Anda di halaman 1dari 43

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEMENTERIAN VOKASIONAL,
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM

KOD / KURSUS ETE 2022 SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

KOMPETENSI SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE REQUIREMENT


SPECIFICATIONS AND MANUALS.
2. PREPARE SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE
KOMPETENSI UNIT
TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS.
3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES INSPECTION.
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

Trainee must be able to:


1. Identify electrical appliances maintenance requirement specifications and
manuals.
HASIL 2. Prepare single phase electrical appliances maintenance tools, equipment and
PEMBELAJARAN
materials.
3. Carry out electrical appliances inspection.
4. Carry out electrical appliances maintenance.

NO KOD ETE202/K01/NK03-04
EDISI JUN/2017
MUKA : 01 DARIPADA 43
KOD JPK

TAJUK : PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU


FASA
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan penyelenggaraan peralatan dan


pembaikan peralatan elektrik satu fasa yang digunakan bagi memudahkan
kerja- kerja dirumah seperti cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, seterika
elektrik dan sebagainya

PENGESAHAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN DAN PERALATAN ELEKTRIK SATU


FASA
TUJUAN :

Kertas penerangan ini menerangan tentang pengesahan dan pengujian pepasangan elektrik
satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan.

Pepasangan satu fasa mestilah diperiksa dan diuji bagi memastikan pemasangan mematuhi
piawaian keselamatan dan menggunakan bahan-bahan atau kelengkapan yang ditetapkan.
Piawaian yang mesti dicapai adalah diliputi oleh Peraturan IEC, Peraturan Suruhanjaya
Tenaga, Peraturan Jabatan Kerja Raya, Piawaian British (BS) dan Piawaian Malaysia (MS).

Pemeriksaan dan pengujian pemasangan elektrik dijalankan bagi memastikan:-


a) Pemasangan telah dilakukan mengikut peraturan.
b) Pemasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan.

PENERANGAN :
Pemeriksaan dan pengujian ini perlu dijalankan kepada pemasangan-pemasangan
berikut:-

1. Pemasangan baru.
2. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.
3. Pemasangan sedia-ada.
4. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku
kerosakan terhadap pemasangan.
5. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.

1, KAEDAH DAN JENIS PENGUJIAN.

Pemeriksaan dan pengujian yang dilakukan tidak menjamin pemasangan dapat


digunakan dengan selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari masa kesemasa
mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak mencapai atau
memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, kerja penyenggaraan atau penggantian perlu
dilakukan.

Tempoh pengujian sesuatu pemasangan bergantung kepada jenis pendawaian, tempat


pendawaian dan pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya, tempoh pemeriksaan
sesuatu pemasangan elektrik pengguna adalah seperti berikut:-

Jenis Pemasangan Tempoh Pemeriksaan


Pemasangan domestic 5 tahun
Pemasangan pertanian 3 tahun
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Pemasangan sementara 3 bulan


Pemasangan penggera kebakaran 1 tahun
Pemasangan penggera kecemasan Tidak ditetapkan
Pemasangan panggung 1 tahun
Pemasangan stesyen minyak 1 tahun
Pemasangan masjid / gereja Setiap 2 tahun pertama
Setiap tahun jika melebihi 5 tahun
Pemasangan kedai dobi 1 tahun
Pemasangan industri Kerap-kali

Pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilakukan boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu:-
i. Pemeriksaan penglihatan.
ii. Ujian menggunakan peralatan pengujian.

1.1 Pemeriksaan Penglihatan.

1.1.1 Pemeriksaan penglihatan (visual test) dilakukan bagi mempastikan:-

i. Bahan-bahan dan kelengkapan pemasangan dipasang mengikut


piawaian yang ditetapkan (Piawaian BS / Piawaian MS).
ii. Pemasangan dijalankan mengikut Peraturan IEE / Suruhanjaya
Tenaga / JKR.
iii. Tiada kerosakan yang nyata pada pemasangan atau kelengkapan
elektrik.

1.1.2 Diantara pemeriksaan yang dilakukan pada sesuatu pemasangan adalah:-

i. Penyambungan kabel ke alat lengkap pendawaian dilakukan betul dan


sempurna.
ii. Tanda pengenalan kabel dilakukan dengan sempurna dan betul.
iii. Penggunaan jenis dan saiz kabel yang sesuai.
iv. Alat pemencilan dan perlindungan yang betul digunakan.
v. Bahagian-bahagian pemasangan dilabelkan dengan betul.
vi. Papantanda notis yang sesuai disediakan.
vii. Gambarajah dan arahan diletakkan ditempat yang sesuai.
viii. Perlindungan sentuhan terus kabel disediakan dengan betul samada
secara:-
a) Penebatan.
b) Penutup atau penahan.
c) Hadangan.
d) Dipasang pada ketinggian yang sesuai dan betul.

1.1.3 Pemeriksaan Penglihatan sebagaimana yang disyorkan oleh pihak TNB


adalah seperti berikut :

Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta kuat dan
kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal.

i. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan


terutamanya pada pendawaian tiga fasa
ii. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempat-tempat
yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan keadaan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

iii. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan


susutan voltan hendaklah diberi perhatian.
iv. Sambungan suiz kutub tunggal ke pangalir fasa sahaja.
v. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan alat-
alat kawalan yang lain.
vi. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-
lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan
Sirim.
vii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian, contohnya
bilangan point bagi sesuatu litar.

viii. Konduktor Bumi.


a) Perlindungan mekanikal.
b) Perlindungan dari karat.
c) Sambungan yang kuat ke elektrod bumi.
d) Mengikut saiz.

i. Elektrod Bumi
a) Saiz dan ukuran panjang.
b) Jenis bahan.
c) Kotak bumi (kebuk bumi).
d) Label amaran.

ii. Tanda-tanda amaran dan pengenalan:


i. Label pada suis gear dan gear kawalan.
ii. Pengenalan pada konduit dan trunking dengan cat
bewarna oren.
iii. Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V.

iii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus:


a) Perlindungan dengan halangan.
b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan.
c) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir.
d) Perlindungan dengan penahan dan penutup.
e) Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian-
bahagian hidup.

1.2 Ujian menggunakan peralatan pengujian

Mengikut Peraturan IEC, semua pemasangan elektrik perlulah dilakukan ujian-


ujian berikut:-

1. Ujian Kekutupan (Polarity Test).


2. Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).
3. Ujian Keberkesanan Pembumian (Test of Effectiveness of Earthing).
4. Ujian Keberkesanan Kendalian Pemutus Litar Arus Baki (RCD)
5, Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of Ring Circuit).

Ujian-ujian ini hendaklah dijalankan mengikut susun atur yang telah dinyatakan. Ini
adalah untuk mengelakkan bahaya kepada penguji litar.

Umpamanya jika ujian keberkesanan pembumian dijalankan dahulu, dan andaikan


penebatan antara pengalir fasa dengan bumi tidak baik, bendakerja logam akan
mengalirkan arus elektrik. Dengan ini apabila penguji litar menyentuh bahagian ini,
ia akan mengalami renjatan elektrik.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Selain daripada ujian-ujian ini, terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan pada
pemasangan elektrik (bergantung kepada keadaan dan jenis peralatan elektrik).
Diantaranya adalah Ujian Turutan Fasa (Phase Sequence Test), Ujian Kekutupan
Bekalan (Power Supply Polarity Test), Ujian Penentuan Punca Lilitan Motor (Motor
Winding Tets) dan sebagainya.

1.2.1 Ujian Kekutupan.

Ujian kekutupan dilakukan bagi menentukan:-


a. Semua fius / MCB hanya disambungkan kepada pengalir fasa.
b. Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasang pada pengalir fasa.
c. Sesentuh tepi pemegang lampu jenis skru disambungkan pada pengalir
neutral.
d. Sambungan pada soket-alir-keluar betul.

Kekutupan yang salah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana


peralatan elektrik atau alat perlindungan tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Umpamanya satu pemasangan lampu mempunyai kekutupan yang salah (pengalir
hidup disambungkan kepunca lampu). Dalam keadaan ini, lampu masih dapat
dikawal sedangkan pengaliran arus tidak dapat dikawal oleh suis. Sekiranya kerja
penyenggaraan lampu dilakukan dan pengalir hidup disentuh, ia akan terkena
kejutan elektrik.

Ujian kekutupan ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu:-


i. Kaedah litar mati.
ii. Kaedah litar hidup.

i. Ujian kekutupan dengan litar mati

Ujian ini dilakukan ketika litar tdak menerima bekalan elektrik. Ujian ini dijalankan
dengan menggunakan Jangka Ohm atau lampu penguji berbateri atau penguji
loceng berbateri.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik hendaklah ditanggalkan dari punca
sambungannya bagi mengelakkan kekeliruan ketika menguji dan penutup suis /
soket-alir-keluar dibuka, manakala semua suis (termasuk suis utama) berada
dalam keadaan buka (OFF). Akhirnya punca alat penguji disambungkan
ke punca keluaran fasa suis utama dengan punca kelengkapan yang hendak diuji.
Sekiranya kekutupan pemasangan betul, alat penguji akan berfungsi iaitu lampu
penguji menyala, loceng penguji berbunyi atau Jangka Ohm akan menunjukkan
bacaan kurang daripada 1 ohm. (jika ujian dilakukan pada suis dua hala / suis
pertengahan, kesemua punca sambungan hendaklah dicantumkan).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Rajah : 1 Ujian kekutupan dengan litar mati

ii. Ujian kekutupan dengan litar hidup.

Ujian ini dilakukan ketika litar mempunyai bekalan elektrik. Ujian ini dijalankan
dengan menggunakan Jangka Volt atau lampu penguji.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik hendaklah ditanggalkan dari punca
sambungannya bagi mengelakkan kekeliruan ketika menguji dan penutup suis /
soket-alir-keluar dibuka, manakala semua suis (termasuk suis utama) berada
dalam keadaan buka (OFF).
Akhirnya punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran neutral suis utama
dengan punca kelengkapan yang hendak diuji. Sekiranya kekutupan pemasangan
betul, lampu penguji menyala atau Jangka Volt akan menunjukkan bacaan kepada
nilai bekalan voltannya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Rajah : 2

ii. Menguji sambungan pemegang lampu jenis edison skru.


Sesentuh tepi pemegang lampu ini mestilah disambungkan pada pengalir
neutral.

Rajah : 3 Menguji sambungan pemegang lampu jenis edison skru


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

1.2.2. Ujian Rintangan Penebatan

Ujian ini dilakukan bagi menentukan ketahanan kabel pemasangan ketika menerima
bekalan elektrik. Dengan ini ia dapat memastikan tiada kerosakan berlaku pada penebat
kabel.

Ujian ini dijalankan secara litar mati dengan menggunakan Penguji Penebatan Megger
(Insulation Megger Tester). Saiz penguji yang digunakan hendaklah mermpunyai kadaran
voltan pengujian tidak kurang daripada dua kali ganda voltan bekalan. Bagi pengujian
pada voltan fasa tunggal (240 V). Penguji Penebatan Megger berkadar 500 V AT
hendaklah digunakan, manakala bagi pengujian pada voltan tiga fasa (415 V), penguji
berkadar 1000 V AT digunakan.

Bagi menguji pemasangan yang besar, semua punca litar hendaklah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil dengan setiap kumpulan mempunyai tidak lebih daripada 50
punca. Sekiranya ujian ini dilakukan pada kabel pvc, setiap kumpulan ujian perlulah
mengandungi tidak kurang dari 12.5 punca.

Terdapat dua peringkat ujian penebatan yang perlu dijalankan pada sesuatu
pemasangan iaitu:-
i. Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa.
ii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa dengan bumi.

i. Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa

Ujian ini dijalankan pada pengalir pembawa arus untuk mempastikan tiada kebocoran
arus berlaku antara pengalir-pengalir fasa.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca
sambungannya manakala semua suis (termasuk suis utama dihidupkan (ON)). Akhirnya
punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran fasa dengan punca neutral suis
utama. Sekiranya penebatan pemasangan baik, penguji perlulah merekodkan bacaan
tidak kurang dari 1 Megaohm (1 MΩ).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Rajah : 4

Ujian penebatan yang perlu dijalankan pada suatu pemasangan elektrik adalah:-

a. Untuk sistem pendawaian AT tiga wayar:-


 Antara pengalir positif dengan pengalir negative.
 Antara pengalir positif dengan pengalir neutral.
 Antara pengalir negatif dengan pengalir neutral.

b. Untuk sistem pendawaian fasa tunggal:-


 Antara pengalir hidup dengan pengalir neutral.

ii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa dengan bumi.

Ujian ini dijalankan pada pengalir pembawa arus untuk mempastikan arus bekalan tidak
bocor kepunca bumi.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca
sambungannya manakala semua suis (termasuk suis utama dihidupkan (ON)). Akhirnya
punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran fasa dan neutral suis utama dengan
punca bumi di peti fius agihan. Sekiranya penebatan pemasangan baik, penguji perlulah
merekodkan bacaan tidak kurang dari 0.5 Megaohm (0.5 MΩ).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Rajah : 5

Ujian penebatan ke atas alat-alat elektrik mudahalih.

Ujian penebatan mestilah dibuat secara berasingan daripada ujian penebatan ke


atas pemasangan elektrik.

Tatacara menjalankan ujian.

1. Sambungkan plambam penguji seperti Rajah 6 di bawah


2. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 0.5 Megaohm.

Rajah : 6 Ujian penebatan ke atas alat-alat elektrik mudahalih


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

1.2.3. Ujian Keberkesanan Pembumian

Sistem bekalan elektrik pengguna diperolehi daripada system bekalan tiga fasa
dengan pengalir nuetralnya dibumikan dipencawang. Dengan ini bui disekeliling
pengguna boleh mengalirkan arus kembali kepencawang supaya pengguna dapat
dilindungi sepenuhnya. Pergerakan arus kepencawang hanya boleh dicapai
sekiranya rintangan bumi rendah. Bagi menentukan keadaan bumi pengguna
sentiasa berada dalam keadaan baik atau rendah, ujian keberkesanan pembumian
dijalankan.

Terdapat empat jenis ujian yang biasa dilakukan iaitu:-

i. Ujian pengalir terusan bumi.


ii. Ujian galangan bumi.
iii. Ujian keberkesanan pemutus litar.
iv. Ujian rintangan elektrod bumi.

Ujian ini dilakukan bagi mempastikan pengalir terusan bumi telah disambung
dengan baik dan berkesan pada litar pemasangan. Ujian ini boleh dilakukan
dengan empat kaedah iaitu:-

a. Ujian AU.
b. Ujian pengurangan AU.
c. Ujian AT pada pemasangan AU.
d. Ujian AT pada pemasangan AT.

a. Ujian AU

Ujian ini biasanya dilakukan pada pemasangan AU yang mempunyai frekuensi yang
sama dengan frekuensi bekalan. Kadar arus menguji adalah 1.5 kali ganda arus litar-
kecil-akhir tetapi tidak melebihi 25 A.

Ujian ini dijalankan dengan mengalirkan bekalan AU tidak melebihi 40 V melalui pengalir
terusan bumi yang dicantumkan bersama salah satu pengalir pembawa arus dengan
pengalir pembawa arus dan direkodkan nilai arus dan voltan. Sekiranya pengalir terusan
bumi berada dalam keadaan baik, nilai perbezaan antara galangan pengalir (Z = V / A)
dengan rintangan pengalir ( R ), yang diukur dengan Jangka Ohm tidak melebihi 1 ohm
jika jika pengalir tembaga / pancalogam tembaga / aluminium digunakan, atau 0.5 ohm
jika conduit keluli digunakan.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca
sambungannya manakala semua suis dihidupkan (ON).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Rajah : 7

Galangan pengalir = Z = V / A

Rintangan pengalir = Z - R

b. Ujian pengurangan AU

Ujian ini biasanya dilakukan pada pemasangan AU yang mempunyai frekuensi yang
sama dengan frekuensi bekalan. Kadar arus menguji adalah kurang daripada nilai arus
litar-kecil-akhir.

Ujian ini dijalankan dengan mengalirkan bekalan AU tidak melebihi 40 V melalui pengalir
terusan bumi yang dicantumkan bersama salah satu pengalir pembawa arus dengan
pengalir pembawa arus dan direkodkan nilai arus dan voltan. Sekiranya pengalir terusan
bumi berada dalam keadaan baik, nilai perbezaan antara galangan pengalir (Z = V / A)
dengan rintangan pengalir ( R ), yang diukur dengan Jangka Ohm tidak melebihi 1 ohm
jika jika pengalir tembaga / pancalogam tembaga / aluminium digunakan, atau 0.5 ohm
jika conduit keluli digunakan.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca
sambungannya manakala semua suis dihidupkan (ON).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

c. Ujian AT pada pemasangan AU

Ujian ini dilakukan jika keputusan ujian pengalir terusan bumi dari ujian AU diperolehi
tidak memuaskan. Ujian ini hanya boleh dijalankan jika tiada pearuh dalam litar.

Ujian ini dijalankan dengan mengalirkan bekalan AT tidak melebihi 40 V melalui pengalir
terusan bumi yang dicantumkan bersama salah satu pengalir pembawa arus dengan
pengalir pembawa arus dan direkodkan nilai arus dan voltan. Sekiranya pengalir terusan
bumi berada dalam keadaan baik, nilai perbezaan antara galangan pengalir (Z = V / A)
dengan rintangan pengalir ( R ), yang diukur dengan Jangka Ohm tidak melebihi 1 ohm
jika jika pengalir tembaga / pancalogam tembaga / aluminium digunakan, atau 0.5 ohm
jika conduit keluli digunakan.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca
sambungannya manakala semua suis dihidupkan (ON).

d. Ujian AT pada pemasangan AT

Ujian ini biasanya dilakukan pada pemasangan AT dengan mengalirkan arus menguji
1.5 kali kadaran arus litar-kecil-akhir tetapi tidak melebihi 25 A, atau menggunakan
penguji tangan yang kadar arusnya tidak melebihi nilai arus yang diuji.

Ujian ini dijalankan dengan mengalirkan bekalan AT tidak melebihi 40 V melalui pengalir
terusan bumi yang dicantumkan bersama salah satu pengalir pembawa arus dengan
pengalir pembawa arus dan direkodkan nilai arus dan voltan. Sekiranya pengalir terusan
bumi berada dalam keadaan baik, nilai perbezaan antara galangan pengalir (Z = V / A)
dengan rintangan pengalir ( R ), yang diukur dengan Jangka Ohm tidak melebihi 1 ohm
jika jika pengalir tembaga / pancalogam tembaga / aluminium digunakan, atau 0.5 ohm
jika conduit keluli digunakan.

Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca
sambungannya manakala semua suis dihidupkan (ON).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

ii. Ujian Galangan Gelung Rosak ke Bumi.

Ujian ini dilakukan bagi tujuan menentukan nilai galangan gelung rosak ke bumi dan
peranti perlindungan kebocoran arus ke bumi dapat ditentukan. Nilai galangan mestilah
tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan peranti pelindung gagal berfungsi semasa
berlakunya aru bocor ke bumi.

Alat penguji

Rajah 8 : Menunjukkan rajah pengujian Galangan Gelung Fasa-Bumi

Alat penguji yang digunakan ialah Penguji Gelung Fasa-Bumi. Alat ini berkendali pada
voltan bekalan 240V a.u, di mana 3 pin disambung kepada soket alir keluar 13A bagi
mendapatkan bekalan. Pada alat penguji ini terdapat lampu penunjuk untuk kekutuban
dan keterusan yang betul atau salah.

Semasa suis penguji ditekan, arus gelung rosak ke bumi akan bermula pada punca
bekalan dan berakhir pada elektrod bumi. Arus akan mengalir melalui bahagian-bahagian
berikut :

1) Pemgalir hidup
2) Pengalir pelindung litar
3) Punca bumi pengguna dan dawai bumi pengguna
4) Bahagian-bahagian logam yang di bumikan.
5) Elektrod bumi

Jangka penguji akan mencatitkan bacaannya. Pengukuran galangan ini dilakukan


dengan mengalirkan arus ke dalam gelung rosak ke bumi. Susutan voltan akan diukur
pada perintang tetap untuk memberikan bacaan galangan.Berdasarkan hukum ohm,
formulanya adalah seperti berikut:
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Vd Vs
I = ------ maka, Z = ------
R I

Galangan sebenar (ZS) = Z – R Nilai R dan VS (bekalan) telah diketahui.

Langkah-langkah Pengujian

1) Sambungkan palam 3 pin alat penguji pada soket alir keluar dan sambungkan (ON)
suis soket tersebut.

2) Periksa sambungan pendawaian adalah betul dengan melihat lampu penunjuk neon.
Keterangan lampu penunjuk neon adalah seperti berikut:

Pendawaian betul Kekutuban terbalik Bumi tak bersambung

malap

Neutral tak bersambung Hidup tak bersambung Hidup dan Bumi terbalik

Lampu menyala Lampu tak menyala

Rajah 9: Menunjukkan keputusan lampu penunjuk neon

3) Setkan jarum penunjuk pada kedudukan infiniti (∞) dengan memusingkan nob
di belakang alat penguji.

4) Pastikan lampu penunjuk pada kedudukan L-E dan L-N menyala dimana ujian boleh
dijalankan. Tekan butang penguji dan ambilkan bacaannya.

5) Bacaan yang diambil tadi hendaklah dikira nilai galangan sebenar dengan
mengunakan formula yang telah dinyatakan diatas.

6) Sebelum menjalankan ujian, jika jarum penunjuk berada pada kedudukan angka “O”
kurang tepat, ianya boleh dilaraskan dengan memusingkan pelaras “O” dibelakang
alat penguji tersebut. Kedudukan jarum penunjuk pada angka “O” yang kurang tepat
akan memberikan nilai bacaan yang kurang tepat dan pengiraan nilai galangan juga
menjadi tidak tepat
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Kadaran Arus (ampere) Voltan litar (bekalan)

Pemutus Litar Fius 200V 220V 240V

30 15 4.4 4.9 5.3

60 30 2.2 2.5 2.6

120 60 1.1 1.2 1.3

Jadual 1 : Jadual nilai gelung fasa-bumi maksima yang dibenarkan

(f). Ujian Rintangan Elektrod Bumi.

Ujian rintangan elektrod bumi dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang ditanam
mempunyai nilai rintangan yang rendah dan mengetahui keberkesanan pembumian
sesuatu pemasangan serta menjamin keselamatan pengguna dan peralatan elektrik.
Ianya juga bagi mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu bersesuaian atau tidak.
Terdapat tiga peringkat apabila melakukan pengujian ini. Alat penguji yang digunakan
ialah Penguji Bumi.

Langkah-langkah Pengujian.

Rajah 9 : Menunjukkan cara sambungan pacang elektrod


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

i) Pengujian Peringkat Pertama.

1) Sambung alat penguji dengan mengunakan kabel bumi pada elektrod bumi sebenar
yang hendak diuji (ditanda X), dua elektrod tambahan dimana kabel berwarna kuning
disambung pada elektrod tambahan 1 (ditanda Z) dan kabel berwarna merah, pada
elektrod tambahan 2 (ditanda Y).

2) Jarak di antara elektrod sebenar dengan elektrod tambahan 1 dan 2 adalah mengikut
alat penguji yang digunakan.

i) Periksa bateri alat penguji- Setkan suis pada kedudukan “B” , tekan butang uji.
Jarum penunjuk mestilah pada kedudukan garisan biru, jika tidak ia menandakan
bateri sudah lemah dan perlu diganti.

ii) Periksa voltan pembumian- Setkan suis pada kedudukan “V” dan jarum penunjuk
mestilah menunjukkan nilai voltan kurang dari 10V (jangan tekan butang uji).

iii) Pengukuran (Ω)- Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka
menunjukkan bacaan “0”. Ambilkan (catitkan) bacaan rintangan yang ditunjukkan
oleh pelaras ohm.

3) Bagi memastikan bacaan rintangan pertama yang dilakukan tepat atau memastikan
tiada pertindihan rintangan pada X, Y dan Z, ujian peringkat kedua dan ketiga
hendaklah dilakukan.

