Anda di halaman 1dari 9

Mengesan kerosakan dan baikpulih

Kerosakan elektrik

1. Motor mengeluarkan bunyi bising dan gegaran yang kuat

2. Motor panas dan kadang-kala berasap

3. Motor jenis pemutar berlilitan beroperasi kurang daripada kelajuan yang


ditetapkan walaupun tanpa beban

4. Getaran yang kuat

5. Kenaikan suhu yang tinggi dalam belitan pemegun dan badan motor

6. Motor tidak dapat dihidupkan

7. Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja dihidupkan

8. Motor panas di bahagian - bahagian tertentu

Kerosakan 1

Motor mengeluarkan bunyi bising dan gegaran yang kuat

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN

1 Aci tidak berputar dengan betul di alas rola Periksa penjajaran aci

2 Gegaran disebabkan oleh pemutar tidak Asingkan motor dari mesin dan
seimbang atau gegaran berpunca dari mesin jika masih berbunyi atau gegar
yang dipandu ketika bersendirian, pemutar
hendakla diseimbangkan
semula serta periksa bar-bar
yang longgar dan patah

1
3 Jarak kelegaan tidak sama di sekeliling antara Pastikan pemutar diletakkan
pemegun dan pemutar betul pada pusatya dan
gantikan yang baru jika perlu
untuk pemusatan yang betul

4 Motor memandu mesin melalui pengganding Periksa penjajaran dengan


yang tidak kemas tolok perasa dengan
memutarkan pengganding
perlahan-lahan dan ketat jika
perlu

5 Kemasukan bendasing Keluarkan bendasing dari


motor dan sesendal dalam
keadaan baik

6 Kerosakan pada bearing Gantikan dengan yang baru

2
Kerosakan 2

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN


1 Motor beroperasi dalam lebihan yang berat Kurangkan beban jika terlebih

2 Kedudukan motor tidak sesuai di mana Baiki kawasan motor supaya


peredaran udaara tersekat dapat peredaran udara yang
serta bersihkan ruang udara
motor
3 Motor beroperasi dalam voltan dan frekuensi Perbetulkan voltan dan
yang tidak sesuai frekuensi mengikut plat motor
4 Bearing terlalu keras Catat suhu bearing. Periksa
geseran mengunakan pemutar
serta perbetulkannya. Sahkan
jenis pelincir pada bearing
5 Motor tersebut memandu melalui tali sawat Periksa ketegangan dan
longgarkan jika terlalu ketat
6 Gris berbeza daripada yang disyorkan oleh Bersihkan sistem pelinciran
pengilang motor dan gris semula dengan bahan
tertentu
7 Gris berlebihan di bearing Keluarkan gris lama dan
gantikan gris baru sebanyak

1
/2 - 3/4 isipadu ruang
8 Kelunturan sifat pelincir Disebabkan oleh suhu bearing
tinggi, bendasing dalam gris
dan gris tidak ditukar.
Tukarkan gris baru
9 Pengganding tidak kemas Penggandung dijajar dan diikat
dengan kemas
10 Daya tujah mesin yang dipandu Pastikan aci mempunyai jarak
bergerak sepangjang paksi

3
Kerosakan 3

Motor jenis pemutar berlilitan beroperasi kurang daripada kelajuan yang ditetapkan
walaupun tanpa beban

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN


1 Terdapat litar terbuka di pemutar termasuk kabel Perbaiki litar setelah
ke panel kawalan mengesan kerosakan
tersebut

Kerosakan 4

Getaran yang kuat

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN


1 Pengganding yang tidak kemas Penjajaran pengganding
dibetulkan dan diikat
dengan kemas
2 Pemutar tidak disambung Periksa punca dan pemutar
dikeluarkan untung
diimbangkan semula
3 Bearing tidak dipasang dengan betul Periksa nombor bearing
dan betulkan kedudukan
bearing
4 Voltan bekalan tidak seimbang Disebabkan
ketidakseimbangan bebas.
Pastikan semua
sambungan betul dan
kemas serta voltan
seimbang semula

4
Kerosakan 5

Kenaikan suhu yang tinggi dalam belitan pemegun dan badan motor

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN


1 Lebihan beban Kurangkan beban
mekanikal mengikut
keupayaan motor
2 Kenaikan arus disebabkan oleh voltan rendah Periksa punca bekalan dan
naikkan semula voltan
mengikut kadaran
3 Voltan bekalan tidak seimbang Pastikan punca bekalan
adalah kemas dan voltan
diimbang semula
4 Suhu sekeliling yang tinggi Pastikan peredaran udara
di sekitar motor baik
5 Peredaran udara sejuk yang tersekat oleh habuk Cuci saluran penyejuk dan
pastikan tidak tersumbat

