Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PENDIDIKAN
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

UJIAN 1
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2021

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK/DVM

KOD / KURSUS DEA 1133 ELECTRICAL ACT AND REGULATION

KOMPETENSI 02.COMPLY WITH ELECTRICAL REGULATIONS

KOMPETENSI UNIT 2.1 Explain about electrical regulations

Trainee must be able to;


1. Identify a problem by referring to the Electrical Act and
Regulation. (C2, PLO3)
HASIL
2. Related MS IEC 60364 according to IEE and Malaysian
PEMBELAJARAN
Energy Commission. (P1, PLO10)
3. Comply with Electrical Act and Regulation 1994 by following
the safety practice. (A2, PLO4)
PERATUS

PENTAKSIRAN PENILAIAN BERTERUSAN 13%


KESELURUHA
N
TARIKH 17.6.2021 MASA 40 minit

MARKAH MARKAH PERATUS


NO KOD DEA 1133 PENUH DIPEROLE DIPEROLE
H H
KOD JPK -
MAKLUMAT CALON

Muhammad Hamizan Bin Mohamad Haznuhairi


NAMA

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
EN. RAMLI BIN SAPPAR EN. NORAZIMI BIN MUHAMAD
TARIKH: TARIKH:
NAMA KURSUS /
DEA 1133 - ELECTRICAL ACT AND REGULATION
COURSE NAME
STANDARD
KANDUNGAN / COMPLY WITH ELECTRICAL REGULATIONS
CONTENT STANDARD
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRIK TEMPOH : 40 Minit

ARAHAN : Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.

SOALAN 1

a) Puan Izara berkeinginan untuk menjadi seorang kontraktor elektrik. Beliau perlu
memahami perkara-perkara berkaitan pengelasan kontraktor elektrik.

*Sertakan nombor peraturan yang terlibat dalam setiap jawapan.

(i) Nyatakan mana-mana 2 kehendak bagi pendaftaran sebagai kotraktor elektrik. (C1)

76. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik.

Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontraktor Elektrik boleh dikeluarkan


atau diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa-

(c) orang itu mempunyal perlindungan insurans untuk pekerjanya di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969, dan

(d) orang itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan peralatan yang
berhubungan dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2
M
arkah )

(ii) Merujuk peraturan-peraturan elektrik. Senaraikan tiga maklumat yang dikehendaki


bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik. (C1)
77.Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik

Sebelum mengeluarkan atau memperbaharui suatu Perakuan Pendaftaran sebagai


Kontraktor Elektrik, Suruhanjaya boleh menghendaki orang itu mengemukakan
maklumat yang berikut:

(a) Nama dan alamat semua pekongsi dalam hal perkongsian yang berdaftar, dan
tentang semua pengarah, pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat
yang berdaftar
(b) Premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaan;dan
(c)apa-apa maklumat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu

(2
M
arkah )
(3
S
OALAN 2

a) Nyatakan sebab yang boleh menyebabkan Suruhanjaya membatalkan perakuan


pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan di bawah peraturan elektrik 1994. (C1)

(2) Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang


dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemegang Perakuan itu telah
memperolehinya dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu pengisytiharan, perakuan
atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya

(1 Markah)

b) Kenalpasti empat pengelasan kontraktor elektrik. (C1)


(a) Kelas A
(b) Kelas B;
(c) Kelas C: atau
(d) Kelas D

(4 Markah)

SOALAN 3

a) Mengikut Akta 447 Peraturan-peraturan Elektrik 1994 :

(i) Tuliskan semula (2) daripada lima (5) perkara yang dimaksudkan “mana-mana orang
yang mengikut apa-apa cara dengan curang”. (C2)

(a) Mengambil elektrik


(b) Mengguna habis elektrik

(2 Markah)