Elektrod bumi
Elektrod tambahan
yang diuji

X Z Y
Alat Penguji Bumi

12 meter 12 meter

Rajah jarak elektrod tambahan

Rajah 10 : Menunjukkan jarak penambahan elektrod tambahan

ii) Pengujian peringkat kedua

1) Ubah jarak pancang elektrod tambahan Z dari jarak asalnya ke elektrod bumi (X) dan
elektrod tambahan Z akan menjadi Z 1.

2) Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka
“0” dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan olleh pelaras ohm.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Ubah kedudukan
elektrod tambahan
EC P Z 1 kepada
kedudukan Z 2
berhampiran
X Z1 Z elektrod tambahan Z2 Y
Y
Alat Penguji Bumi

6 meter 6 meter 6 meter 6 meter

Rajah jarak elektrod tambahan Z 2 yang diubah

Rajah 11 : Menunjukkan jarak elektrod tambahan Z2 yang diubah

iii) Pengujian peringkat ketiga.

1) Ubah jarak pancang Z1 dari jarak asalnya (Z) berhampiran ke elektrod tambahan Y
dan elektrod tambahan (Z1) akan menjadi Z2

2) Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka “0”
dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm.

Bacaan peringkat kedua dan peringkat ketiga mestilah sama dengan bacaan peringkat
pertama. Sekiranya berbeza bacaannya, ujian perlu dilakukan semula dimana jarak
elektrod bumi X dan elektrod tambahan Y dijauhkan lagi.

Nilai rintangan elektrod bumi

i) Catitkan bacaan peringkat pertama, kedua dan ketiga


ii) Campurkan semua nilai bacaan tersebut dan bahagikan dengan tiga.
iii) Nilai yang didapati adalah nilai rintangan yang sebenar.
iv) Nilai rintangan yang didapati mestilah tidak melebihi 10Ω

Nilai rintangan elektrod bumi = B1 + B2 + B3 = <10 ohm


-----------------
3

B1- Bacaan peringkat pertama


B2- Bacaan peringkat kedua
B3- Bacaan peringkat ketiga
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

1.2.4 Ujian Kendalian Peranti Bocor ke Bumi, Kendalian Arus Baki.

Ujian kendalian peranti bocor ke bumi kendalian arus baki ini dijalankan bagi memastikan
pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki dapat berkendali dalam masa yang
ditetapkan apabila arus bocor ke bumi mengalir dalam gelung rosak ke bumi pada kadar
tertentu. Masa yang diambil oleh sesuatu peranti arus baki untuk berkendali ialah 0.2
saat (200 ms) iaitu masa berkendali bukan masa belantik. Bagi peranti arus baki yang
tidak melebihi 30 mA yang dipasang bagi tujuan mengelak renjatan secara langsung,
penguji peranti arus baki ini hendaklah disetkan agar arus rosaknya pada julat 250 mA
(belantik cepat) dan peranti arus baki boleh berkendali dalam tempoh 40 ms.

Alat Penguji

Panel Lampu
hadapan neon
penunjuk

Paparan
cecair kristal
(LCD)
Suis julatan
Suis
fungsi

Butang uji.

Suis pemilih
sudut (0o ~
180o)

Rajah 12 : Menunjukkan penguji pemutus litar arus baki

Terdapat tiga langkah membuat pengujian ini, seperti tersebut :

i) Pengujian peranti pelindung arus tidak terbelantik.


ii) Pengujian peranti pelindung arus terbelantik.
iii) Pengujian Pemutus Litar Arus Baki Terbelantik Pantas.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

P-N P-N

0 0 .0 P-E P-E
TEST TEST
ms ms

Pendawaian betul
Fasa tidak bersambung

Tiada sambungan Neutral dan Bumi.

Tiada sambungan bekalan.

P-N P-N

0 0 .0 P-E P-E
TEST TEST
ms ms

Tiada sambungan Bumi Tiada sambungan Neutral

Fasa dan Neutral salah sambungan Fasa dan Bumi salah sambungan

Fasa dan Bumi dan Neutral salah sambungan Fasa dan Bumi dan Neutral salah sambungan

Lampu tidak menyala (OFF) Lampu menyala (ON)

Rajah 13 : Menunjukkan pengujian peranti perlindung arus terpelantik pantas

i) Pengujian peranti Pelindung Arus Tidak Terbelantik.

Ujian yang dilakukan semasa alat penguji sedang berkendali, pemutus litar arus baki
tidak terbalantik.

Langkah-langkah pengujian.

1. Setkan suis fungsi pada kedudukan “NO TRIP/½ rated mA” dan setkan kadaran
arus belantik mengikut arus belantik pemutus litar arus baki.

2. Tekan butang uji berterusan. Separuh (50%) kadaran dari arus belantik pemutus
litar arus baki akan mengalir melalui pemutus litar tersebut dalam masa 200 ms.
Pemutus litar bocor arus baki tidak akan terbelantik dan lampu penunjuk P-P dan
P-E akan terus menyala. Kepekaan arus tidak belantik pada pemutus litar yang
diuji adalah berkeadaan baik

3. Jika pemutus litar bocor ke bumi terbelantik disebabkan sebarang kerosakan,


lampu penunjuk P-N, P-E dan lampu penguji akan terpadam. Masa yang diambil
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

oleh alat alat penguji untuk berkendali akan ditunjukkan lebih kurang 10 saat
selepas butang uji dilepaskan.

4. Tukarkan suis pemilih sudut pada kedudukan 0º/180º dan ulang langkah no. 2
( sambungkan semula pemutus litar arus baki sebelum menekan butang uji ).

ii) Pengujian Peranti Pelindung Arus Terbelantik.

Ujian yang dilakukan semasa alat penguji sedang berkendali, peranti pelindung arus
baki akan terbelantik.

Langkah-langkah pengujian

1) Setkan suis fungsi pada kedudukan “TRIP” dan setkan kadaran arus mA mengikut
arus belantik peranti arus baki. Contohnya 100mA jika arus belantik peranti
pelindung arus baki ialah 100mA.

2) Tekan butang uji berterusan. Kadaran arus belantik (100%) akan melalui peranti
pelindung arus baki dan akan mengambil masa maksima 200 ms bagi ianya
berkendali. Setelah alat penguji berkendali, peranti pelindung arus baki akan
terbelantik dan lampu penunjuk akan terpadam.

3) Masa yang diambil oleh alat penguji untuk berkendali akan ditunjukkan lebih
kurang 10 saat selepas butang uji dilepaskan.

4) Tukarkan suis pemilih sudut pada kedudukan 0º/180º untuk melakukanujian


semula ( sambungkan semua pemutus litar arus baki sebelum menekan butang
uji). Masa bagi alat penguji berkendali adalah berbeza dari pengujian asal.

5) Jika peranti pelindung arus baki tidak terbelantik, penunjuk lampu lampu P-N dan
P-E akan terus menyala.

iii) Pengujian Pemutus Litar Arus Baki Terbelantik Pantas.

Ujian yang dijalankan pada pemutus litar arus baki yang mempunyai kadaran arus
belantik tidak melebihi 30mA yang dipasang bagi tujuan mengelakkan renjatan
sentuhan langsung.

Langkah-langkah pengujian.

1) Setkan suis fungsi pada kedudukan “FAST TRIP 250mA”. Ianya disetkan dengan
arus rosaknya menjadi 250mA dan pemutus litar arus baki dapat berkendali dalam
tempoh 40 ms.

2) Tekan butang uji berterusan. Arus 250 mA akan mengalir melalui pemutus litar
arus baki dan akan terbelantik. Lampu penunjukakan terpadam. Masa yang
diambil oleh alat penguji untuk berkendali akan ditunjukkan lebih kurang 10 saat
selepas butang uji dilepaskan.

3) Tukarkan suis pemilih sudut pada kedudukan 0º/180º bagi melakukan ujian semula
( sambungkan semula pemutus litar arus baki sebelum menekan butang uji).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Pemutus litar mestilah terbelantik pada kedua-dua ujian dilakukan dengan masa
diantara 40 ms. Jika tidak pemutus litar berkemungkinan berlaku kerosakan.

Rajah 14 : Menunjukkan ujian pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki

Kendalian Alat Penguji.

Voltan bekalan yang masuk pada belitan primer pengubah penguji ialah 220V~240V.
Penguji pemutus litar arus baki berkendali dengan mengunakan voltan 45V a.u yang
diperolehi dari belitan sekunder pengubah penurun pada alat penguji tersebut. Arus
bocor juga diperolehi daripada bahagian sekunder pengubah penurun tersebut. Arus ini
akan menyebabkan pengubah arus pada pemutus litar arus baki menjadi tidak seimbang
dan seterusnya mengaruhkan voltan dibelitan belantik. Voltan ini cukup kuat untuk
menarik suis pemutus litar ke kedudukan terpelantik.

1.2.5 Ujian Keterusan Litar Gelang

Ujian ini dilakukan bagi menentukan keterusan semua pengalir pada litar gelang. Ia
dijalankan dengan menggunakan Jangka Ohm.

Ujian ini dilakukan dengan mengukur nilai rintangan pengalir-pengalir yang membentuk
litar gelang. Terdapat dua kaedah pengujian yang boleh dilakukan iaitu:-

a. Kaedah I.

Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap pengalir
litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup (OFF) alat
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan titik tengah
litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil berdasarkan panjang litar
pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar bagi membentuk
sambungan selari pada satu daripada soket-alir-keluar. Keterusan pengalir dikatakan
baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separoh (1 / 2)
daripada nilai rintangan pada titik tengah.

b. Kaedah 2.

Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap pengalir
litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup (OFF) alat
pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan titik tengah
litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil berdasarkan panjang litar
pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar pada titik tengah bagi
membentuk sambungan selari. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai
rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separoh (1 / 2) daripada nilai
rintangan pada titik tengah.

Ketika ujian dijalankan, semua perkakasan elektrik perlulah ditanggalkan dari soket-alir-
keluar.

Rajah : 15 (Langkah 1)

Rajah : 15 (Langkah 2)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 24
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Rajah : 16 (Langkah 3)

2. PENGESAHAN PENGUJIAN

Kesempurnaan Pemasangan

Setelah kerja-kerja pemeriksaan dan ujian selesai dijalankan, sijil dan jadual rekabentuk
mesti dikeluarkan bagi menunjukkan prosedur pemasangan telah dijalankan.

Bagi pemasangan baru, dua jenis sijil dikeluarkan iaitu:-

i. Sijil Penyempurnaan.
ii. Sijil Pemeriksaan

 Sijil Penyempurnaan dikeluarkan oleh kontraktor pemasangan elektrik bagi


mengesahkan pemasangan telah diperiksa dan diuji berpandukan kepada peraturan-
peraturan serta merekodkan maklumat mengenai pemasangan yang telah dilakukan
seperti bilangan alat, kaedah pembumian, rekod pengujian dan sebagainya.
 Sijil Pemeriksaan dikeluarkan oleh Pihak Pembekal elektrik bagi menyediakan
maklumat lengkap mengenai ujian-ujian pemasangan ini.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 25
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

2.1 Peraturan IEE Mengenai Pemeriksaan dan Ujian

Bahagian 7 Peraturan IEE Edisi 16 telah menyediakan peraturan-peraturan yang perlu


dipatuhi bagi sesuatu pemasangan elektrik.

2.1.1 BAB 71 PENGESAHAN AWAL

i) 711 AM

711-01-01 Setiap pemasangan hendaklah semasa pembinaan dan / atau


penyiapan sebelum diguna untuk perkhidmatan diperiksa dan diuji
untuk mengesahkan, sejauh yang praktik bahawa kehendak Peraturan
dipatuhi. Kaedah menguji hendaklah yang sedemikian supaya tidak ada
bahaya kepada manusia, binatang ternakan atau harta benda atau
kerosakan kepada peralatan boleh berlaku walaupun jika litarnya yang
diuji itu rosak.

711-01-02 Hasil dari penilaian cirri-ciri am yang dikehendaki oleh


Bahagian 211, 312 dan 313 bersama dengan maklumat yang dikehendaki
oleh Peraturan 514-09-01 hendaklah boleh didapati oleh orang atau
orang-orang yang menjalankan pemeriksaan dan ujian.

ii) 712 PEMERIKSAAN

712-01-01 Pemeriksaan terperinci hendaklah mendahului ujian dan


hendaklah dijalankan (biasanya) dengan bahagian pemasangan
diputuskan dari bekalan.

712-01-02 Pemeriksaan terperinci hendaklah dibuat untuk mengesahkan


bahawa peralatan elektrik yang dipasang adalah:-

i. mengikut Bahagian 511 (ini hendaklah dipastikan melalui tanda


atau melalui sijil yang ditunjukkan oleh pemasang atau pengilang),
dan,

ii. dipilih dengan betul dan dibina mengikut Peraturan, dan,

iii. tidak kelihatan rosak sehingga mencacatkan keselamatan.

712-01-03 Perincian pemeriksaan hendaklah termasuk sekurang-kurangnya


penyemakan item-item berikut dimana yang relevan dengan
pemasangan dan dimana perlu semasa pembinaan:-

i. Sambungan konduktor.

ii. Pengenalan konduktor.

iii. Penghalaan kabel dalam zon keselamatan atau


perlindungan mekanikal, mengikut Bahagian
522.pemilihan konduktor untuk keupayaan membawa
arus dan kejatuhan voltan mengikut reka bentuk.

iv. Sambungan peranti berkutub tunggal untuk perlindungan


atau pensuisan dalam konduktor fasa sahaja.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 26
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

v. Sambungan yang betul soket-alir-keluar dan pemegang


lampu.

vi. Kehadiran rintangan api dan perlindungan terhadap


kesan haba.

vii. Kaedah perlindungan terhadap sentuhan langsung


(termasuk ukuran jarak dimana sesuai) iaitu:-
a. perlindungan melalui penebatan bahagian hidup.
b. perlindungan melalui halangan atau kepungan.
c. perlindungan melalui rintangan.
d.perlindungan dengan meletak jauh dari jangkauan.

ix. Kaedah perlindungan terhadap sentuhan tak langsung.


a. kehadiran konduktor pelindung.
b. kehadiran konduktor bumi.
c. kehadiran konduktor ikatan sama upaya utama.
d.kehadiran konduktor ikatan sama upaya
tambahan.
e.susunan pembumian bagi gabungan perlindungan
dan tujuan berfungsi.
f. penggunaan peralatan kelas II atau penebatan
yang bersamaan.
g. lokasi bukan konduktor (termasuk ukuran jarak
dimana yang sesuai).
h. ikatan sama upaya tepatan beban bumi.
i. pemisahan elektrik.

ix. Pencegahan daripada pengaruh bahaya bersama.

x. Pehadiran peranti bersesuaian untuk pemencilan dan pensuisan.

xi. Kehadiran peranti perlindungan bervoltan kurang.

xii. Pemilihan dan susunatur peranti pengawasan dan perlindungan.

xiii. Melabelkan litar, fius, suis dan terminal.

xiv. Pemilihan peralatan dan langkah perlindungan yang bersesuaian


kepada pengaruh luaran.

xv. Pendekatan yang mencukupi kepada pengaruh luaran.

xvi. Mempamerkan papan tanda bahaya dan lain-lain papan tanda


amaran.

xvii. Mengadakan gambarajah, arahan dan maklumat yang serupa.

xviii. Kaedah pembinaan.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 27
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

713 UJIAN

713-01 Am

713-01-01 Ujian Peraturan 713-02 hingga 713-09 dimana relevan hendaklah


dijalankan dalam urutan.

Dalam keadaan sebarang ujian yang menunjukkan kagagalan


mematuhi, ujian itu dan yang sebelumnya, yang mana hasil atau
keputusannya telah dipengaruhi oleh kerosakan yang ditunjukkan,
hendaklah diulangi setelah kerosakan itu dibetulkan.

Kaedah rujukan ujian adalah diterangkan dalam Nota Panduan


mengenai Peraturan Pendawaian yang dicetak oleh Institut Jurutera
Elektrik, tetapi penggunaan lain-lain kaedah yang membri hasil yang
tidak kurang berkesannya tidaklah boleh ditolak.

713-02 Kesinambungan konduktor pelindung

713-02-01 Setiap konduktor pelindung hendaklah diuji untuk mengesahkan


bahawa ianya baik dari segi aliran arus elektriknya dan disambung
dengan betul.

