Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS

PULAU PINANG

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A0

AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN


BEKALAN ELEKTRIK

SOALAN ULANGKAJI

Nama :_____________________________________
No K.P :_____________________________________
Tarikh :_____________________________________
Sesi :_____________________________________

TEKNOLOGI ELEKTRIK ILPKBPP

1
SOALAN OBJEKTIF (AKTA & PERATURAN)

1. Jika poin neutral tidak dibumikan dengan berkesan, ____________ dan


___________ hendaklah dipasang bagi mengelakkan bahaya yang
disebabkan oleh kebocoran arus kebumi daripada konduktor hidup.
A. Fius, jangkawatt
B. Siusfius, fius-fius
C. Peranti penunjuk, pelindung.
D. Fius, geganti.

2. Pembaharuan tiap-tiap Perakuan Pendaftaran pepasangan hendaklah


dibuat tidak kurang daripada ____________ bulan sebelum tarikh
habistempoh Perakuan itu.
A. 2 bulan
B. 3 bulan
C. 1 bulan.
D. 6 bulan

3. Orang Kompeten yang dikehandaki oleh _____________ pepasangan awam


hendaklah mengerjakan, mengendalikan atau mengawal pepasangan
awam itu:-
A. Pemunya.
B. Pemegang Lesen
C. Pihak Berkuasa Bekalan.
D. Suruhanjaya .

4. Apabila berlaku kemalangan atau kebakaran yang mengakibatkan


kehilangan nyawa, kecederaan atau kerosakan serius ke ata harta benda,
pepasangan atau kelengkapan elektrik ____________ melaporkan kepada
Suruhanjaya.
i. Pemunya
ii. Pemegang lesen.
iii. Jurutera
iv. Pihak pengurusan.

A. i, ii dan iii.
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv.
D. Semua di atas

5. Siapakah yang boleh memutuskan ke atas sesuatu perkara berhubung


dengan siasatan dan timbangtara.
A. Pengarah.
B. Pemegang Lesen.
C. Suruhanjaya.

2
D. Menteri.
6. Mana-mana orang tidak membenarkan, menyerang, menghalang dan
enggan memberi maklumat kepada mana-mana Pengarah atau Pegawai
Polis adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak
melebihi ______________
A. RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
B. RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun
C. RM15,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun.
D. RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun.

7. “Keselamatan diri” ertinya ………………………….


A. Penghindaran bahaya kepada individu dan orang awam.
B. Penghindaran bahaya kepada individu atau harta persendirian
C. Penghindaran bahaya kepada individu dan harta persendirian.
D. Penghindaran bahaya kepada harta persendirian dan harta awam.

8. Orang kompeten ertinya;


A. seseorang yang mahir dan berpengalaman dalam kerja-kerja elektrik.
B. seseorang yang cekap mengendali dan membaiki apa-apa peralatan
di dalam sesuatu pepasangan elektrik.
C. Seseorang yang memegang perakuan kekompetenan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya untuk melaksanakan kerja mengikut
sekatan-sekatan yang dinyatakan dalam perakuan itu
D. seseorang yang memegang perakuan kekompetenan yang
dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa bekalan.

9. Voltan rendah ertinya;


A. Voltan yang melebihi voltan lebih rendah tetapi tidak melebihi 1000V
A.U.
B. Voltan yang tidak melebihi 1000V A.U.
C. Voltan yang tidak melebihi 600V A.U.
D. Voltan yang tidak melebihi 50V A.U

10. Mengikut Seksyen 37(12)(a) Akta Bekalan Elektrik 1990 tiada seorang pun
tanpa kebenaran sah daripada .................. mengikut mana yang berkenaan,
boleh mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa
aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau sebahagian
daripadanya mengikut cara yang berkemungkinan mengganggu mana-mana
pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang
atau harta.
A. pihak pengurusan pepasangan
B. penjaga jentera tempatan atau Jurutera Tempatan yang menjaga
pepasangan.
C. Suruhanjaya.
D. pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen.

