Anda di halaman 1dari 4

Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.08.

03 (A) Page 1 of 4

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK


TAHAP A1
DUTI 13.08 : PELBAGAI PEPASANGAN DI TALIAN ATAS VOLTAN
RENDAH
TASK 13.08.03 PEPASANGAN SESALUR BEKALAN
OBJEKTIF
MEMPELAJARI DAN MENGENALPASTI JENIS DAN SAIZ-SAIZ
PENCAPAIAN PIAWAI
FIUS, TEMPAT DAN CARA PEMASANGAN FIUS DAN
PENANGKAP KILAT SERTA PEPASANGAN SESALUR
BEKALAN PADA TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH.
TAJUK SIMPAI TAMATAN PENEBAT WONPIECE
TUJUAN MEMPELAJARI CARA-CAA DAN TEKNIK MEMBUAT SIMPAI
TAMATAN PENAEBAT WONPIECE UNTUK PENGALIR
BERSALUT PVC

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.08.03 (A) Page 2 of 4

Arahan :-
Anda dikehendaki melakukan satu simpai tamatan penebat wonpiece untuk pengalir bersalut
PVC yang akan digunakan untuk pepasangan talian atas ke pengguna dengan menggunakan
pengalir besalut PVC bersaiz 6 mm² (7/1.04 mm)

1.0. Peralatan dan bahan kerja yang digunakan.

Bil
Peralatan. Kuantiti.
.
i Player ( Plier ) – saiz 6”. 1
ii Pematong Dawai ( wire Cutter ). 1
iii Tali pengukur 1
iv Pen Penanda 1
Bil Bahan Kuantiti
i. Pengalir bersalut PVC 600/1000 V
- Saiz 6 mm² Secukupnya.
Dawai penyimpai PVC saiz 1.5 mm²
ii. Penebat wonpiece 1

1.2 Keselamatan kerja.

Pastikan keselamatan semasa melakukan kerja yang berkaitan dengan tamatan penebat
wonpiece untuk pengalir bersalut PVC diberi perhatian :-

i. Keselamatan bahan kerja (Pengalir bersalut PVC) perlu diberi perhatian supaya
ianya tidak mengalami kesan luka semasa kerja-kerja simpai tamatan dilakukan
pada rumah pengguna yang beratap zink.

ii. Pastikan pemasangan penebat wonpiece dipasangkan pada jarak atau ketinggian
2.7 meter (9 kaki) dari aras tanah.

iii. Lakukan tegangan yang mencukupi pada pengalir bersalut PVC yang direntang
sebelum simpai tamatan penebat wonpiece dilakukan.

iv. Pastikan pengalir bersalut PVC tidak melebihi saiz 19/1.53 mm digunakan bagi
penebat wonpiece tersebut.

1.3 Langkah-langkah Kerja

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.08.03 (A) Page 3 of 4

i. Luruskan pengalir bersalut PVC yang panjangnya 1 meter.

ii. Masukan hujung pengalir tersebut ke dalam lubang wonpiece sepanjang 400 mm
sebagai dawai lompat (namakannya Penyalir A). Selebihnya dinamakan pengalir
B.

iii. Rapatkan pengalir A dan B serta pastiak wonpiece tidak berpusing.

iv. Masukkan dawai penyimpai sebelah atas pengalir A ke pengalir B melalui lubang
penebat wonpiece lebih kurang 250 mm.

v. Luruskan dawai penyimpai tersebut dan letak ianya ditengah-tengah pengalir A


dan B yang telah dirapatkan tadi.

vi. Dawai simpai yang selebihnya dililitkan pada pengalir A dan B.

vii. Lakukan lilitan dawai penyimpai pada pengalir A dan B sepanjang 152 mm atau
49 lilitan daripada tepi wonpiece. Patahkan pengalir A ke paras 90°.

viii. Lilitan seterusnya dilakukan pada pengalir B sepanjang 25 mm atau 17 lilitan.

ix. Dawai penyimpai yang lurus di bahagian tepi pengalir B hendaklah dililitkan
berlawanan dengan lilitan7 pusingan pada pengalir B iaitu satu lilitan sahaja.

x. Temukan kedua-dua hujung penyimpai kepada bahagia tepi pengalir B


berhadapan dengan dwai lampatan kemudian dipintal antara satu sama lain lebih
kurang 30 mm dan dipotong selebihnya.

xi. Rapatkan pintalan kepada pengalir B. Dawai lompatan yang telah dipatahkan ke
paras 90º hendaklah dibengkokan lagi hingga paras 45º.

xii. Ukur jarak 153 mm (6 inc) pada dawai lompatan dan potong yang selebihnya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.08.03 (A) Page 4 of 4

Gambar Simpai Tamatan Penebat Wonpiece Yang Telah Siap.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai