NOTA KULIAH 6
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2014/2017
STANDARD
06 MENGENDALIKAN PENILAIAN KAKITANGAN
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
Penilaian prestasi merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang penting dan
sinonim dengan pemberian pampasan dan faedah organisasi. Menurut Snell Bohlander (2007),
penilaian prestasi boleh didefinasikan proses yang kebiasaannya dilakukan oleh pengurus
setiap tahun terhadap pekerjanya. Menurut mereka penilaian prestasi direkabentuk untuk
membantu pekerja memahami peranan, objektif, jangkaan dan pencapaian prestasi. Gomez-
mejia et al. (2007) pula mendefinasikan penilaian prestasi sebagai satu system
pengenalpastian, pengukuran dan pengurusan prestasi sumber manusia dalam organisasi.
Penilaian prestasi menurut Maimunah Aminuddin (2007) pula merujuk kepada penilaian
sistematik terhadap prestasi kerja kakitangan. Prosedur ini bertujuan memotivasikan pekerja
bagi mengurangkan jurang perbezaan prestasi ke tahap yang lebih baik. Berdasarkan definasi
tersebut bolehlah dibuat kesimpulan bahawa penilaian prestasi bertujuan untuk menilai tahap
prestasi seseorang pekerja iaitu dengan melakukan perbandingan pencapaian sebenar dengan
pencapaian yang diharapkan dan telah ditetapkan.
Objektif penilaian prestasi adalah untuk mengkaji prestasi individu untuk mencapai
prestasi kerja yang berkualiti.terdapat 5 objektif umum dalam melaksanakan penilaian prestasi
iaitu;
1.
2.
3.
3.1. Dijadikan Asas Dalam Membuat Keputusan Personal
3.2. Menyediakan Maklum Balas Terhadap Pencapaian Pekerja
3.3. Sebagai Peringatan Kepada Pengurus
3.4. Menyediakan Program Latihan Dan Pembangunan
3.5. Menetukan Ganjaran Yang Setimpal Untuk Pekerja
Nilai prestasi
maklumbalas
Kaedah
gelagat
1.
2.
2.1.
2.2.
2.2.1.
1.
1.2
1.3
1.3.4
Kaedah Sifat
Didalam kaedah sifat,organisasi ini mengukur tahap penonjolan sesuatu cirri-ciri tertentu
oleh pekerjanya seperti tahap kebergantungan pekerja kepada orang lain,inisiatif dan
kerajinan.
Kaedah Gelagat
Kaedah gelagat dalam penilaian prestasi merujuk kepada penilai yang akan melihat
gelagat dan tindakan yang ditonjolkan oleh pekerja semasa melaksanakan tanggungjawab
pekerjaannya.Kaedah gelagat lebih rasional berbanding dengan kaedah sifat kerana ia
berorentasikan tindakan pekerja yang dinilai.Terdapat beberapa jenis penilaian prestasi
dalam kaedah gelagat iaitu;
Kaedah Hasil
Ia adalah satu kaedah popular di kalangan organisasi kerana ia memberikan satu ukuran
yang boleh dinilai dan dibandingkan oleh pengurus.Ukuran-ukuran seperti jumlah
jualan,jumlah jam bekerja dan jumlah output pengeluaran.Peningkatan prestasi yang
terletak ditangan pekerja memerlukan pengurus menurunkan sedikit kuasanya kepada
para pekerja supaya mereka lebih bermotivasi dan tekun menjalankan tugas.Terdapat dua
jenis penilaian prestasi mengikut kaedah hasil iaitu;
o Ukuran Produktif
Ukuran produktif merujuk kepada tahap output yang Berjaya dihasilkan oleh
seseorang pekerja.Ia boleh jadi dalam bentuk unit barangan,nilai matawang,jam dan
sebagainya.Ukuran produktiviti berkait secara langsung dengan pencapaian pekerja
dan juga membantu organisasi mencapai objektifnya.Ia mudah digunakan tetapi
adakalanya produktiviti yang ditunjukkan oleh pekerja tidak menggambarkan prestasi
sebenar mereka.Prestasi produktiviti tersebut mungkin telah dicemari oleh faktor-
faktor yang tidak dapat dikawal oleh pekerja berkenaan.
Di dalam sIstem penilaian prestasi, penilaian bukan sahaja dikehendaki mengisi borang
laporan penilaian prestasi pekerjanya, tetapi kadangkala mereka perlu menjalankan sesi
temuduga. Terdapat beberapa proses temuduga penilaian prestasi seperti;
9. KESIMPULAN
Penilaian yang dijalankan oleh organisasi adalah sebahagian daripada aktiviti pengurusan
prestasi.Ia dilaksanakan oleh organisasi untuk tujuan pentadbiran dan pembangunan. Maklumat
yang diberikan daripada penilaian prestasi amat berguna untuk menjayakan fungsian lain dalam
pengurusan sumber manusia seperti latihan dan pembangunan, pentadbiran pampasan,
pembangunan kerjaya dan sebagainya. Proses penilaian ini amat berguna untuk sesebuah
organisasi kerana proses ini dapat meningkatkan prestasi kerja seseorang dan dapat
meningkatkan prestasi syarikat.
3.
4.
4.1.
4.2.
4.2.1.
2.
2.2
2.3
2.3.4