713-03 Kesinambungan konduktor litar gelang akhir

713-03-01 Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan


setiap konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar
akhir.

713-04 Rintangan penebatan

713-04-01 Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur


sebelum pemasangan disambung kepada bekalan.

713-04-02 Perhatian tertentu hendaklah diberi kepada kehadiran alat elektrik yang
disambung kepada pemasangan dan dimana perlu, peranti sedemikian
hendaklah dipencilkan supaya ianya tidak dirosakkan oleh ujian voltan
dan selepas itu diuji mengikut Peraturan 713-04-06.

713-04-03 Rintangan penebatan hendaklah juga diukur antara setiap konduktor


hidup dan bumi, konduktor PEN dalam system TN-C dikira sebagai
sebahagian bumi. Dimana sesuai, semasa pengukuran ini, konduktor
fasa dan konduktor nuteral bolehlah disambung.

713-04-04 Rintangan penebatan yang diukur dengan pengagihan ujian voltan AT


yang ditunjukkan dalam jadual 71A hendaklah dikira memuaskan jika
kotak suis dan setiap litar diuji secara berasingan dengan semua litar
akhirnya disambung tetapi dengan peralatan yang menggunakan arus
diputuskan, dan mempunyai rintangan penebatan tidak kurang
daripada nilai bersesuaian yang diberi pada jadual 71A.

713-04-05 Peralatan untuk ujian hendaklah berkeupayaan membekalkan voltan


ujian yang ditunjukkan pada Jadual 71A apabila dibebankan dengan
1 mA.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 28
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

JADUAL 71A
Nilai minimum rintangan penebatan

Voltan litar terendah Voltan ujian AT Rintangan penebatan min.


(volt) (volt) (Megaohm)
Litar bervoltan lebih rendah apabila 250 0.25
litar dibekalkan dari suatu
transformer penebatan keselamatan
(Peraturan 411-02-02 item (i) dan
juga memnuhi kehendak Peraturan
411-02-04
Hingga ked an termasuk 500 V 500 0.5
dengan pengecualian kes-kes diatas.
Melepasi 500 V hingga ke 1000 V 1000 1.0
Antara litar SELV dan litar LV yang 500 5.0
berkaitan
dengan tambahan tahan 3750 rms AT untuk 60s
ujian dimana dikehendaki
contoh 240V

713-04-06 Dimana peralatan seperti peranti elektronik diputuskan untuk ujian yang
diterangkan dalam Peraturan 713-04-01 ke 05, dan peralatan itu
mempunyai bahagian-bahagian konduktif terdedah yang dikehendaki
oleh Peraturan untuk disambung kepada konduktor pelindung,
rintangan penebatan antara bahagian-bahagian konduktor yang
terdedah dan semua bahagian yang hidup dari peralatan yang
diputuskan (arusnya) hendaklah diukur berasingan dan hendaklah
mematuhi kehendak-kehendak Piawaian British yang bersesuaian
untuk peralatan. Jika tiada Piawaian British yang sesuai, rintangan
penebatan hendaklah tidak kurang daripada 0.5 megaohm.

713-05 Penebatan yang dipakai ditapak binaan

713-05-01 Dimana penebatan dipakai ditempat binaan mengikut Peraturan 412-02


dimaksudkan untuk memberi perlindungan terhadap sentuhan
langsung, ia hendaklah disahkan bahawa penebatan itu berupaya
untuk menahan, tanpa kerosakan atau lampau kilat, suatu ujian voltan
kenaan bersamaan dengan yang dijelaskan dalam Piawaian British
bagi peralatan jenis yang diuji yang serupa.

713-05-02 Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak langsung disediakan oleh


penebatan tambahan yang dikenakan kepada peralatan semasa
pembinaan mengikut Peraturan 413-03, ia hendaklah disahkan oleh
ujian:
i. bahawa kepungan penebatan memberi tahap perlindungan tidak
kurang daripada IP2X (BS 5490), dan

ii. bahawa kepungan penebatan berkeupayaan menahan tanpa


kerosakan atau lampau kilat (flashover), ujian voltan kenaan
bersamaan dengan yang dijelaskan dalam Piawaian British bagi
peralatan yang diuji jenis yang serupa.

713-06 Perlindungan dengan pengasingan litar


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 29
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

713-06-01 Dimana perlindungan terhadap kejutan elektrik disediakan oleh SELV,


pematuhan dengan kehendak-kehendak Peraturan 411092 dan 471-02
hendaklah disahkan melalui pemeriksaan ujian.

713-06-02 Dimana perlindungan terhadap kejutan elektrik disediakan melalui


pengasing elektrik, pematuhan dengan kehendak Peraturan 413-06
hendaklah disahkan melalui pemeriksaan ujian.

713-07 Perlindungan terhadap sentuhan langsung melalui halangan, atau


kepungan yang disediakan semasa pembinaan

713-07-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan langsung dimaksudkan untuk


diberi oleh halangan / sekatan atau kepungan yang disediakan semasa
pembinaan mengikut Peraturan 412-03 ia hendaklah disahkan melalui
ujian bahawa setiap kepungan atau halangan menanggung tahap
perlindungan tidak kurang daripada IP2X atau IP4X mengikut
kesesuaian dimana Peraturan itu mengkehendakinya demikian.

713-08 Penebatan lantai dan dinding bukan konduksi

713-08-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan langsung hendaklah


disediakan oleh lokasi bukan konduksi yang dimaksudkan untuk
mematuhi Peraturan 413-04 dan 471-10, rintangan lantai dan dinding
lokasi kepada konduktor pelindung utama pemasangan hendaklah
disukat / ukur tidak kurang tiga takat pada setiap permukaan yang
relevan, yang mana satu daripadanya hendaklah tidak kurang 1 m dan
tidak lebih 1.2 m dari mana-mana bahagian konduktor luar lokasi
tersebut. Ukuran dua yang lain hendaklah dibuat pada jarak yang lebih
jauh.

713-08-02 Sebarang penebatan atau susunan penebatan bahagian konduktor


berlebihan yang dimaksudkan untuk memenuhi Peraturan
413-04-07 (iii):-
i. apabila diuji pada 500 V AT hendaklah tidak kurang dari 0.5 megaohm,
dan
ii. hendaklah mampu menahan suatu ujian voltan sekurang-kurangnya
2 kV rms AT dan
iii. hendaklah tidak meluluskan kebocoran arus melebihi 1 mA dalam
keadaan penggunaan biasa.

713-09 Kekutuban

713-09-01 Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia hendaklah mengesahkan


bahawa:-
i. setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung
disambung dalam konduktor fasa sahaja.
ii. bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu skru Edison kepada BS
6776 didalam litar yang mempunyai konduktor nuteral terbumi
mempunyai kontak luaran atau yang diskru kepada konduktor nuteral.
iii. pendawaian telah disambung dengan betul kepada soket-alir-keluar
dan aksesori yang serupa.

713-10 Impedans gelong kerosakan bumi

713-10-01 Dimana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 30
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

pengetahuan tentang impedans gelong kerosakan bumi, impedans


yang relevan hendaklah disukat untuk menentukan kaedah alternative.
Dimana kaedah alternative yang diterangkan dalam Peraturan 413-02-
12 (lihat Jadual 41C) digunakan, impedans litar konduktor pelindung
yang berkenaan hendaklah disukat / ukur.

713-11 Rintangan elektrod bumi

713-11-01 Dimana langkah-langkag perlindungan digunakan yang memerlukan


pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi, ini hendaklah di sukat /
ukur.

713-12 Operasi peranti kendalian arus bumi

713-12-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak langsung hendak


disediakan oleh peranti arus baki, kekesanannya hendaklah disahkan
melalui ujian yang menyerupai keadaan kerosakan yang sesuai dan
beban daripada mana-mana kemudahan ujian yang digabungkan
didalam peranti.

2.1.2 BAB 72 PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA PEMASANGAN

721 AM

721-01-01 Kehendak-kehendak relevan Ban 71 hendaklah dipakai kepada


pindaan dan tambahan.

721-01-02 Ia hendaklah disatukan bahawa setiap pindaan dan tambahan


mematuhi Peraturan dan tidak merosakan keselamatan yang sedia
ada.

2.1.3 BAB 73 PEMERIKSAAN DAN UJIAN BERKALA

731 AM

731-01-01 Pemriksaan dan ujian berkala setiap pemasangan dimana diperlukan


hendaklah dijalankan mengikut kehendak-kehendak bab ini.
731-01-02 Pemeriksaan yang terdiri daripada pengawasan pemasangan yang
cermat hendaklah dijalankan tanpa membuka atau membuka
sebahagian seperti yang diperlukan, ditambah dengan ujian untuk
mengesahkan pematuhan dengan Bahagian 731 dan 732 dan sejauh
mungkin untuk menyediakan:
i. keselamatan orang dan binatang ternakan terhadap kesan kejutan
elektrik dan kebakaran, mengikut Peraturan 120-01, dan
ii. perlindungan terhadap kerosakan kepada harta benda oleh kebakaran
dan haba ekoran kerosakan pemasangan, dan
iii. mengenalpasti yang pemasangan tidak rosak atau merosot hingga
boleh menjejaskan keselamatan, dan
iv. mengenalpasti yang kerosakan pada pemasangan atau ketidakpatuhan
kepada kehendak-kehendak Peraturan yang boleh meningkatkan
bahaya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 31
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

732 Pemeriksaan dan Ujian

732-01-01 Kekerapan pemeriksaan berkala dan ujian sesuatu pemasangan


hendaklah ditentukan oleh jenis pemasangan, kegunaannya dan
operasinya, kekerapan penjagaannya, dan pengaruh luaran yang ianya
tertakluk.

732-01-02 Pemeriksaan dan ujian hendaklah yang tidak mendatangkan bahaya


kepada manusia atau binatang ternakan dan yang tidak menyebabkan
kerosakan kepada harta-benda dan peralatan walaupun litarnya luar.

732-01-03 Hasil pemeriksaan dan ujian berkala hendaklah dicatat pada satu
laporan, dan ditandatangani mereka yang menjalankannya atau orang-
orang yang diberi kuasa berbuat demikian yang bertindak bagi pihak
dan disampaikan kepada pemula yang memohon pemeriksaan
pengikut seksyen 774 Peraturan yang berkaitan.

2.1.4 BAB 74 PERSIJILAN DAN LAPORAN

741 AM

741-01-01 Berikutan pengesahan awal yang dikehendaki oleh Bab 71 atau Bab
72. Sijil Penyempurnaan dan Pemeriksaan dalam bentuk borang yang
dikemukakan dalam Lampiran 6 hendaklah diberi kepada orang yang
mengarahkan kerja.

741-01-02 Berikutan Pemeriksaan dan Ujian Berkala yang diterangkan dalam Bab
73, suatu laporan keatas dapatan pemeriksaan dan ujian berkala
hendaklah diberi oleh orang yang menjalankan pemeriksaan atau
orang yang diberi kuasa bertindak bagi pihaknya kepada orang yang
mengarahkan kerja.

742 Pengesahan Awal

742-01-01 Pemeriksaan hendaklah mematuhi dengan kehendak-kehendak Bab 71


dan sebarang kerosakan atau tinggalan yang didedahkan oleh
pemeriksaan hendaklah dibetulkan sebelum Sijil Penyempurnaan dan
Pemeriksaan dikeluarkan.

742-01-02 Sijil Penyempurnaan dan Pemeriksaan hendaklah ditandatangani oleh


orang atau orang-orang yang cekap yang menyatakan bahawa
pemasangan telah direkabentuk, dibina dan diperiksa dan diuji
mengikut Peraturan.

743 Pindaan Dan Tambahan

743-01-01 Kehendak-kehendak Bahagian 742 bagi pengeluaran Sijil


Penyempurnaan dan pemeriksaan hendaklah meliputi semua kerja
pindaan dan tambahan. Apa-apa kerosakan ataupun tinggalan yang
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 32
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

didedahkan dalam kerja itu hendaklah dibaiki atau dibetulkan sebelum


laporan Penyempurnaan kerja dikeluarkan. Kontraktor atau orang-
orang lain yang bertanggung-jawap bagi kerja-kerja baru itu, atau
orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, hendaklah
melaporkan secara bertulis kepada orang yang mengarahkan kerja
pembaikan atau pembetulan akan sebarang kecacatan yang didapati
berkaitan dengan bahagian-bahagian pemasangan yang ada.

744 Pemeriksaan Dan Ujian Berkala

744-01-01 Hasil dan tempoh Pemeriksaan dan Ujian Berkala mengikut Bab 73,
sesuatu pemasangan atau mana-mana bahagian darinya, hendaklah
direkodkan dan diberi kepada orang yang membuat pemeriksaan atau
kepada orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau
orang yang mengarah pemeriksaan itu dijalankan.

744-01-02 Keadaan merbahaya yang timbul dari ketidakpatuhan Peraturan


bersama dengan sebarang penghadan Pemeriksaan dan Ujian
mengikut Bahagian 732 hendaklah direkodkan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 33
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

2.2 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 MENGENAI PEMERIKSAAN DAN UJIAN

2.2.1 Peraturan 11.

(1) Tiada pendawaian atau pendawaian semula sesuatu


pemasangan atau Tambahan pada pepasangan yang sedia ada
boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian
Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu
daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut
mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa tiada kelulusan diperlukan bagi tambahan


pada pendawaian yang sedia ada bagi pepasangan domestik jika
jumlah arus yang digunakan pada satu-satu masa oleh
pepasangan itu, disebabkan tambahan itu, tidak melebihi
permintaan arus maksimum seperti yang dipersetujui dalam
kontrak bekalan antara pemunya dengan pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan.

(2). Cara menghitung permintaan arus maksimum bagi


pepasangan domestik dalam sub-peraturan (1) hendaklah yang
ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

2.2.2 Peraturan 12.

(1) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pemasangan


yang menerima bekalan fasa tunggal daripada pemegang lesen
atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah dibawah penyeliaan langsung Pendawai
dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga Fasa, dan
apabila siap pepasangan itu, Pendawai tersebut hendaklah
memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan penyiapan.

(2) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan,


dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa
daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan mengikut
mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibawah penyeliaan
langsung Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa, dan apabila siap
pepasangan itu, Pendawai tersebut hendaklah memperakukan
suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

(3) Bagi maksud peraturan ini dan sub-peraturan 13 (1) dan (2),
Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga fasa,
mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diambil kerja
sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian
Persendirian.

2.2.3 Peraturan 13.

(1) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu


pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada
seperti dalam sub-peraturan 12 (1) itu, pepasangan itu hendaklah
diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh
Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk
menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah
mengesahkan Perakuan bagi pepasangan itu.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 34
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

(2) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan


atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada seperti dalam
sub-peraturan 12 (2), pepasangan itu hendaklah diuji oleh
Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk
menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah
mengesahkan Perakuan bagi pepasangan itu.

(3) Apabila siap pemasangan atau tambahan kepada pepasangan


yang sedia yang dikendalikan pada voltan yang lebih tinggi
daripada voltan rendah itu, pepasangan itu hendaklah diuji oleh
Jurutera Perkhidmatan Elektrik, yang diambil kerja sepenuh masa
oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dan yang hendaklah
mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

2.2.4. Peraturan 14.

(1) Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian


dalam Peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam
Borang G dan H, yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(2) Tiada pepasangan, selain daripada dalam pereaturan 11, boleh


menerima bekalan tenaga daripada atau diberi bekalan tenaga
oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sehingga
Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian
dikemukakan oleh pemunya atau pengurusan pepasangan itu
kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 35
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

BORANG G
(peraturan 14)

KERAJAAN MALAYSIA

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

PERAKUAN PENYELIAAN DAN PENYIAPAN

Kepada: ………………………………………………………………………………………………….
(Nama dan alamat pemunya / pengurusan pepasangan) (lihat nota sebelah)

BAHAGIAN I: PERINCIAN PEPASANGAN

Klien:

Alamat:

Pepasangan ini ialah suatu Pepasangan Baru / Tambahan / Pengubahan kepada Pepasangan
yang sedia ada*

BAHAGIAN 2: PENYELIAAN DAN PENYIAPAN

Saya, orang kompeten yang bertanggungjawap (sebagaimana yang ditunjukkan oleh tandatangan
saya dibawah) bagi penyeliaan dan penyiapan kerja elektrik dalam pepasangan di atas dalam
Bahagian I, yang butir-butirnya seperti yang diperihalkan dalam Jadual Lukisan dalam Bahagian 3,
MEMPERAKUI bahawa kerja tersebut yang baginya saya bertanggungjawap adalah sepanjang
yang saya ketahui dan percayai mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 36
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

Takat liabiliti penandatangan adalah terhad kepada kerja elektrik yang diperihalkan di atas dalam
Bahagian 1 sebagai subjek Perakuan ini.