Kerosakan 6

Motor tidak dapat dihidupkan

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN


1 Motor tidak dapat mengatasi geseran yang terlau Periksa geseran bearing
kuat ketika ia ula dihidupkan motor serta pelinciran serta
penjajaran pengganding
antara motor dengan mesin
2 Voltan rendah Periksa voltan dengan plat
nama dengan voltan dan
diubah supaya sama
dengan voltan di motor

Kerosakan 7

5
Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja dihidupkan

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN


1 Voltan Penguja rendah Tinggikan nilai
pengujaannya
2 Litar terbuka atau terpintas di medan motor Gunakan penunkuk kutub
untuk mengesan litar
pintas
3 Perubahan beban terlalu ketara Rujuk pada bahagian
mekanikal bagi mengawal
beban

Kerosakan 8

Motor panas di bahagian-bahagian tertentu

BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN

1 Panas di pemegun yang mungkin disebabkan Periksa kedudukan


oleh pemutar yang terkeluar dari titik pusatnya pemutar. Bearing ditukar
jika perlu

2 Panas tertumpu pada satu atau lebih belitan Periksa belitan motor

3 Panas tertumpu di belitan medan Periksa belitan medan

Penyenggaraan motor

Sebab bagi penyenggaraan

1. Menentukan motor tersebut dikendalikan dengan cekap

2. Untuk keselamatan pengguna

3. Mengelakkan kerosakan yang teruk

6
Perkara yang harus dipehatikan secara pandang dengar :

1. memastikan tiada gegaran dan aci berutar dengan betul

- Penjajaran mesti dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul.

- Keseimbangan pada pemutar perlu dibuat dengan betul.

2. Tiada bunyi bising paad pemutar

- Menukarkan bearing jika motor berbunyi bising. Betulkan kipas motor jika ia
terkena penutup hujung kuk.

3. Tiada arka - arka dan bunga api di penukar tertib

- Arka - arka bunga api dipenukar tertib boleh dielakkan dengan;

a) Membersih dan meratakan penukar tertib

b) Membersihkan alur - alur penukar tertib

c) Menentukan berus - berus karbon cukup panjang di penukar tertib

d) Berus - berus karbon mestilah bergerak dengan bebas serta di kedudukan neutral
pada penukar tertib

Perkara yang dilakukan sebelum motor disenggarakan


1) Buat ujian ke atas gelung-gelungnya
2) Ambil bacaan arus penuh yang digunakan
3) Ambil kelajuan dengan menggunakan techo meter
4) Pastikan geseran berlaku atau tidak
5) Pastikan kepanasan motor

Cara penyenggeraan

1) Kebersihan motor luar dan dalaman.Kebersihan habuk-habuk dan minyak-


minyak serta kekotoran lain

7
2) Matikan motor dan keluarkan fius untuk keselamatan selepas selesai pemeriksaan
diatas.

3) Pastikan tiada minyak pelincir atau gris berlebihan di merata tempat dan belitan
bebas daripada minyak dan gris. Membersihkan kotoran dengan armaclean,
paraffin atau “carbon tach”.

4) Selepas belitan dibersihkan, keringkannya dengan kepanasan.

5) Tetapi, bearing dan semua muncung gris mesti dimasukkan dengan gris yang
baru

6) Bersihkan segala habuk dan kotoran pada motor

7) Skru, bol dan nat bagi punca pengalir mesti diketatkan supaya tida litar susutan
voltan atau berlaku bunga api

8) Penjajaran pengganding hendaklah diukur dengan tolok perasa

9) Suis empar motor fasa tunggal diperiksa supaya sesentuhnya terbuka semasa
berkendali

10) Kuk motor diperiksa supaya tiada kerosakan mekanikal

11) Litar atau punat tekan ‘ON’ dan ‘OFF’ kawalan jauh diperiksa

12) Tentukan samada sambungan atau keterusan bumi dalam keadan baik apabila
menggunakan pembuluh mudah lentur

13) Lakukan ujian penebatan dan bacaan tidak kurang dari 1 Mega ohm

14) Rintangan penebatan yanag rendah mungkin disebabkan oleh kelembapan dan
boleh diatasi apabila motor dikendalikan dengan menutup ruang udara.

15) Pastikan kekuatan penebat gelung dan kedudukan pemegun dan pemutar yang
bebas dari geseran

16) Sesudah penyenggaraan, pasang semula fius dan kendalikan motor tersebut.

17) Setelah itu, rekod disimpan dan catatan dibuat. Tarikh dan jenis senggaraan
hendaklah dicatatkan.

8
Ujian yang dilakukan selepas penyenggaraan
a) Ujian penebat gelungnya
b) Ujian kelajuan dengan techo meter
c) Pastikan bunyinya
d) Pastikan gegarannya
e) Ukur arus beban penuh selepas disenggaraan

Anda mungkin juga menyukai