3
11. Dalam hal kecacatan berbahaya yang hampir benar berlaku pada
pepasangan atau bahagiannya, mengikut Seksyen 49 Akta Bekalan Elektrik
1990, Suruhanjaya boleh mengambil tindakan berikut.
A. mengkompaun pengurusan pepasangan atau pemegang lesen
kerana tidak membaiki dan menyenggara pepasangan tersebut.
B. menggantungkan serta-merta pengendalian dan penggunaan
pepasangan itu, dan jika perlu, melakkan pepasangan itu atau
bahagiannya sehingga kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan.
C. mengarahkan kecacatan tersebut dibaiki atau dihapuskan serta-
merta.
D. memotong bekalan ke pepasangan tersebut.

12. Dalam mana-mana kerja atau perkhidmatan yang melibatkan pengurusan


atau penjagaan atau kedekatan dengan kelengkapan hidup yang tidak
ditebat dengan sempurna, bolehkah pemegang lesen atau pihak pengurusan
mengambil kerja seorang pekerja yang berumur 15 tahun.?
A. boleh, jika pekerja itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang elektrik.
B. boleh, jika pekerja itu memegang perakuan kekompetenan penjaga
jentera.
C. boleh dalam keadaan tertentu.
D. Tidak boleh

13. Berbeban apabila digunakan pada litar, ertinya suatu litar;


A. di mana telah mengalami beban lampau.
B. di mana arus mengalir
C. di mana voltan mengalir.
D. di mana arus kebocoran ke bumi mengalir membebankan litar.

14. En. Chong telah bekerja di sebuah kilang selama 2 tahun sebagai Pembantu
Makmal. Beliau berumur 20 tahun dan memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan
Bulan Sabit Merah. Adakah beliau layak untuk mendudukki peperiksaan
kekompetenan penjaga jentera?
A. Layak kerana telah memenuhi syarat-syarat.
B. Tidak layak, kerana had umur perlulah 21 tahun.
C. Tidak layak, kerana had umur perlulah 21 tahun dan bekerja selama 3
tahun
D. Tiada yang di atas.

15. Tiada seorang pun kecuali .................. boleh menjalankan apa-apa


pembaikan, pengubahan, penambahan atau pembersihan sesuatu radas
yang menjadi sebahagian dari sesuatu pepasangan.
A. orang berkuasa atau orang kompeten.
B. orang berkuasa dan orang kompeten.

4
C. orang berkuasa atau orang kompeten yang bertindak di bawah
pengawasan terus seseorang berkuasa.
D. orang kompeten atau orang berkuasa yang bertindak di bawah
pengawasan terus seseorang kompeten.
16. Mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1990, tiada
sesuatu pepasangan yang mengambil bekalan pada ............. dan lebih dan
mempunyai had keupayaan ................ dan lebih boleh dikendalikan kecuali di
bawah kawalan orang berkuasa.
A. voltan tinggi / 100kW.
B. voltan rendah / 100A
C. 400V / 100A
D. 415V / 100kW.

17. En. Nawawi adalah seorang pemegang perakuan kekompetenan penjaga


jentera. Oleh sebab masaalah mendapat kerja, beliau bekerja sebagai
pembantu di sebuah kedai buku. Perlukah beliau berdaftar dengan
Suruhanjaya?
A. mesti daftar sebab beliau memegang perakuan kekompetenan
penjaga jentera.
B. tidak perlu daftar tetapi perlu bayar fee tahunan.
C. tidak perlu daftar tetapi perlu beritahu Suruhanjaya.
D. Tiada yang di atas.

18. En. Muthu adalah seorang penjaga jentera yang sedang bertugas menjaga
pepasangan elektrik di sebuah kilang. Untuk menghilangkan kebosanan
semasa kerja, beliau telah minum minuman keras sehingga mabuk. Adakah
beliau telah melakukan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan
Bekalan Elektrik 1990. Jika ya apa tindakan yang boleh diambil oleh
Suruhanjaya?
A. Tidak salah, dan tiada apa-apa tindakan boleh diambil.
B. Salah, dan perakuan kekompetenan penjaga jenteranya boleh dibatal
atau digantung oleh Suruhanjaya.
C. Salah, dan beliau boleh di kompaun.

19. Mengikut Peraturan 22(11) Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1990, tiap-


tiap motor hendaklah dikawal oleh suatu suis atau suis-suis yang berkesan
untuk;
A. memberhentikan motor itu.
B. memula dan memberhentikan motor itu.
C. melindungi motor itu dari arus beban lampau.
D. melindungi motor itu dari arus kerosakan kebumi dan arus beban
lampau.

20. Penggunaan penghidup motor jenis rotor resistance adalah kerana;


A. untuk membolehkan motor bergerak bebas.
B. untuk membolehkan motor hidup tanpa arus penghidup yang tinggi.

5
C. untuk mengelakkan motor daripada meletup.
D. untuk menjaga fius supaya tidak terbakar.

21. Orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya pepasangan
untuk menjalankan tugas tertentu yang berdampingan dengan penjanaan
kuasa, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga diertikan
sebagai ………………………
A. Orang kompetan.
B. Jurutera
C. Pengurus
D. Orang diberi kuasa.

22. Orang yang tidak boleh akses kepada mana-mana bahagian papan suis
adalah seperti berikut. Pilih kenyataan yang benar.
i. Orang kompetan.
ii. Orang yang diberi kuasa.
iii. Pemunya papan suis.
iv. Pengarah.

A. i, ii dan iii.
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv.
D. Semua di atas.

23. Seorang Kontraktor Papan Tanda Elektrik yang memasang mana-mana


papan tanda elektrik hendaklah memberitahu __________________ sebelum
papan tanda itu dipasang untuk digunakan.
A. Jurutera Elektrik.
B. Pegawai pihak berkuasa bekalan.
C. Pengarah TNB pegawai penjaga Balai Bomba
D. Suruhanjaya

24. Jika radas bergerak, disusun untuk dihidupkan atau diberhentikan dari
tempat yang jauh dari radas itu, _____________ yang sesuai hendaklah
dipasang berdekatan dengan radas itu.
A. Suis dua kutub.
B. Suis pengasing
C. Pemutus litar bocor ke bumi.
D. Suis kutub tunggal.

25. Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan Sementara


bagi suatu tempoh yang tidak melebihi _________
A. 6 bulan

6
B. 12 bulan.
C. 18 bulan
D. 24 bulan

26. Bagi pepasangan yang tidak melebehi 600V dan menerima tenaga melalui
gear suis lebih daripada 100Ampere, bilangan minimum lawatan bagi
maksud pemeriksaan ialah ____________
A. Setahun sekali.
B. 6 bulan sekali.
C. sebulan sekali
D. dua kali sebulan.

27. Perakuan Pendaftaran bagi Kontraktor Perkhidmatan Elektrik hendaklah


diisi dalam ………………..
A. Borang N
B. Borang P.
C. Borang Q
D. Borang L

28. Syarat pendaftaran sebagai Kontraktor Pembaikan Elektrik adalah:-


A. Orang itu mengambil kerja sepenuhmasa orang berkemahiran dan
berpengalaman dalam pembaikan atau servis perkakas elektrik..
B. Orang itu mengambil kerja sepenuhmasa seorang pendawai
dengan sekatan fasa tunggal
C. Orang itu mempunyai modal yang mencukupi
D. Orang itu mempunyai pengetahuan tentang amalan Kejuruteraan
Elektrik moden termasuk prinsip pengendalian kelengkapan elektrik

29. Pembaharuan sesuatu Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan hendaklah


dibuat tidak kurang dari ______________ dari tarikh habis tempoh Perakuan
itu.
A. Dua puluh satu hari.
B. Tiga puluh hari.
C. Dua bulan
D. Tiga bulan.

30. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, jika seorang Suruhanjaya mendapati
apa-apa kecacatan pada pepasangan atau sebahagiannya dan berpendapat
bahawa kecacatan itu mungkin menyebabkan bahaya yang hampir benar
berlaku, Suruhanjaya boleh mengambil tindakan berikut:-
A. mengkompaun pengurusan pepasangan atau pemegang lesen
kerana tidak membaiki dan menyenggara pepasangan tersebut.
B. menggantungkan serta-merta pengendalian dan penggunaan
pepasangan itu, dan jika perlu, melakkan pepasangan itu atau
sebahagiannya sehingga kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan
C. mengarahkan kecacatan tersebut dibaiki atau dihapuskan serta-

7
merta.
D. memotong bekalan eletrik ke pepasangan tersebut sehingga
kecacatan dibaiki dan dihapuskan.

31. Sebuah syarikat kontraktor pembinaan jalan telah menjalankan aktiviti


pemunggahan concrete–slab di bawah talian penghantaran VT pihak
pemegang lesen dengan menggunakan sebuah kren yang mempunyai
“boom” yang panjang dan boleh mendatangkan bahaya tanpa kebenaran
yang sah daripada pemegang lesen tersebut. Syarikat ini telah melanggar
Seksyen………………….dan apabila disabitkan boleh…………………………………………..
A. 37(2) Akta Bekalan Elektrik 1990, denda tidak melebihi lima puluh ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
B. Seksyen 37(12) Akta Bekalan Elektrik 1990, denda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau penjara selama tempoh melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
C. 37(2) Akta 447, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
D. Seksyen 37(12) Akta 447, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya

32. Keasalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan penalti mengikut Akta


Bekalan Elektrik 1990 “KECUALI “
A. Mana-mana orang yang gagal atau abai mendaftarkan apa-apa
pepasangan debawah seksyen 21.
B. Mana-mana pemegang lesen tanpa kebenaran Ketua Pengarah
membekalkan tenaga diluar kawasan bekalan.
C. Mana-mana pemegang lesen dengan sebab yang sah gagal
mematuhi terus atau syarat yang dinyatakan di dalam lesen
D. Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan
dengan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan.

33. Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, mana-mana geganti dan


peranti pelindungan sesuatu peasangan hendaklah diperiksa, diuji dan
ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya :-
A. sekali setiap dua tahun atau seperti yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
B. sekali setiap lima tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh
Suruhanjaya .
C. sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh
Suruhanjaya
D. sekali setiap satu tahun, atau seperti yang diarahkan oleh
Suruhanjaya Tenaga.

34. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan ada pada ………………..seperti yang


diberikan dibawah……………………

8
A. Menteri, Seksyen 52 Akta Elektrik 1990.
B. Menteri, Seksyen 53 Akta Elektrik 1990.
C. Menteri atau Timbalan Menteri, Seksyen 53, Akta Bekalan Elektrik
1990.
D. Menteri, Seksyen 53 Akta 447
35. Mengikut Akta Bekalan 1990, Pemegang Lesen mestilah menyatakan satu
daripada perkara berikut “ KECUALI “
A. Kawasan Bekalan.
B. Voltan yang ditentukan dan variasi yang dibenarkan daripadanya.
C. Caj minimum yang kena dibayar oleh pengguna
D. Apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah.

36. Kesemua keperluan berikut terdapat di dalam Peraturan-Peraturan Elektrik


1994 dan mula dikuatkuasakan pada 30hb. Januari 1994 melainkan:-
A. Suatu kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah
disambungkan kepada sistem dengan cantuman kekal atau palam
dan soket yang dibina dengan sempurna.
B. Tiada litar bagi mana-mana papan tanda elektrik boleh
menggunakan voltan melebihi 7,500 volt ke bumi, yang diukur pada
litar terbuka.
C. Mana-mana pemutus litar dan penyentuh yang digunakan untuk
menukarkan sumber bekalan hendaklah mempunyai kutub yang
termasuk suatu kutub neutral.
D. Sesuatu cantuman kabel berperisai bertebatkan polivinil klorida
hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel

37. Di dalam Peraturan–Peraturan Elektrik (Pindaan) 1995, antara Peraturan-


Peraturan yang telah dipinda adalah:-
i. Peraturan 1
ii. Peraturan 41
iii. Peraturan 57
iv. Peraturan 68
v. Peraturan 112

A. i, ii, iii & iv.


B. i, ii, iv, & v
C. ii, iii, iv & v.
D. kesemua di atas.

9
38. Antara keperluan yang dikehendaki bagi sesuatu bilik papan suis ialah notis
“LARANG MASUK” di pintu masuk bilik papan suis tersebut. Manakah di
antara berikut benar mengenai notis tersebut:-
i. Mestilah berukuran 350 milimeter lebar dan 240 milimeter tinggi.
ii. Diperbuat daripada apa-apa bahan yang keras dan tidak mudah
pecah.
iii. Tulisannya mestilah berukuran 290 milimeter panjang dan 30
milimeter tinggi.
iv. Jarak antara huruf adalah 6 milimeter dan ditulis dengan huruf besar.
v. Huruf berwarna putih dan latar belakang berwarna hitam.

A. i,ii & iv
B. iii, iv & v
C. i, iii & iv.
D. semua di atas.

39. Dengan berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 maka


“…………” pilih yang benar.
i. Apa-apa permohonan lesen bagi pemasangan awam dan apa-apa
permohonan bagi permohonan pembaharuan hendaklah disifatkan.
ii. Mana-mana perakuan kelulusan yang sah bagi pengilangan dan
pengimpotan kelengkapan elektrik hendaklah diperbaharui,
menurut Peraturan-Peraturan ini apabila tempoh kesahannya habis.
iii. Mana-mana pendaftaran orang kompeten yang dibuat hendaklah di
patuhi menurut Akta dan Peraturan-Peraturan ini apabila tarikh
pembaharuan pendaftar itu sampai.
iv. Orang-orang yang telah diberikan kelulusan untuk menduduki
peperiksaan yang dijalankan disifatkan layak menduduki
peperiksaan.

40. Berikut adalah mereka-mereka yang diberikuasa untuk menjalankan


siasatan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994. Pilih kenyataan yang betul:-
i. Pegawai polis berpangkat Inspektor dan ke atas.
ii. Suruhanjaya.
iii. Pengarah Jabatan Bekalan Elektrik.
iv. Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia.

A. i sahaja.
B. iv sahaja.
C. i dan iv sahaja.
D. i, ii dan iv sahaja

10
41. Jika sesorang itu telah terbukti melakukan kesalahan di bawah Seksyen
37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990, Pemegang lesen boleh menuntut
amaun kerugian melalui.
A. Suruhanjaya Tenaga
B. Mahkamah Jenayah.
C. Terus kepada orang yang melakukan kesalahan itu.
D. Tindakan sivil di Mahkamah

42. Di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, tiada seorang pun boleh


menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan apa-apa kelengkapan
yang, pada pendapat _______________________ adalah mengancam atau
membahayakan kesihatan orang yang menjaganya atau kepada orang
awam.
A. Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia.
B. Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Elektrik.
C. Suruhanjaya.
D. Pegawai Kesihatan Negeri

43. Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, sesuatu motor hendaklah


dikawal oleh _________________ peranti mula yang berkesan untuk
menghidupkan atau memberhentikannya.
A. Sesuatu
B. Satu atau lebih.
C. Pelbagai.
D. Sejenis.

44. Mana-mana ‘Suis Bomba’ hendaklah dipasang pada ketinggian


______________ daripada tanah seperti yang dinyatakan di bawah Akta 447
dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
A. 2.7 kilometer.
B. 2.7 meter
C. 2.7 sentimeter.
D. 2.7 milimeter.

45. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-
undang bertulis, tiada seorang pun boleh mengempangkan atau selainnya
menganggu mana-mana sumber air sedemikian tanpa terlebih dahulu
menyampaikan kepada pemegang lesen samada secara sendiri atau
melaui pos berdaftar suatu notis ____________ bulan, dalam apa-apa
bentuk yang ditetapkan, yang menyatakan kerja yang hendak
diusahakannya.
A. Satu.
B. Dua.
C. Tiga

11
D. Empat.

46. Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, kelengkapan elektrik berikut


hendaklah di bumikan dengan berkesan kecuali:-
A. Perkakas domestik binaan kelas I.
B. Perkakas domestik binaan kelas II
C. Peti sejuk.
D. Dapur masak elektrik.

47. Berikut adalah notis-notis yang perlu dipasang pada sesuatu pepasangan
yang papan suis atau kelengkapan dipasang pada mana-mana premis.
Pilih kenyataan yang benar.
i. DILARANG MASUK
ii. DANGER
iii. Carta Pertolongan Cemas.
iv. AWAS Jangan Ganggu.

A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. Tiada di atas.

48. Tiada seorang pun, kecuali orang kompetan atau yang bertindak di bawah
kawalan orang kompetan, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-
apa _____________ mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian dari
pepasangan.
i. pembaikan
ii. penggantian
iii. penservisan
iv. pembersihan
A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. Semua di atas

12
Keterangan:
Sebuah rumah memerlukan bekalan elektrik satu fasa 240V, 60Amp.
Dengan beban-beban tersambung seperti di dalam skematik di bawah.
Anda telah dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan bekalan elektrik
daripada pihak pembekal elektrik.

49. Apakah notis yang harus diberi kepada pemegang lesen, pilih yang betul:
I) Hari bila bekalan itu dikehendaki dan dimulakan.
ii) rumah yang berkenaan dengannya bekalan itu dikehendaki.
iii) Tempoh maksima yang selamanya bekalan dikehendaki.
iv) kuasa maksimum yang dikehendaki pada bila-bila masa.

50. Mengikut AKTA 447, berikut adalah tindakan yang perlu anda ambil untuk
memohon bekalan elektrik dari pemegang lesen.
A. saya dikehendaki menyediakan seorang pendawai dengan
endorsan pengujian pepasangan bagi mendapatkan bekalan.
B. saya dikehendaki membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan
oleh pemegang lesen jika apa-apa talian bekalan atau loji atau
kelengkapan elektrik diadakan oleh pemegang lesen
C. Saya dikehendaki menyediakan kontraktor elektrik, sekurang-
kurangnya dalam kelas 4 dengan seorang pendawai yang
mempunyai endorsan pengujian pepasangan.
D. Saya dikehendaki memperakukan kertas ujian terhadap
pepasangan itu.

13
SOALAN SUBJEKTIF

1. Satu kemalangan elektrik maut telah berlaku disebuah rumah dimana


mangsa telah terkena kejutan elektrik apabila menggunakan sebuah cerek
elektrik. Hasil dari siasatan pihak Suruhanjaya telah mendapati bahawa
cerek elektrik tersebut telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengilang
dan alat itu tidak pernah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya. Huraikan
mengikut Akta 447 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994:-

a. Apakah kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengilang tersebut?.

b. Apakah tindakan yang bolah diambil oleh Suruhanjaya terhadap


Pengilang tersebut. .

2. En Helmi seorang pemegang perakuan Penjaga Jentera Elektrik A1 dan


Pendawai Elektrik PW4.Beliau bercadang mendaftar sijil PJE A0 di kilang
kayu ABC sementara Sijil PW4 beliau di Syarikat Elektrik kepunyaan
kawannya.Sementara En Helmi akan bekerja sebagai pembuat roti canai.

Sebagai seorang yang mempunyai sijil kekekompetenan anda dikehandaki


memberi maklumat dan nasihat yang betul dan tepat berpandukan akta
dan peraturan elektrik 1994

14

Anda mungkin juga menyukai