar kawalan lampu isyarat simpang 3
ii. Mempelajari cara menggunakan Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC) sebagai
perkakasan dan perisian yang digunakan untuk memprogramkannya
iii. Menghasilkan sebuah pengaturcaraan dalam sistem litar kawalan lampu isyarat
simpang 3 menggunakan CX-Programmer dan CX-Designer
iv. Membuat pendawaian eletrik pada OMRON CP1E N30 dan PSU

4.0 ALATAN YANG DIGUNAKAN


BIL KOMPONEN FUNGSI
1 Programmable Logic Controller Set  Memproses isyarat yang diterima
(OMRON CP1E N30 & PSU)
daripada bahagian masukan
(isyarat masukan) dan
mengeluarkan isyarat yang telah
diproses kepada bahagian
keluaran.
 Mengawal dan menyelia semua
operasi-operasi dan
melaksanakan arahan-arahan
yang tersimpan dalam ingatan
2 Push-Button:  Suis Butang Tekan ialah
Red – Normal-Closed
komponen elektrik/elektronik
Green – Normal-Open
yang berfungsi untuk
menyambung dan memutuskan
litar yang dikuasakan oleh arus
elektrik dengan sistem kerjatekan.
3 LED  Fungsi utama LED (Light
Emitting Diodes) adalah sebagai
sumber cahaya untuk menerangi
objek dan tempat.

4 Connector Block  Connetor Block adalah


penyambung yang membenarkan
lebih daripada satu litar
bersambung ke litar lain

5 Insulated Cable Connector  Berfungsi untuk menyambungkan


wayar pada OMRON CP1E N30
& PSU

6 Cutter  Cutter digunakan untuk


memotong wayar dan memotong
kaki komponen.

7 Screwdriver & Test Pen  Test Pen digunakan untuk


menguji kewujudan voltan dalam
sesuatu litar elektrik
 Screwdriver pula digunakan
untuk memasang dan
mengetatkan screw.
8 Wire Stripper  Digunakan untuk memotong dan
membuang penebat pada wayar
penyambung.
5.0 PROSEDUR

I. Sediakan peralatan yang diperlukan untuk pendawaian pada OMRON CP1E N30
dan PSU seperti test pen, screwdriver, penjalur wayar, cutter dan sebagainya.
II. Berpandukan wiring diagram yang dibekalkan lakukan pendawaian litar pada
board yang disediakan. Pastikan wayar disambungkan pada port yang betul supaya
board dapat berfungsi dengan baik.

III. Sambungkan terminal LED dengan wayar (+ve dengan wayar Kuning) dan ( -ve
dengan wayar Hitam).

IV. Sambungkan wayar merah pada terminal positif dan wayar hitam pada terminal
negatif untuk push button START dan STOP. Manakala untuk suis pula, gunakan
wayar berwarna hitam untuk terminal positif dan wayar berwarna putih untuk
terminal negatif.
V. Setelah proses pendawaian litar selesai. Bina Leader Diagram lampu isyarat yang
bersesuaian dalam perisian CX-Programmer.

VI. Lakukan proses simulasi pada leader diagram yang telah siap untuk melihat
keputusannya.
VII.Untuk proses yang terakhir, pindahkan leader diagram yang telah siap ke dalam
perisian CX-Designed untuk melihat hasil yang sebenar.
6.0 LADDER DIAGRAM LAMPU ISYARAT SIMPANG 3
7.0 PERBINCANGAN
Semasa proses pengujian litar, kami dapati tiada masalah dan kerosakan yang
berlaku pada papan PLC yang telah kami pasang. LED menyala dengan baik,
suis/push button bertindak dengan baik. Ini menunjukkan kami berhasil memasang
dan membuat pendawaian dengan jayanya dengan bantuan Dr Khair dan pembantunya
En Ilham.
Selain itu, kami mengalami masalah untuk melakukan proses simulasi leader
diagram pada litar OMRON CP1E N30 dimana tiada sebarang tindak dapat dihasilkan.
Hal ini berpunca kerana perisian CX-Programmer yang kami gunakan adalah versi
yang lama. Lantaran itu, kami memuat turun perisian CX-Programmer yang terbaru
iaitu versi 9.73 untuk melakukan proses simulasi.

8.0 KONKLUSI
Konklusinya, di akhir tugasan ini pelajar dapat membina sistem litar kawalan
lampu isyarat simpang 3 menggunakan perisian CX- Programmer dan CX-Designed.
Selain itu, pelajar juga dapat membuat pendawaian litar pada OMRON CP1E N30
mengikut gambarajah litar yang telah disediakan oleh pensyarah. Disamping itu juga,
pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam kelas untuk membina sebuah
leader digaram lampu isyarat dengan menggunakan kaedah Interlock, Timer dan juga
Counter. Akhir sekali, pelajar dapat menyelesaikan masalah sekiranya berlaku
kerosakan pada litar OMRON CP1E N30.

9.0 RUJUKAN
 CP-series CP1E CPU Units, Cat. No. P061-E1-08, OMRON Corporation, 2009-
2013. https://www.miel.si/wp-content/uploads/2013/11/CP1E_datasheet.pdf
 Ladder Logic Basics. (n.d.). Retrieved from https://ladderlogicworld.com/ladder-
logic-basics/.
 PLC Programming | PLC Manual. (n.d.). Retrieved from
http://www.plcmanual.com/plc-programming.
 [Download] CX-One V4.51 CX-Programmer V9.73 Full Version Retrieved from:
https://plc247.com/download-cx-one-v4-51-cx-programmer-v9-73-full-version/

Anda mungkin juga menyukai