(ii) Anggarkan jumlah denda yang boleh dikenakan serta tempoh penjara ke atas
kesalahan tersebut jika disabitkan dengan kecurangan itu. (C2).
(B) dikenakan bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya: (i) dalam hal pengguna domestik,
denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau
pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya; dan (ii) dalam hal
pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi
lima juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-
duanya. (2 Markah)

A
SOALAN 4

*Sertakan nombor seksyen dan peraturan yang terlibat dalam setiap jawapan ditulis.

a) Anda adalah seorang kompeten Penjaga Jentera yang baru bekerja di sebuah kilang. Anda
telah diarahkan supaya membuat penyenggaraan ke atas papan suis pepasangan di
kilang itu. Sebaik sahaja penyenggaraan hendak dilakukan, anda telah diarahkan oleh
pengurus pengeluaran kilang untuk mencari kerosakan di semua mesin pengeluaran
dengan segera. Tanpa melengahkan masa, anda mengarahkan pembantu anda, seorang
apprentis yang juga baru bekerja supaya meneruskan kerja-kerja penyenggaraan papan
suis itu sementara anda pergi mencari kerosakan mesin tersebut. Ketika menjalankan
kerja-kerja penyenggaraan ke atas papan suis itu. Apprentis tersebut terkena kejutan
elektrik dan tidak sedarkan diri.

(i) Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik jelaskan apakah tindakan yang perlu anda
lakukan setelah berlaku kemalangan tersebut. (C2)

33. Kemalangan serius hendaklah dilaporkan dan penyiasatan oleh Suruhanjaya.

(1) Bilamasa apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau


mengakibatkan kehilangan nyawa atau cedera kepada mana-mana orang
atau kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan apa-apa
pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, pemunya, pemegang
lesen atau pihak berkuasa bekalan dan pihak pengurusannya hendaklah
melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Suruhanjaya melalui
cara yang tercepat yang ada, dan kemudiannya, dengan seberapa sedikit
kelengahan yang mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis kepada
Suruhanjaya mengenai fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh
mereka masing-masing.

(2 Markah)

(ii) Merujuk kepada Peraturan-peraturan Elektrik 1994, terangkan apakah yang sepatutnya
dipastikan oleh perantis bagi memastikan kerja-kerja penyenggaraan tersebut berlaku
dengan selamat.(C2)
110. Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb.

(1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi
dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya
(2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki
dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya pengurusan atau
pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut
mana-mana yang berkenaan
(3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa
dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, atau
pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

(2 Markah)

SOALAN 5

a) Encik Syahrul Syadiq merupakan seorang penjaga jentera di sebuah kilang dan didapati
tidur semasa bertugas sehinggakan mendatangkan bahaya kepada pekerja-pekerja lain.
Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994,

*Sertakan nombor peraturan yang terlibat bagi setiap jawapan di tulis.

(i) Tuliskan kategori kesalahan yang telah dilakukan oleh Encik Syahrul Syadiq.(C2)

59. Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan

(4) Bagi maksud subperaturan (3), “salah laku yang serius” ertinya satu atau lebih
daripada yang berikut:
(a) tidur semasa bertugas;
(b) menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tak cermat;
(c) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tak cermat;
(1 Markah)

(ii) Terangkan perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya apabila menerima
laporan mengenai kesalahan seperti di atas sebelum menjatuhkan hukuman? (C2)

59. Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan

(5) Apabila Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang
memegang Perakuan Kekompetenan telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta
atau Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana salah laku di bawah Peraturan-Peraturan ini
dan tidak lagi layak memegang Perakuan Kekompetenan Suruhanjaya hendaklah dengan
serta-merta menggantung Perakuan itu
(1 Markah)

(iii) Apakah langkah yang sewajarnya boleh dilakukan oleh Encik Syahrul Syadiq jika
dia tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya?.(C2)

59. Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan

(7) Orang yang Perakuan Kekompetenannya telah digantung di bawah subperaturan (5)
hendaklah diberi peluang untuk membela diri terhadap kesalahan yang dikatakan atau
salah laku itu di hadapan Jawatankuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai