Anda di halaman 1dari 2

Hari: isnin Tarikh: 1/3/2021

Nota: Penyenggaraan dan Pemeriksaan Motor A.U Fasa Tunggal

3.1 Sebab-sebab kerja penyelenggaraan dijalankan


Terdapat beberapa sebab bagi menjalankan kerja penyenggaraan biasa pada motor iaitu :

a) Memastikan agar motor tersebut dapat dikendalikan dengan lebih cekap


b) Untuk kawalan keselamatan
c) Menggelakkan kerosakan yang mungkin berlaku, oleh yang demikian mengurangkan
perbelanjaan membaikinya.

3.2 Masa kerja penyelenggaraan dijalankan Tempoh atau berapa kerap bagi melakukan
penyenggaraan motor adalah bergantung kepada :
a) Keadaan tempat di mana motor tersebut dikendalikan
b) Tempoh masa motor dikendalikan

3.3 Pemeriksaan secara rambang Semasa melakukan penyenggaraan biasa, pemeriksaan


secara pandang dengar (visual inspection) akan dibuat terlebih dahulu sebelum
mematikan motor. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan secara
pandang dengar ialah :
a) Menentukan tidak ada gegaran dan memastikan aci berputar dengan betul
b) Bunyi bising pada motor tersebut
c) Arka-arka dan bunga api di komutator motor tersebut

Pelurusan mestilah dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul, keseimbangan pada rotor
dibuat jika ada gegaran pada motor tersebut. Menukarkan alas jika motor berbunyi bising dan
betulkan kipas motor jika ia terkena badan motor .

3.4 Penyelenggaraan pada komutator dan motor Arka-arka dan bunga api di komutator
boleh dielakkan dengan cara tersebut di bawah :
a) Membersihkan sekitar komutator.
b) Meratakan permukaan komutator.
c) Membersihkan alur-alur pada komutator.
d) Menentukan berus karbon cukup panjang di komutator atau gelang arus
e) Berus karbon mestilah bergerak dengan bebas di komutator atau gelang arus
f) Berus karbon mestilah dalam kedudukan neutral di komutator
Selepas pemeriksaan di atas dijalankan, matikan bekalan motor tersebut dan keluarkan
fius untuk keselamatan. Kemudian lakukan pemeriksaan biasa yang lain iaitu :

a) Menentukan tiada minyak pelinciran atau greasa yang berlebihan di merata-rata mesin dan
lilitan mestilah bebas dari greasa dan minyak serta membersihkan kotoran tersebut dengan
armaclean, praffin atau karbon tach
b) Selepas lilitan dibersihkan keringkan dengan kepanasan
c) Bagaimanapun alas-alas dan semua greasa nipples mestilah dimasukkan dengan grease
yang baru
d) Bersihkan segala kotoran dan habuk yang ada pada motor
e) Bersihkan ruang udara dan menentukan ia tidak tersumbat dan peredaran udara adalah baik
f) Bolt dan nut mestilah ketat.
g) Skru atau bolt dan nut bagi punca pengalir mesti diketatkan supaya litar tidak berlaku
susutan atau percikan bunga api.
h) Pelurusan pengganding hendaklah diperiksa dengan tolok perasa (feeler gauge).
i) Suis empar (centifugal) diperiksa supaya sesentuhnya akan buka semasa dalam kendalian
bagi motor fasa tunggal (capacitor start).
j) Frame atau rangka motor diperiksa supaya tiada kerosakan mekanikal terutama plat nama
(keselamatan).
k) Motor hendaklah dihindarkan dari berkarat dan dicatkan jika perlu.
l) Penghidup motor dan gear kawalan dibersihkan dan diperiksa untuk kendalian yang baik
serta sesentuh-sesentuh dibersihkan.
m) Geganti haba diperiksa untuk kendalian semasa beban lampau dan pelarasan kadaran
arusnya juga ditentukan.
n) Litar atau punat ON atau OFF bagi kawalan jauh juga diperiksa termasuk kait punca tersebut.
o) Periksa sambungan atau keterusan bumi dan pastikan dalam keadaan baik terutama apabila
konduit mudah lentur digunakan.
p) Lakukan ujian penebatan dan tentukan bacaannya tidak kurang daripada 1 Megaohm.
q) Kelembapan mungkin menyebabkan rintangan penebatannya rendah dan ia boleh dibantu
dengan menutup ruang udara apabila motor dalam kendalian. Suhunya mestilah diperhatikan
supaya tidak berlebihan.
r) Letakkan balik fius dan kendalikan motor tersebut
s) Selepas tiap-tiap penyenggaraan satu rekod disimpan dan catatan seperti tarikh dan jam
senggaraan dilakukan hendaklah dicatatkan.

Anda mungkin juga menyukai