Bagi penyeliaan dan penyiapan kerja elektrik:

Nama (Dengan Huruf Besar): Perakuan Kekompetenan:


Pendawai Sekatan Fasa
Tunggal / Fasa Tiga

Bagi Pihak: Perakuan Kekompetenan No.:

Alamat:

Tandatangan: Tarikh:
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 37
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

BAHAGIAN 3: JADUAL LUKISAN

Setiap lukisan yang disenaraikan dibawah hendaklah mengandungi akujanji yang berikut:

Saya, dengan ini, mengesahkan bahawa kerja elektrik yang disenaraikan dalam lukisan ini telah
saya selia dan siapkan mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Nama:

Pendawai Sekatan Fasa Tunggal / Fasa Tiga*

Perakuan Kekompetenan:

Perakuan kekompetenan No.:

Bagi Pihak:

Alamat:

Tandatangan: Tarikh:

(a)

(b)

(c)

(d)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 38
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

(e)

NOTA:

1. Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan yang dikehendaki oleh peraturan 12 Peraturan-Peraturan


Eletrrik 1994 hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh orang kompeten berkenaan dengan
penyeliaan dan penyaiapan kerja elektrikl.

2. Perakuan ini akan menunjukkan tanggungjawap bagi penyeliaan dan penyiapan kerja elektrik,
sama ada yang berhubungan dengan pepasangan baru atau kerja selanjutnya pada
pepasangan yang sedia ada.

3. Apabila membuat dan menandatangani perakuan bagi pihak syarikat atau entity perniagaan
yang lain, individu hendaklah menyatakan orang yang diwakilinya.

4. Perakuan tambahan mungkin dikehendaki sebagai penjelasan bagi kerja elektrik yang lebih
besar atau rumit.

5. Tandatangan yang diturunkan ialah tandatangan orang kompeten yang diberikuasa oleh
syarikat
yang melaksanakan kerja penyeliaan dan penyiapan kerja elektrik.

6. Nombor mukasurat bagi setiap helaian hendaklah ditunjukkan bersama-sama dengan jumlah
bilangan mukasurat yang terlibat.

7. Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakan Perakuan penyeliaan dan


Penyiapan dan perakuan Ujian (Borang G dan H Jadual pertama) kepada pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi menerima tenaga
daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

8. Apabila diterima Perakuan tersebut dalam perenggan (7) diatas, pemegang lessen atau pihak
berkuasa bekalan hendaklah mulai dari itu membekalkan tenaga seperti yang di minta oleh
pemunya atau pengurusan pepasangan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 39
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

* Potong mana-mana yang tidak berkenaan

BORANG H
(peraturan 14)

KERAJAAN MALAYSIA

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

PERAKUAN PENYELIAAN DAN PENYIAPAN

Kepada: ………………………………………………………………………………………………….
(Nama dan alamat pemunya / pengurusan pepasangan) (lihat nota sebelah)

BAHAGIAN I: PERINCIAN PEPASANGAN

Klien:

Alamat:

Pepasangan ini ialah suatu Pepasangan Baru / Tambahan / Pengubahan kepada Pepasangan
yang sedia ada*

BAHAGIAN 2: UJIAN

Saya, orang kompeten yang bertanggungjawap (sebagaimana yang ditunjukkan oleh tandatangan
saya dibawah) bagi ujian pepasangan dalam Bahagian I, yang butir-butirnya seperti yang
diperihalkan dalam Jadual Lukisan dalam Bahagian 3 dan Jadual Keputusan Ujian dalam
Bahagian 4, MEMPERAKUI bahawa pepasangan di atas yang baginya saya bertanggungjawap,
adalah sepanjang yang saya ketahui dan percayai mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994,
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 40
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

dan bahawa pepasangan tersebut di atas telah siap dan selamat untuk menerima tenaga daripada
atau diberi tenaga oleh pemegangh lessen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana
yang berkenaan.
Takat liabiliti penandatangan adalah terhad kepada pepasangan yang diperihalkan di atas dalam
Bahagian 1 sebagai subjek Perakuan ini.

Bagi Ujian Pepasangan:

Nama (Dengan Huruf Besar): Perakuan Kekompetenan:

Bagi Pihak: Perakuan Kekompetenan No.:

Alamat:

Tandatangan: Tarikh:
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 41
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

BAHAGIAN 3: JADUAL LUKISAN

Setiap lukisan yang disenaraikan dibawah hendaklah mengandungi akujanji yang berikut:

Saya, dengan ini, mengesahkan bahawa kerja elektrik yang disenaraikan dalam lukisan ini telah
saya selia dan siapkan mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Nama:

Pendawai Sekatan Fasa Tunggal / Fasa Tiga*

Perakuan Kekompetenan:

Perakuan kekompetenan No.:

Bagi Pihak:

Alamat:

Tandatangan: Tarikh:

(a)

(b)

(c)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 42
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

(d)

BAHAGIAN 4: JADUAL KEPUTUSAN UJIAN

(a)

(b)

(c)

(d)

NOTA:

1. Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan yang dikehendaki oleh peraturan 12 Peraturan-Peraturan


Eletrrik 1994 hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh orang kompeten berkenaan dengan
penyeliaan dan penyaiapan kerja elektrikl.

2. Perakuan ini akan menunjukkan tanggungjawap bagi penyeliaan dan penyiapan kerja elektrik,
sama ada yang berhubungan dengan pepasangan baru atau kerja selanjutnya pada
pepasangan yang sedia ada.

3. Apabila membuat dan menandatangani perakuan bagi pihak syarikat atau entity perniagaan
yang lain, individu hendaklah menyatakan orang yang diwakilinya.

4. Perakuan tambahan mungkin dikehendaki sebagai penjelasan bagi kerja elektrik yang lebih
besar atau rumit.

5. Tandatangan yang diturunkan ialah tandatangan orang kompeten yang diberikuasa oleh
syarikat
yang melaksanakan kerja penyeliaan dan penyiapan kerja elektrik.

6. Nombor mukasurat bagi setiap helaian hendaklah ditunjukkan bersama-sama dengan jumlah
bilangan mukasurat yang terlibat.

7. Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakan Perakuan penyeliaan dan


Penyiapan dan perakuan Ujian (Borang G dan H Jadual pertama) kepada pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi menerima tenaga
daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

8. Apabila diterima Perakuan tersebut dalam perenggan (7) diatas, pemegang lessen atau pihak
berkuasa bekalan hendaklah mulai dari itu membekalkan tenaga seperti yang di minta oleh
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 43
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK03-04
Drpd/of : 43

pemunya atau pengurusan pepasangan.

* Potong mana-mana yang tidak berkenaan

SOALAN :
1. Nyataka 5 perkara yang perlu dipreksa semasa menjalankan ujian pemeriksaan
penglihatan pada pendawaian satu fasa.
2. Nyataka 5 jenis ujian yang perlu dilakukan dengan menggunakan peralatan pengujian
pada pendawaian satu fasa.
3. Apakah tujuan Ujian Kendalian Peranti Bocor ke Bumi dilakukan?.
4. Setelah kerja-kerja pemeriksaan dan ujian selesai dijalankan, sijil dan jadual
rekabentuk mesti dikeluarkan bagi menunjukkan prosedur pemasangan telah
dijalankan. Namakan 2 jenis borang yang biasa dikeluarkan untuk tujuan seperti
diatas.
5. Apakah kelayakan minima bagi seseorang berkelayakan mengikut Peraturan-
Peraturan Elektrik yang layak mengisi borang seperti diatas bagi pepasangan
pendawaian satu fasa?

RUJUKAN:
1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,
Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN


ELEKTRIK DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI
KEDUA, IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

Anda mungkin juga menyukai