Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada guru kelas kami kerana mereka
telah banyak memberi nasihat dan galakan kepada kami yang disayangi demi menyelesaikan
setiap tugasan yang telah diamanahkan untuk kami siapkan sepanjang cuti.

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada Ustaz Muhammad Zulhazmi bin Hashim
selaku guru matapelajaran Pendidikan Agama Islam kelas kami sepanjang tahun 2020 ini.
Beliau telah banyak memberikan didikan dan dorongan kepada kami sepanjang proses
menyiapkan folio ini. Beliau juga sudi meluangkan masa untuk mendengar permasalahan dan
karenah kami demi menghasilkan folio seperti yang diarahkan.

Kepada ibu dan ayah yang kami kasihi, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan
kerana sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya dalam setiap kerja yang kami lakukan dan
sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk persiapan folio ini yang secukupnya.Tidak lupa
kepada rakan-rakan seperjuangan yang amat kami kasihi dan hormati. Terima kasih kerana
sentiasa sudi memberikan kerjasama dan berkongsi info-info yang penting lagi bermanfaat
buat kami. Sepanjang kami menyiapkan folio Agama Islam, semua kerja yang dilakukan
lebih mudah dengan bantuan rakan-rakan terutama rakan-rakan dari kelas 2 SVM ETE.

2
FAKTOR BERLAKUNYA RASUAH

Antara faktor berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat kita ialah ibu bapa kurang
memberikan didikan agama dan moral. Hal ini dikatakan sedemikian kerana ibu bapa sering
sibuk dengan hal kerja sehingga melupakan anak-anak yang kian meningkat dewasa. Ini akan
menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan dunia hedonistic yang mementingkan
aspek kebendaan semata-mata. Sebagai contoh, mereka akan leka dengan mengejar kekayaan
dan mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah. Jelaslah
bahawa didikan agama dan moral yang kurang mantap akan menyebabkan seseorang
melibatkan diri dalam rasuah.

Melihat dari pandangan yang lain, faktor berlakunya rasuah yang seterusnya adalah
masalah ketelusan sistem pentadbiran dalam kerajaan. Hal ini membawa konotasi bahawa,
masyarakat menganggap masalah rasuah ini perkara yang remeh kerana kerajaan tidak
memiliki satu sistem yang telus dari segi aspek pemberian tender, kontrak dan projek lain
yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan sistem
pentadbiran untuk mengaut keuntungan. Tegasnya, masalah ketelusan sistem pentadbiran
dalam kerajaan akan memberi impak yang besar pada negara.

Akhir sekali, faktor berlakunya rasuah adalah penguatkuasaan undang-undang yang


lemah dalam sistem perundangan. Hal ini dikatakan sedemikian rupa kerana tindakan
mahkamah yang menjatuhi hukuman kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan
jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah menimbulkan pandangan negatif terhadap
keupayaan menangani isu ini. Hal ini akan mengikis kepercayaan rakyat kepada keikhlasan
kerajaan untuk menagani isu ini. Tegasnya disini bahawa, penguatkuasaan undang-undang
yang lemah dalam sistem perundangan akan melahirkan lebih ramai yang mengikuti gejala
rasuah ini.
5

KESIMPULAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya
menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Kami telah mendapat banyak
manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari sepanjang proses menyiapkan tugasan folio
Pendidikan Agama Islam dalam pembelajaran di rumah ini.

Selain itu, kerja kursus ini telah membantu kami untuk meningkatkan kemahiran
bekerja . Hal ini adalah kerana kami berupaya untuk mencari bahan serta sumber dan kami
juga dapat menyiapkan kerja ini pada waktu yang ditetapkan. Semasa mencari bahan serta
sumber di internet, kami juga mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan tugasan kerana
kami memerlukan liputan internet yang baik untuk memudahkan kami mencari bahan serta
sumber. Langkah alternatif kami adalah kami pergi ke Pusat Internet 1 Malaysia yang
berhampiran.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Kami berharap agar hasil kerja kursus ini dapat
memberi manfaat kepada semua.
8

Link:https://www.wattpad.com/328734920-contoh-karangan-bm-punca-punca-berlakunya-
gejala

Anda mungkin juga menyukai