Anda di halaman 1dari 15

SHPE2022- PENGHANTAR

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN PM DR YUSRI KAMIN


SECTION 03
VOKASIONAL
KONSEP DUALITI DALAM PENDIDIKAN

Kurikulum lazim persekolahan selama 12 tahun (sekolah rendah –


sekolah menengah atas)
Pengkhususan dalam tempoh 2 – 10 tahun berikutnya
Membawa kepada 2 kelemahan

Ia tidak dapat mengukuhkan hubungan antara pendidikan


umum dengan pendidikan khusus sekiranya kedua-duanya
dilaksanakan secara berasingan
Ia menafikan kelebihan pendidikan khusus kepada pelajar yang
tidak mampu atau tidak menghadiri sekolah
Pluralist – sekumpulan ahli falsafah yang menolak pengasingan sesuatu yang bersifat
praktikal dengan dikotomi palsu seperti memisahkan minda dengan tubuh, roh dengan
jasad, teori dengan praktikal, akademik dengan bukan akademik, vokasional dengan umum

Mereka lebih bersifat Pragmatist – menghargai ‘kerja-kerja yg sempurna’. Apa saja yg


terbaik dalam pendidikan merupakan pengisian kepada tujuan, kandungan pelajaran dan
kaedah pembelajaran yang bakal disesuaikan dan diberikan kepada pelajar

Adakah anda pluralist atau pragmatist?


JENIS-JENIS PENGETAHUAN
Empat jenis pengetahuan yang bertindan dengan kegunaan pengetahuan
(Lux, 1966)

 Pengetahuan deskriptif – menjelaskan tentang sesuatu fenomena atau antara


fenomena dengan fenomena yang lain seperti yang terdapat dalam pembelajaran sains
 Pengetahuan preskriptif atau penilaian – mampu menilai sesuatu sama ada baik,
berguna, cantik atau bagus. Bidang seni dan kemanusiaan amat berkait rapat dengan
pengetahuan preskriptif
 Pengetahuan formal atau berstruktur – seperti mana yang terdapat dalam bidang
matematik dan logik
 Pengetahuan praktis – meliputi cara bertindak dengan paling berkesan untuk
mencapai sasaran yang diinginkan.
KEGUNAAN ILMU PENGETAHUAN
Broudy, Smith & Nurnett (1964) mengenalpasti 4 kegunaan ilmu
pengetahuan
 Asosiasi (associative) – proses mencapai ingatan dengan cara
menghubungkaitkan sesuatu dengan perkara (produk/peristiwa). Ia menjadi
lebih berguna kepada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang
luas dan khusus
 Replikasi (replicative) – proses mengingat semula fakta & menggunakan
kemahiran yang diperolehi
 Interpretasi (interpretive) – proses menterjemah maksud tersurat dan tersirat
 Aplikasi (applicative) – proses mengamalkan/melaksanakan apa yang diperolehi
dengan cara memilih jalan terbaik untuk tindakan selanjutnya
Pada tahap pendidikan yang lebih tinggi, pengetahuan
interpretasi & aplikasi sangat-sangat diperlukan.
Menerusi kedua-dua pengetahuan ini, situasi baru dapat
dikenalpasti, diterjemahkan maksudnya dan dipilih jalan
terbaik untuk tindakan selanjutnya
Kebanyakan proses penyelesaian masalah seperti masalah
kehidupan dapat diatasi dengan menggunakan kedua-dua jenis
pengetahuan ini. Begitu juga dengan kaedah PdPC dalam sistem
pendidikan umum dan pendidikan khusus
PRAKSIOLOGI
Berasal daripada perkataan Greek: praksi – melakukan
tindakan, ologi – pembelajaran yang sistematik
Bermaksud melakukan tindakan secara sistematik
Berbeza dengan latihan kerana latihan tidak berdasarkan
teori
Praksiologi – kunci kepada pendidikan berasaskan
pekerjaan
Perlaksanaannya adalah menggunakan atau memerlukan
pengetahuan deskriptif dan preskriptif
Ia juga bertujuan mencari keefisienan dan rasionaliti dlm
latihan
Praksiologi seharusnya dapat menjawab persoalan
“mengapa kita perlu mengikuti prosedur itu?”
Latihan tanpa praksiologi akan menyatakan “jangan
tanya mengapa, ikut je la prosedur tersebut”
Bagi praksiologi, ia akan memberikan jawapan yang
lebih daripada itu. Malah ia menyediakan sekurang-
kurangnya jawapan-jawapan tentatif seperti “apakah
prosedur yang perlu diikuti jika latihan berubah?” atau
“apakah rasional dalam menentukan kaedah yang
manakah yang lebih efisien?”,
“apakah prosedur-prosedur ini benar-benar penting?”
DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU HURAIRAH R.A.,
DARIPADA NABI SAW, BAGINDA BERSABDA:
“APABILA SESEORANG MATI, TERPUTUSLAH DARIPADANYA
AMALANNYA MELAINKAN TIGA: SEDEKAH JARIAH, ILMU
YANG BERMANFAAT DAN ANAK SOLEH YANG BERDOA
KEPADANYA.”

{Riwayat at-Tarmizi}
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai